Tuesday, July 1, 2008

Oh DSAI...

Sekali lagi negara dan dunia dikejutkan dengan tuduhan kepada DSAI.

Aku masih teringat tahun 1998 bila pertama kali kita digemparkan dengan pemecatan DSAI atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa. Ketika itu jiwa muda aku memerontak. Mana tidaknya, pemimpin pujaan aku diaibkan sedemikian rupa, di hadapan anak dan isteri, dan di hadapan masyarakat yang selama ini melihat Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan datang. Malah kalau tak silap aku, beliau baru sahaja dinamakan sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia Tenggara.

Sejak itu aku mengenali politik. Sejak itu aku mula merasakan aku wajar mendaftar sebagai pemilih dalam pilihanraya. Sejak itu aku fikir, satu undi aku sudah cukup untuk menjatuhkan rejim Dr Mahathir dan menaikan DSAI. Dan ketika itu juga, aku merupakan antara orang pertama yang mendaftar sebagai ahli keADILan yang dilancarkan penubuhannya disebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Itu kisah 1998. Kisah yag berlaku 10 tahun yang lalu dan kita telah berhadapan dengan 3 kali pilihanraya.

Tahun 2008 ini aku rasa banyak yang berlaku yang sangat sukar diterima. Kekalahan BN di beberapa buah negeri, termasuk negeri maju Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, selain terus kempunan untuk menawan kembali Kelantan.

Walaupun ada sedikit tetapi aku tidak merasakan bahawa DSAI merupakan faktor utama kepada kemenangan besar PR dalan pilihanraya itu. Sebeliknya rakyat ingin pemberikan penampar sulung kepada pemimpin BN dan UMNO yanga asyik goyang kaki sambil mengorek gigi, tanpa menyedari rakyat mula mual dengan perbuatan segelintir dari mereka.

Berbalik kepada tuduhan kepada DSAI aku tidak nampak dimana bahayanya beliau kepada BN ketika ini, sehingga memungkinkan BN atau pemimpin2 tertentu dalam UMNO sanggup melakukan fitnah sedemikian kepadanya. Tidak seperti tahun 1998 dimana DSAI ketika itu dianggap musuh kepada DR M.  Sebenarnya tanpa kejatuhan DSAI pun, PKR telah mengalami penyakit dalaman yang boleh membuatkannya lemah dan tidak bermaya lagi terutama di Selangor bilamana pemimpin2 mereka telah mula bercakaran dan tuduh menuduh antara satu sama lain.

Bukan menuduh, tetapi sebenarnya aku percaya dengan tuduhan terhadap DSAI atas beberapa sebab.

1. Tidak ada orang akan membuat tuduhan (fitnah) kepada orang lain dengan tuduhan yang sama sebanyak dua kali.

2. Tidak ada orang yang sanggup mengaibkan diri sendiri membuat tuduhan kepada pemimpin besar seperti DSAI, kerana kesannya amatlah besar selain ancaman kepada nyawanya, juga keaiban kepada ibubapa dan keluarga, jika ianya tidak benar.

3.Sebilangan besar rakyat negara ini tidak pernah tahu dan tidak boleh terima bahawa sebenarnya gejala gay telah merabak dengan begitu meluas di bandar-bandar sehingga ke kampung-kampung. Banyak port gay di Kuala Lumpur yang dikunjungi bukan sahaja oleh remaja IPT, malahan juga, golongan artis, ahli koprat dan ahli politik.

4. Ada lagi nama-nama besar selain dari DSAI yang aku tahu (dari mulut ke mulut) yang terlibat dengan gejala gay. Cuma malangnya lebih ramai yang bersedia mendedahkan cerita DSAI dari yang sanggup mendedahkan kisah individu yang lain. Jangan terkejut bila satu hari nanti, ada lagi nama besar seperti DSAI yang akan tersungkur disebabkan aktiviti mereka itu.

Kesimpulannya aku pasti dan yakin bahawa DSAI bukanlah seorang wali atau malaikat yang tidak mungkin melakukan kesilapan. Sedangkan nabi melakukan kesilapan. Oleh itu berilah ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut. Jika benar terimalah kenyataan, jika tidak benar kita doalah sama sama agar orang yang membuat fitnah itu mendapat sebesar-besar pembalasan dimuka bumi ini.

4 comments:

angahSP said...

salam..

menyelami tulisan saudara menbuatkan sayer berfikir sejenak..adakah saudara benar2 org yg mula2 menyertai pkn(dulu pkr di kenalai sebagai pkn)? atau saudara hanya kunco2 untuk mungkin saudara hanya untuk menhakis keyakinan rakyat atau ahli pkr terhadap DSAI.??

saya bukanlah fanatik kepada DSAI. saya belum pun mendaftar sebagai ahli pkr atau pas.tetapi menggunakan akal yg waras ader yg tak kena mengenai tuduhan tersebut seperti tahun 1998 juga.

pada tahun 1998 sayer mengikutti dgn dekat segala perbicaraan di mahkamah. dan dengan tegas saya nyatakan di sini saya langsung tidak menpercayai sistem kehakiman dan polis di malaysia. tengok saja kes DSAI di jatuhkan hukuman penjara 6 tahun atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa. tetapi tuduhan langsung tidak menyatakan berapa banyak yg DSAI makan rasuah? Kes liwat pulak,secara undang-undang jika bukan DSAI yg di tuduh saya rasakan tuduhan dah buang. TEtapi hakim menbenarkan beberapa pindaan.? ADIL kah bergitu?

Memang sayer mengakui DSAI bukan wali atau malaikat yg tidak akan menbuat dosa. Tetapi DSAI adalah seorg peminpim yg berlandaskan ISLAM di zaman beliau di universiti. DSAI juga yg menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk menyatupadukan belia2 Islam di era 70 an.Dan tuduhan gay adalah amat tidak munasabah terhadap org yg berpendidikan agama yg kuat seperti DSAI.

Mendekatkan diri kepada golongan gay bg sayer tidak lah satu tindakan yg bijak. golongan yg dilaknatti ALLAH swt.dan tidak layak dijadikan saksi mengikut hukum ISLAM.

Dan sekali sayer tegaskan.sayer tidak langsung menpercayai sistem kehakiman dan polis di malaysia kerana peristiwa 1998. secara tidak langsung sayer tidak percaya polis akan menjalankan siasatan yg aadil dan saksama. dan sayer yakin tuduhan ini adalah satu konspirasi untuk mengagalkan DSAI menjadi PM.jika saudara menyatakan DSAI tidak berbahaya kepada Bn dan umno saudara silap. DSAI sekarang lebih berbahaya kepada BN dan umno. dan sesetengah peminpin bn dan umno begitu takut jika DSAI mampu menubuhkan kerajaan campuran pertama untuk menjatuhkan kerajaan BN dan umno. Kes antantuya, komisen pembelian, kenaikkan harga minyak, komisen pos malaysia, dan kes rasuah besar lain.

Dan berdasarkan yg sayer nyatakan di atas, dpt lah sayer simpulkan dan menbuat kesimpulan bahawa tuduhan ini hanya konspirasi untuk mengagalkan usaha menukar kerajaan.


*jikalau saudara ada pendapat untuk menberi komen terhadap tulisan ini sila ker blog sayer. angahsp.blogspot.com

mafiaKL said...

Terima kasih kerana komen saudara. Kebetulan saya sedang free skg ni, boleh la saya jawab sedikit komen berkenaan.

Pertama, tuduhan keatas DSAI bukanlah tuduhan makan rasuah (wang ringgit) tuduhan keatas DSAI ialah penyalah gunaan kuasa. So tak perlu tanya jumlah wang.

Kedua, saya bukan pemimpin politik, so tak ada sebab saya nak hakis sokongan rakyat kepada DSAI. Sebaliknya saya menulis berpandukan fakta dari penilaian saya sendiri.

Ketiga, peribahasa inggeris ada berkata 'don't judge the by it cover'. Banyak kes kat Malaysia ini yang boleh dijadikan contoh, 'cover nampak cantik, tetapi isi penuh lumpur'.. Kisah imam masjid di Melaka yang menjadi isu hangat satu ketika dulu kerana merogol dikebun getah, masih boleh diingati oleh semua orang yang mengikut perkembangan cerita itu.

Keempat, mendekati golongan gay bukan bermaksud kita menjadi gay. Saya mendekati golongan gay di internet, kerana ketika itu saya begitu tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan kepada DSAI. Saya tidak percaya, bagaimana seorang pemimpin tinggi, berpendidikan dan berperwatakan agama boleh melakukan perkara seumpama itu. Tetapi dari kajian saya didapati memang ada golongan koprat, artis dan ahli politik yang terjebak dalam dunia gay.

Dan kelima, secara jujur saya sebenarnya masih meragui sistem kehakiman dan polis di negara ini. Tetapi jangan lah kerana seekor kerbau mambawa lumpur, satu kampung hendak dipalitkan sama. Kalau hakim kita tak percaya, polis kita tak percaya, kepada siapa kita nak percaya? Sedangkan DSAI sendiri membuat beberapa aduan kepada polis. Kalau dia sendiri tidak percaya kepada polis kenapa dia pergi ke balai polis dan buat aduan?

Anonymous said...

Bro menarik kupasan anda...

Boleh kupas pasal kes Najib pulaks?

Rakyat nak sangat tahu!!!Adakah benar beliau difitnah? Kalau xder angin takkan pokok bergoyang. Adakah beliau jugan seperti malaikat / seperti Anwar?

Anonymous said...

Saya dah lafaz demi Allah tak pernah jumpa Altantuya - Najib

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya. Beliau kata demikian kepada Agendadaily ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya. Najib menjadi sasaran fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang dengan mengaitkannya dengan kes pembunuhan Altantuya. Malah bukan Najib sahaja yang difitnah tetapi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut dikaitkan kes berkenaan.- agenda daily 8/7/2008

Bagus macamnila kita nak, pemimpin yg berani bersumpah!!!!

Lagi satu Bala pon dah tarik balik sd. Semuanya fitnah belaka!!!Sah pembangkang menipu!!! naji xpelu disiasat, beliau suci. Anwar penipu:p

so kes beliau tutup dan selesai, boleh cepat jadi PM!!!!Hidup Najib!!!lagipon Mana ada konspirasi, anwar meliwat pon tarikh 26/6/08. takder kena mengena dgn najib!!! razak baginda kena tahan pon tahun 2006. Memang sah razak baginda yg membunuh.

Korang semua harus percaya kepada media arus perdana, internet dan media pro pembangkang semua penipu!!!!!

Nik Aziz, mufti perlis semuanya penyokong anwar sebab mereka suruh kerajaan jgn pakai undang2 civil dalam kes anwar!!!!

Anyway anak merdeka u are rite!!!!:p


Hidup Najib AlMongolia & hidup BN !Mulai sekarang aku percaya 600% kepada Datuk Najib & Rosmah!!!

SAHABAT-SAHABAT AM