Saturday, February 21, 2009

Antara Kebenaran dan Kepentingan Politik

Saban hari rakyat disajikan dengan pelbagai cerita dan berita berkenaan situasi politik negara, yang kadang kala menjengkelkan. Politik adudomba, dan politik persepsi telah bermaharaja lela tanpa ada kawalan. Kita seolah-oleh tidak dapat membazakan lagi antara kaca dan permata. Hanya kerana kuasa, kita ketepikan adab sopan dan budaya sebagai orang timur yang mengaku beragama islam.

Pembangkang pada era Anwar Ibrahim, sememangnya cukup mengelirukan. Selain dari mempunyai wakil rakyat yang tidak berpendidikan tinggi, mereka juga mempunyai ramai pemimpin yang kurang integriti. Kita lihat dan kita tahu, ada diantara wakil rakyat pembangkang adalah seorang tukang cat, tauke kedai kimpalan, penjual prepaid kad, posmen dan lain-lain lagi. Bukan bermaksud mempertikaikan kedudukan tukang cat dan posmen, tetapi sejauhmanakah kita boleh meyakini kewibawaan golongan tersebut jika kita letakkan mereka ditempat yang tinggi, sebagai pembuat dasar untuk sesebuah negeri dan negara?

Jika sebelum ini mereka mengutuk, menghina dan menuduh pemimpin-pemimpin UMNO, sebagai korapsi, tidak bermoral dan sebagainya, kali ini satu demi satu tuduhan tersebut tercalit kebatang hidung mereka sendiri. Memang Allah Taala telah berfirman yang antara lain bermaksud, jika seseorang itu menuduh seseorang lain, sedangkan orang itu tidak melakukannya, maka ingatlah bahawa tuduhan itu akan berbalik kepada yang menuduh. Yang peliknya, jika pemimpin pembangkang didakwa dan dituduh melakukan kesalahan, mereka mengatakan bahawa ini semua adalah kospirasi UMNO dan BN untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka. Dimanakah keadilan?

Adakah pemimpin-pemimpin PKR dan PAS jahil agama? Mengapa masih ditegakkan lagi benang yang basah hanya kerana berbeza fahaman politik? Jika Anwar membuat kenyataan kita tidak akan merasa terlalu hairan, kerana kita tahu apa matlamat Anwar. Tetapi jika orang seperti Nik Aziz membuat kenyataan, apa pula matlamatnya?

Tersenyum bila membaca komen Nik Aziz tentang kes Elizebath Wong di Selangor, di mana beliau berkata Islam tidak melarang kita berbogel dirumah ketika kita berseorangn. Itu semua orang tahu. Katanya. yang salah ialah sipenceroboh yang mengambil gambar Elizebath ketika dia sedang berbogel. Persoalannya, adakah sipengambil gambar itu masuk ke dalam rumah Elizebath semasa dia sedang tidur dalam keadaan berbogel?. Sudah tentu Elizebath Wong sedar dan tahu bahawa sipengambil gambar itu berada didalam rumahnya ketika dia menanggalkan pakaiannya satu persatu. Jadi bermoralkah itu?

Kenapa Nik Aziz tidak membuat ulasan hingga ketahap itu? Mengapa hanya membuat kenyataan separuh jalan, semata-mata hanya kerana Elizebath itu adalah ahli PR. Dimanakah tanggugng jawab Nik Aziz sebagai seorang ulamak yang disegani? Saya tidak percaya Nik Aziz tidak mengetahui situasi sebenar sebelum membuat ulasan. Cuma yang menghairankan, adakah beliau sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan semata-mata untuk kepentingan politik?

Sekarang ini, mutti Perak menjadi mangsa penghinaan pengikut-pengikut parti pembangkang. Seorang yang dipandang mulia seperti mufit dipanggil anjing. Siapakah orang normal dan beragama yang sanggup berbuat begitu kepada seorang mufti? Jangankan mufti, jika kita bergurau dengan rakan, dan memanggil anjing kepada kawan kita itu pun, kita sudah dianggap keterlaluan. Inikan pula mufti. Sebabnya hanya kerana mufti tidak menyebelahi mereka untuk berjumpa sultan agar membubarkan DUN Perak. Dimanakah peranan Nik Aziz dalam kes tersebut? Apakah nasihat Nik Aziz kepada pengikut-pengikutnya berkenaan isu mufti Perak?

Sebagai orang yang waras, rakyat sepatutnya boleh berfikir, sejauh mana kebenaran kata-kata dan perbuatan pemimpin pembangkang yang selama ini kita sokong dan junjung. Jangan kita menurut membabi buta tanpa berfikir. Yang benar katakan lah benar, yang salah katakan salah. Gunakanlah kewarasan fikian. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu kita bakarkan.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM