Monday, January 11, 2010

Bila Kapak Melayang

Kita tidak tahu sejauh mana benar/palsunya berita yang ditulis oleh penulis blog Kickdefella. Kita juga tidak tahu, sejauh mana tulisannya itu telah memberi kesan yang mendalam kepada orang tertentu. Tetapi, ada orang yang terlalu marah dengan apa yang ditulis oleh Kickdefella. Semalam sebilah kapak telah dilayangkan ke halaman rumahnya. Nasib baik terkena cermin kereta, jika terkena orang, lain ceritanya.

Seorang lagi penulis blog, Raja Petra sedang bersenang-lenang di luar negara sambil terus mencabar dan mempersendakan pihak berkuasa Malaysia yang gagal mengesannya. Ibarat mengejek-ngejek harimau yang dipisahkan dengan dinding, si Raja Petra sedikitpun tidak merasa perlu berihat seketika untuk meredakan keadaan. Jauh sekali untuk memberanikan diri berhadapan dengan undang-undang.

Baginya, pihak berkuasa Malaysia tidak lebih dari anjing tidak bergigi, yang menyalak tetapi tidak mampu membahamnya.

Sebenarnya banyak lagi blog anti kerajaan yang dengan mudah boleh dibaca oleh pembaca blog. Mereka bebas menulis walaupun tanpa fakta dan bukti. Terus mengutuk dan memfitnah orang tanpa rasa belas kasihan. Bersandarkan hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, mereka akan tulis apa sahaja tanpa perlu mengambil tahu kesan dari penulisan mereka itu.

Yang pasti, blogers yang siang malam menghina dan mencerca raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin negara dan bangsa Melayu (walaupun dia juga seorang Melayu) masih mampu untuk terus berkarya, tanpa diambil tindakan oleh pemerintah, apatah lagi diserang dengan kapak oleh penyokong kerajaan. Itu tidak termasuk blogers yang mempersendakan agama Islam secara sengaja atau tidak sengaja.

Rupa-rupanya pemimpin dan keluarga pemimpin PAS tidak boleh disentuh. Hari ini kita nampak kapak melayang. Esok lusa kita mungkin akan nampak bom dan roket ditujukan kepada rumah blogers yang berani mendedahkan salah laku pemimpin pembangkang.

1 comment:

Lisa said...

What was written by bloggers is one thing but the readers' perception on what they read is important that reflect their maturity.

Having said this, it is good to read the blogs rather than just listening from someone who read the blogs.

Question is, how receptive are we on the truth behind the said writing?

SAHABAT-SAHABAT AM