Wednesday, July 16, 2008

Hari Ini Perintah Negara, Esok Harga Minyak Turun...

Aku terpanggil gak untuk memberi sedikit pendapat untuk dikongsi bersama dengan korang.

Selepas depat itu, dan disambung pagi ini aku dan rakan-rakan berbincang berkenaan debat berkenaan. Pendapat aku satu sahaja, Sabhrey Chik (sorry kalau ejaan salah) tak mampu mengalahkan DSAI dari segi pengolahan ayat dan menyampaikan fakta, manakala DSAI seperti lazimnya (sebab itu aku suka dia) mampu mengayakan bahasa, persembahan dengan mimik muka dan lengokan badan, membuatkan beliau lebih menyerlah. Malangnya rakyat bawahan (dan hampir semua dari kita) tidak dapat menilai mana satu fakta dan mana satu yang bukan.

Aku lebih suka kalau kedua pihak dapat menggunakan penedekatan yang lebih mudah difahami oleh rakyat bawahan, tanpa mengaitkan kenaikan harga minyak dengan ketirisan, IPP atau apa sahaja yang sukar difahami rakyat.

Aku ada ayat yang lebih mudah untuk difahami. Diharap korang baca (tak perlu setuju) lepas itu fikirkanlah.

Petronas menyumbangkan 60% dari keuntungannya kepada kerajaan. Manakala 60% itu hanya merupakan 30% dari jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan. Kita andaikan begini, Petronas untung RM10,00 setahun. 60% yang petronas kena bayar kepada kerajaan ialah sebanyak RM6000. Jumlah itu adalah kira-kira 30% dari perbelanjaan yang harus ditanggung oleh kerajaan untuk rakyat termasuk sekolah, jalan raya, perubatan, masjid dan sebagainya. Bermaksud perbelanjaan kerajaan yang sebenar ialah RM18,000. Jika keseluruhan RM6 ribu itu digunakan untuk subsidi minyak maka kerajaan terpaksa mencari jalan lain untuk mencukupkan RM18 ribu itu untuk projek-projek lain (Diulangi, nilai yang aku beri itu adalah untuk memudahkan kita mengira) Maka akhirnya jika tidak mampu, kerajaan terpaksa meminjam duit dari negara luar, dan akhirnya nanti negara kita akan dibebani oleh hutang yang terlalu besar.

Pendapat aku yang kedua, aku mengandaikan keuntungan petronas hasil dari pertoleum negara itu sebagai bonus yang korang biasa dapat tiap tahun tu. Mesti kita seronok bila dapat bonus terutama bila nak sambut hari raya.

Cara yang akan digunakan oleh DSAI ialah, bila apat bonus maka kita akan membelanjakan kesemuanya untuk sambutan raya. Tukar langsir baru, tukar cat rumah, tukar perabut baru, tukar pakaian baru dan segala macam baru. Manakala cara yang diguna oleh pihak kerajaan ialah, 'berjimat duit untuk masa akan datang'. Lepas raya pun kita masih nak makan dan beli barang-barang keperluan. Hidup kita bukan untuk hari raya sahaja.

Maksudnya, jika pun ada keuntungan besar oleh Petronas, dan jumlah itu mampu untuk memberi subsidi minyak hingga ketahap paling maximum, berapa lamakah kita boleh bertahan? Kerajaan membuat perancangan untuk rakyat sepanjang zaman bukan untuk generasi yang ada hari ini sahaja. Katakanlah kerajaan bagi subsidi sekarang, sudah tentu kita seronok (walaupun belum tentu sokong kerajaan). Apa pula akan terjadi bila minyak kita dah habis dan terpaksa membeli minyak sepenuhnya dari luar. Dimanakah kerjaan hendak cari duit beri subsidi minyak? Lebih dari itu dari mana kita nak cari duit untuk membangunkan masyarakat, membina infrastruktur dan lain-lain kemudahan awam?

Aku tertarik dengan MP DAP dari Kepong berhujah di parlimen pagi tadi, yang antaranya berbunyi "kita tidak boleh terus menerus mengharapkan subsidi dari kerajaan".. Walaupun dia seorang ahli pembangkang, tetapi bila kenyataan yang benar, kita semua kena akui..

Satu lagi yang aku nak ambil contoh ialah berkenaan kerajaan Selangor. Mengapa bila berkempen mereka berjanji nak turunkan harga cukai pintu, tetapi bila dah menang mereka tarik balik janji itu? Ini bukan isu tipu atau tak tipu, sebaliknya ia adalah kerana bila sudah berada dalam kerajaan, Datuk Khalid mungkin baru dapat membaca bahawa jika diturunkan cukai pintu, akhirnya kerajaan Selangor akan muflis. Tidak cukup dengan itu, ramai pakar ekonomi berpendapat, pemberian 20 meter padu air kepada rakyat selangor, akan menyebabkan syarikat milik kerjaan negeri itu, akan kehabisan tunai dalam masa beberapa bulan sahaja. Kita tunggu dah lihat. Harap-harap jangkaan itu tidak betul. Tetapi kalau betul macam mana?. Itulah bezanya antara orang yang bercakap untuk mempengaruhi fikiran rakyat, dengan orang yang bercakap sambil memegang tanggung jawab.

Kesimpulannya, selain kita merungut kerana kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan yang lain, kita kena fikir juga beban yang terpaksa ditanggung oleh kerjaan yang akhirnya nanti memberi kesan kepada anak cucu kita dibelakang hari. Bila tidak pandai berjimat cermat, negara akan muflis dan terpaksa berhutang dengan negara luar, minyak pun dah habis masa tu, sebahagian besar dari kita mungkin sudah tak ada lagi di dunia ini. Siapa yang akan menanggut semua itu? Lain lah kita memang tidak fikir pasal itu semua dan hanya nak lepas tengkuk sendiri jer.

4 comments:

Anonymous said...

merepek....
ko pnya post mmg mudah difahami.... tp nmpk sgt menyokong BN dgn cara membabi buta... tidak dapat memahami isi debat yg diperkatakan oleh kedua pihak.
menurut DSAI... bkn nk habiskan semua wang dari petronas.. tp gunakan dengan berhemah... guna yg mana dirasakan perlu... itu penting bagi mengawal ekonomi. tiada maknanya kalu pengurusan wang tersebut diselewengkan oleh pentadbiran! biarpun semua keuntungan petronas diambil semua tanpa diberikan sedikit pun pada rakyat... yg di tekankan cara pengurusan kerajaan BN... tlg tgk semula debat tersebut.

dangkal sungguh!!

AnakMerdeka said...

Tajuk debat semalam ialah "hari ini mentadbir kerajaan, esok harga minyak turun" (walaupun sblm pilihanraya tak sebut nilai yang nak diturunkan, tetapi semalam dah bagi angka, 50sen)

Aku kena akui, Datuk Sabhrey tidak mampu menangkis hujah DSAI dengan sewajarnya. Banyak kali bulu tangkis berada pada 'half court' tetapi Datuk Sabhrey tidak mampu untuk 'smash' ke gelanggang DSAI. Beliau bukan calon yang sesuai untuk berhadapan dengan DSAI yang pakar dalam perdebatan, tetapi kenyataannya DSAI lebih suka membuat tuduhan yang tidak disertakan bukti, korapsi, ketirisan dsb tidak dapat membantu rakyat memahami apa yang akan beliau buat untuk menurunkan harga minyak itu.

Kita nak tahu, apa formula yang DSAI akan gunakan untuk turunkan harga minyak. Menggunakan simpanan negara (atas keuntungan petronas atau apa sahaja)semata mata untuk memberi subsidi (memenangi hati rakyat) samalah seperti kita mengeluarkan simpanan dari bank kita dan membelanjakannya demi mengikut kemahuan anak-anak ketika menyambut hari raya. Esok lusa anak-anak itu juga yang mintak duit belanja sekolah, nak beli keperluan itu dan ini. Yang akan botak kepala memikir macam mana nak cari duit ialah si bapa. Yang mungkin terpaksa meminjam along ialah si bapa. Tetapi yang nyata jika masalah timbul disebabkan sibapa meminjam along, anak-anak juga akan menanggung risikonya.

Ibaratkanlah cara pentadbiran kerajaan itu serupa kehidupan kita sehari-hari supaya kita mudah memahaminya.

Andaikan sahaja petronas memang untung besar. Kerajaan boleh bagi subsidi minyak sehingga RM1 seliter. Bila harga minyak naik lagi, dan sudah tentu petronas untung besar lagi (mengikut teori DSAI) maka kita bagi subsidi lebih besar, RM1.50 atau RM2. Masa berlalu, minyak dari perut bumi kita sudah kehabisan, petronas sudah tidak ada untung, dan harga minyak dunia terus meningkat. Mampukah kita pada masa itu untuk memberi subsidi sebanyak RM2?

Perlu diingat, pemberian subsidi yang tinggi dengan menurunkan harga minyak, samalah dengan kita menabur beras dihalaman rumah untuk dimakan oleh ayam peliharaan. Tetapi jangan lupa, beras itu akan juga dimakan oleh ayam jiran-jiran. Bila harga minyak diturunkan, warga negara asing juga dapat menikmati subsidi kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat tempatan.

angah said...

aduh..korang nie tgk ker tak debat tue..faham ker tak..ker kepala dah jem.. dah berkarat..tak paham2..

aku terangkan balik..dr mane nak dapatkan 5 bilion untuk kurangkan 50 sen duit minyak ikut statergi DSAI masa debat..

IPP..rizab simpanan TNB melebih..44% terbanyak di dunia..DSAI nak kurangkan insentif syarikat IPP. dr mengurangkan insentif nak mengurangkan rizab simpanan TNB kita sudah boleh menjimat kan 2 bilion ..faham..setakat nie faham tak?

maner nak cari lagi 3 bilion..ok.. pembocoran diesel subsisi berjumlah 700 juta..dan untuk menhalang pembocoran ini kerajaan BN telah menberi tender kepada sebuah syarikat kroni untuk menhalang diesil subsidi nie dr di seludup hampir 200 juta kepada syarikat tersebut..campur dua-dua nak dekat 1 bilion..faham.. nak cari lagi 2 bilion..

DSAI amalkan tender terbuka..beri projek ikut harga sebenar..ini dah menjimatkan banyak..tapi secara mudah boleh dikatakan jimat 1 bilion..faham tak? tak faham lagi..datang umah aku..aku ajar EKONOMI ASAS.. tinggal 1 bilion lagi..

ok...petronas ader menberi kerajaan 6 bilion sebagai dividen khas..DSAI ambik 1 bilion sajer dr dividen khas ini..cukup 5 bilion..

faham tak..ini langkah awal..apabila PR memerintah..insyaALLAH dalm masa 2-3 bulan minyak di turunkan lagi jika rasuah,pembocoran dapat diatassi..sekarang dah faham...

sekian..susah nak mengajar org yg berKARAT...

Anonymous said...

Salam...
angah, kalau engkau pandai sangat pegi la ganti bapak2 menteri tu, cakap pandai la...

Kalau dah sokong DSAI engko cakap je la... memang menjadi kegemaran DSAI pun berhutang dengan negara luar, sebagai contoh sebelum dia kena tangkap dulu, hampir2 dia pinjam kat IMF bank dunia tu..

Nasib baik tak sempat, kalu tak, masak la rakyat sume...

Wassalam..

SAHABAT-SAHABAT AM