Tuesday, July 15, 2008

Anwar Tidak Hadir Ke IPK Untuk Beri Keterangan

Seperti yang aku sangka, dan seperti yang ramai duga, DSAI akhirnya tidak hadir ke IPK seperti yang beliau janjikan untuk memeri keterangan keatas dakwaan liwat.

Seperti yag ditulis diakhbar, alasannya ialah kerana DSAI dan keluarga rasa 'terancam' dengan tindakan polis yang datang ke rumah DSAI untuk menyerahkan surat meminta beliau hadir ke balai polis.

Aku harap pengikut DSAI yang setia boleh dapat berfikir sejenak tektik yang digunakan oleh DSAI ini. Pihak polis datang kerumah kerana menyampaikan surat. Dimanakah yang dikatakan ancaman kepada keluarganya? Beliau berkata anaknya merasa takut dengan kehadiran pihak polis kerumahnya. Takut kerana apa? Muka polis yang datang tu macam hantu raya ke? Atau pihak polis datang kerumah Anwar menggunakan kereta kebal ke?

Satu lagi DSAI mengatakan bahawa pihak polis telah melangari perjanjian dengan Anwar bahawa mereka tidak perlu menghantar surat dan Anwar akan hadir sendiri ke balai polis. Persoalannya siapakah Anwar yang pihak polis terpaksa layan itu dan ini? Perjanjian apa lagi? Selama ini aku rasa dah terlalu banyak keistimewaan yang pihak polis telah berikan kepada Anwar. Cukup-cukup lah...

Bila Anwar buat laporan terhadap KPN dan Peguam Negara, mereka dengan rela menghadirkan diri ke pajabat BPR untuk disoal siasat. Kenapa Anwar tidak boleh melakukan perkara yang sama? Kebal sangat kah dia?

Aku rasa sebenarnya Anwar memang hendak sangat kena tangkap. Lepas itu pengikutnya akan memberontak. Itulah sebenarnya yang Anwar mahukan.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM