Friday, August 1, 2008

Babak Kedua Mengambil Tempat

Semalam kertas siasatan kes liwat DSAI telah diserahkan kepada pejabat peguam negara, walaupun masa yang diambil terlalu lama. Seperti ada sikap terlalu berhati-hati.

Masa yang begitu lama telah menyebabkan DSAI berjaya melakukan tipu helahnya sehingga terkeluarnya apa yang dikatakan sijil kesihatan Saiful yang menggambarkan seolah-olah Saiful tidak pernah diliwat.

Dan kesempatan itu telah digunakan oleh DSAI untuk mengelirukan rakyat. Walaupun pada hakikatnya, laporan Pusrawi itu tidak memberi apa apa kesan terhadap penyiasatan polis, yang nyata kertas laporan berkenaan diserahkan kepada pejabat peguan negara dua hari selepas kejadian laporan itu tersebar diinternet. Seolah olah ada usaha untuk menangguhkan penyerahan laporan berkenaan. Kenapa setelah kisah laporan Pusrawi itu tersebar luas, baru laporan siasatan diserah kepada pejabat peguam negara?

Apa pun keadaannya, diharapkan siasatan yang dijalankan telah mendapat bukti-bukti sahih yang tidak boleh dipertikaikan oleh DSAI dan orang ramai. Kalau DSAI tidak bersalah, maka siasat lah pula Saiful. Kenapa dia membuat laporan palsu. Sebaliknya jika DSAI bersalah, hukumlah dia dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu.

1 comment:

Anonymous said...

ya.. aku setuju tu, asyik masuk blog pembankang je kutuk diaorang, ni aku masuk blog engkau pulak, kalu betul tak salah elok lepas, kalau salah, bagi dia hukuman setimpal. Yang aku hairan, kenapa diaorang kalut sangat nak masuk campur dalam siasatan DSAI, kalau diorang jadi pemerintah pun, diaorang suka ke penyokong2 orang yang disiasat berkelakuan macam tu...
Diaorang ganggu seolah2 nak selesaikan kes tu segera, ingat roti canai ke nak siap cepat2..
Sepatutnya, hormatilah proses perundangan, bukannya orang tak bagi bertanding, tanding la satu Malaysia pun, tak heran la...

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.

SAHABAT-SAHABAT AM