Monday, August 25, 2008

Nafsu Sarakah, Tipu Pengundi

Untuk meraih sokongan, DSAI akan lakukan apa sahaja. Pelbagai gimik dan cakap-cakap retorik politik memang merupakan permainan DSAI. Matlamat menghalalkan cara.

DSAI cukup masak dan pandai berlakon, memperdaya rakyat dengan pidato, meyakinkan betapa hebatnya sokongan yang diterima. Pada DSAI berlakon dan menipu sudah menjadi makanan sehariannya.

Menipu tidak jadi hal. Apa yang penting, orang yang dengar ceramah seronok dan terhibur. Sebab itu taktik perang saraf berterusan PKR 'menuju putrajaya 16 September 2008' penuh dengan tipu muslihat.

Matlamat mereka supaya rakyat terpedaya DSAI akan jadi PM jika menang di Permatang Pauh. Peduli apa jika wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak banyak kali menafikan mereka akan melompat parti menyokong DSAI.

Dalam ceramahnya, DSAI berkata wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak akan menyertai beliau sebaik sahaja melangkah ke Parlimen minggu depan, DSAI berkata demikian walaupun beliau tahu ia adalah satu pembohongan.

Rakyat harus cepat insaf dan sedar, ahli Parlimen BN dari UMNO di Sabah semuanya hanya 13 orang dan daripada jumlah itu seorang darinya adalah menteri penuh, manakala dua adalah timbalan menteri dan seorang Timbalan Speaker.

Jika 11 MP BN dari UMNO lompat sertai pembangkang, seperti yang dinyatakan oleh DSAI ini bermakna salah seorang daripada mereka ialah orang yang telahpun mempunyai jawatan dalam kerajaan.

Kalaupun benar ini berlaku, DSAI masih kekurangan 20 orang lagi MP untuk memungkinkan beliau boleh membentuk kerajaan menggantikan kerajaan BN sekarang.

Bak kata seorang MP sabah, "tak ada katak dalam politik Sabah. kami tidak akan meninggalkan BN kerana kami tahu BN telah banyak membangunkan negara, menyatu padukan rakyat dan kami akan terus menyokong BN untuk terus memajukan Sabah"..

Jadi, pengundi Pematang Pauh, jangan la terpedaya.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM