Wednesday, July 16, 2008

Episod Pertama Telah Selesai

Akhirnya DSAI telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan keatasnya terhadap laporan kes liwat.

Mulanya aku merasa terkejut, kenapa pihak polis tidak menunggu sehingga jam 2 petang dimana DSAI dijadualkan hadir ke IPK untuk disoal siasat. Setelah memberi peluang dan ruang yang terlalu besar kepada DSAI, mengapakah pihak polis tidak boleh bersabar beberapa jam sahaja sehingga DSAI hadir ke IPK.

Tetapi bila aku fikir sekali lagi. Siapakah Anwar untuk menerima layanan yang terlalu istimewa? Malaikat maut kah dia? Kalau semasa DSAI sedang menjawat jawatan TPM pun pihak polis boleh menahan DSAI dirumahnya kenapa sekarang tidak boleh, sedangkan DSAI tidak mempunyai apa apa kedudukan pun dalam kerjaan. Kalau ada pun kedudukan, so what?

Sebaik mana pun pihak polis beri layanan kepada DSAI, penyokong2nya tetap akan mengatakan pois tidak adil, polis zalim dan sebagainya. (dalam masa yang sama asyik keluar masuk balai polis buat laporan itu dan laporan ini)

Jadi episod pertama telah selesai. Episod kedua ialah soal selidik dan penahanan reman. Diharap pihak polis akan dapat menjalankan tugas dengan telus dan berani, betul dan tepat agar keadilan dapat diberi kepada semua pihak yang terlibat.

Hari Ini Perintah Negara, Esok Harga Minyak Turun...

Aku terpanggil gak untuk memberi sedikit pendapat untuk dikongsi bersama dengan korang.

Selepas depat itu, dan disambung pagi ini aku dan rakan-rakan berbincang berkenaan debat berkenaan. Pendapat aku satu sahaja, Sabhrey Chik (sorry kalau ejaan salah) tak mampu mengalahkan DSAI dari segi pengolahan ayat dan menyampaikan fakta, manakala DSAI seperti lazimnya (sebab itu aku suka dia) mampu mengayakan bahasa, persembahan dengan mimik muka dan lengokan badan, membuatkan beliau lebih menyerlah. Malangnya rakyat bawahan (dan hampir semua dari kita) tidak dapat menilai mana satu fakta dan mana satu yang bukan.

Aku lebih suka kalau kedua pihak dapat menggunakan penedekatan yang lebih mudah difahami oleh rakyat bawahan, tanpa mengaitkan kenaikan harga minyak dengan ketirisan, IPP atau apa sahaja yang sukar difahami rakyat.

Aku ada ayat yang lebih mudah untuk difahami. Diharap korang baca (tak perlu setuju) lepas itu fikirkanlah.

Petronas menyumbangkan 60% dari keuntungannya kepada kerajaan. Manakala 60% itu hanya merupakan 30% dari jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan. Kita andaikan begini, Petronas untung RM10,00 setahun. 60% yang petronas kena bayar kepada kerajaan ialah sebanyak RM6000. Jumlah itu adalah kira-kira 30% dari perbelanjaan yang harus ditanggung oleh kerajaan untuk rakyat termasuk sekolah, jalan raya, perubatan, masjid dan sebagainya. Bermaksud perbelanjaan kerajaan yang sebenar ialah RM18,000. Jika keseluruhan RM6 ribu itu digunakan untuk subsidi minyak maka kerajaan terpaksa mencari jalan lain untuk mencukupkan RM18 ribu itu untuk projek-projek lain (Diulangi, nilai yang aku beri itu adalah untuk memudahkan kita mengira) Maka akhirnya jika tidak mampu, kerajaan terpaksa meminjam duit dari negara luar, dan akhirnya nanti negara kita akan dibebani oleh hutang yang terlalu besar.

Pendapat aku yang kedua, aku mengandaikan keuntungan petronas hasil dari pertoleum negara itu sebagai bonus yang korang biasa dapat tiap tahun tu. Mesti kita seronok bila dapat bonus terutama bila nak sambut hari raya.

Cara yang akan digunakan oleh DSAI ialah, bila apat bonus maka kita akan membelanjakan kesemuanya untuk sambutan raya. Tukar langsir baru, tukar cat rumah, tukar perabut baru, tukar pakaian baru dan segala macam baru. Manakala cara yang diguna oleh pihak kerajaan ialah, 'berjimat duit untuk masa akan datang'. Lepas raya pun kita masih nak makan dan beli barang-barang keperluan. Hidup kita bukan untuk hari raya sahaja.

Maksudnya, jika pun ada keuntungan besar oleh Petronas, dan jumlah itu mampu untuk memberi subsidi minyak hingga ketahap paling maximum, berapa lamakah kita boleh bertahan? Kerajaan membuat perancangan untuk rakyat sepanjang zaman bukan untuk generasi yang ada hari ini sahaja. Katakanlah kerajaan bagi subsidi sekarang, sudah tentu kita seronok (walaupun belum tentu sokong kerajaan). Apa pula akan terjadi bila minyak kita dah habis dan terpaksa membeli minyak sepenuhnya dari luar. Dimanakah kerjaan hendak cari duit beri subsidi minyak? Lebih dari itu dari mana kita nak cari duit untuk membangunkan masyarakat, membina infrastruktur dan lain-lain kemudahan awam?

Aku tertarik dengan MP DAP dari Kepong berhujah di parlimen pagi tadi, yang antaranya berbunyi "kita tidak boleh terus menerus mengharapkan subsidi dari kerajaan".. Walaupun dia seorang ahli pembangkang, tetapi bila kenyataan yang benar, kita semua kena akui..

Satu lagi yang aku nak ambil contoh ialah berkenaan kerajaan Selangor. Mengapa bila berkempen mereka berjanji nak turunkan harga cukai pintu, tetapi bila dah menang mereka tarik balik janji itu? Ini bukan isu tipu atau tak tipu, sebaliknya ia adalah kerana bila sudah berada dalam kerajaan, Datuk Khalid mungkin baru dapat membaca bahawa jika diturunkan cukai pintu, akhirnya kerajaan Selangor akan muflis. Tidak cukup dengan itu, ramai pakar ekonomi berpendapat, pemberian 20 meter padu air kepada rakyat selangor, akan menyebabkan syarikat milik kerjaan negeri itu, akan kehabisan tunai dalam masa beberapa bulan sahaja. Kita tunggu dah lihat. Harap-harap jangkaan itu tidak betul. Tetapi kalau betul macam mana?. Itulah bezanya antara orang yang bercakap untuk mempengaruhi fikiran rakyat, dengan orang yang bercakap sambil memegang tanggung jawab.

Kesimpulannya, selain kita merungut kerana kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan yang lain, kita kena fikir juga beban yang terpaksa ditanggung oleh kerjaan yang akhirnya nanti memberi kesan kepada anak cucu kita dibelakang hari. Bila tidak pandai berjimat cermat, negara akan muflis dan terpaksa berhutang dengan negara luar, minyak pun dah habis masa tu, sebahagian besar dari kita mungkin sudah tak ada lagi di dunia ini. Siapa yang akan menanggut semua itu? Lain lah kita memang tidak fikir pasal itu semua dan hanya nak lepas tengkuk sendiri jer.

Tuesday, July 15, 2008

HOMOSEKS (cut and paste dari sangkabangsa blogspot)

2. Penggiat Liwat / homoseks / lesbian atau pengamal seks sama jenis, bukan perkara baru dalam dunia ini, malah pernah satu umat (umat nabi Lut a.s. termasuk isterinya) dilenyapkan dari muka bumi ini oleh ALLAH swt.

3. Kumpulan ini ada diantara kita, bergaul dengan kita, hidup bersama dengan kita sama seperti orang kebiasaan.

4. Sama seperti kumpulan pengamal seks sama jenis seperti 'penkid', lesbian, pondan, homo atau apa jua nama yang diberi, mereka mempunyai kehidupan tersendiri di luar dari kelompok masyarakat 'biasa' yang lain.

5. Mereka mempunyai rangkaian rakan2 sejenis yang luas, dan ianya terbentuk semasa mereka di kolej2, di tempat kerja atau berkumpulan di kelab2 tertentu yang dikunjungi oleh kumpulan mereka.

6. Mereka mempunyai ketagihan yang sama penggiat seks yang lain atau seperti perokok atau pengguna dadah.

7. Mereka melakukan kegiatan mereka samada secara terbuka atau tersembunyi.

8. Mereka suka bercerita berkenaan pasangan masing2 di antara mereka dan menjadi kemegahan atau kebanggaan mereka sekiranya melakukan hubungan dengan orang2 tertentu yang mempunyai kuasa atau terkenal.

9. Mereka juga manusia biasa, kecuali tabiaat tadi. Ada yang berkahwin dan mempunyai anak dsb, namun masih mengamalkan kegiatan tersebut.

10. Antara selebriti yang terkenal dalam kumpulan ini ialah elton john, george michael, boy george dll lagi.

aku nak tambah sedikit..

11. Di luar negara, kegiatan homoseks tidak merupakan sesuatu yang menghairankan, dan disesetengah negara, perkahwinan sesama jantina adalah dibenarkan.

12. Gejala (penyakit) homoseks/gay ini sebenarnya telah tersebar luas diserata dunia dan dinegara seperti Malaysia, kegiatan mereka biasanya tidak disedari kerena mereka mempunyai lokasi aktiviti mereka yang tersendiri, dan mempunyai disco sendiri untuk golongan seperti itu.

13. Di Malaysia golongan gay/homoseks terdiri dari golongan profesional, artis, ahli politik dan (jangan terkejut) golongan yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi.

14. Gay/homoseks tidak mengenal batas usia. Mereka mungkin berusia 12 tahun atau mungkin setua 70 tahun.

15. Malaysia, terdapat golongan artis yang masih popular dikatakan adalah golongan jenis ini, dan cerita dari mulut ke mulut, terdapat artis yang telah meninggal dunia juga terlibat dalam kegiatan ini.

Jadi, untuk mengatakan MUSTAHIL 'seseorang' itu terlibat dalam kegiatan homosex adalah tidak wajar sama sekali.

Debat

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Hanya tunggu masanya sahaja perdebatan antara DSAI dengan Datuk Sabree Chek akan berlangsung di Dewan Bahasa Dan Pustaka jam 9.00 malam ini.

Semua pihak seudah semastinya tertunggu tunggu detik itu. Bagi pihak yang menyokong DSAI sudah pasti mereka berkehendakkan DSAI akan dapat membuat pukulan KO kepada Datuk Sabree manakala penyokong kerjaan pula berharap Datuk Sabree akan dapat menjaga maruah kerjaan disamping dapat menjelaskan sejelas-jelaskan tentang faktor kenaikan harga minyak yang selama ini dikeluhi oleh majoriti rakyat.

Sudah pasti malam ini, segala rancangan yang biasa menjadi top ranking akan ketinggalan kerana majoriti rakyat akan berpusu-pusu di hadapan tv masing-masing untuk melihat siaran yang julung-julung kali seumpamanya, pernah ditayangkan di station tv.

Walaupun tiada hadiah akan diberikan, dan tiada undian sms akan dilakukan untuk menentukan pemenang, tetapi kesan dari debat itu dirasakan amat mendalam sekali jika kedua-dua pihak dapat merungkaikan dan membahaskan isu berkenaan harga minyak ini berpandukan fakta dan bukan emosi semata-mata.

Diharapkan selepas ini, setidak-tidaknya rakyat akan faham kenapa harga minyak dinaikan. Protes memang boleh protes, tetapi yang lebih penting dari itu kita hendak tahu kenapa harga minyak naik. Kenapa tidak turun. Dan kenapa pulak Anwar kata dia boleh turunkan harga minyak sehari selepas jika ditakdirkan PR memerintah.

Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, akan hadirkah Anwar ke majlis debat itu? Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Tetapi kalau tanya aku, persent untuk majlis itu menjadi kenyataan adalah amat nipis kerana pada firasat aku DSAI tidak akan hadir. Mungkin aku silap...tapi tunggu lah..

Anwar Tidak Hadir Ke IPK Untuk Beri Keterangan

Seperti yang aku sangka, dan seperti yang ramai duga, DSAI akhirnya tidak hadir ke IPK seperti yang beliau janjikan untuk memeri keterangan keatas dakwaan liwat.

Seperti yag ditulis diakhbar, alasannya ialah kerana DSAI dan keluarga rasa 'terancam' dengan tindakan polis yang datang ke rumah DSAI untuk menyerahkan surat meminta beliau hadir ke balai polis.

Aku harap pengikut DSAI yang setia boleh dapat berfikir sejenak tektik yang digunakan oleh DSAI ini. Pihak polis datang kerumah kerana menyampaikan surat. Dimanakah yang dikatakan ancaman kepada keluarganya? Beliau berkata anaknya merasa takut dengan kehadiran pihak polis kerumahnya. Takut kerana apa? Muka polis yang datang tu macam hantu raya ke? Atau pihak polis datang kerumah Anwar menggunakan kereta kebal ke?

Satu lagi DSAI mengatakan bahawa pihak polis telah melangari perjanjian dengan Anwar bahawa mereka tidak perlu menghantar surat dan Anwar akan hadir sendiri ke balai polis. Persoalannya siapakah Anwar yang pihak polis terpaksa layan itu dan ini? Perjanjian apa lagi? Selama ini aku rasa dah terlalu banyak keistimewaan yang pihak polis telah berikan kepada Anwar. Cukup-cukup lah...

Bila Anwar buat laporan terhadap KPN dan Peguam Negara, mereka dengan rela menghadirkan diri ke pajabat BPR untuk disoal siasat. Kenapa Anwar tidak boleh melakukan perkara yang sama? Kebal sangat kah dia?

Aku rasa sebenarnya Anwar memang hendak sangat kena tangkap. Lepas itu pengikutnya akan memberontak. Itulah sebenarnya yang Anwar mahukan.

Monday, July 14, 2008

Usul Undi Tidak Percaya kepada PM Ditolak...

Walaupun tak dapat dinafikan bahawa PR telah mendapat kerusi yang banyak di Parlimen, kita wajib kena akur bahawa BN tetap merupakan majority di dewan yang mulia itu.

Jika kita masih percaya kepada demokrasi, maka percayalah bahawa majority rakyat telah memilih BN untuk mentadbir negara.

Kalau dah tak percaya demokrasi dan tak percaya pilihan raya, maka PR patutlah mencari jalan seperti yang telah dilakukan dinegara-negara luar iaitu rampasan kuasa menggunakan kekerasan. Hanya itu sahaja yang boleh mencapaikan niat DSAI menjadi PM.

Sepatutnya PR patut merasa malu, rakyat dah bagi peluang tadbir lima negeri pun masih tak semenggah, ada hati pulak nak tadbir kerajaan pusat. Tak malu ke nanti kalau jadi PM tetapi dengan cara tak bermoral, beli MP BN?

Pemimpin dan penyokong PR kena faham, kalaupun usul tidak percaya kepada Pak Lah diterima, kemudian diadakan undian, PR tetap kalah kerana MP BN lebih ramai dari MP PR dan akhirnya Pak Lah tetap kat situ. Dan jikapun ditakdirkan ada org BN yang turut menyokong undi tidak percaya, dan akhirnya Pak Lah letak jawatan, maka penggantinya tetap juga dari kalangan MP BN.

Jadi aku rasa, usul undi tidak percaya kepada PM itu hanylah gimik PR untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu yang lebih panas.

Friday, July 11, 2008

Najib bersumpah nafi kenal Altantuya

Oleh Agendadaily.com
Jumaat, 11 Julai 2008

Wallahi Wabilahi Watallahi’ ... Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu.
Beliau melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur petang Khamis.

Beberapa orang yang menghadiri taklimat itu memberitahu Agendadaily bahawa Najib melafazkannya secara spontan semasa giliran beliau berucap.Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanatnya.


Ia terus sambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin.Dalam taklimat berkenaan Abdullah telah memberi penerangan tentang proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib.

Mereka yang ditemui selepas taklimat berkenaan berkata lafaz sumpah Najib itu menghilangkan langsung keraguan terhadap berbagai fitnah dan dakwaan yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Altantuya.

Ini termasuk akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian semasa sidang akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu yang kemudiannya ditarik balik pada pagi Jumaat.

“Apa lagi yang perlu kita ragu…kalau tidak …tak mungkin Datuk Seri Najib berani bersumpah begitu,”kata salah seorang dari mereka.

Selasa lalu semasa ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Najib berkata beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Beliau kata demikian ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Semasa berucap pada satu majlis di Pekan Sabtu lalu Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.

Katanya hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Gajah Putih Sarkas DAP

Cendekiawan Melayu sudah berdoa
semoga anak Melayu jangan main api,
takut terbakar hatinya yang sepi.
Air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang.

Kita bukanlah keturunan yang merempat
mencari sesuap nasi.
Nenek moyang kaya raya.
Kini kan tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita.
Cinta lenyap diarus zaman.

Inilah tanah tumpah darah ku.
Tanah penuh pusaka.
Indahnya bumi kita ini.
Warisan berkurun lamanya,
hasil mengalir ke tangan yang lain.

Oang Melayu merintih sendiri.
Masa depan sungguh kelam.
Kan lenyap perisitiwa semalam.
Tertutuplah hati terkunci mati.
Maruah peribadi dah hilang.

Nampaknya macam masih bernasib baik bila anak melayu dari Selangor, Perak dan Kedah menjadi menteri besar tetapi kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti, sama-sama kita pulikan kembali harga diri. Sudah tiada masa, jangan lah lalai, teruskan usaha. Melayu kan gagah di Nusantara

Perlukah lagu Warisan ini dikumandangkan semula. Atau relakah kita melihat pahlawan-pahlawan melayu menjadi gajah putih sarkas DAP?

Tidak ada apa yang hendak dibanggakan bila Khalid Ibrahim, Ahmad Nizar ataupun Azizan menerajui Tanah Penuh pusaka ini.

Mereka umpama gajah putih sarkas yang ditelinganya sudah tercangkok kusa gembala dan juru arah sarkas. Mereka tidak boleh melangkah tanpa arahan gembalanya.

Oleh: jeramenjut

Tuesday, July 8, 2008

Apa Kata Presiden Tentang Protes Sejuta Rakyat

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Protes atau bantahan terhadap sesuatu isu mesti dilakukan dengan kaedah yang betul demi menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan.

Presiden PAS Dato' Seri Guru Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pendekatan menggunakan stadium bagi melahirkan protes itu tidak memberi kesan yang sepatutnya dan tidak sampai mesej.

Malah protes yang dibuat seperti 'karnival' dan mengadakan hiburan sampai ke pagi tidak mencapai matlamat yang jelas kepada rakyat dan tidak sewajarnya dibuat.

"Perlu ke pada jalan raya dan perlu menyampaikan nota bantahan kepada pemimpin, itu yang sepatutnya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas 'Himpunan Protes Sejuta Rakyat' yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya Ahad lalu yang mendapat kritikan pelbagai pihak.

"Walaupun lima minit atau 10 minit, kalau protes dilakukan lima minit pun berkesan, apa yang penting ialah kita dapat menyamapaikan mesej itu kepada kerajaan dan rakyat

"Kalau suara hanya tertutup dalam stadium , hanya itu sajalah.....sekadar melepaskan geram bukan dari erti kata yang sebenar," katanya ketika ditemui Harakah dalam temubual eksklusif berkaitan isu-siu semasa di pejabat pembangkang di Parlimen pagi tadi.

"Kita perlu menghantar wakil bertemu....bukanlah tak boleh....bertemu menteri yang bertanggungjawab itu protes yang betul...kerajaan mesti terbuka dalam masalah ini," katanya.

Beliau turut merujuk kepada situasi yang berlaku di London semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini di mana kerajaan tersebut membenarkan demonstrasi.

Polis pula mengawal daripada berlaku apa-apa yang tidak diingini, ujar Presiden PAS.

"Di Amerika, begitu juga, polis tidak melakukan sebarang provokasi, polis membiarkan peserta demonstrasi menyampaikan apa yang mahu dinyatakan dan kerajaan mereka mendengar," tegasnya lagi.

Beliau turut memberikan pandangan berhubung isu-isu terkini membabitkan Pakatan Rakyat, kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kemelut politik semasa.- wann/mks.


Komen aku:

Masalahnya, pengikut pemgangkang di negara kita tak sama dengan penyokong pembangkang di negara luar yang lebih bersikap profesional. Malah protes di negara luar dilakukan secara bersama, bukan oleh parti pembangkang sahaja. Di negara luar, mereka tahu bagaimana nak protes, tetapi di negara kita, kita baru diajar bagaimana nak berdemostrasi. Dua perkara yang berbeza. Di negara luar bila buat protes mereka tak rosakkan harta awam, sebaliknya di Malaysia sekali buat demostrasi, semua peniaga terpaksa tutup kedai, lepas tu kerjaan terpaksa belanja berpuluh ribu untuk perbaiki kemudahan awam yang kita rosakkan. Di Malaysia kita bertindak ikut emosi, kita bertindak kerana marah, dan kita bertindk kerana nak jatuhkan org lain. Niat nak mintak jatuhkan harga minyak hanya gimik jer, yang lebih utama kita nak kerajaan BN jatuh. Jadi macam mana nak samakan kita dengan negara luar?

Jilat Jangan Tak Jilat

Lucu bercampur keliru. Itulah ungkapan yang boleh aku katakan berkenaan dengan perhimpunan 1 juta rakyat menentang kenaikan harga minyak.

Selain jumlah penyertaan yang tak sampai suku dari sasaran sebenar, walaupun pelbagai usaha promosi melalui internet dan sms dilakukan oleh pihak penganjur, kejadian artis jemputan (underground tuu...) melondehkan seluar dan menunjukkan punggung (bontot) kepada penonton adalah sesuatu yang diluar jangkaan dan sangat mengaibkan. Tambahan pula majlis tersebut bolehlah dikatagorikan sebagai majlis ilmu yang sepatutnya pengisiannya ialah dengan bacaan puisi, deklimasi sajak, nyanyian patriotik. Mengapakah (at first place) penganjur menjemput kumpulan underground? Kenapa tidak kumpulan rock lain seperti wings atau penyanyi seperti Mawi atau Datuk Siti Norhaliza (jika tujuannya untuk menarik lebih ramai golong muda ikut serta)

Persoalan timbul, sejauh mana penganjur memahami motif perhimpunan berkenaan dan sejauh mana pula mereka memahami sensitiviti bukan sahaja masyarakat melayu (golongan tua dan kanak-kanak) tetapi juga perasaan pemimpin dan pengikut PAS yang baru sahaja memprotes tindakan kerajaan Selangor menjemput artis Ella dan Mas Idayu atas alasan artis tersebut tidak cukup bermoral. Bermoral sangatkah artis underground yang biasanya dikaitkan dengan penyalah gunaan dadah dah alkohol?

Lebih dari itu, tidakkah pihak penganjur memberitahu artis berkenaan tentang tema dan maksud majlis diadakan? Adakah kita akan dengar nanti pemimpin PKR mendakwa yang kejadian ini juga adalah konsprasi kerajaan BN untuk mengaibkan Pakatan Rakyat?

Tiba-tiba aku terfikir, tidakkah mungkin penyokong PKR telah tersalah tafsir dan bertindak keterlaluan? Tidakkah mungkin niat penyanyi berkenaan ialah untuk mengutuk pemimpin BN yang suka menjilat punggung pemimpin tertinggi sepertimana yang sering pemimpin pembangkang tuduh, tetapi pengikut PKR telah tersalah erti yang menyangkakan penyanyi berkenaan memperli pemimpin mereka? Maka itulah sebenarnya ketentuan Allah. Niat kita mungkin bertujuan untuk mengaibkan orang lain, tiba-tiba aib tersebut jatuh ke muka kita sendiri.

Monday, July 7, 2008

Mubahalah lah..

Nampaknya keadaan semakin kalut. Tak nampak pun lagi jalan penyelesaian. Pihak polis sibuk mengumpul bukti untuk mebawa kes ke mahkamah, walaupun aku pasti penyokong-penyokong PKR tidak akan percaya apa juga keputusan, melainkan keputusan itu memihak kepada mereka. Tidak pasti bila kes ini akan disebut di mahkamah.

Bila mufti Perlis mencadangkan supaya kedua pihak bermubahalah, aku merasakan ada baik dan tak baiknya. Yang tak baiknya mestilah kerana ianya nanti akan mengaibkan bukan sahaja org yang terlibat, malah ianya juga turut mengaibkan keluarga mereka. Aku tak takut langsung jika nantinya Saiful dan keluarganya mendapat aib kerana fitnah yang dia lakukan, kerana org tak kenalpun siapa Saiful tu, tetapi yang aku amat takut jika nantinya Anwar yang terkena sumpahan itu. Kasihan pada isterinya dan kasihan pada anak-anaknya. Aib seluruh dunia.

Malangnya dalam keadaan sekarang, bila sumpah dianggap sebagai bahan mainan, nama Allah dipermainkan begitu rupa dan fitnah sudah menjadi ulam-ulaman tanpa takut kepada lahanat Allah, aku rasa kita semua kena setuju bahawa kedua mereka mesti bermubahalah.

Kita tak dengar lagi koman dari Saiful samada dia sanggup bermubahalah, tetapi yang nyata komen Anwar telah kita dengar. Dia berkata insyaAllah dia sanggup tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Yang pertama hari tu dia kata dia sanggup, asalkan dia diberitahu apakah motif tuduhan yang dibuat oleh Saiful (?). Kemudian hari ini dia kata dia sanggup asalkan dihadapan alim ulamak dari dalam dan luar negara. Disamping itu dia kata, dia dah tanya ramai ulamak, tetapi mereka (ulamak) tak benarkan dia bermubahalah.

Kita kena sedar, ramai yang tak setuju dengan mubahalah. Malah pengarah JAKIM pun nasihatkan supaya tidak diadakah mubahalah. Apakah maksudnya? Sebenarnya mereka tidak mahu ada org akan mendapat aib dari bala yang Allah turunkan kepada org yang bemubahalah jika didapati mereka itu berdusta. Alim ulamak tidak mahu semua itu berlaku, bukan kerana nak lindungi sesiapa. Tetapi kesempatan ini seperti biasa telah digunakan oleh Anwar untuk kepentingan politiknya. Dia kata ulamak yang tak bagi dia bermubahalah bukan dia yang tak nak.

Tetapi dalam keadaan politik semasa di Malaysia, hendak tak hendak mubahalah mesti dilaksanakan. Jika tidak org melayu akan terus berpecah belah. Fitnah akan terus berleluasa. Biarlah seorang Anwar atau seorang Saiful mendapat bala dari Allah dan biarkan lah meraka dan keluarga meraka mendapat aib. Sekurang-kurangnya kebenaran dapat ditegakkan di dalam keadaan dimana ramai org tidak percaya lagi kepada keadilan di Malaysia. Disamping itu juga, dengan mubahalah ini, tidak ada lagi org yang akan berani buat fitnah selepas ini, kerana takut akan menerima bala yang telah ditimpakan kepada org yang bersalah dalam kes liwat ini.

Friday, July 4, 2008

Anwar akui ke kondo mewah, akan beri penjelasan lanjut

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan pernah ke kondo mewah yang dikaitakan dengan kes kontroversi terkini yang membabitkan pembantu beliau namun butiran berhubung tarikh dan kejadian terbabit akan didedahkan kemudian.

AKU NAK MINTAK DSAI BERITAHU ORG RAMAI, RUMAH SIAPA YANG DIA LAWATI DAN ATAS URUSAN APA. KENAPA NAK TUNGGU KEMUDIAN BARU NAK DEDAHKAN?

Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam sidang media berhubung isu 'Najib-Altantuya' yang didedahkan oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal di pejabat KeADILan di Petaling Jaya tengah hari tadi.

BARU TADI, BALASUBRAMANIAM PRUMAL, TARIK BALIK PENDEDAHAN ITU, SIAPA NAK JAWAB SEKARANG?

"Saya mempunyai bukti kukuh dan alibi berhubung kes itu. Kita akan dedahkan dan saya hanya akan memberitahu setakat yang perlu kerana ianya membabitkan soal perundangan," katanya mengulangi pendiriannya.

SEBENARNYA DSAI MASIH PERCAYA KEPADA PERUNDANGAN MALAYSIA. TETAPI DEMI KEPENTINGAN PERIBADI, BELIAU SERING MEMBERITAHU BAHAWA UNDANG-UNDANG MALAYSIA TAK BETUL, HAKIM TAK BETUL, POLIS TAK BETUL, PEGUAM NEGARA TAK BETUL. DALAM HAL MACAM NI, TAHU PULAK SEBUT IANYA MELIBATKAN SOAL PERUNDANGAN?


"Saya tidak pernah kata saya tidak pernah ke sana," demikian ringkas kata Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim di pejabat lamanya di Petaling Jaya.

ADA RUMAH SAUDARA MARA ATAU PEJABAT DIA KAT KONDO ITU KE?

Mengulas laporan akhbar media perdana itu, Anwar berkata dia tidak pernah menafikan yang beliau pernah pergi ke kondo tersebut namun akan menerangkan lebih lanjut tentang isu itu kemudian.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas laporan akhbar yang sama yang mendakwa bahawa terdapat laporan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menemui bukti liwat ke atas Saiful, Anwar menjawab itu adalah masalah Saiful untuk memberi penjelasan.

"Itu masalah dia (Saiful), dia (sendiri) kena menerangkan masalah itu," katanya tenang, bagaimanapun menurut agensi berita Pengarah HKL telah menafikan yang pihaknya mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan rekod pemeriksaan Saiful.

Anwar juga enggan menjawab persoalan samada beliau membawa bersamanya Saiful dalam perjalanannya keluar negeri berikutan beberapa liputan media yang mendakwa tuduhan terhadap Anwar juga berlaku di Singapura, Bangkok dan Hongkong.

KENAPA TAK NAK JAWAB, JAWAB JER LAH ADA KE TAK..SUSAH SANGAT KE NAK JAWAB.

"Ada beberapa perkara yang dia perlu berunding dengan peguamnya dahulu kerana penyiasatan sedang berjalan. Apa yang saya boleh katakan adalah, tiada apa yang perlu dibimbangkan,"kata beliau.

TIADA APA YANG PERLU DIBIMBANGKAN? SIAPA YANG BIMBANG SEBENARNYA?

Wednesday, July 2, 2008

Cerita Singh

Aku tak tahu samada singh ni sebenarnya dari keturunan orang india atau bukan, tapi aku rasa bukan kut, kerana bahasa percakapan, budaya dan agama mereka berbeza.

Kat Malaysia ni aku suka ikut perkembangan dua orang singh. Sorang bernama Karam Singh Walia yang siang malam memperjuangkan alam sekitar dan hebat dengan pantun dan bidalan, dan seorang lagi Karpal Singh, ahli parlimen dan seorang pengamal undang-undang yang sentiasa bikin panas kat Parlimen.

Sebenarnya dari dulu masyarakat singh ni memang sungguh popular walaupun bilangannya terlalu sedikit di Malaysia ni. Bila sebut jaga, mesti singh, bila tunggu roti mesti singh, bila tunggu susu singh gak. Malah banyak lagu2 jenaka dan cerita2 mengusik selalu dikaitkan dengan singh.

Sekarang singh tidak lagi jadi jaga. Ramai jaga sekarang ni orang melayu (atau org mynmar) Kalau dinegara-negara lain, masyarakat minoriti mcm ini sudh tentu terabai atau memang sengaja dipinggirkan. Tetapi di Malaysia, kerajaan kita mempunyai sikap kesama rataan kepada semua warganya.

Dulu kita selalu dengar peribahasa 'dah bagi betis nak peha'. Mungkin Karam Singh Walia boleh terangkan dengan lebih lanjut maksut peribahasa tu. Dalam apa juga keadaan, baik dalam berkawan dan bermasyarakat biasanya kalau kita buat baik pada org tu, mereka akan ambik kesempatan dan berlebih-lebih. Kalau di negara lain, golongan minoriti macam ni, bukan sahaja tak berpeluang mempunyai wakil dalam parlimen, malah hidup mereka terseksa dan teraniaya.

Di Malaysia, bukan sahaja mereka bebas bersuara, ada wakil di parlimen, tetapi malangnya mereka ini dah lebih sudu dari kuah. Mereka bukan sahaja tak menghormati tuan negara ini, malah bertindak seolah-olah penduduk asal negara ini merempat di negara mereka.

Dalam masa org melayu masih mengamalkan budaya bertolak ansur, hormat menghormati, menjaga hati bangsa sendri dan hati bangsa-bangsa lain, ada sejenis bangsa ini telah bertindak biadap bukan shaja kepada org melayu malah kepada agama dan raja-raja org melayu. Malah kadang kala terfikir, kalau yang nak biadap atau kurang ajar tu, kalau bukan bangsa melayu sendiri, yang paling wajar rasanya ialah org cina dan india. Kerana dua bangsa inilah yang sama-sama membangunkan Malaysia bersama org melayu, walaupun hakikatnya bangsa melayu terlebih dahulu bertapak di Malaysia. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, org melayu terpaksa menerima org india dan cina sebagai sebahagian dari warga negara ini. Itulah antara jasa org melayu yang terpaksa dibayar oleh org india dan cina, dengan menghormati ketuanan melayu di Malaysia.

Malangnya sekarang ini, yang lebih biadap, yang lebih kurang ajar dan kurang asam ialah bangsa singh. Walaupun aku tetap hormati Karam singh, dan juga Sarbegeth Singh yang sibuk dengan my teamnya tu. Yang lebih menyakitkan hati, singh ini kalau bercakap lebih cenderung untuk memperkecil kecilkan org melayu malah sanggup hina dan bercakap benda yang sinis tentang hak org2 melayu. Aku tidak pasti, sejak bila pulak sejarah penempatan bangsa singh ini di Malaysia.

Kenapa leh jadi macam tu? Sebabnya org melayu juga yang memberi laluan kepada mereka. Org melayu juga yang bersekongkol dan mengundi mereka sehingga mereka begitu lancang dan biadap. Dari dulu org melayu diajar supaya hormat pada tetamu. Jika ada tetamu datang rumah, kita akan suruh tetamu tidur dalam bilik kita, dan kita tidur diluar. Kalau bercakap kena berlapik. Kalau bercakap dengan org bangsa lain, seboleh-boleh kita bengokokan lidah kita, supaya pelat macam lidah org bangasa lain yang susah menyebut perkataan melayu. Tetapi dalam kes singh ini, kita bukan sahaja membuat benda yang telah diajar oleh org terdahulu, tetapi kita benarkan bukan sahaja peha kita, malah tengkok kita dilapah oleh mereka. Sampai bila perkara ini akan berterusan? Apa agaknya akan berlaku jika singh ini dibenarkan berada di tempat yang lebih tinggi dari sekarang? Fikir-fikirkan lah..

Polis Oh Polis

Sana sini, terutama dalam blog-blog pro DSAI orang memperkatakan kononnya ada konsprasi untuk menjatuhkan DSAI seperti tahun 1998. Mereka anggap ini semua konsprasi pihak tertentu ketika DSAI diambang menjadi PM. Ada yang kata ini adalah wayang bahagian kedua yang bahagian pertamanya ditayangkan pada tahun 1998. Orang yang menjadi teraju utama cerita ini ialah Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan dan Peguam Negara Ghani Patail, selain Datuk Najib dan Rosmah.

Mereka mengatakan bahawa polis Malaysia bersekongkol dengan pemimpin BN. Mereka kata lagi, polis telah diperalatkan untuk memenuhi kehendak pemimpin-pemimpin tertentu. Maka dicananglah cerita kononnya orang tertentu telah memperalatkan anggota polis untuk membunuh Altantunya. Dan dari situ lah timbul konsprasi menjatuhkan DSAI kerana dikatakan DSAI sedang dalam proses mejelaskan kepada masyarakat tentang rahsia yang dia ketahui.

Begitu rendahnya moral anggota polis Malaysia sehingga sanggup mengadaikan profision kepolisian yang sepatutnya bertanggung jawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat. Yang peliknya, orang yang dituduh menggunakan polis untuk membunuh orang Mongolia bernama Altantunya itu tidak pula boleh menggunakan kuasanya untuk mengarah polis menutup kes itu dari pengetahuan orang ramai. Kerana sampai hari ini, dua pegawai polis masih lagi didakwa di mahkamah.

Dari dulu lagi memang mereka tidak percaya polis. Mereka tuduh polis macam-macam. Yang peliknya mereka masih pergi ke balai polis untuk buat aduan setiap kali timbul sesuatu isu. Ada dua perkara aku nak tanya. Pertama, kalau tak percaya polis, kepada siapakah kita hendak percaya? Keduanya, kalau tak percaya yang polis akan buat kerja secara adil, kenapa harus ke balai polis buat laporan bila timbul sesuatu kes?

Pun begitu, aku beranggapan memang ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Kita tak lupa tentang bagaimana DSAI di tumbuk oleh KP ketika itu ketika beliau dalam tahanan. Luka ditangan boleh sembuh, tetapi parutnya tetap kelihatan. Lebih teruk lagi jika luka perasaan, tidak nampak luka, tetapi bisanya kekal berpanjangan.

Oleh itu, sesuatu harus dilakukan agar reputasi polis dapat diperbaiki. Memang sukar kalau hendak minta semua org percaya kepada kita, tetapi percayalah kalau kita buat yang terbaik, lama kelamaan kebenaran tetap akan kelihatan.

Dalam kes DSAI ini, aku memang tak percaya adanya konsprasi. Oleh itu pihak polis mesti mejalankan siasatan dengan rapi, dan akhirnya nanti jika ada kes untuk dibawak ke mahkamah, pastikan tidak akan ada ruang untuk orang ramai memperkatakan sesuatu. Kes-kes seperti tarikh dan tempat yang terpaksa diubah beberapa kali ketika perbicaraan tahun 1998 itu diharap tidak akan berulang lagi.

Dalam dunia ini, kalau kita buat baik hari ini, belum tentu esok org akan ingat lagi, tetapi bila sekali kita buat silap, hingga keakhir hayat org akan sebut.

Tuesday, July 1, 2008

Oh DSAI...

Sekali lagi negara dan dunia dikejutkan dengan tuduhan kepada DSAI.

Aku masih teringat tahun 1998 bila pertama kali kita digemparkan dengan pemecatan DSAI atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa. Ketika itu jiwa muda aku memerontak. Mana tidaknya, pemimpin pujaan aku diaibkan sedemikian rupa, di hadapan anak dan isteri, dan di hadapan masyarakat yang selama ini melihat Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan datang. Malah kalau tak silap aku, beliau baru sahaja dinamakan sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia Tenggara.

Sejak itu aku mengenali politik. Sejak itu aku mula merasakan aku wajar mendaftar sebagai pemilih dalam pilihanraya. Sejak itu aku fikir, satu undi aku sudah cukup untuk menjatuhkan rejim Dr Mahathir dan menaikan DSAI. Dan ketika itu juga, aku merupakan antara orang pertama yang mendaftar sebagai ahli keADILan yang dilancarkan penubuhannya disebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Itu kisah 1998. Kisah yag berlaku 10 tahun yang lalu dan kita telah berhadapan dengan 3 kali pilihanraya.

Tahun 2008 ini aku rasa banyak yang berlaku yang sangat sukar diterima. Kekalahan BN di beberapa buah negeri, termasuk negeri maju Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, selain terus kempunan untuk menawan kembali Kelantan.

Walaupun ada sedikit tetapi aku tidak merasakan bahawa DSAI merupakan faktor utama kepada kemenangan besar PR dalan pilihanraya itu. Sebeliknya rakyat ingin pemberikan penampar sulung kepada pemimpin BN dan UMNO yanga asyik goyang kaki sambil mengorek gigi, tanpa menyedari rakyat mula mual dengan perbuatan segelintir dari mereka.

Berbalik kepada tuduhan kepada DSAI aku tidak nampak dimana bahayanya beliau kepada BN ketika ini, sehingga memungkinkan BN atau pemimpin2 tertentu dalam UMNO sanggup melakukan fitnah sedemikian kepadanya. Tidak seperti tahun 1998 dimana DSAI ketika itu dianggap musuh kepada DR M.  Sebenarnya tanpa kejatuhan DSAI pun, PKR telah mengalami penyakit dalaman yang boleh membuatkannya lemah dan tidak bermaya lagi terutama di Selangor bilamana pemimpin2 mereka telah mula bercakaran dan tuduh menuduh antara satu sama lain.

Bukan menuduh, tetapi sebenarnya aku percaya dengan tuduhan terhadap DSAI atas beberapa sebab.

1. Tidak ada orang akan membuat tuduhan (fitnah) kepada orang lain dengan tuduhan yang sama sebanyak dua kali.

2. Tidak ada orang yang sanggup mengaibkan diri sendiri membuat tuduhan kepada pemimpin besar seperti DSAI, kerana kesannya amatlah besar selain ancaman kepada nyawanya, juga keaiban kepada ibubapa dan keluarga, jika ianya tidak benar.

3.Sebilangan besar rakyat negara ini tidak pernah tahu dan tidak boleh terima bahawa sebenarnya gejala gay telah merabak dengan begitu meluas di bandar-bandar sehingga ke kampung-kampung. Banyak port gay di Kuala Lumpur yang dikunjungi bukan sahaja oleh remaja IPT, malahan juga, golongan artis, ahli koprat dan ahli politik.

4. Ada lagi nama-nama besar selain dari DSAI yang aku tahu (dari mulut ke mulut) yang terlibat dengan gejala gay. Cuma malangnya lebih ramai yang bersedia mendedahkan cerita DSAI dari yang sanggup mendedahkan kisah individu yang lain. Jangan terkejut bila satu hari nanti, ada lagi nama besar seperti DSAI yang akan tersungkur disebabkan aktiviti mereka itu.

Kesimpulannya aku pasti dan yakin bahawa DSAI bukanlah seorang wali atau malaikat yang tidak mungkin melakukan kesilapan. Sedangkan nabi melakukan kesilapan. Oleh itu berilah ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut. Jika benar terimalah kenyataan, jika tidak benar kita doalah sama sama agar orang yang membuat fitnah itu mendapat sebesar-besar pembalasan dimuka bumi ini.

SAHABAT-SAHABAT AM