Thursday, August 7, 2008

Siapa Yang Sebenarnya Tertekan?

DSAI telah pun didakwa di mahkamah dan seperti dijangka, beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat pembantunya.

Aku tak tahu siapakah sebenarnya yang tertekan sekarang ini. Pihak kerajaan, polis, dan PR nampaknya semua tertekan.

Pihak kerjaan tertekan kerana isu dakwaan ke atas DSAI akan digunakan sebaik mungkin oleh PR untuk mendakwa kononnya kerajaan merasa takut kerana DSAI telah berada di ambang kekuasaan dan telah menawarkan diri untuk bertaning di Permatang Pauh, yang kalau menang akan menempatkan DSAI di Dewan Rakyat.

Pihak polis tertekan kerana, selama ini pihak pembangkang terutamanya PKR telah melebalkan polis seperti anjing kerajaan, tidak profesional, rasuah dan sebagainya. Malah pemimpin PR telah begitu berjaya meyakinkan rakyat bahawa segala tuduhan kepada pihak polis adalah benar belaka. Dalam keadaan dimana pihak polis berhak menangkap dan menahan DSAI, pihak polis nampaknya terlalu berhati-hati sehingga meresahkan banyak pihak, terutamanya orang yang tidak terlibat dengan politik, pemerhati dari dalam dan luar negara dan mereka yang sentiasa berminat mengikuti perkembangan kes ini. Hari ini bila DSAI dihadapkan ke mahkamah, PR telah membuat ugutan akan melancarkan demostrasi rakyat jika DSAI tidak dibenarkan dijamin.

Sebenarnya dalam PR melalui pemimpin-pemimpin kanan mereka asyik menuduh kerajaan dan polis, nampaknya mereka lebih berkuasa dari polis dan kerajaan. Mungkin secara tidak sengaja, dan mungkin juga kerana takutkan tekanan dari pengikut PR, akhirnya DSAI dibenarkan ikat jamin.

Dalam pada itu, pemimpin PR sebenarnya juga tertekan. Mereka sedang dalam dalema sebenarnya. Antara berhadapan dengan realiti dan kuasa yang sedang dalam dakapan. Tanpa bermaksud menghukum DSAI bersalah atau sebaliknya, ramai dari pemimpin PR sebenarnya telah pun mengetahui atau setidak-tidaknya percaya bahawa DSAI memang bersalah dalam kes liwat. Ramai dari pemimpin PAS telah terang-terang mengutuk DSAI semasa beliau memegang jawatan TPM dengan tuduhan-tuduhan yang mengaibkan. Masalahnya sekarang, DSAI adalah boss mereka. Hendak tidak hendak mereka terpaksa akur dengan DSAI. Malah dalam banyak hal, PAS kelihatan lebih takut kepada DSAI bila menolak mentah-mentah 'plan perdamaian'yang diusulkan oleh UMNO untuk perpaduan orang melayu dan islam.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM