Friday, January 29, 2010

Tembelang Pembangkang Hampir Pecah...

AM baru dengar berita, Anwar Ibrahim buat permohonan lagi, agar proseding perbicaraannya yang dijadualkan minggu depan, ditangguhkan. Apa maksudnya? Hari itu dia kata mahkamah (yang dipengaruhi oleh UMNO) sengaja melengah-lengahkan perbicaraannya, tetapi hari ini semua orang boleh nampak, bagaimana dia menggunakan secukupnya peluang yang ada, untuk melengahkan proses keadilan.

Di harapkan mahkamah tidak akan menyebelahi Anwar Ibrahim pada kali ini.

Dalam masa yang sama, pemimpin pembangkang telah semakin ketara berbalah sesama sendiri.

Minggu lepas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru telah membuat laporan polis terhadap 'partnernya' Khalid Samad atas isu kalimah Allah. Ulamak-ulamak besar dalam PAS nampaknya terlalu berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan. Takut saham jatuh.

Hari ini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (dari PKR)berkata, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua menteri Pulau Pinang sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis (sumber mStar Online)

Minggu lepas juga AM membaca berita tentang ramainya pegawai-pegawai kerajaan ditangkap oleh SPRM atas berbagai kesalahan salah guna kuasa dalam kes kecurian pasir di negeri Selangor dan Perak.

Nampaknya (sepatutnya) kini ramai orang yang beria sangat hendak mengubah kerajaan semasa pilihanraya ke-12 yang lalu, mula sedar bahawa pemimpin pembangkang tidak lebih baik dari pemimpin Barisan Nasional. Tindak tanduk pemimpin pembangkang kebelakangan ini lebih menyerlahkan lagi siapa mereka sebenarnya.

Mungkin sudah mula ada perasaan menyesal di hati masing-masing. Yang lebih malang lagi, rakyat yang memilih mereka hanya kerana percaya kepada ceramah-ceramah yang diadakan setiap malam, tanpa mengetahui dan memahami situasi sebenar, menjadi mangsa penipuan pemimpin yang mereka pilih itu.

Orang tua-tua kata, nak beli baju boleh cuba-cuba dulu, nak beli makanan boleh rasa-rasa dulu. Tetapi nak pilih pemimpin tidak boleh cuba-cuba dan tidak boleh rasa-rasa.

Apapun, rasanya tidak terlambat untuk kita mula berfikir secara lebih waras. Jika BN/UMNO itu ibarat daging busuk, dicuci-cuci, dimasak boleh juga dimakan, tetapi PKR/DAP/PAS hanya ibarat sampah, walaupun nampak cantik, tetapi hakikatnya langsung tidak ada nilainya.

2 comments:

echah_syed said...

baru tahu langit tinggi rendah..! :)

AnakMerdeka said...

pun bukan semua...

Masih ada yang sanggup mati mempertahankan pemimpin mereka

SAHABAT-SAHABAT AM