Nampaknya seolah-olah ada satu kebangkitan terhadap penentangan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), walaupun dasar berkenaan telah enam tahun dilaksanakan.
Tak kisahlah, mungkin dalam masa enam tahum lepas ramai yang belum berfikir macam mana nak menentang dasar berkenaan, atau mungkin dalam masa enam tahun itu mereka sedang mengatur strategi bagaimana untuk memulakan penentangan.
Kalau benar ada penentangan, rasanya Kementerian Pendidikan harus mengkaji semula dasar yang sememangnya tidak memberikan kesan yang dikehendaki. Bahasa Inggeris dikalangan pelajar, terutamanya pelajar melayu, belum berada dalam kedudukan yang membanggakan (kalau itulah sebenarnya yang difokuskan semasa perancangan PPSMI)
Untuk menjadikan seseorang fasih berbahasa Ingeris, pendekatan yang lebih efisyen perlu dilakukan. Selain menambahkan waktu pembelajaran bahasa inggeris disekolah rendah dan menengah, kerajaan juga sepatutnya mewajibkan syarat 'lulus' mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan PMR dan SPM, sebagaimana diwajibkan lulus Bahasa Melayu untuk membolehkan pelajar berkenaan mendapat tempat di IPTA.
Dengan syarat ini sahaja rasanya penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar melayu akan dapat dipertingkatkan, berbanding dengan hanya fasih dengan ungkapan-ungkapan sains dan matematik seperti sekarang. Lagipun dalam tempoh enam tahun perlaksanaannya, tidak nampak pun peningkatan penguasaan bahasa tersebut dikalangan pelajar.
Akhirnya, NGO yang berusaha untuk mendesak kerajaan, tidak perlulah bertindak seolah olah mereka itu adalah pemimpin parti politik. Ugutan seperti meminta rakyat menolak kerajaan pada pilihanraya ke-13 jika PPSMI tidak dihabuskan, menunjukkan seolah-olah NGO berkenaan tidak ikhlas dalam memperjuangkan bahasa melayu, tetapi lebih kepada rektorik semata-mata.
No comments:
Post a Comment