Monday, January 4, 2010

Hikmah Yang Tersirat

Sana sini orang sedang memperkatakan tentang keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lepas yang membenarkan mingguan gereja Katolik, Herald menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Sedang AM merenung nasib orang Melayu Islam di negara ini, tiba-tiba AM ternampak ada hikmah disebalik kejadian itu.

Parti PAS, walaupun baru hendak mengadakan mesyuarat hari ini (4hb Januari 2010) untuk menentukan pendirian parti berkenaan isu ini, tetapi nampaknya ada pemimpin besar mereka, termasuk Timb Presiden yang telah menyuarakan penentangan.

AM kecewa dengan pendirian Ketua Dewan Pemuda PAS yang cuma memberi amaran agar nama Allah itu tidak disalah gunakan. Begitu juga pendirian beberapa individu dalam PAS seperti Khalid Samad dan beberapa orang lagi, yang macam lebih mementingkan fahaman politik (takut dibenci oleh pengundi bukan Melayu agaknya)

Dikalangan pemimpin PKR, setakat ini hanya Zulkiflee Nordin yang menunjukkan penentangan.

Apapun, pada keseluruhannya sebahagian besar orang Islam nampaknya boleh bersatu tanpa mengira fahaman politik, untuk mempertahankan kesucian kalimah Allah. Nik Aziz, yang mulanya menyokong keputusan mahkamah itu, hari ini diberitakan telah mengubah pendirian. Semalam di Pulau Pinang ahli PAS dan NGO telah menyertai Pemuda UMNO untuk menyerahakan memorandum kepada Yang Dipertua Negeri.

Itulah hikmahnya. Walau siang malam asyik bercakaran kerana perbezaan fahaman politik, tetapi bila berlalu sesuatu yang melibatkan kesucian agama, rupa-rupanya orang Melayu masih boleh bersatu. Alhamdulillah.

Yang keduanya, AM rasa inilah masanya untuk orang-orang dan golongan yang selalu menuduh bahawa mahkamah Malaysia dan hakim-hakimnya dipengaruhi oleh kerajaan dalam membuat keputusan. Selama ini parti pembangkang terutamanya yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, cuba menanamkan persepsi bahawa mahkamah Malaysia tidak adil dan sentiasa menyebelahi orang kerajaan.

Hakikatnya dalam isu ini, kerajaan (melalui JPM dan Menteri Dalam Negeri) terpaksa membuat rayuan, sedangkan jika benar kerajaan boleh mempengaruhi mahkamah, keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah tinggi itu, sepatutnya menyebelahi kerajaan dan orang Islam.

Jadi janganlah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang mengatakan kerajaan/BN mempengaruhi keputusan mahkamah. Jika tak timbul isu ini, mungkin ramai antara kita yang was-was.

7 comments:

Aku tak sekolah pun.... said...

sandiwara UMNO nih... aparaaa ini pun tak lih pikir... nanti lepas ni mahkamah rayuan akan batalkan keputusan mahklamah tinggi... yang nampak nanti kerajaan UMNO yang herooo... hotak mesti kena pakai laaaa...!!!!

AnakMerdeka said...

Tak leh nak komenlah kalau memang yang membuat tanggapan itu orang yang tak bersekolah :)

Mungkin orang tak seolah akan anggap, kat otak orang UMNO ni tak ada kerja lain selain nak cari nama. Untuk kelihatan hero?

Mungkin orang yang tak sekolah akan anggap, segala perkara buruk yang berlaku dalam dunia ini adalah kerja UMNO.

Kalau hati dah benci...

Kamal Sanusi said...

Seperti yang diperkatakan ramai orang bahawa poliTAIK ini adalah suatu persepsi.

Setiap persepsi itu pasti akan mendapat tentangan dari suatu pihak terhadap suatu pihak lain tertakluk kepada kiblat poliTAIK manakah mereka menyembah.

It is just like selling product. If you are good in marketing with high influential factor, your thought will be bought by others.

In the mean time, I would say the Christian has won the war against Islam.

Perlu diingat bahawa strategi yg mereka gunakan adalah dengan mewujudkan kecelaruan di kalangan umat Islam which they did. Ditambah pulak dengan lemahnya pegangan agama di kalangan bangsa melayu itu sendiri yg tiada kerja lain selain berpoliTAIK hingga menyebabkan ramai rakyat 1Najib mempunyai buruk sangka terhadap parti melayu yg nama pun masih menggunakan bahasa penjajah tapi dok kecoh pasai bahasa kebangsaan.

Kah kah kah!!!...

AnakMerdeka said...

Sebut pasal 'parti melayu yang nama masih menggunakan bahasa penjajah'...AM tengok masa nak bukak sekolah dan sambut tahun baru hari tu, banyak banner PAS tulis 'Back to school'...'happy new year'. (tak termasuk banner PAS for all)

Ayat dan ejaan tak salah. Tapi yang peliknya, depa yang sibuk huru hara berdemo agar diagungkan bahasa kebangsaan, tetapi tulis banner pun masih guna bahasa penjajah. Apa kes?

Awat orang cina dan india kat Malaysia ni tak faham bahasa Melayu kah?

Kamal Sanusi said...

Tulih banner guna bahasa penjajah tak per la sgt berbanding nama parti sendiri pun dok guna bahasa penjajah.

Kah kah kah!!!...

Kamal Sanusi said...

Jangan marah nooo... Usik mengusik ajer!!!...

AnakMerdeka said...

Tak marah ehhh. AM pun bukan anti PAS dan PKR, sebab AM pernah berada di bawah bumbung PKR.

Bagi AM, yang betul tetap betul. Apa guna kalau nama Melayu, tetapi jiwa masih jiwa penjajah. Seperti kata Ramli Sharif, 'bukan kerana nama'....

SAHABAT-SAHABAT AM