Friday, July 11, 2008

Gajah Putih Sarkas DAP

Cendekiawan Melayu sudah berdoa
semoga anak Melayu jangan main api,
takut terbakar hatinya yang sepi.
Air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang.

Kita bukanlah keturunan yang merempat
mencari sesuap nasi.
Nenek moyang kaya raya.
Kini kan tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita.
Cinta lenyap diarus zaman.

Inilah tanah tumpah darah ku.
Tanah penuh pusaka.
Indahnya bumi kita ini.
Warisan berkurun lamanya,
hasil mengalir ke tangan yang lain.

Oang Melayu merintih sendiri.
Masa depan sungguh kelam.
Kan lenyap perisitiwa semalam.
Tertutuplah hati terkunci mati.
Maruah peribadi dah hilang.

Nampaknya macam masih bernasib baik bila anak melayu dari Selangor, Perak dan Kedah menjadi menteri besar tetapi kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati bersama berbakti, sama-sama kita pulikan kembali harga diri. Sudah tiada masa, jangan lah lalai, teruskan usaha. Melayu kan gagah di Nusantara

Perlukah lagu Warisan ini dikumandangkan semula. Atau relakah kita melihat pahlawan-pahlawan melayu menjadi gajah putih sarkas DAP?

Tidak ada apa yang hendak dibanggakan bila Khalid Ibrahim, Ahmad Nizar ataupun Azizan menerajui Tanah Penuh pusaka ini.

Mereka umpama gajah putih sarkas yang ditelinganya sudah tercangkok kusa gembala dan juru arah sarkas. Mereka tidak boleh melangkah tanpa arahan gembalanya.

Oleh: jeramenjut

1 comment:

Anonymous said...

Salam... Mungkin ini boleh dikira peralihan corak kehidupan atau corak masyarakat MALAYSIA akan datang. Orang Melayu menjadi tali barut, bukanlah perkara baru, bermula sebelum merdeka hinggalah selepas merdeka, atau mungkin telah wujud semasa zaman kesultanan melayu dahulu kala.

Apa yang dapat kita lihat, semasa sultan Perak dipertikaikan oleh karpal, siapakah wakil dikalangan PR yang bangkit mempertahankan kedaulatan raja melayu kita? Persoalan yang ingin saya utarakan disini, adakah perasaan tidak menghormati kedaulatan raja2 melayu wujud dikalangan bangsa2 lain selain melayu? Jika ini wujud, maka memang benarlah, Malaysia akan bertukar menjadi Singapura No.2. Apakah kita hanya bersikap tunggu dan lihat?
Tidak mustahil saudara/ri sekalian, sistem republikan akan wujud di negara kita.. Seperti yang pernah saya utarakan sebelum ini, jika Kedaulatan raja2 Melayu tidak diiktiraf oleh mereka, inikan pula kita rakyat biasa, tindakan kita mengambil sikap endah tak endah diatas program penyatuan Melayu, pastinya akan membawa kehancuran kepada kita sendiri..

Sebagai contoh, bebaru ini, isu ladang babi mega di Selangor, apakah tindakan pembangkang, apakah tindakan yang diambil oleh boneka DAP ini? Jika ada orang Islam yang menghalalkan darah dagingnya untuk memperjuangkan dasar DAP dan bersama2 dengan DAP ini, MasyaAllah.. apakah bala yang akan terjadi kepada negara Malaysia yang kita cintai ini.

YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA BUMI BERTUAH INI...... AMIN

SAHABAT-SAHABAT AM