Sunday, February 15, 2009

Politik Persepsi

Hendak atau tidak, kita kena terima bahawa politik persepsi telah menyelubungi senario politik tanah air kita, terutamanya sejak pilihanraya ke-12 yang lalu.

Pihak pembangkang telah berjaya memainkan sentimen masyarakat dengan memberikan hujah-hujah yang 'bernas' manakala pihak kerajaan (UMNO) telah gagal secara total untuk menafikan atau menyangkal hujah-hujah pihak pembangkang.

Peranan Anwar Ibrahim sebagai defacto PKR dan PR pada keseluruhanya telah berjaya mengatur permainan sehingga rakyat menjadi keliru untuk menilai sejauh mana kebenaran pihak kerjaan, dan sejauh mana salahnya pembangkang.

AM ingin mengambil satu sahaja contoh, berkenaan dakwaan Anwar bahawa dia telah dibogelkan semasa ditahan di lokap polis. Kenyataannya AM pasti, memang beliau tidak pernah dibogelkan. Dan pihak polis dan kerjaan juga telah menafikan tuduhan Anwar tersebut.

Dalam beberapa ceramah, Anwar telah memberitahu rakyat "jika dibuka baju, dibuka seluar, bukan bogelkah itu?"

Secara mudah, bila dibuka baju dan seluar, memang maksudnya dibogelkan. Tetapi adakah sebenarnya Anwar telah dibuka bajunya dan ditanggalkan seluarnya?

Bila Anwar berkata dia dibogelkan, pihak polis dan kerajaan memang telah menafikannya, tetapi bila dia berceramah kesana kemari dengan memberi hujah "kalau dibuka baju dan seluar, kalau bukan bogel apakah namanya itu?", maka tidak ada satu pihak pun yang menjelaskan kepada masyarakat bahawa Anwar tidak pernah sama sekali dibuka bajunya dan seluarnya semasa dalam tahanan.

Itulah kesilapan yang mungkin kita tidak sedari, dan bila tiada penafian atau setidak-tidaknya menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku, maka persepsi rakyat ialah, Anwar telah dibogelkan, dihina dan dimalukan. Lalu timbullah perasaan simpati. Itulah yang sebenarnya dicari oleh Anwar.

Sekarang ini kes Karpal Singh. Seluruh rakyat yang cintakan Raja, telah berdemostrasi dan menuntut supaya tindakan tegas termasuk ISA digunakan terhadap Karpal.

Malangnya pihak kerjaan hanya membuat kenyataan bahawa "kita tidak bercadang untuk mengambil tindakan ISA terhadap Karpal"

Lalu rakyat tertanya tanya. Adakah tindakan ISA akan hanya diambil jika kerajaan 'bercadang' untuk melakukkannya? Bukan kerana kesalahan seseorang? Jika memang tindakan ISA tidak boleh dikenakan terhadap Karpal, pihak kerajaan seharusnya menjelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada rakyat, kenapa tindakan tidak boleh diambil. Sekurang-kurangnya persepsi rakyat tidak dengan mudah dipesongkan oleh golongan yang tidak bertanggung jawab.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM