Friday, January 15, 2010

Betulkah Situasi Terkawal?

Rasanya sebelum penganut Kristian marah, sudah ramai penganut Islam (orang Melayu) yang cintakan kedamaian dan keamanan, merasa marah dan bosan dengan situasi yang seolah-olah tidak boleh dikawal.

Bukankah pasukan polis kita antara yang terbaik di dunia? Buktikan lah.

Sana-sini gereja dirosakkan. Yang terbaru hari ini disebut 'rumah ibadat' di Kota Tinggi Johor disimbah cat. Kita tidak tahu samada rumah ibadat itu adalah gereja, atau surau/masjid telah menjadi mangsa pembalas dendam.

Rasanya sudah dua tiga kali polis memberitahu bahawa mereka sudah 'mengenal pasti wajah' orang yang terlibat. Sampai sekarang tidak ada lagi tangkapan.

Seorang pelajar yang menulis di Facebook kononnya terlibat membakar gereja, telah ditangkap. Tetapi kemudiannya dilepaskan semula kerana pihak polis mendapati, dia hanya 'main-main'. Seolah-olah itulah 'wajah' yang dimaksudkan telah dikenal pasti oleh pihak polis.

Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan bahawa keadaan keselamatan adalah terkawal.

Hakikatnya rakyat jelata semakin rasah. Malah dari cakap-cakap yang didengar, kemarahan terhadap tuntutan pihak gereja untuk menggunakan kalimah Allah, sedikit demi sedikit menjadi reda.

Sebaliknya, timbul pula perasaan simpati terhadap penganut Kristian yang tidak bersalah, yang menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggung jawab.

Persoalannya, sejauh mana menteri dan polis menilai tahap 'terkawal' itu? Sejauh mana pula pihak polis 'mengenal wajah' penjenayah yang terlibat? Dan akhirnya, sejauh mana pula polis mentafsir seseorang itu samada 'main-main' atau 'betul-betul'?

Ini masalah keselamatan negara. Ini bukan cubaan (seperti kata P Ramlee). Pihak berkuasa bukan sahaja mesti tegas, tetapi harus 'kelihatan tegas'. Jangan nanti sibuk sangat dengan membuat kenyataan demi kenyataan, tidak ada juga tangkapan dibuat. Rakyat tidak mahu mendengar kenyataan media, sebaliknya ingin melihat hasil kerja.

Tidak kira samada orang yang terlibat itu adalah orang Melayu Islam, extrimis agama, orang suruhan atau sesiapa sahaja. Yang salah tetap salah. Tangkap dan hadapkan ke muka pengadilan, agar semua pihak dapat tidur lena.

3 comments:

Kamal Sanusi said...

Aku pun heran ngan puak menteri nih. Apakah benchmark utk menentukan "keadaan terkawal" tu?

Adakah dgn lebih 15, 16 atau 20 buah gereja ataua surau atau masjid dibakar baru dikatakan "tidak terkawal".

Mengingati kembali isu H1N1 pun sama. "Keadaan terkawal" hingga akhirnya terus tiada berita mengenainya. Padahal, kes semakin meningkat.

Agaknya "kambing" mana pulak yg bakal "dihitamkan". Kambing Islam atau kambing kristian? Yg pasti, "kambing" agama apa pun akan hanya menyemarakkan lagi api tersebut kerana kegagalan pihak berkenaan menanganinya di peringkat awal lagi.

Kesimpulannya, maruah Islam terperosok kerana kegawatan bangsa Melayu/Islam itu sendiri. Tak payah ler kita menuding jadi pada org melayu/Islam lain kerana kalau dah dinamakan bangsa melayu, totap (dan berpencen) org tu juga terkena tempiasnya.

Nasib baik "kambing", kalau keldai?

Kah kah kah!!!...

hilbert said...

Salam AM,

itulah jadinya apabila Menteri nya "tidak teragak-agak" memberi amaran demi amaran tetapi apa kesudahannya... makin menjadi pula masalah...hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

AnakMerdeka said...

Sesiapa yang dah menonton filem 2012?

Munkin kisah Presiden Amarika (dalam cerita itu) boleh dijadikan panduan untuk semua.

Dalam keadaan dimana pembesar negara dan orang-orang kaya menyiapkan bahtera, untuk menghadapi bencana besar yang akan melanda dunia, rakyat jelata sedikitpun tidak diberitahu tentang apa yang sedang/akan berlaku.

Akhirnya Presiden Amerika telah membuat keputusan untuk memberitahu rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku, dengan alasan 'rakyat berhak untuk tahu'.

AM rasa, itulah sebenarnya yang rakyat Malaysia mahukan.

SAHABAT-SAHABAT AM