Friday, January 1, 2010

Hadiah Tahun Baru Untuk Penyokong Pembangkang


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan majalah mingguan Katolik, Herald dibenar menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya, mungkin menguris hati ramai orang Melayu Islam di Negara Ini.

Tetapi dalam masa yang sama, ianya merupakan hadiah paling manis bukan sahaja kepada penganut Kristian, tetapi juga kepada ramai pemimpin dan penyokong parti pembangkang, kerana hasrat mereka untuk mewujudkan kesamarataan, telah tercapai. Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim, awal-awal lagi dalam ceramahnya, secara terang-terang mengatakan tidak salah perkataan Allah digunakan oleh penganut agama lain. Orang-orang yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim juga pasti turut gembira. Tahniah.

Apapun bagi orang Melayu Islam yang lain, keputusan Mahkamah Tinggi itu, bukan bererti berakhir segala-galanya. Selama ini kita telah dididik supaya menghormati keputusan mahkamah, jadi dengan berat hati, kita kena akur apa yang telah diputuskan.

Cuma diharapkan pihak kerjaan dapat menyegerakan membuat rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi itu. Jika perlu, mintalah bantuan dari Majlis Raja-Raja.

Kita mesti ingat, Allah itu adalah tuhan tetapi tuhan tidak semestinya Allah. Allah adalah tuhan orang Islam. Dalam islam, 'tiada tuhan melainkan Allah' sedangkan penganut agama lain, walaupun mempercayai kewujudan Allah tetapi mereka menyembah yang lain selain Allah.

AM tidak dapat bayangkan bagaimana akhbar yang mempunyai kalimah Allah itu dibawa ke dalam tandas dan dicampak kesana sini serta dipijak sesuka hati selepas dibaca. Sedangkan dalam Islam setiap benda yang tertera kalimah Allah, kita letak di tempat yang tinggi dan mulia.

Kalau ada antara kita yang tidak merasa apa-apa atau merasakan semua agama mempunyai hak yang sama dengan Islam, cepat-cepatlah berfikir semula. Jangan sampai nanti mereka meminta untuk menggunakan madrasah, surau dan masjid sebagai tempat berkumpul atas dasar mereka mempunyai hak dari segi perlembagaan.

Kalau melihat perkembangan yang sedang berlaku akhir-akhir ini, tidak mungkin itu semua akan berlaku. Maka kita akan lihat nanti, hari Jumaat umat islam menggunakan masjid untuk solat Jumat dan pada hari sabtu dan ahad penganut agama lain pula akan menggunakannya sebagai tempat beribadat.

1 comment:

lara_nur said...

Sedihnya jd huruhara begini.....risau pun ada.walaupun lara mungkin pendidikan agama sekadar ckup mkn tp untuk benar2 menyelami isu ini tak sukar.lara syg agama lara.pedih rasanya bila timbul hal sebigini.rasa mcm tak selamat je dah malaysia ni betol tak AM?ada2 je yg nk mggugat...lepas satu,lain pulak y menyusul.bertelagah tak sudah.masing2 xmau kalah.paling ketara akhirnya merugikan umat islam dan bangsa melayu keseluruhan...tp lara rasa yg positifnya dr isu penggunaan nama Allah ni diharap pemimpin2 melayu islam sekalian,hentikan lah berbalah seketika.ini masa terbaik membuktikan kita walau berbeza pegangan politik tp kita tetap dibawah naungan akidah y sama.maka bersatulah wahai saudara2 muslim sekalian.jgnlah biarkan islam diperkotak katikkan.maruah islam tanggungjawab kita...


@aku yg biasa2 saja

SAHABAT-SAHABAT AM