KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Protes atau bantahan terhadap sesuatu isu mesti dilakukan dengan kaedah yang betul demi menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan.
Presiden PAS Dato' Seri Guru Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pendekatan menggunakan stadium bagi melahirkan protes itu tidak memberi kesan yang sepatutnya dan tidak sampai mesej.
Malah protes yang dibuat seperti 'karnival' dan mengadakan hiburan sampai ke pagi tidak mencapai matlamat yang jelas kepada rakyat dan tidak sewajarnya dibuat.
"Perlu ke pada jalan raya dan perlu menyampaikan nota bantahan kepada pemimpin, itu yang sepatutnya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengulas 'Himpunan Protes Sejuta Rakyat' yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya Ahad lalu yang mendapat kritikan pelbagai pihak.
"Walaupun lima minit atau 10 minit, kalau protes dilakukan lima minit pun berkesan, apa yang penting ialah kita dapat menyamapaikan mesej itu kepada kerajaan dan rakyat
"Kalau suara hanya tertutup dalam stadium , hanya itu sajalah.....sekadar melepaskan geram bukan dari erti kata yang sebenar," katanya ketika ditemui Harakah dalam temubual eksklusif berkaitan isu-siu semasa di pejabat pembangkang di Parlimen pagi tadi.
"Kita perlu menghantar wakil bertemu....bukanlah tak boleh....bertemu menteri yang bertanggungjawab itu protes yang betul...kerajaan mesti terbuka dalam masalah ini," katanya.
Beliau turut merujuk kepada situasi yang berlaku di London semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini di mana kerajaan tersebut membenarkan demonstrasi.
Polis pula mengawal daripada berlaku apa-apa yang tidak diingini, ujar Presiden PAS.
"Di Amerika, begitu juga, polis tidak melakukan sebarang provokasi, polis membiarkan peserta demonstrasi menyampaikan apa yang mahu dinyatakan dan kerajaan mereka mendengar," tegasnya lagi.
Beliau turut memberikan pandangan berhubung isu-isu terkini membabitkan Pakatan Rakyat, kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kemelut politik semasa.- wann/mks.
Komen aku:
Masalahnya, pengikut pemgangkang di negara kita tak sama dengan penyokong pembangkang di negara luar yang lebih bersikap profesional. Malah protes di negara luar dilakukan secara bersama, bukan oleh parti pembangkang sahaja. Di negara luar, mereka tahu bagaimana nak protes, tetapi di negara kita, kita baru diajar bagaimana nak berdemostrasi. Dua perkara yang berbeza. Di negara luar bila buat protes mereka tak rosakkan harta awam, sebaliknya di Malaysia sekali buat demostrasi, semua peniaga terpaksa tutup kedai, lepas tu kerjaan terpaksa belanja berpuluh ribu untuk perbaiki kemudahan awam yang kita rosakkan. Di Malaysia kita bertindak ikut emosi, kita bertindak kerana marah, dan kita bertindk kerana nak jatuhkan org lain. Niat nak mintak jatuhkan harga minyak hanya gimik jer, yang lebih utama kita nak kerajaan BN jatuh. Jadi macam mana nak samakan kita dengan negara luar?
No comments:
Post a Comment