Friday, February 27, 2009

Tingginya Budi Pekerti Orang Melayu

Sifat orang melayu ialah sentiasa merendah diri, berbudi bahasa, dan lemah lembut tutur bahasanya.

Di Malaysia ini, walaupun Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi, tetapi bila berbicara dengan bangsa lain, orang melayu akan seboleh boleh melembutkan lidah untuk menjadi pelat bahasa orang berkenaan. Lihat sahaja bila kita berbicara dengan orang cina, dengan orang india atau dengan orang indonesia. Seboleh-bolehnya kita akan mencari perkataan atau ungkapan yang mudah difahami oleh bangsa tersebut.

Sebagai tuan kepada negara ini, kita tidak pernah memandang hina atau memperkecil kecilkan bangsa bangsa lain yang telah menetap dinegara ini sejak sekian lama. Kita berasa 'takut' untuk melukakan hati mereka apatah lagi untuk membuatkan mereka marah tanpa sebab.

Bila seorang singh, berkata celaka kepada pemuda UMNO, sebagai seorang yang waras, sepatutnya orang melayu akan merasa terhina yang amat sangat. Bayangkanlah pendatang, yang dalam perlembagaan pun disebut sebagai 'bangsa-bangsa lain', boleh mengeluarkan perkataan sebiadab itu. Dan kita tidak berbuat apa-apa.

Sampai bila perkara seperti ini akan terus berlaku? Sedang kita sesama kita asyik bercakaran disebabkan ingin mengejar kuasa politik, kuasa yang sebenarnya kita miliki sedikit demi sedikit ingin dihakis oleh bangsa-bangsa pendatang ini.

Thursday, February 26, 2009

Apa Sudah Jadi Dengan PPSMI?

Nampaknya seolah-olah ada satu kebangkitan terhadap penentangan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), walaupun dasar berkenaan telah enam tahun dilaksanakan.

Tak kisahlah, mungkin dalam masa enam tahum lepas ramai yang belum berfikir macam mana nak menentang dasar berkenaan, atau mungkin dalam masa enam tahun itu mereka sedang mengatur strategi bagaimana untuk memulakan penentangan.

Kalau benar ada penentangan, rasanya Kementerian Pendidikan harus mengkaji semula dasar yang sememangnya tidak memberikan kesan yang dikehendaki. Bahasa Inggeris dikalangan pelajar, terutamanya pelajar melayu, belum berada dalam kedudukan yang membanggakan (kalau itulah sebenarnya yang difokuskan semasa perancangan PPSMI)

Untuk menjadikan seseorang fasih berbahasa Ingeris, pendekatan yang lebih efisyen perlu dilakukan. Selain menambahkan waktu pembelajaran bahasa inggeris disekolah rendah dan menengah, kerajaan juga sepatutnya mewajibkan syarat 'lulus' mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan PMR dan SPM, sebagaimana diwajibkan lulus Bahasa Melayu untuk membolehkan pelajar berkenaan mendapat tempat di IPTA.

Dengan syarat ini sahaja rasanya penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar melayu akan dapat dipertingkatkan, berbanding dengan hanya fasih dengan ungkapan-ungkapan sains dan matematik seperti sekarang. Lagipun dalam tempoh enam tahun perlaksanaannya, tidak nampak pun peningkatan penguasaan bahasa tersebut dikalangan pelajar.

Akhirnya, NGO yang berusaha untuk mendesak kerajaan, tidak perlulah bertindak seolah olah mereka itu adalah pemimpin parti politik. Ugutan seperti meminta rakyat menolak kerajaan pada pilihanraya ke-13 jika PPSMI tidak dihabuskan, menunjukkan seolah-olah NGO berkenaan tidak ikhlas dalam memperjuangkan bahasa melayu, tetapi lebih kepada rektorik semata-mata.

Ibrahim Bin Ali


Namanya cukup sinonim dengan poitik tanah air. Pernah menjadi orang kuat Semangat 46, pernah menjadi menteri kehakiman dan pernah juga menjadi penyokong PAS sehingga ramai orang yang menggelarkannya katak.

Tetapi tak ramai yang boleh membaca pendirian Ibrahim Ali. Seorang yang cukup tebal semangat melayunya dan tidak boleh berkomprmi dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan masyarakat, terutamanya orang melayu.

Sebab itu, dikalangan orang UMNO sendiripun ramai yang tidak begitu senang dengan Ibrahim Ali. Dan kebiasaannya orang yang banyak menentang sepertinya memang tidak disukai oleh orang politik (yang sentiasa berdolak dalik)

Tetapi sebenarnya, kita memerlukan lebih ramai lagi orang seperti Ibrahim Ali. Dulu Datuk Shahrir Samad pun seperti Ibrahim Ali juga. Tajam bila menghunus kata-kata dan lantang mengkritk walaupun yang dikritik itu adalah pemimpin tertinggi negara. Malah satu ketika, Tun Dr Mahathir pun pernah dikecam oleh beliau kerana terlalu 'memanjakan' Anwar Ibrahim dan akhirnya memecatnya ketika Anwar telah menjadi 'kodok naik junjung'. Cuma sekarang Shahrir nampaknya lebih cool, mungkin sebab selesa dengan kedudukannya sebagai menteri.

Orang PAS mungkin tidak sedar bila membenarkan Ibrahim Ali bertanding menggunakan tiket PAS semasa pilihanraya ke-12. Jika Ibrahim Ali sememangnya boleh bersetuju 100% dengan idologi PAS, lebih baik dia menjadi ahli PAS. Sebaliknya di sememangnya telah menyatakan bahawa dia adalah calon bebas, cuma menggunakan lambang PAS. Semasa membenarkan Ibrahaim menggunakan tiket PAS, sepatutnya PAS telah sedar tentang perkara ini.

Sekarang PAS tidak boleh menyalahkan Ibrahim kerana kononnya Ibrahaim selalu mengkritik PAS. PAS sepatutnya lebih terbuk. PAS juga kena akur bahawa pemimpin PAS bukanlah malaikat, yang tidak melakukan kesilapan sehingga tidak boleh dikritik. Ibrahim juga banyak mengkritik dasar-dasar kerjaan BN.

Bagi orang BN (UMNO) yang berhajat menarik Ibrahim untuk menyertai UMNO semula, sepatutnya berfikir dua kali. Rasanya lebih baik Ibrahim menjadi calon bebas, kerana dia bebas mengeluarkan pendapat tanpa terikat dengan mana-mana parti. Itu bukan bermaksud Ibrahim Ali tidak ada perinsip, tetapi itulah sebenarnya pemimpin rakyat. Berani berkata kerana benar. Bukan cakap untuk membodek ketua atau untuk menjatuhkan orang-orang tertentu.

Syabas Ibrahim Ali

Tuesday, February 24, 2009

Reality Dan Fantasi Kerajaan PR

Hari ini rata-rata orang mula memperkatakan tentang keberkesanan PR sebagai pentadbir kerajaan negeri (belum lagi negara ok).

Timbalan Spekar DUN Selangor, Haniza Muhamed Talha tidak bersetuju dengan tuduhan itu, malah mempertahankan bahawa wakil rakyat PR mampu untuk memikul tanggung jawab yang diamanahkan oleh rakyat.

ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib walaupun tidak dapat mengelak untuk menerima hakikat bahawa ada antara pemimpin PR yang tidak ada pengalaman, tetap mempertahankan bahawa banyak aktiviti-aktiviti yang telah mereka lakukan sepanjang hampir setahun mentadbir kerajaan Selangor.

Hakikatnya ialah, selain dari tidak mempunyai calon berwibawa untuk diketengahkan sebagai wakil rakyat, mereka sememangnya tidak mempunyai pengalaman. Mereka kena mengakui hakikat ini. Tidak seperti wakil rakyat PAS atau DAP yang kebanyakannya telah menjadi wakil rakyat beberapa penggal, kebanyakan wakil rakyat PKR hanya baru sekali jadi wakil rakyat. Itu pun hanya hanya kerana rakyat marah dengan UMNO dan memberi undi kepada mereka. Buktinya tahanan ISA yang tak pernah tunjuk muka masa berkempen, dan tak ada peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat setelah diistihar menang, pun boleh menang pilihanraya. Adakah itu menandkan PR (PKR) mempunyai pemimpin yang berkalibar?

Berkalibar apa jika asalnya dari tukang besi, posmen, ustaz sekolah pondok (bukan niat mencaci golongan tersebut). Ini mentadbir negri bro, bukan mentadbir sekolah tadika, atau mentadbir pusat video games.

Kalau bejaya menganjurkan sukanika rakyat, makan durian bersama wakil rakyat, jamuan makan malam, ceramah umum, rasanya ketua pemuda UMNO Cawagan pun mampu menganjurkannya. Yang penting ada modal, mereka pasti boleh melakukan aktiviti-aktiviti berkenaan.

Adapun untuk menjadi pemimpin peringkat negeri, bukan aktiviti itu yang diperlukan. Mereka mesti mampu menterjemahkan agenda negeri, melunaskan janji-janji yang telah ditabur, menjana ekonomi negeri dan menggunakan sumber tenaga manusia sebaik mungkin.

Apa yang ditontonkan kepada rakyat setakat ini ialah, berebut-rebut menukar kereta rasmi kerajaan dan berebut-rebut menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang mungkin mereka tidak akan ada peluang sekali lagi selepas ini.

Harap-harap rakyat cepat sedar.

Monday, February 23, 2009

SRJKC, Anwar Ibrahim dan Kementerian Pendidikan.

Agak lucu bila baca kenyataan DSAI terhadap amaran Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Wee Ka Sion bahawa peruntukan kepada SRJKC akan ditarik balik jika mereka menjemput pemimpin PR hadir ke sekolah.

Pertamanya AM nak tanya, apa muslihat SRJK Sin Ming di Puchong itu menjemput ahli-ahli politik pembangkang semasa perasmian bangunan baru sekolah berkenaan? Kalau nak jemput MB, untuk merasmikannya mungkin boleh diterima, tetapi bila ramai sangat wakil rakyat pembangkang hadir, kita mungkin tertanya tanya, apa motif mereka.

Anwar Ibrahim dalam kenyataannya membidas timbalan menteri kerana seolah-oleh sumbangan kerjaan adalah sumbangan peribadi menteri berkenaan.

Kita nak tanya pulak, kalau betul Anwar Ibrahim tak ada kepentingan peribadi, apa ke jadah dia datang ke majlis perasmian sekolah berkenaan bersama-sama pemimpin parti pembangkang yang lain ketika Khalid Ibrahim merasmikan bangunan sekolah berkenaan?

Tak tahu malu ke?

SPRM oh SPRM

Umurnya baru setahun jagung, tapi SPRM sudah diselubungi kontroversi.

Puncanya kerana kenyataan Pesuruhjayanya yang membuat kenyataan bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa MB Selangor.

Sebenarnya beliau tidak salah. Tetapi dalam keadaan sekarang, dimana setiap kesalahan orang lain, tetap akan dituju kepada kerajaan sebagai dalang, maka pegawai-pegawai kerajaan sepatutnya kenal lebih berhati hati bila membuat kenyataan.

SPRM boleh saja terus mendakwa Khalid tanpa perlu membuat press statement. Ini pendakwaan entah bila nak dilaksanakan, tetapi siang-siang dah buat kenyataan. Sekarang ini, kenyataan telah dikeluarkan, keadaan telah menjadi panas, tetapi Khalid Ibrahim belum juga didakwa.

Pihak pembangkang memang sentiasa menunggu peluang, seperti buaya lapar menganga menunggu bangkai lalu. Lalu disambar apa juga yang melintas didepan mata.

Jadi, SPRM sepatutnya boleh menggunakan budi bicara, untuk tidak menghebohkan perkara yang belum dilakukan demi untuk tidak memberi peluang pihak pembangkang menghentam kerajaan.

Khir Toyo Tak Layak Kah, Atau Anwar Ibrahim Yang Tak Layak?

Dalam akhbar hari ini Anwar Ibrahim mengatakan Khir Toyo tak layak membicarakan soal rasuah, kerana masa Khir Toyo jadai MB Selangor dulu puluhan laporan salah laku di laporkan.

Apa nak hairan, Anwar yang telah jelas pernah kena dakwa dan pernah kena penjara kerana rasuah, pun saban hari cerita pasal moral orang lain. Cerita pasal orang itu rasuah orang ini rasuah.

Ada juga laporan tentang salah laku Anwar, tapi sampai hari ini pun belum ada pendakwaan. Pun yang punya badan tak menyalak siang malam.

Lebih teruk lagi, lebih 200 laporan polis dibuat terhadap Karpal Singh, tapi sampai sekarang pun belum ada tindakan yang dikenakan. Pun orang UMNO tak bising.

Masalahnya kalau orang BN yang kena, mereka (BN) tak pernah bising pun, tapi bila sekali terkena kat PR, bukan main bising lagi.

Soal ibadah, soal derma, soal sedekah adalah soal antara sipemberi dengan tuhan. Jangan dijadikan alasan untuk bersedekah untuk memboleh kan kita salah guna kuasa. Salah guna duit kerajaan. Kalau nak sedekah, guna la duit sendiri. Beli la lembu dengan duit gaji yang halal. Bukan dengan guna duit kerajaan negeri. Tu baru jadi MB, esok lusa kalau jadi PM, negara ini pun boleh dijual atau digadaikan.

Itulah Anwar, jangan orang ramai tak faham lagi perangai dia sudah la..

Saturday, February 21, 2009

Najib Punca Segala-Galanya?


Itulah persepsi Mahfuz Omar, ketua Penerangan PAS. Itulah persepsi yang ingin disemaikan dipemikiran rakyat.

Macam mana dia boleh tuduh Najib sebagai punca, hanya dia saja yang tahu.

Semua orang tahu, penubuhan kerajaan di Perak adalah sah setelah BN mendapat majoriti. Kat mana yang tak sahnya? Najib sebagai ketua perhubungan UMNO negeri ketika itu berhak berjumpa Sultan untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan. Kat mana salahnya?

Sebab itu cakap dengan Anwar dan konco-konconya, termasuklah Mahfuz, jangan nak gertak-gertak konon 30 orang ahli perlimen BN akan lompat parti. Kalau betul berlaku hari tu, tak pulak Mahfuz cakap perlu bubarkan parlimen dan adakan semula pilihanraya?

Mungkin ketika itu Mahfuz telah dijanjikan jawatan menteri dalam kabinet Anwar kut, sebab itu dia tak menentang.

Kalaupun Najib berjumpa Sultan untuk meminta perkenan menubuhkan kerajaan Perak, itu kerana situasi ketika itu, BN mempunyai majoriti dan Najib pula adalah ketua perhubungan UMNO negeri Perak.

Tidak seperti yang hendak dilakukan oleh Anwar. Langsung tidak menghormati perlembagaan dan langsung tidak menghormati kuasa rakyat. Konon memperjuangkan suara rakyat. Suara rakyat apa kalau hendak memerintah pun dengan cara menarik orang lompat parti?

Jadi sekarang tanya kepada Mahfuz, siapa punca segala galanya?

Antara Kebenaran dan Kepentingan Politik

Saban hari rakyat disajikan dengan pelbagai cerita dan berita berkenaan situasi politik negara, yang kadang kala menjengkelkan. Politik adudomba, dan politik persepsi telah bermaharaja lela tanpa ada kawalan. Kita seolah-oleh tidak dapat membazakan lagi antara kaca dan permata. Hanya kerana kuasa, kita ketepikan adab sopan dan budaya sebagai orang timur yang mengaku beragama islam.

Pembangkang pada era Anwar Ibrahim, sememangnya cukup mengelirukan. Selain dari mempunyai wakil rakyat yang tidak berpendidikan tinggi, mereka juga mempunyai ramai pemimpin yang kurang integriti. Kita lihat dan kita tahu, ada diantara wakil rakyat pembangkang adalah seorang tukang cat, tauke kedai kimpalan, penjual prepaid kad, posmen dan lain-lain lagi. Bukan bermaksud mempertikaikan kedudukan tukang cat dan posmen, tetapi sejauhmanakah kita boleh meyakini kewibawaan golongan tersebut jika kita letakkan mereka ditempat yang tinggi, sebagai pembuat dasar untuk sesebuah negeri dan negara?

Jika sebelum ini mereka mengutuk, menghina dan menuduh pemimpin-pemimpin UMNO, sebagai korapsi, tidak bermoral dan sebagainya, kali ini satu demi satu tuduhan tersebut tercalit kebatang hidung mereka sendiri. Memang Allah Taala telah berfirman yang antara lain bermaksud, jika seseorang itu menuduh seseorang lain, sedangkan orang itu tidak melakukannya, maka ingatlah bahawa tuduhan itu akan berbalik kepada yang menuduh. Yang peliknya, jika pemimpin pembangkang didakwa dan dituduh melakukan kesalahan, mereka mengatakan bahawa ini semua adalah kospirasi UMNO dan BN untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka. Dimanakah keadilan?

Adakah pemimpin-pemimpin PKR dan PAS jahil agama? Mengapa masih ditegakkan lagi benang yang basah hanya kerana berbeza fahaman politik? Jika Anwar membuat kenyataan kita tidak akan merasa terlalu hairan, kerana kita tahu apa matlamat Anwar. Tetapi jika orang seperti Nik Aziz membuat kenyataan, apa pula matlamatnya?

Tersenyum bila membaca komen Nik Aziz tentang kes Elizebath Wong di Selangor, di mana beliau berkata Islam tidak melarang kita berbogel dirumah ketika kita berseorangn. Itu semua orang tahu. Katanya. yang salah ialah sipenceroboh yang mengambil gambar Elizebath ketika dia sedang berbogel. Persoalannya, adakah sipengambil gambar itu masuk ke dalam rumah Elizebath semasa dia sedang tidur dalam keadaan berbogel?. Sudah tentu Elizebath Wong sedar dan tahu bahawa sipengambil gambar itu berada didalam rumahnya ketika dia menanggalkan pakaiannya satu persatu. Jadi bermoralkah itu?

Kenapa Nik Aziz tidak membuat ulasan hingga ketahap itu? Mengapa hanya membuat kenyataan separuh jalan, semata-mata hanya kerana Elizebath itu adalah ahli PR. Dimanakah tanggugng jawab Nik Aziz sebagai seorang ulamak yang disegani? Saya tidak percaya Nik Aziz tidak mengetahui situasi sebenar sebelum membuat ulasan. Cuma yang menghairankan, adakah beliau sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan semata-mata untuk kepentingan politik?

Sekarang ini, mutti Perak menjadi mangsa penghinaan pengikut-pengikut parti pembangkang. Seorang yang dipandang mulia seperti mufit dipanggil anjing. Siapakah orang normal dan beragama yang sanggup berbuat begitu kepada seorang mufti? Jangankan mufti, jika kita bergurau dengan rakan, dan memanggil anjing kepada kawan kita itu pun, kita sudah dianggap keterlaluan. Inikan pula mufti. Sebabnya hanya kerana mufti tidak menyebelahi mereka untuk berjumpa sultan agar membubarkan DUN Perak. Dimanakah peranan Nik Aziz dalam kes tersebut? Apakah nasihat Nik Aziz kepada pengikut-pengikutnya berkenaan isu mufti Perak?

Sebagai orang yang waras, rakyat sepatutnya boleh berfikir, sejauh mana kebenaran kata-kata dan perbuatan pemimpin pembangkang yang selama ini kita sokong dan junjung. Jangan kita menurut membabi buta tanpa berfikir. Yang benar katakan lah benar, yang salah katakan salah. Gunakanlah kewarasan fikian. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu kita bakarkan.

Polimik Politik Karpal Singh, Siapa Yang Tak Tahu?

Bila membaca laporan akhabar hari ini berkenaan isu peluru, AM rasa semacam ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku.

Pertamanya, berkenaan dengan alamat Karpal Singh yang ditulis tanpa ada no poskod. Seseorang yang biasa menulis surat, sepatutnya tahu bahawa setiap surat hendaklah disertakan dengan no poskod.

Yang keduanya, dalam proses di pejabat pos, semua surat perlu melalui proses pengasingan. Bagaimanakah surat yang didalamnya terkandung dua butir peluru, boleh terlepas semasa proses pengasingan itu? Dan jika pun proses tersebut tidak menggunakan mesin, pekarja-pekerja pos sepatutnya telah mengsyaki sesuatu, memandangkan keadaan peluru tersebut yang hanya dimasukkan ke dalam sampul surat, bergerak-gerak dan boleh di'rasa' dari luar. Sudah semestinya mereka akan serahkan surat pelik tersebut kepada pihak atasan untuk disiasat isi kandungannya. Setahu AM, barang-barang terlarang seperti bahan lucah, apatah lagi peluru, tidak akan mudah terlepas ketangan sipenerima.

Kesimpulannya, AM beranggapan bahawa kejadian tersebut hanyalah sendiwara pihak pembangkang. Diharapkan pihak polis boleh menjalankan siasatan yang rapi dari berbagai sudut.

Sekurang-kurangnya, selama ini pihak mereka sentiasa membuat tuduhan melulu kepada pihak kerajaan, jadi apa salahnya kali ini kita mengsyaki mereka pula.

Thursday, February 19, 2009

UMNO Rampas Kuasa Raja?

UMNO Rampas Kuasa Raja, Huru-harakan Negara.

Itulah tajuk utama Harakah hari ini.
Samada tidak ditulis secara detail atau tersilap membuat tajuk berita, bila membaca intipati ucapan Hadi Awang, tidak pun nampak beliau memperkatakan begitu.

Kenytaannya, itulah pesepsi Harakah. Yang diberi permit oleh kerjaan untuk mengeluarkan akhbar mereka. Bukan sahaja tidak berterima kasih, tetapi sering kali mengeluarkan berita berbentuk fitnah dan mengelirukan rakyat.

Bila masa dan situasi mana yang yamg boleh dikatakan UMNO merampas kuasa raja? Dan siapakah sebenarnya yang sering membuat huru hara?

Yang buat huru hara telah jelas, sememangnya pengikut PKR dan PAS. Yang derhaka kepada Raja juga telah jelas (walaupun tidak rampas kuasa). Jadi kenapa menuding jari kepada UMNO?

Tembelang Pemimpin PR Sudah Pecah

Ramai orang tertanya-tanya, kenapa tak habis-habis masalah politik di negara kita ini. Lepas satu, satu lagi masalah. Entah sampai bila nak selesai.

Maka adalah manusia yang tak sayang mulut berkata, ini semua mesti kerja UMNO dan BN. Mereka ingat orang UMNO dan BN tak ada kerja lain selain mencari kesalahan orang-orang PR.

Masalahnya dalam PR tu ramai orang yang moralnya rendah. Bukan sahaja moral rendah, dalam PR juga banyak orang yang tak ada pengalaman jadi pemimpin boleh jadi pemimpin. Ada tukang cat jadi wakil rakyat. Ada postmen jadi wakil rakyat. Malah tahanan dalam ISA juga boleh jadi wakil rakyat.

Sebenarnya rakyat kena sedar. Jangan kerana marah dengan segelintir pemimpin UMNO dan BN, kita buat tindakan tanpa fikir panjang. Kita pilih sahaja sesiapa juga yang jadi calon pembangkang. Asalkan tidak mengundi BN.

Akibatnya, kita lihat sendiri. Tuhan dah bagi tunjuk depan biji mata perangai dia orang. Harap-harap lepas ini kita boleh berhati-hati memilih pemimpin.

Tuesday, February 17, 2009

Hati-Hati Wakil Rakyat 'BUKIT'

Nampaknya setakat hari ini, masalah kepimpinan terus berlaku di DUN dan Parlimen yang bermula dengan perkataan BUKIT.

Selepas ADUN Bukit Selambau buat hal, dan meletak jawatan sebagai ADUN, Ahli perlimen Bukit Gantang pula, menerima seru dari Allah untuk menemuiNya.

Tak sampai sebulan, ADUN Bukit Lanjan pulak buat hal, dan letak jawatan sebagai exco dan ADUN.

Lepas ini tak tahu ADUN bukit mana pulak yang buat hal. Nampaknya nasib DUN/Parlimen yang bermula dengan perkataan bukit tidak berapa baik setakat ini.

Akibat Meludah Kelangit, Terkena Muka Sendiri

Lucu juga perhatikan keadaan politik semasa di Malaysia kebelakangan ini. Tak sudah-sudah. Dari satu isu, kesatu isu yang lain.

Anwar Ibrahim satu ketika, sibuk kehulu kehilir mempromosikan 16 Septermbar. Katanya, 30 orang ahli MP BN akan melompat menyertai Pakatan Rakyat (pakatan yang tak ber register), untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan persekutuan.

Tup tup, wakil rakyat mereka yang lompat dan sokong BN di Perak, dan dengan mudah BN dapat merampas negeri yang tak sampai setahun mereka tadbir.

Satu ketika mereka heboh mempolitikkan kes seorang menteri BN yang terlibat dengan skandal video sex. Sibuk mereka mintak menteri itu letak jawatan. Kata mereka, orang yang tak bermoral tidak boleh menjadi menteri.

Sekali lagi benda yang sama terkena kat batang hidung mereka. Seorang DUN di Selangor menjadi mangsa yang sama. Video dan gambar bogelnya tersebar di internet. Sekarang tiba giliran orang BN pulak desak dia letak jawatan.

Yang peliknya (walaupun sebenarnya dah tak pelik lagi) MB selangor mempertahankannya dengan mengatakan, "sebaga manusia, Exco Selangor itu mempunyai hak untuk menjalani kehidupan peribadi dan semua pihak harus menghormatinya"

Ehh pandai pulak cakap hak peribadi. Bila kena kat orang BN kenapa tak cakap itu hak peribadi?

Ekelehh Anwar

Siapa tak kenal Anwar Ibrahim. Kalau berucap diceramah umum, boleh keluar api dari mulutnya, panas, pedas dan penuh dengan keritikan. Sebelum bertanding di Permatang Pauh dia pernah cakap, teringin nak berhadapan dengan PM dan TPM di Parlimen, nak bertentang mata dengan Pak Lah dan Najib, dan nak tengok kedua duanya terkelip-kelip bila bertengang mata dengan Anwar.

Ini bukan kali pertama AM tengok gelagatnya di Parlimen. Sama saja dengan ahli parlimen yang lain. Tidak ada istimewa langsung. Dah la masa perasmian dia tak datang, bila datang, soalan yang diajukan hanyalah soalan mudah, tentang masalah pemberhentian kerja di sektor perkilangan. Soalan yang sama ditanya oleh tiga orang lagi MP pembangkang yag lain.Selain itu beliau acap kali ucap tahniah pada dasar-dasar kerjaan - cuma katanya perlu diperbaiki.

Setakat ini rasanya belum pernah dia hentam kerajaan kaw kaw di Parlimen. Kat atas pentas ceramah bukan main lagi. Kalau macam tu, rasanya tak lah hebat mana dia tu.

Sunday, February 15, 2009

Politik Persepsi

Hendak atau tidak, kita kena terima bahawa politik persepsi telah menyelubungi senario politik tanah air kita, terutamanya sejak pilihanraya ke-12 yang lalu.

Pihak pembangkang telah berjaya memainkan sentimen masyarakat dengan memberikan hujah-hujah yang 'bernas' manakala pihak kerajaan (UMNO) telah gagal secara total untuk menafikan atau menyangkal hujah-hujah pihak pembangkang.

Peranan Anwar Ibrahim sebagai defacto PKR dan PR pada keseluruhanya telah berjaya mengatur permainan sehingga rakyat menjadi keliru untuk menilai sejauh mana kebenaran pihak kerjaan, dan sejauh mana salahnya pembangkang.

AM ingin mengambil satu sahaja contoh, berkenaan dakwaan Anwar bahawa dia telah dibogelkan semasa ditahan di lokap polis. Kenyataannya AM pasti, memang beliau tidak pernah dibogelkan. Dan pihak polis dan kerjaan juga telah menafikan tuduhan Anwar tersebut.

Dalam beberapa ceramah, Anwar telah memberitahu rakyat "jika dibuka baju, dibuka seluar, bukan bogelkah itu?"

Secara mudah, bila dibuka baju dan seluar, memang maksudnya dibogelkan. Tetapi adakah sebenarnya Anwar telah dibuka bajunya dan ditanggalkan seluarnya?

Bila Anwar berkata dia dibogelkan, pihak polis dan kerajaan memang telah menafikannya, tetapi bila dia berceramah kesana kemari dengan memberi hujah "kalau dibuka baju dan seluar, kalau bukan bogel apakah namanya itu?", maka tidak ada satu pihak pun yang menjelaskan kepada masyarakat bahawa Anwar tidak pernah sama sekali dibuka bajunya dan seluarnya semasa dalam tahanan.

Itulah kesilapan yang mungkin kita tidak sedari, dan bila tiada penafian atau setidak-tidaknya menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku, maka persepsi rakyat ialah, Anwar telah dibogelkan, dihina dan dimalukan. Lalu timbullah perasaan simpati. Itulah yang sebenarnya dicari oleh Anwar.

Sekarang ini kes Karpal Singh. Seluruh rakyat yang cintakan Raja, telah berdemostrasi dan menuntut supaya tindakan tegas termasuk ISA digunakan terhadap Karpal.

Malangnya pihak kerjaan hanya membuat kenyataan bahawa "kita tidak bercadang untuk mengambil tindakan ISA terhadap Karpal"

Lalu rakyat tertanya tanya. Adakah tindakan ISA akan hanya diambil jika kerajaan 'bercadang' untuk melakukkannya? Bukan kerana kesalahan seseorang? Jika memang tindakan ISA tidak boleh dikenakan terhadap Karpal, pihak kerajaan seharusnya menjelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada rakyat, kenapa tindakan tidak boleh diambil. Sekurang-kurangnya persepsi rakyat tidak dengan mudah dipesongkan oleh golongan yang tidak bertanggung jawab.

Friday, February 13, 2009

Sejauh Mana Nizar Akur Dengan Keputusan Mahkamah?

Hari ini Nizar ke Mahkamah untuk menuntut satu pengistiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah dan bukannya Dr Zambri.

AM nak tanya, agaknya jika Nizar menang kes tersebut, boleh ke beliau mentadbir Perak dengan tenang, memandangkan beliau telah pun derhaka dengan Paduka Sultan Perak yang seharusnya beliau temui setiap minggu sebagai MB?

Keduanya, adakah jika mahkamah memutuskan bahawa perlantikan Dr Zambri adalah sah mengikut undang-undang, beliau boleh akur dengan keputusan tersebut?

Mengikut kebiasaannya, PKR, PAS dan DAP hanya akan akur dengan keputusan mahkamah jika keputusan mahkamah memihak kepada mereka, sebaliknya jika keputusan mahkamah memihak kepada pihak lain, maka mereka akan kata mahkamah berat sebelah, dipengauhi orang tertentu dan sebagainya.

Itulah sebenarnya idologi PAS, PKR dan DAP.

Azmin Oh Azmin


Begitu marah nampaknya Azmin Ali dengan Khair Toyo, kerana sering membuat laporan polis terhadap salah laku Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Beliau kata, siapa Khair untuk mempertikaikan kewibawaan MB. Jawapan senang, Khair ialah ketua pembangkang di DUN Selangor, dan menjadi tugasnya untuk memantau tindak tanduk pentadbir kerajaan Selangor.

Sebelum Azmin tanya soalan berkenaan, sepatutnya dia tanya dulu, siapa PR untuk mempertikaikan kewibawaan dan kuasa sultan Perak yang telah melantik Dr Zambri sebagai Menteri Besar Perak dan mengarahkan Nizar meletak jawatan.

Jangan cakap tak serupa bikin la Azmin.

Beliau berkata lagi, UMNO dan BM menjadi punca segala yang timbul hari ini. Nak tanya dia lagi, UMNO dan BN telah bersama memajukan dan memakmurkan Malaysia lebih dari 50 tahun. Kegawatan politik dan ketegangan kaum di Malaysia ini hanya timbul sejak kebelakangan ini, sejak PR di beri 'muka' sedikit oleh rakyat untuk mentadbir beberapa buah negeri. Dan lagi sebelum menyertai PKR, dulu Azmin pun orang UMNO. Ada ke kegawatan politik dan ketegangan kaum masa dia dalam UMNO dulu? Jawapannya tentu tidak.

Yang jelas, kegawatan politik dan ketegangan kaum di Malaysia ini berlaku sejak Anwar Ibrahim di pecat dari kerajaan, dan sejak PKR berkerjasam dengan DAP. Siapa dalangnya? Tepuklah dada, tanyalah iman.

Thursday, February 12, 2009

Antara ISLAM, PAS dan Nik Aziz


Kekadang kita keliru, kekadang kita terenyum dan kekadang kita sakit hati. Hakikatnya rakyat yang tak tahu apa apa menjadi mangsa.

Itulah keadaannya bila pemimpin PAS bercakap tentang Islam.

Semua orang tahu, dulu Hadi Awang keluarkan fatwa, jika berkerjasama dengan orang kafir, maka kita pun akan jadi kafir. Fatwa berkenaan dikeluarkan kerana nak beritahu bahwa orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Kemudian Nik Aziz cakap, tuhan pun mencarut. Lepas itu dia beri kenyataan, tak salah bekerjasama dengan syaitan.

Yang terbaru dia kata, sultan dan rakyat adalah sama disisi Islam, sedangkan dalam al-quran dengan jelas diberitahu bahawa sultan/pemerintah itu mempunyai kedudukannya yang tersendiri.

Kadang kala terfikir, betul ke dia tu ulamak? Betul ke ada belajar agama diperingkat yang tinggi?

Kita tak salahkan pengikut mereka yang taksub, kerana kemungkinan pengikutnya tak ada pelajaran. Terima bulat-bulat apa yang pemimpin cakap. Tetapi si pemimpin pulak, tak fikir ke sebelum bercakap? Atau memang tak tahu hukum?

Begitu banyak laporan polis dibuat terhadap Karpal Singh atas perbuatannya yang dianggap derhaka kepada Sultan Perak.

Kalau tak silap, inilah kali kedua kes melibatkan Karpal dan Sultan perak menjadi perhatian umum. Seperti yang berlaku sekarang, sebelum ini banyak juga laporan polis dibuat terhadapnya.

Malanya sejauh mana berkesannya laporan berkenaan. Dan nampaknya Karpal masih disitu dan terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menguris perasaan orang melayu. Memang nasib beliau baik kerana berada di Tanah Melayu ini. Kalau di Indonesia dan negara-negara lain, sudah lama orang seperti Karpal Singh itu dilenyapkan.

Persoalannya, memang tiadakah undang-undang yang boleh mengheret penderhaka ini ke dalam penjara atau ISA? Atau adakah kita takut kepada orang bernama Karpal Singh ini? Atau kerana dia mempunyai kekebalan tersendiri?

Monday, February 9, 2009

DAP, PKR dan PAS, BIADAB dan Kurang Ajar

Hanya kerana kuasa, hanya kerana marah, mereka sanggup mengadaikan adab dan tata susila serta ajaran agama yang kononnya menjadi amalan mereka selama ini.

Dek kerana hendak menyelamatkan pemerintahan DAP, orang-orang melayu islam sanggup menderhaka kepada sultan mereka sendiri? Adakah ungkapan lain selain biadab dan kurang ajar, yang sesuai dilemparkan kepada golongan tersebut?

SAHABAT-SAHABAT AM