Tuesday, February 24, 2009

Reality Dan Fantasi Kerajaan PR

Hari ini rata-rata orang mula memperkatakan tentang keberkesanan PR sebagai pentadbir kerajaan negeri (belum lagi negara ok).

Timbalan Spekar DUN Selangor, Haniza Muhamed Talha tidak bersetuju dengan tuduhan itu, malah mempertahankan bahawa wakil rakyat PR mampu untuk memikul tanggung jawab yang diamanahkan oleh rakyat.

ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib walaupun tidak dapat mengelak untuk menerima hakikat bahawa ada antara pemimpin PR yang tidak ada pengalaman, tetap mempertahankan bahawa banyak aktiviti-aktiviti yang telah mereka lakukan sepanjang hampir setahun mentadbir kerajaan Selangor.

Hakikatnya ialah, selain dari tidak mempunyai calon berwibawa untuk diketengahkan sebagai wakil rakyat, mereka sememangnya tidak mempunyai pengalaman. Mereka kena mengakui hakikat ini. Tidak seperti wakil rakyat PAS atau DAP yang kebanyakannya telah menjadi wakil rakyat beberapa penggal, kebanyakan wakil rakyat PKR hanya baru sekali jadi wakil rakyat. Itu pun hanya hanya kerana rakyat marah dengan UMNO dan memberi undi kepada mereka. Buktinya tahanan ISA yang tak pernah tunjuk muka masa berkempen, dan tak ada peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat setelah diistihar menang, pun boleh menang pilihanraya. Adakah itu menandkan PR (PKR) mempunyai pemimpin yang berkalibar?

Berkalibar apa jika asalnya dari tukang besi, posmen, ustaz sekolah pondok (bukan niat mencaci golongan tersebut). Ini mentadbir negri bro, bukan mentadbir sekolah tadika, atau mentadbir pusat video games.

Kalau bejaya menganjurkan sukanika rakyat, makan durian bersama wakil rakyat, jamuan makan malam, ceramah umum, rasanya ketua pemuda UMNO Cawagan pun mampu menganjurkannya. Yang penting ada modal, mereka pasti boleh melakukan aktiviti-aktiviti berkenaan.

Adapun untuk menjadi pemimpin peringkat negeri, bukan aktiviti itu yang diperlukan. Mereka mesti mampu menterjemahkan agenda negeri, melunaskan janji-janji yang telah ditabur, menjana ekonomi negeri dan menggunakan sumber tenaga manusia sebaik mungkin.

Apa yang ditontonkan kepada rakyat setakat ini ialah, berebut-rebut menukar kereta rasmi kerajaan dan berebut-rebut menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang mungkin mereka tidak akan ada peluang sekali lagi selepas ini.

Harap-harap rakyat cepat sedar.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM