Sunday, November 29, 2009

Antara Dua Doa

Jika dibandingkan dengan Nik Aziz, AM sebenarnya tidak layak langsung untuk berbicara soal agama. Nik Aziz terlalu tinggi ilmu agamya. Dia juga pasti tahu bahawa Nabi Muhammad saw tidak pernah berdoa agar Allah menurunkan kecelakaan kepada musuh-musuh baginda.

Setiap kali bila sesuatu perkara berlaku ke atasnya, Nik Aziz akan samakan dirinya dengan Nabi Muhammad S.A.W. Bila dia kena kritik (dia kata kena fitnah) cepat-cepat dia kata, Nabi Muhammad dulu pun teruk kena fitnah.

Yang menghairankan, kenapa Nik Aziz tidak ikut cara Nabi Muhammad berdoa untuk kesejahteraan musuh baginda? Kenapa Nik Aziz sanggup menyuruh pengikutnya berdoa agar dijatuhkan bencana kepada orang lain?

AM sedikitpun tidak hairan dengan apa yang berlaku. Yang mungkin boleh membuatkan AM terkejut beruk ialah kalau tiba-tiba Nik Aziz mengajak rakyat agar bersatu padu, hormat menghormati dan saling berdoa untuk kesejahteraan saudara seagama yang lain.

Sebenarnya telah banyak sembahyang hajat dan doa dibaca oleh pemimpin PAS agar dijatuhakn bencana kepada pemimpin-pemimpin kerajaan. Dulu masa Anwar Ibrahim dipecat, diadakan sembahyang hajat agar Allah menurunkan bencana kepada Dr Mahathir. Keberkenanannya, hanya Allah yang mengetahui.

Memang benar, "Allah akan menunaikan apa sahaja yang diminta oleh hambanyanya".

Tetapi ianya tidak bermaksud kita boleh, dengan sesuka hati dan sesedap rasa meminta dijatuhkan bencana kepada orang lain. Bukan itu yang diajar oleh agama.

AM juga nak tahu, apakah faktor yang menentukan 'kemakbulan' doa seseorang. Dari laporan, diberitakan Nik Aziz meminta rakyat berdoa agar Allah membuka pintu hati Datuk Seri Najib, untuk menganugerahkan royalti minyak kepada Kelantan. Jika tidak, dia minta rakyat berdoa agar diturunkan bencana kepada Najib.

Apa yang AM faham, perkataan "jika tidak" itu memberi maksud, 'jika doa untuk membuka pintu hati Datuk Seri Najib tidak termakbul'.

Jika doa membuka pintu hati Najib boleh dimakbulkan, mengapa perlu ada doa kedua memohon didatangkan bencana?

Jika dia merasakan doa untuk membuka pintu hati tidak akan dimakbulkan oleh Allah swt, apa pula yang menyebabkan dia begitu yakin bahawa doa mendatangkan bencana 'pasti' akan termakbul?

Jika selama ini pengikut fanatik Nik Aziz marah bila ada orang 'mengaibkan' nama tok guru itu, sekarang mereka harus tahu bahawa Nik Aziz sebenarnya telah mengaibkan namanya sendiri sebagai pemimpin dan tokok agama yang dihormati.

Saturday, November 28, 2009

Kisah Hari Raya Korban.


Hari ini, hari kedua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Di Kelantan dan Terengganu, umat Islam tidak dapat merasakan kemeriahan hari raya seperti kebanyakan orang lain, kerana terpaksa menghadapi banjir. Di luar negara ada yang terpaksa berhari raya dengan kesedihan akibat peperangan. Ada yang bersedih kerana kehilangan saudara mara yang terkorban semasa pulang untuk berhari raya bersama keluarga. Diharapkan mereka dapat bersabar menerima dugaan tuhan.

Di kebanyakan tempat, banyak lembu dan kambing telah menjadi korban. Rasanya hari ini lebih banyak dari semalam, memandangkan semalam ialah hari Jumaat. Jadi banyak surau dan masjid yang dijadikan tempat solat Jumaat, terpaksa menangguhkan ibadah korban ke hari ini.

AM berkesempatan singgah di beberapa lokasi penyembelihan semalam. Hari ini AM ronda lagi ke beberapa lokasi penyembelihan. AM sengaja ingin melihat bagaimana keadaannya masyarakat menjalankan ibadah korban di dalam negeri yang diperintah oleh parti bukan BN. Nampak ada sedikit perbezaan, tetapi tidak seteruk yang AM sangka.

Ada surau yang kebiasaannya berkorban sebanyak enam ekor lembu, telah mengurangkannya menjadi lima ekor. Mereka telah mendermakan seeokor daripada lembu itu ke negari yang sedang mengalami musibah. Terharu juga bila mendapat tahu ada lagi rakyat Malaysia yang perihatin terhadap masalah saudara seagama yang lebih memerlukan.

AM ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Surau Darul Najjah Taman Maju Jaya Cheras. Mereka telah berjaya menjadikan hari raya aidiladha, sebagai medan menyatukan umat islam, tanpa mengira fahaman politik.

Bukan hanya tahun ini, tetapi sejak bertahun-tahun lamanya, AM rasa sedikit pelik (dan bersyukur) dengan situasi yang berlaku di surau berkenaan setiap kali menjelang hari raya aidil adha. Di situ ada dua kumpulan yang besar antara penyokong UMNO dan penyokong PAS, yang tidak pernah boleh duduk semeja. Maka akan bertengkarlah kedua kumpulan tersebut mengalahkan ahli parlimen. Menegakkan benang basah masing-masing.

Tetapi setiap kali tiba hari raya korban, mereka akan bersama-sama melapah lembu, memotong, menimbang dan seterusnya memasukkannya ke dalam beg plastik, sebelum diagihkan kepada penduduk setempat. Kemudian mereka akan sama-sama menikmati sup tulang yang disediakan oleh golongan muslimat. Tidak keluarpun walau sepatah cerita berkenaan politik dari mulut mereka (hanya pada hari raya kurban)

Situasi ini tidak berlaku di surau yang terletak bersebelahan dengan taman itu, yang jaraknya lebih kurang 1km antara satu sama lain. Di surau itu, ibadah korban dilakukan mengikut parti politik. Hari ini mereka ramai-ramai melakukan korban tetapi AM difahamkan, pada keesokan hari akan berlaku lagi ibadah koraban di lokasi yang sama. Bila AM tanya mengapa diadakan berasingan, mereka kata yang esok itu adalah anjuran PAS. AM cuma mampu geleng kepala.

Semalam juga AM singgah di majlis korban anjuran Puteri UMNO Bahagian Pandan. Diadakan berdekatan dengan bekas pejabat UMNO Bahagian pandan, yang kini telah dirampas oleh Majlis Perbandaran.

Cukup sederhana dan tidak semeriah semasa UMNO masih memerintah. Dahulu mereka mengadakan ibadah korban diperkarangan Pejabat UMNO, tetapi kini dilakukan dibawah khemah dan beralaskan kanves. Itulah pengorbanan yang mereka terpaksa lakukan. Golongan vateran boleh dikira dengan jari. Selebihnya terdiri dari anak muda dan anak gadis, sama-sama begotong royong walaupun hujan turun renyai-renyai. Anak muda bertambah rajin melapah daging kerana diperhatikan oleh si gadis berbaju pink..hehehe

Tetapi AM merasa sedih bila mengetahui pergerakan puteri mengadakan ibadah korban berasingan dengan UMNO Bahagaian, yang mengadakan ibadah tersebut pada hari ini. Alasannya kerana pergerakan puteri tidak 'ngam' dengan pergerakan pemuda bahagian. Kedua-duanya tidak mahu mengalah. Tidak ada siapa yang mahu berkorban demi menjalankan ibadah yang dituntut oleh agama. AM tidak mampu untuk menggelengkan kepala lagi.

Sama jugalah kisahnya dengan apa yang berlaku di surau yang mengadakan majlis korban berasingan hanya disebabkan perbezaan parti politik. Rupa-rupanya keegoan diri tidak boleh diredakan demi agama, walaupun untuk seketika.

Selain dari dua peristiwa itu, AM rasa dikebanyakan tempat majlis korban telah berlaku dalam situasi yang sungguh meriah. Cuma AM bersimpati dengan AJK Surau di dua tempat yang AM singgah, kerana terpaksa membayar gantirugi, akibat ada lembu yang 'terkorban' terlebih dahulu sebelum dikorbankan. Terbelit tali dan tercekik leher tanpa disedari. Maka AJK korban terpaksa membeli lembu baru bagi menggantikan lembu yang telah mati. Jika tidak, sudah pasti tuan punya lembu akan mengamuk.

Satu surau di Pandan Indah, bukan sahaja menjalankan ibadah korban, tetapi sempat juga mengadakan upacara berkhatan beramai-ramai. Adik-adik kecil ramai yang menjadi korban :)

AM tidak dapat beraya di kampung, kerana terpaksa bekerja. Itulah pengorbanan yang AM mampu lakukan (ikhlas ke tidak, hanya Allah yang tahu):)

Allahuakbar, Allahuakbar, Allauakbar Allahuakbar. Lailahaillahuwallahuakbar. Allahuakbar walillahilham'

Friday, November 27, 2009

Yang Dituntut dan Yang Boleh Dituntut, Berbeza

AM tidak nampak dengan jelas apakah yang menyebabkan Parti Pembangkang beria sangat hendak tubuhkan Kaukus Parlimen bagi menuntut royalti minyak.

Kerajaan pusat mengatakan bahawa Kelantan memang tidak layak menerima royalti minyak. Manakala Kelantan pula merasakan mereka berhak untuk mendapatkannya.

Sedikit masa dahulu kerajaan Kelantan dikatakan ingin membawa isu tuntutan ini ke mahkamah, tetapi sampai sekarang tidak nampak lagi ada tanda-tanda yang isu berkenaan akan berpanjangan hingga ke mahkamah. Mengapa mereka tidak meneruskan hasrat itu jika cukup yakin akan menang?

Jika dilihat dari kecenderungan pihak pembangkang yang sering membawa apa juga isu ke mahkamah, AM tidak nampak kenapa isu melibatkan royalti minyak ini tidak boleh diselesaikan di mahkamah. Melainkan mereka memang sudah tahu bahawa kebenaran bukan berada dipihak mereka.

Perlantikan Ahli Parlimen BN, Ku Li (jika dipersetujui) sebagai pengerusi Kaukus ini juga menimbulkan tanda tanya. Semua orang tahu bahawa Anwar telah dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor. Kenapa dalam masa yang sama, dia tidak dilantik menjadi presiden Kaukus? Bukankah dia merupakan orang yang cukub berwibawa? Kenapa mesti cari wakil dari BN sebagai pengerusi?

Tindakan Tan Seri Muhyiddin Yasin menasihati Ku Li agar berfikir dua kali sebelum menerima jawatan tersebut, sebenarnya hanya sebagai menghormati prinsip BN yang tidak akan bersekongkol dengan parti pembangkang. Tidak timbul soal takut kemenangan akan berpihak kepada Kelantan kerana duit hasil dari petroleum bukan hak peribadi Muhyiddin atau Najib.

Secara peribadi AM merasakan, jika royalti minyak itu memang hak Kelantan, tidak ada sebab mengapa kerajaan persekutuan menghalangnya. Tambahan pula dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau lebih menitik beratkan keutamaan rakyat. AM rasa perkara pertama yang akan diumumkan oleh Najib setelah dilantik menjadi PM ialah, mengembalikan 'hak kerajaan Kelantan' itu. Tindakan berkonfrantasi dengan kerajaan Negeri bukanlah satu tindakan yang bijak.

Persoalannya benarkah royalti minyak itu memang hak kerajaan Kelantan? AM rasakan, bukan setakat Ku Li, ramai lagi orang-orang penting semasa penubuhan Petronas dulu yang masih hidup dan boleh diminta pandangan (jika masih tidak percaya dengan apa yang dijelaskan oleh kerajaan persekutuan)

Kita tidak mahu raktorik menjadi budaya ahli-ahli politik Malaysia. Kaukus bukanlah sebuah mahkamah yang boleh mengarahkan kerajaan berbuat sesuatu. Kalaupun nanti, kaukus mendapati royalti minyak itu adalah hak Kelantan, tetapi kerajaan persekutuan tetap bertegas dengan pendirian bahawa Kelantan tidak berhak, apa yang mereka boleh lakukan?

Sebaliknya jika kaukus itu mendapati kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut royalti minyak dari kerajaan persekutuan, bolehkah mereka (pembangkang) akur dengan keputusan itu? Tidakkah nanti timbul pula sangkaan bahawa Ku Li telah 'diarahkan' untuk menutup mulut?

Jangan menuntut perkara yang bukan hak kita. Sebelum menuntut, pastikan dahulu samada perkara yang dituntut itu sebenar-benarnya adalah hak mereka atau sengaja mahu menimbulkan rasa benci rakyat Kelantan terhadap kerajaan pusat.

Thursday, November 26, 2009

UMNO Derhaka?

Dalam blognya, Mahfuz Omar mengingatkan kerajaan pusat yang diterajui UMNO agar mendengar nasihat Timbalan Yang Dipertuan Agong yang mahu kerajaan pusat bekerjasama dengan kerajaan negeri Kedah.

Mahfuz Omar menulis,
"Tindakan Sultan Kedah mahu supaya kerajaan pusat berkerjasama dengan kerajaan Kedah membayangkan rasa tidak puas hati baginda terhadap sikap enggan berkerjasama itu."

"Mesti diingat bahawa luahan rasa tidak puas hati Sultan Kedah terhadap tahap kerjasama kerajaan pusat itu hakikatnya merupakan titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong kerana Sultan Kedah kini adalah Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

"Kerajaan pusat diterajui oleh Umno yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu. Jika kerajaan pusat membelakangi titah baginda, ia boleh dianggap penderhakaan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong."

AM tidak mahu mempertikaikan tentang perkataan 'derhaka' itu, kerana bila teguran dari Sulatan/Raja agar pemimpin politik jangan memperalatkan agama, agar orang melayu jangan bersengketa dan sebagainya, pemimpin seperti Mahfuz Omar akan berkata, Sultan telah diperalatkan oleh UMNO. Bila komen Sultan terkena batang hidung UMNO, pandai pulak dia sebut perkataan 'derhaka'.

Kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di sesebuah negeri adalah tanggung jawab kerajaan negeri yang mentadbir negeri berkenaan. Bagaimana kerajaan negeri mengurus ekonomi negeri, juga adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri perlukan seorang panasihat ekonomi untuk menolong meringankan bebanan Menteri Besar mentadbir, itu juga adalah hak kerajaan negeri.

Akhirnya nanti, apa yang lebih utama ialah bagaimana keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri itu boleh memberi menafaat kepada rakyat negeri tersebut.

AM tidak nampak bahawa penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang, sebagai satu tindakan 'tidak bekerjasama'.

Perjuangan UMNO adalah perjuangan untuk rakyat, bukan perjuangan untuk kerajaan negeri. Itu jelas.

Rakyat yang keliru telah memilih parti pembangkang semasa pilihanraya. Kerajaan persekutuan tidak boleh mendera rakyat yang tidak menyokongnya. Bantuan yang sepatutnya diberi kepada rakyat perlu diagihkan seperti sepatutnya.

Dalam politik yang penuh dengan penipuan dan tipu muslihat, tidak mungkin kerajaan persekutuan memberikan bantuan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat, kepada kerajaan negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Jika ini dilakukan, sudah pasti kerjaan negeri akan memberitahu rakyat bahawa itu semua adalah bantuan kerajaan negeri. Jasa kerajaan persekutuan akan lenyap begitu sahaja.

Tambahan pula, sekarang ini tidak ada parti politik yang boleh mengaku mereka lebih bersih dari orang lain. Ditakuti nanti, bantuan yang hendak disampaikan kepada rakyat, tidak sampai seperti yang diharapkan.

Kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri boleh dibuat dalam bentuk lain. Melalui grant tahunan, kerajaan persekutuan tetap memberikan bantuan kepada kerajaan negeri, walaupun negeri itu diperintah oleh parti pembangkang. Dan kerajaan persekutuan tidak pernah memotong grant itu hanya kerana negeri berkenaan diperintah oleh pembangkang.

Selain dari itu, kerajaan negeri juga sepatutnya tidak melengah-lengahkan pengambilan tanah yang hendak dilakukan pembangunan, seperti yang berlaku di Pulang Pinang sedikit masa dulu. Program-program yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan, seperti latihan khidmat negara dan Kursus Biro Tatanegara yang telah sejak sekian lama berjaya dilaksanakan, janganlah dihalang semata-mata kerana fahaman politik yang sempit.

Sempena hari raya aidiladha ini, pemimpin parti politik hendaklah berkorban sedikit dengan mengutamakan keperluan rakyat dari kepentingan diri sendiri. Selama ini rakyat sentiasa berkorban (dan terkorban) kini masanya pemimpin-pemimpin seperti Mahfuz Omar kena berkorban.

Rakyat perlu diutamakan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Apakah erti pengorbanan kepada kita?

Tuesday, November 24, 2009

Kebetulan Atau Memang Takdir?

Kebetulan atau takdir, kesemuanaya adalah atas kuasa tuhan. Cuma kita kena faham bahawa Tuhan tidak menjadikan sesuatu tanpa bersebab.

Mula-mula (walaupun bukan permulaan) Anwar Ibrahim merencanakan bahawa pada 16hb September 2008 ada ahli Parlimen dari BN akan melompat parti dan menyertai Pakatan Pembangkang yang akan membolehkan Pakatan Pembangkang membentuk kerajaan dan merampas Putrajaya. Tetapi yang berlaku ialah, tiga ADUN dari pakatan pembangkang telah menyertai BN di Perak sehingga mengakibatkan BN merampas semula Kerajaan Perak dari tangan pembangkang.

AM tidak mahu mengaitkannya dengan soal moral (ada yang mengatakan rampasan kuasa itu adalah tidak sah) Walau apa juga perancangan kita, Allah juga merancang. Dan akhirnya rancangan Allah yang akan menjadi kenyataan. Tanpa keizinanNya, tidak mungkin BN boleh merampas Perak dari tangan Pakakatan Pembangkang.

Sebelum dari itu Pak Lah telah dikutuk, bukan sahaja oleh pembangkang malah oleh ahli UMNO sendiri kerana dikatakan memberi keistimewaan kepada menantunya Khairy Jamaluddin. Ada yang kata, keputusan Pak Lah adalah keputusan Khairy. Pak Lah membuat keputusan atas nasihat anak menantunya itu. Kemuncak dari itu, BN/UMNO telah ditolak oleh rakyat hingga hampir-hampir tumpas ditangan pembangkang.

Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba kutukan kepada Pak Lah itu, kini menimpa Nik Aziz. Selama lapan tahun menantunya menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan, tiba-tiba pendedahan demi pendedahan oleh orang PAS sendiri, menyebabkan imej Nik Aziz jatuh teruk. Nik Aziz bernasib baik, kerana cepat menerima nasihat dari pemimpin PAS yang lain. Akhirnya menantunya diminta berhenti dari jawatan CEO.

Rasanya cerita itu tidak akan berakhir dengan pemecatan menantu Nik Aziz itu. Banyak lagi cerita-cerita yang rakyat tidak tahu sebelum ini, akan terdedah.

Adakah ini juga adalah kebetulan?

Walaupun AM bukan ahli PAS dan tahu PAS adalah adalah parti politik, yang sama dengan parti-parti politik yang lain, AM sama sekali tidak menjangka PAS akan menghadapi 'saat sukar' seperti apa yang berlaku sekarang.

Selama ini UMNO digambarkan sebagai parti yang mengejar kemewahan, sentiada berebut jawatan, tetapi situasi itu telah jelas dan nyata, berlaku juga didalam PAS.

Kita jarang melihat 'hukuman cash' dari Allah, kecuali jika di Mekah dimana kekuasaan Allah boleh dilihat dengan jelas didepan mata.

Dalam kes-kes tertentu ada orang menunaikan sembahyang hajat, memohon agar Allah turunkan bencana kepada golongan yang tidak sehaluan dengan mereka. Ada orang menggunakan berbagai cara untuk menjatuhkan orang lain. Semuanya belum berhasil.

Allah benci kepada makhluknya yang melampau-lampau. Seseungguhnya apa yang berlaku kebelakangan ini, menunjukkan Allah boleh menjatuhkan hukuman serta merta kepada makhluknya jika Dia kehendaki. Apapun mungkin ada yang ingin mengatakannya sebagai kebetulan dan bukan sebagai balasan tuhan.

Sunday, November 22, 2009

Penantian Cheng Peng Yang Tak Sudah

Nampaknya tidak habis-habis orang bercerita tentang Cheng Peng dan nampaknya tidak jemu-jemu orang yang ingin melihat Cheng Peng balik ke 'tanah airnya' berusaha agar hasrat Cheng Peng itu menjadi kenyataan.

Majoriti orang yang lahir selepas merdeka, rasanya tidak pernah nampak wajah Cheng Peng atau tahu selok belok dan latar belakang perjuangannya (melainkan melalui buku sejarah). Orang Setiawan Perak pun rasanya tidak tahu kampung sebenar Cheng Peng apatah lagi menjadi jiran kepada Cheng Peng.

AM tidak pasti kenapa ada golongan yang beria sangat membantu orang yang telah mengetuai Parti Komunis Malaya, yang telah membunuh ribuan orang yang tidak berdosa untuk 'kembali' ke Malaysia. Sedangkan yang empunya diripun tidak dapat membuktikan yang dia adalah rakyat Malaysia. Sijil kelahirannya tidak dapat diberikan semasa permohonannya itu dibawa ke mahkamah.

AM tidak rasa kerajaan ada perasaan 'dendam peribadi' dengan Cheng Peng. Dan harap juga orang yang beria sangat untuk membawa Cheng Peng kembali (termasuk orang melayu) berfikir banyak kali. Tidak ada satupun sumbangan Cheng Peng kepada rakyat malaysia.

Sekurang-kurangnya kes Cheng Peng boleh dijadikan peringatan kepada orang yang benci sangat kepada Negara Malaysia ini dan merasakan negara lain lebih bagus dari Malaysia. Bila nyawa sudah dipenghujung, baru teringat manisnya bumi sendiri.

Sebagai insan, 'mungkin' kita boleh maafkan kesalahannya, tetapi jangan sesekali kita biarkan 'luka lama berdarah kembali'. AM rasa bukan sahaja jasadnya, malah abu mayatnya juga tidak harus dibenarkan menjejakkan 'kakinya' ke bumi bertuah ini. Dikhuatiri nanti ada yang membuat tugu peringatan dan 'tempat sembahyang' di atas kubur Cheng Peng.

Sebaiknya kita tutup terus buku berkenaan Cheng Peng. Biar lah dia mati dan bersemadi 'dengan aman' di tempat dia berada sekarang. Jangan sesekali kita biarkan anak bangsa kita menjadikan Cheng Peng sebagai wira yang harus diingati. Satu hari nanti jika (ditakdirkan) DAP memerintah negara, kita tidak hendak lihat hari kematian Cheng Peng dijadikan sebagai cuti umum.

Cubaan Menghalang Kebenaran

Arahan mahkamah agar SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi pada waktu pejabat, telah mendatangkan berbagai reaksi.

Ada yang menganggap keputusan mahkamah itu adalah kejayaan kepada mereka, kerana merekalah yang membawa kes tersebut ke mahkamah dan menuntut agar SPRM hanya menjalankan siasatan diwaktu pejabat.

AM jadi keliru. Bukankah selama ini golongan berkenaan yang beria sangat menyuarakan tentang rasuah dan meminta SPRM telus dan tidak berkompromi? Bila SPRM kelihatan lebih aggresif, kenapa mereka pula yang rasa seperti panas punggung?

Adakah bila mereka mendesak agar rasuah dihapuskan dan pesalah rasuah disiasat dan didakwa di mahkamah, mereka hanya maksudkan golongan yang bukan dari golongan mereka?

Rasanya rakyat telah dapat 'baca' apa yang mereka mahukan. Mereka mahukan yang disiasat dan didakwa itu adalah pemimpin-pemimpin dari BN/UMNO sahaja. Mereka tidak menyangka bahawa sebenarnya orang yang berada dalam parti mereka juga melakukan perkara yang sama (kalaupun tidak lebih)

SPRM nampaknya telah membuktikan bahawa mereka tidak memilih bulu. Baik orang UMNO atau bukan, siasatan tetap dijalankan. Jika ada bukti maka pendakwaan tetap akan dijalankan.

Keputusan mahkamah itu menunjukkan ada cubaan untuk menghalang SPRM dari menjalankan tanggung-jawab untuk menghapuskan rasuah. Selain cuba memburuk-burkkan imej SPRM dalam kes kematian Boon Huah, nampaknya ada pihak-pihak tertentu menggunakan mahkamah untuk cuba melengah-lengahkan dangan menghadkan tugas-tugas SPRM

AM khuatir, nanti ada pulak pihak yang hendak didakwa akan menggunakan mahkamah sekali lagi untuk melengah-lengahkan pendakwaan atau tuduhan ke atasnya digugurkan.

Siapa sebenarnya yang cuba menghalang kebenaran dari ditegakkan?

Jangan Kacau Daun

AM pernah tulis tentang gelagat pemimpin UMNO Bahagian yang tak habis-habis bercakaran walaupun negeri telah ditakluk pembangkang.

Hari ini dalam Mingguan Malaysia, Setiausaha Agung UMNO Malaysia telah memberi arahan kepada ketua-ketua UMNO Bahagian yang telah digantung (dan bekas Ketua Bahagian yang telah tidak mempunyai kuasa) agar jangan campur tangan dalam urusan pentadbiran UMNO Bahagian. Biar Pemangku UMNO Bahagian yang jalankan tugas.

AM harap ahli UMNO bahagian yang selama ini keliru, yang mana satu ketua mereka dan cakap siapa nak ikut, boleh jelas dengan arahan tersebut. Kebetulan arahan dari Setiausaha Agung itu ditujukan khas kepada UMNO Bahagian yang AM maksudkan.

Mungkin kerana simpati dan kerana terlalu rapat dengan bekas ketua bahagian dan ketua bahagian yang telah digantung jawatannya, ramai ketua-ketua cawangan masih lagi menganggap mereka itu masih berkuasa. Sebab itu mereka lebih selesa mendengar cakap orang yang tidak ada kuasa lagi, dari mendengar arahan dari pemangku ketua bahgian yang sah.

Inilah masanya ahli UMNO terutamanya pemimpin UMNO Bahagian dan Cawangan untuk berubah. Jangan tunggu nasi menjadi bubur. Jika ada niat untuk jadi ketua, bolehlah pasang badan, tetapi dalam masa yang sama kenalah buat kerja. Bila sampai masanya nanti bertandinglah dengan cara yang betul.

Janganlah wujudkan kem masing-masing, kerana bila bertanding nanti mereka tidak boleh mengharapkan orang dari kem mereka sahaja yang mengundi. Lebih dari itu, jika jadi calon pilihanraya, mereka tidak boleh harap orang dalam kem mereka sahaja dapat memberi kemenangan kepada mereka. Sebaliknya kena pastikan kesemua ahli UMNO dan ahli-ahli dari parti komponen BN yang lain (selain dari orang atas pagar dan orang-orang yang menyokong kerajaan)memangkah mereka.

Friday, November 20, 2009

Mengumpat dan Memfitnah...Jangan Jadikan Amalan

Ramai orang suka bercakap dan mendengar cakap orang (dan terus percaya tanpa memberi peluang kepada otak untuk berfikir sejenak). Adakalanya cakap-cakap itu lebih cenderung pada mengumpat. Apatah lagi jika ianya bertebaran menjadi khabar angin dan seterusnya menjadi fitnah.

Untuk melunakkan lagi cerita, ianya akan ditokoh tambah seperti cerita penglipur lara yang diperkembangkan dari mulut ke mulut. Tanpa siasatan dan tiada bukti tentang kesahihan, maka dengar cakap tersebar luas. Di penghujung cerita baru kita tahu bahawa cakap-cakap itu hanya berupa fitnah (malangnya kita tidak tahu, bilakah penghujung cerita itu) Itupun jika ada penghujungnya.

Mudah sekali kita mencipta dosa daripada perbuatan mengumpat dan memfitnah.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa dan janganlah kamu mengintip (mencari-cari kesalahan dan keaiban orang), dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

Ramai yang tahu hukum, malangnya ramai juga yang tidak cakna tentang hukum, menyebabkan ramai yang tergelincir. Mereka (tanpa disedari) turut sama menyebar fitnah. Menurut kamus Dewan, fitnah bermaksud tuduhan (khabar. kisah dll) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau mengaibkan seseorang.

Fitnah telah berlaku sejak zaman berzaman. Di zaman Nabi Yusuf, seorang wanita bernama Zulaikha (yang mahu menutup perbuatannya), telah membuat fitnah dengan mempengaruhi perempuan-perempuan lain dan memburukkan nama Nabi Yusuf yang tidak berdosa. Dia ingin membuat cerita bahawa Nabi Yusuf lebih jahat darinya dan dalam masa yang sama, masyarakat akan melupakan kesalahan yang dia (Zulaikha) lakukan.

Ustaz yang mengajar agama di masjid selalu mengingatkan bahawa, memfitnah hukumnya lebih berat daripada membunuh orang. Perlu diingat, jika membunuh, hanya individu (pembunuh) tersebut sahaja yang patut dihukum tetapi memfitnah melibatkan orang lain yang lebih ramai jumlahnya. Malah dosa memfitnah merupakan antara dosa yang paling sukar terhapus. Selagi orang yang kita fitnah tidak memaafkannya, maka dosa itu akan tetap kekal. Bagaimanakah jika orang yang kita fitnah itu 'pergi' dulu sebelum kita?

Mereka (penyebar fitnah) mesti mempunyai alasan tersendiri. Malangnya kita (rakyat bawahan) sering kecundang untuk hendak membuat pertimbangan. Kadang kala kita tidak boleh membezakan yang mana satu benar dan yang mana satu fitnah. Lantas perkara benar dan batil bercampur gaul.

Internet merupakan tempat yang paling mudah, paling berkesan dan paling banyak orang menabur fitnah (kerana kita tidak tahu status kebenarannya).

Yang menariknya, ramai yang memperkatakan tentang sesuatu isu (cerita), mendengarnya dari pihak lain (juga tanpa bukti - hanya sekadar teori yang agak meyakinkan) kemudian dengan sewenang-wenangnya membuat satu cerita, dengan gubahan ayat yang tersusun indah, untuk meyakinkan pihak lain bahawa tuduhan mereka itu adalah tuduhan yang benar.

Sampai bila kita harus hidup begini?

Thursday, November 19, 2009

Wakil Rakyat Macam Budak Sekolah?

Mahadir Khalid, Ketua Pembangkang DUN Kedah merungut apabila semua wakil rakyat diwajibkan menandatangai buku kedatangan sebelum memasuki Dewan Undangan Negeri.

"Macam budak sekolah", katanya.

Selama ini memang perangai wakil bukan macam budak sekolah ke?

Mengikut penilaian AM, mereka sebenarnya (bukan semua) macam budak sekolah tadika. Atau mungkin budak sekolah dari "sekolah jenis kebangsaan"

Adakah mereka (sekurang-kurangnya) tahu apakah maksud 'wakil' dan peranan yang seharusnya dilakukan oleh wakil rakyat?

Jika meraka faham bahawa mereka dibayar gaji oleh rakyat untuk menjadi wakil kepada mereka (rakyat) untuk menyuarakan masalah dan ketidak puasan rakyat agar didengar oleh pihak kerajaan, mereka seharusnya menjalankan amanah itu dengan betul dan jujur.

Mereka bukan sahaja wajib hadir pada setiap kali sesi perbahasan (melainkan ada urusan rasmi yang lain)tetapi juga harus mengambil bahagian dalam perbahasan dan bukannya menganga mendengar orang lain bercakap. Lepas itu buat huru hara dan buat dewan persidangan seperti pasar borong. Terjerit sana terjerit sini, berdiri atas meja (dalam kes tertentu) dan tidak menghormati speaker. Adakah itu perbuatan lebih baik dari seorang budak sekolah?

Jika mereka kata kedudukan mereka lebih baik dari budak sekolah, maka buktikanlah dengan berperangai elok dan berdisiplin. Jangan eksyen je lebih.

Tindakan DUN Kedah menyediakan buku kedatangan itu harus dipuji. Malah kalau boleh, setiap kali mereka hendak keluar, pastikan mereka menandatangai buku tersebut berserta dengan masa keluar. Jangan nanti tandatangan borang kehadiran, tetapi lepas itu melepak ke cafe berjam-jam lamanya. Serupa juga tidak hadir.

Masalah MCA Memberi Bebanan Kepada UMNO

Timbalan Perdana Menteri memberitahu bahawa UMNO terpaksa mengambil alih peranan MCA untuk membantu masyarakat cina, jika MCA terus bergolak. Bermaksud UMNO bukan sahaja terpaksa bekerja keras untuk memenangi hati orang melayu, kini bertambah lagi beban untuk menarik masyarakat cina untuk terus menyokong BN (UMNO?)

Nampaknya, ketika MCA sering menolak campur tangan pihak lain untuk menolong menyelesaikan masalah dalaman mereka, rupa-rupanya mereka meninggalkan beban masalah itu, untuk dipikul oleh 'pihak lain'.

Agak lucu, bila dalam keadaan parti yang tidak setabil dan menghadapi gelora, Datuk Seri Ong Tee Kiat masih lagi 'berkokok' untuk terus menggunakan kuasa yang ada pada presiden untuk memecat orang yang dia tidak suka.

Tee Kiat telah menggunakan kuasanya sebagai Presiden mengikut Artikel 46 perlembagaan parti untuk melucutkan sembilan ahli CC daripada Majlis Presiden, termasuk Ketua Pemuda MCA Pusat dan Ketua Wanita MCA Pusat.

AM tak pasti samada MCA berlainan dengan UMNO atau PAS atau PKR yang memerlukan sokongan golongan muda dan wanita masing-masing untuk terus kuat. Dengan pemecatan ketua pemuda dan ketua wanita dari CC, bermaksud MCA akan menghadapi laluan berikutnya tanpa sokongan pemuda dan wanita mereka (sekurang-kurangnya sehingga masalah ini selesai).

Sejauh mana MCA akan terus dapat menjadi parti terbesar masyarakat cina, bergantung sepenuhnya bagaimana MCA menangani masalah dalaman mereka. Tanpa ada masalahpun, MCA sebenarnya hanya didominasi oleh golongan petengahan umur dan vateran. Anak-anak muda cina sudah mula cenderung kepada DAP dan PKR.

Masalah dalam MCA yang sebenar, adalah Ong Tee Kiat sendiri. Bukan ketua pemudanya atau ketua wanitanya. Jalan penyelesaian yang paling baik ialah dengan Ong Tee Kiat meletak jawatan sebagai Presiden dan membiarkan pemilihan parti yang baru diadakan.

Janganlah kerana hendak meneruskan cengkamannya dalam MCA, Ong Tee Kiat memancung seorang demi seorang pihak yang tidak bersetuju dengannya yang akhirnya menghancurkan terus parti MCA.

Wednesday, November 18, 2009

Hanya Satu Soalan Untuk Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim tidak perlu menuduh bekas setiausaha sulitnya, Anuar Shaari diupah oleh pihak lain untuk membuat laporan polis, tetapi jawablah samada tuduhan itu betul atau sekadar fitnah?

Seperti juga orang mati minum racun. Tak perlu tanya samada dia disuruh pihak lain untuk meminum racun itu atau tidak, tetapi katakanlah samada dia mati akibat meminum racun atau sebaliknya.

Tuesday, November 17, 2009

Hanya Satu Point dari Ustaz Zul

AM baru sahaja menonton rancangan Hujah yang disiarkan di TV 9.

Tetamu jemputan kali ini ialah Ahli Parlimen Kulim, YB Ustaz Zulkiflee Nordin. Boleh dikatakan setiap hari AM membaca tulisan Ustaz Zul dalam blognya. Sungguh keras dan pedas dengan kritikan-keritakan tajam kepada pihak lain. AM menunggu seawal jam 9 malam untuk mendengar Ustaz Zul berhujah.

Tetapi nampaknya selain berdolak dalik, Ustaz Zul tidak begitu berani bila berbicara secara live. AM kira, tidak kurang dari 3 soalan Prof Agus, tidak dijawab dengan berani oleh Ustaz Zul. Mungkin dia tahu, bossnya sedang menonton rancangan itu.

Cuma ada satu point yang AM rasa dia menjawab dengan tepat dan berfakta (tanpa perlu berprasangka sejauh mana ianya akan benar-benar akan dilaksanakan)iaitu bila dia kata, asas perjuangan PR ialah dalam kerangka Perlembagaan Negara. Katanya, ketiga-tiga pemimpin utama parti dalam PR, bersetuju bahawa asas perjuangan mereka ialah, berlandaskan perlembagaan negara, iaitu meletakkan agama islam sebagai agama rasmi dan mempertabatkan kedudukan raja-raja Melayu. Oh ya?

Malangnya Prof Agus tidak bertanya soalan yang bersarang dalam fikiran AM iaitu, siapakah yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia setelah Anwar Ibrahim bersara?

Bila ditanya, samada betul ada masalah besar yang melanda kepimpinan PKR sehingga ramai pemimpinnya meninggalkan PKR, Ustaz Zul tidak mampu memberi jawapan 'YA' atau 'TIDAK', sebalinya lebih suka berpusing-pusing dan berbelit-belit dengan menceritakan bahawa perbezaan pendapat itu menunjukkan PKR mengamalkan demokrasi.

Akhirnya Prof Agus membuat kesimpulan mudah, bahawa memang PKR sedang menghadapi krisis kepimpinan. Malah Prof Agus sempat menyindir secara sinis bahawa Ustaz Zul memang suka mencabar. Hari itu dia mencabar Sivarasa dan kali ini dia mencabar BN agar mengadakan pilihan raya umum untuk melihat sejauh mana kekuatan BN. Katanya, Kota Siputih akan menjadi kayu pengukur yang sebenar, samada BN telah berjaya menarik semula sokongan rakyat. Cuma dia tak kata apa nazar dia jika ditakdirkan BN menang.

Biasalahkan, Ustaz Zul juga ahli politik. Sekurang-kurangnya hari ini AM dapat tahu siapa Ustaz Zul yang sebenar.

Pilihanraya Dan Integreti Wakil Rakyat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan agar pilihanraya kecil diadakan di DUN Kota Seputeh, setelah sebelum itu membuat keputusan bahawa kerusi DUN itu telah kosong.

Pada peringkat ini, nampaknya parti pembangkang telah menang 1-0 ke atas BN/UMNO. Kerana itu yang mereka suka. Pilihanraya kecil.

Dalam sehari dua ini, SPR pastinya akan membuat rayuan, kerana ada klausa di bawah perlembagaan negeri mengatakan 'ketidak hadiran sebanyak dua kali berturut-turut', dalam persidangan DUN, boleh menyebabkan ahli kehilangan kerusi. Sebaliknya dikatakan, Datuk Abu Hassan Sarif tidak hadir dua kali tetapi bukan berturutan. Bila melihat dari sudut ini, kemungkinan SPR akan memenangi rayuan tersebut.

Apapun, itu adalah proses perundangan. Semua pihak harus menerima apa juga keputusan.

Tetapi selepas dari ini, UMNO seharusnya membuat, penilaian bukan sahaja rekod jenayah dan yang berkaitan, sebaliknya kena juga buat penilaian tentang rekod integreti individu yang akan dicalonkan untuk menjadi bakal yang berhormat.

Kita tahu ramai ADUN tidak mempunyai pendidikan tinggi, tetapi janganlah perangai masa di sekolah yang suka ponteng kelas (mungkin) dibawa hingga setelah bergelar YB. Ada juga yang berpendidikan tinggi, tetapi kerana terlalu syok melihat pesta pilihanraya, sanggup meletakkan jawatan agar pilihanraya kecil dapat diadakan semula.

Datuk Abu Hassan Sarif mungkin tidak berasa terlalu bersalah, kerana ramai lagi wakil rakyat (termasuk dari pembangkang) yang mungkin lebih teruk dari beliau. Cuma beliau tidak bernasib baik kerana berada di negeri Kedah. Sendiri faham sudah.

SPR tentunya tidak sedikitpun mempunyai masalah untuk mengadakan pilihanraya demi pilihanraya. Tetapi kita kena ingat, pilihanraya kecil bukan sahaja menyusahkan rakyat, yang terpaksa sekali lagi beratur panjang (tidak termasuk yang terpaksa mengambil cuti) semata-mata untuk mengundi orang yang akhirnya tidak boleh menjadi wakil untuk mereka.

Pilihanraya kecil juga menggunakan perbelanjaan yang tinggi. Duit kerajaan adalah duit rakyat. Janganlah kerana sikap segelintir wakil rakyat, pilihanraya terpaksa diadakan sekali lagi, dan lagi dan lagi.

Selepas ini Datuk Abu Hassan Sarif mungkin berfikir, kerana kurangnya integreti dalam dirinya, semua orang dapat susah.

Friday, November 13, 2009

Apa Peranan Ilmu Tasauf Dalam Masyarakat?

Posting ini bukanlah untuk mengajar ilmu tasauf DAN juga BUKAN untuk menyuruh orang mengengkarinya.

Apa yang hendak AM perkatakan ialah, tentang ketaksuban segelintir orang mempelajari ilmu tasauf dan ketaksuban mereka kepada golongan yang mempelajar/mengajar ilmu tasauf sahingga mewujudkan seolah-olah satu jurang antara mereka dengan penganut agama yang sama, tetapi tidak mempelajari ilmu tersebut.

Istilah "tasauf", sering di tafsir dengan bermacam-macam erti. Berasal dari tiga huruf Arab, sha, wau dan fa. Banyak pendapat tentang alasan asalnya dari sha wa fa. Ada yang berpendapat, kata itu berasal dari shafa yang berarti kesucian. Menurut pendapat lain kata itu berasal dari kata kerja bahasa Arab safwe yang berarti orang-orang yang terpilih.

Imam Ghazali menyebut tentang Ilmu Tasauf sebagai,

"Ilmu Tasauf itu selain dari bersangkut dengan Ilmu 'Aqli ia juga bersangkut dengan Ilmu Syari'i. Gabungan dua bahagian ilmu inilah yang melahirkan Ilmu Tasauf. Dengan kata lain Paduan "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" dan "Ilmu Hasil Daripada Amalan" itulah dinamakan "ILMU TASAUF" Tetapi asal Ilmu Tasauf ini lebih jauh lagi perbincangannya yang melibatkan ilmu yang khas yang melahirkan hal-ehwal ilmu mereka yang tidak akan ditemui oleh mereka yang tidak mengikuti disiplin pengajiannya."

Kesimpulannya, ilmu tasauf adalah peringkt/tahap kedua dalam amalan agama. Ilmu Syarie/Syariat yang kita amalkan sekarang ini juga adalah amalan yang diterima oleh Allah.

Seperti yang AM perkatakan dari awal, posting ini bukan bertujuan untuk mengajar atau menafikan ilmu tasauf. (diulangi, bukan untuk mengajar atau menafikan)

Apa yang AM ingin perkatakan ialah, JANGAN sampai ada antara kita menyalah gunakan KELEBIHAN yang dikurniakan oleh Allah. JANGAN gunakan harta untuk menghukum orang miskin, pangkat untuk menghukum orang bawahan, atau ilmu untuk menghukum orang jahil.

AM selalu menggunakan istilah, BENDA YANG BAIK HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN CARA YANG BETUL.

Ada segelintir manusia (orang melayu) yang menggunakan kelebihan mempunyai ilmu tasauf untuk sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum dan memandang rendah golongan yang tidak setaraf dengan mereka. Lebih dari itu, mereka mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai, malah ilmu tersebut digunakan dipentas-pentas politik bertujuan untuk mencari pengaruh dan bukan digunakan untuk mendidik masyarakat. "Akulah orang alim maka percayalah aku".

Banyak ungkapan-ungkapan orang-orang yang (kononnya) mempelajari tasauf, boleh mengelirukan masyarakat yang rata-rata tidak 'sampai' lagi 'ke makam' itu.

AM pernah diberitahu, bahawa kita boleh menikahi seseorang tanpa perlu akad nikah, cukup sekadar 'nikah batin'. Jika mereka membicarakan soal nikah batin itu dikalangan yang juga mempelajari ilmu tasauf, mungkin lain maksudnya. Tetapi bayangkan jika ungkapan itu didengar dan dikuti oleh remaja? Nikah batin tanpa perlu akad nikah.

Yang terbaru, Mursyidul Am PAS memberitahu bahawa ada orang mengambil seliparnya untuk mendapat berkat. AM berbahas panjang dengan orang yang katanya tahu tentang ilmu tasauf dan katanya lagi 'berkat' itu perlu ditafsir mengikut cara tasauf. Lalu sekali lagi AM ingin bertanya, bagaimana jika ungkapan 'ada berkat dari selipar' itu didengar dan dikuti oleh remaja yang cetek ilmu agamanya? Lalu diapun berhujah "kalau begitu, maka belajarlah ilmu tasauf".

Dalam kita membicarakan soal fahaman wahabi AM rasa kita harus juga membicarakan tentang orang-orang yang berbicara menggunakan ilmu tasauf mereka.

Kedua-duanya tidak sesat (selagi tidak menyekutukan Allah), cuma AM khuatir ada segelintir orang yang teringin sangat untuk mempelajari fahaman wahabi atau ilmu tasauf telah tersasar dari landasan dik kerana ketaksuban mereka untuk menjadi lebih pandai dari orang lain. Bukan belajar untuk mendapat keredaan Ilahi.

Ilmu Tasauf tidak salah. Yang AM takut, pengamalnya yang salah. Belum habis mengaji tetapi sudah rasa diri terlalu hebat dan merasa orang lain terlalu jahil.

Ilmu Tasauf tidak salah. Yang AM takut, pengamalnya telah tersalah tafsir tentang apa yang diajar, lalu dia menyampaikannya pula kepada orang lain. Akhirnya semua jadi tunggang langgang.

AM ingin menasihatkan orang yang ingin belajar ilmu tasauf, buatlah dulu amalan-amalan wajib yang tersurat. Lakukan terlebih dahulu amalan-amalan seperti yang termaktub di dalam rukun Islam.

Bertatihlah berjalan setapak demi setapak sebelum berhasrat untuk menjadi pelari pecut.

Thursday, November 12, 2009

Pemimpin UMNO Bahagian Masih Mimpi...

AM pernah sebut sebelum ini dan nak sebut sekali lagi. Biarlah kalau rakan-rakan UMNO nak kata nada AM seperti nada pembangkang. Biarlah pembangkang juga tahu apa yang berlaku dalam UMNO.

Dalam pemilihan yang lalu, ramai pemimpin-pemimpin baru dalam UMNO telah berjaya mengalahkan ketua-ketua UMNO Bahagian yang lama. Dengan cara apa mereka boleh menang, kita tak nak sebut, sebab kerana antaranya telahpun diketahui umum.

Ada orang yang 'terlalu positif' bila berbicara tentang kemenangan ketua-ketua bahagian yang baru. Mereka kata, mungkin kalau tidak kerana politik wang, terlalu sukar untuk menjatuhkan ketua bahagian yang lama. Sebabnya ketua bahagian yang lama telah mengutkan empayar kekuasaannya sejak sekian lama. Pemuda, wanita dan puteri semua menyebelahi ketua bahagian, walaupun ketua bahagian tidak buat kerja. Jadi kata mereka, kalau tak main 'pengelat' (kata orang Johor) susah nak jatuhkan ketua bahagian.

Jadi, fikir punya fikir, AM rasa ada juga logiknya (walaupun bukan merestuinya).

Itu dulu. Cerita tahun lepas. Sebelum perlembagaan UMNO dipinda. Kita terimalah hakikat bahawa memang politik wang berlaku sebelum ini. Tetapi selepas ini (harap-harap) ianya tidak akan berlaku lagi.

Rakyat (ahli UMNO) akan menilai orang yang berwibawa untuk menjadi ketua dan bukannya siapa yang ada duit banyak.

Kenyataannya, apa yang berlaku kini masih terdapat 'group' dalam kepimpinan bahagian dan cawangan. Masih ada yang tidak boleh terima hakikat bahawa mereka telah kalah. Ada ketua-ketua cawangan masih lagi bertuankan ketua bahagian lama dan sebahagiannya bertuankan ketua yang baru.

Lebih teruk lagi jika ada ketua bahagian yang telah digantung jawatan (sebab politik wang). Maka jawatan ketua bahagian akan dipangku oleh timbalan ketua bahagian. Lalu terbentuklah tiga kumpualan besar. Group ketua bahagian lama, group ketua bahagian yang digantung dan group pemangku ketua bahagian.

Apa sebenarnya yang mereka cari semasa menawarkan diri untuk menjadi ketua? Projek? Projek apa yang dicari kalau kerajaan negeri pun jatuh kepada parti pembangkang? Atau berangan nak jadi calon pilihanraya? Nak jadi calon apa, kalau nantinya hanya orang dalam group mereka sahaja yang memangkah sedangkan ahli yang menyokong group yang lain, memberi undi kepada parti pembangkang?

AM harap pemimpin UMNO Bahagian kena capat-cepat muasabah diri. Cepat-cepat berubah. Dan cepat-cepat mulakan kerja. Jangan sampai nanti mereka bukan sahaja kena maki dengan parti pembangkang, tetapi turut juga dimaki hamun oleh ahli UMNO sendiri.

Sebenarnya dalam beribu orang ahli UMNO dalam sesuatu bahagian, hanya dua tiga orang hamlau yang ada, tetapi 'kehamlauan' mereka itu akan menyebabkan keseluruhan nama baik UMNO tercemar.

Jangan berdondang sayang melihat krisis dalaman PAS dan PKR. Jangan berjoget lambak melihat ahli-ahli PAS sudah mula mual dengan pemimpin mereka yang cakap berbelit-belit. Tetapi renung-renung juga takut-takut ada ahli-ahli UMNO peringkat bawahan yang akan menanam mereka hidup-hidup.

Jangan fikir, ahli peringkat bawahan tidak perhati apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin bahagian.

Wednesday, November 11, 2009

Barakah dari Selipar Nik Aziz..Erkk..

Dalam Sinar Harian hari ini, Nik Aziz kata, jika letak di bawah, seliparnya pasti akan hilang. Bukan dicuri, tetapi diambil oleh orang yang ingin mendapat keberkatan.

“Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan curi tapi nak ambil berkat. Selipar saya di rumah saya tak boleh letak bawah, letak habis tak dok (hilang),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.

AM tidak mahu menuduh Nik Aziz mengamalkan ajaran sesat. Tetapi AM tahu, ramai yang tahu bahawa mempercayai sesuatu benda itu sebagai hikmah dan boleh memberi keberkatan, adalah kurafat. Berdosa besar.

Nik Aziz tahu. Tetapi dia lebih suka mengambil sikap untuk memberitahu umum bahawa ramai sangat orang yang berminat dengan seliparnya 'untuk ambil berkat' (selain ramai orang yang sanggup keluar belanja hantar Tok Guru pergi Mekkah)

Nik Aziz diketahui umum, selalu mengadakan kuliah agama, termasuk kuliah mingguannya. AM terfikir juga, pernah kah dia memberitahu tentang orang islam tidak boleh mempercayai 'benda' sebagai ada hikmah tertentu. Pernah atau tidak beliau memberitahu jemaah untuk meninggalkan perbuatan yang dikutuk itu.

Dua persoalan timbul.

Jika benar dia tidak membetulkan perbutan syirik yang berlaku, maka sudah tentu dia berdosa. Yang keduanya, jika benar dia sudah melarang, sejauh mana pula keberkesanan kuliah Nik Aziz selama ini?

AM teringin sangat nak tengok muka orang yang terlalu taksub dengan Nik Aziz sehingga mencari keberkatan dari selipar tok guru merangkap Mursyidul Am PAS itu.

Please, kalau boleh AM tak mahu baca komen yang mengatakan dalam al-quran ada kata "selipar boleh mendatangkan keberkatan"

Tuesday, November 10, 2009

Masa Untuk Orang UMNO Berbulan Madu?

Selepas pilihanraya ke-12, baik orang UMNO sendiri atau orang luar UMNO, merasakan bahawa UMNO sudah sampai kepenghujung jalan. Ada yang membuat teori bahawa tidak ada mana-mana parti politik di dunia ini yang boleh bertahan lebih dari 50 tahun. UMNO telah menggunakan kesemua talian hayatnya dan menunggu masa untuk 'ditalkinkan'.

AM pun secara jujur merasakan begitu. Tambahan pula bila melihat 'peel' pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian. Mereka masih bercakaran sesama sendiri tanpa menyedari bahawa 'beruang besar sedang berada di belakang mereka untuk mencakar tubuh mereka'. Buktinya, selepas kalah dikebanyakan kerusi semasa PRU12, orang UMNO masih lagi berebut jawatan dalam pemilihan UMNO yang diadakan beberapa bulan selepas pilihanraya itu.

Dalam kebanyakan NGO atau persatuan, bila persatuan tersebut sudah lemah (atau memang tidak kuat)biasanya ramai yang tak suka untuk menjadi ketua. Hal ini kita dapat lihat dalam parti PAS sebelum ini, dimana kita tidak pernah nampak/dengar antara mereka berkelahi untuk merebut jawatan. Sebutlah apa sahaja, sebab mereka lebih tawada', lebih berdisiplin, lebih islamik atau apa sahaja. Hakikat sebenarnya, mereka tidak berebut jawatan kerana mereka tahu mereka adalah parti yang kecil. Ciput.

Itu dulu...

Tetapi sekarang PAS tak sama lagi seperti PAS zaman Fadzil Noor (sebelum dari itu AM tak boleh ingat). PAS sekarang sudah cukup kuat (atau merasa cukup kuat). Sebab itu kita lihat sudah ada perebutan jawatan dan tolak menolak antara mereka (yang akan membawa kepada perbuatan cantas mencantas - seperti yang diamalkan oleh sebahagian dari pemimpin UMNO - sama sahaja).

Tidak cukup dengan itu, bermacam isu kini telah melanda kepimpinan PAS hingga kelihatan seolah-olah terdapat dua kelompok besar dalam PAS (tak kisahlah apa juga isunya). Kalau dalam parti lain akan disebut team A dan team B. Bagusnya, dalam PAS, mereka masih berjaya menutup 'bintik-bintik gatal' atau 'ruam panas' di badan masing-masing dari dilihat oleh orang lain. Sekurang-kurangnya hingga saat ini.

Maka, ada pemimpin UMNO yang mula syok melihat masalah yang melanda parti pembangkang. Rupa-rupanya (baik PAS mahupun UMNO) masih mengharap pihak lawan lemah, untuk menunjukkan seolah-olah mereka lebih kuat. Semua orang tahu, pembangkang menang banyak kerusi semasa PRU12 bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana UMNO/BN berpecah belah.

Orang UMNO nampaknya belum banyak berubah walaupun mempunyai Presiden yang cukup komited untuk merubah persepsi buruk rakyat terhadap UMNO selama ini. Orang UMNO tidak boleh 'mengambil kesempatan' dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap pembangkang (akhir-akhir ini)dengan tidak berbuat apa-apa.

PAS dan parti-parti pembangkang lain boleh 'joli' dengan sokongan rakyat yang merajuk dengan UMNO pada pilihanraya yang lalu dan memangkah parti pembangkang, tetapi UMNO mempunyai peranan yang lebih besar. UMNO tidak boleh 'tumpang tuah' dan mencuri peluang atas kelemahan pihak lain, seperti yang parti pembangkang lakukan.

Pemimpin UMNO tidak boleh lagi melakukan kesilapan yang pernah mereka lakukan. Jika kini rakyat mungkin rasa 'cukuplah hukuman yang mereka berikan kepada pemimpin UMNO setakat ini', tidak bererti rakyat tidak boleh menghukum UMNO sekali lagi semasa pilihanraya akan datang.

Masa berbulan madu untuk pemimpin UMNO sudah tiada lagi.

Ayah Mertuaku..

Di luar negara, seorang isteri bekas presiden dilantik sebagai Setiausaha Negara. Tidak ada orang mempertikaikannya. Tidak ada orang tuduh dia menggunakan 'cable' suaminya untuk mendapat jawatan tersebut.

Di Malaysia, menjadi menantu orang kenamaan, terutamanya jika orang kenamaan tersebut adalah pemimpin parti politik, kehidupannya akan menjadi semakin rumit. Mungkin tidak seindah seperti yang mungkin dia idamkan.

Keadaan akan menjadi semakin rumit jika jodoh dia adalah anak Perdana Menteri atau menteri dari UMNO.

Khairi Jamaluddin, bukan sahaja dikecam oleh parti pembangkang malah dia turut menjadi bahan cacian ahli UMNO sendiri. Sebabnya ialah kerana dia menantu Pak Lah. Kesilapan sedikit, akan membawa malapetaka besar bukan sahaja kepadanya secara individu malah kepada parti yang bapa mertuanya terajui.

Tetapi menantu/anak pemimpin dari komponan BN yang lain, nampaknya lebih bernasib baik. Begitu juga dengan anak dan menantu pemimpin pembangkang.

Menantu Nik Aziz telah menjadi Pengarah Urusan syarikat milik kerajaan negeri sejak sekian lama. Anak Sammy Vellu juga menjadi orang nombor satu syarikat milik MIC. Anak dan isteri Anwar Ibrahim menjadi orang penting dalam parti PKR.

Jika bukan kerana penyiasatan SPRM terhadap syarikat milik kerajaan Kelantan itu, rasanya ramai termasuk ahli PAS sendiri yang tidak tahu bahawa menantu Nik Aziz adalah pengarah urusan syarikat berkenaan. Jika dia menantu orang UMNO, sudah pasti bapa mertuanya akan dituduh mengamalkan kronisme dan napotisme.

Jika Presiden UMNO mempunyai anak/menantu atau isteri dalam majlis tertinggi UMNO atau dilantik menjadi menteri kabinet, rasanya 'kiamat akan lebih cepat datang'.

Itulah keadilan dunia.

Sunday, November 8, 2009

Bai'ah Dalam PAS

Datuk Seri Haji Hadi Awang, Presiden PAS dalam ucapannya semasa seminar khas PAS semalam berkata, tidak ada amalan bai'ah dalam PAS seperti yang dilaporkan.

Isunya timbul bila ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat pengakuan bahawa adanya amalan bai'ah dalam PAS iaitu semua wakil calon diminta mengangkat sumpah (lebih kurang sumpah lahat juga gamaknya) iaitu tercerailah isteri mereka (calon)dengan talak tiga, jika mereka melompat parti setelah memenangi pilihanraya.

Kita tidak tahu siapa yang berbohong.

Tetapi bila ramai pemimpin PAS mengakuinya dan Ketua Dewan Muslimat PAS juga mempertahankan/menyokong amalan bai'ah, maka seolah-olah memang wujud amalan bai'ah dan sebenarnya Hadi Awang yang menipu. Terserahlah kepada persepsi masing-masing untuk membuat penilaian.

Apapun secara peribadi AM rasa amalan tersebut (bersumpah) memang berlaku dalam PAS.

Dulu bila orang memperkatakan tentang kesetiaan pemimpin PAS yang tidak seperti pemimpin BN dan PKR yang suka melompat-lompat parti, teori AM ialah, ahli PAS telah dididik sejak muda untuk taat kepada pemimpun dan perjuangan parti. Kesetiaan itu menebal sehinggalah setelah menjadi pemimpin. Sabab itu kita lihat terlalu jarang (mungkin tidak pernah berlaku) pemimpin PAS keluar parti dan menjadi anggota bebas atau melompat ke parti lain.

Pendedahan Khalid Samad itu menjawab segala kemuskilan kita selama ini. AM tidak tahu menilai dari sudut agama kerana AM bukan pakar agama, tetapi dari segi moral AM rasa dengan memperjudikan rumah tangga (isteri) disebabkan kuasa, samalah juga nilainya dengan mempertaruhkan isteri oleh kaki judi yang pernah kita tonton di dalam filem. "Ambil isteri aku, hutang kira selesai"..Nauzubillahiminzalik...

Friday, November 6, 2009

Ulamak Bertelagah, Umat Islam Terus Keliru.

AM baru buat draf, untuk posting terbaru berkenaan pelan damai antara Dr Asri dengan Persatuan Peguan Syarie Malaysia (PGSM) dan 'penarikan balik' memorandum oleh PGSM yang dihantar kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. Rupa-rupanya belum sempat nak posting, keadaan telah menjadi semakin kelam kabut.

Dr Asri berkata Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip memungkiri janji untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung isu berkenaan.

Mohamad Isa mendakwa pula mendakwa Mohd Asri telah memungkiri perjanjian supaya kandungan pertemuan tertutup antara mereka yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz yang diadakan di ibu negara semalam tidak didedahkan kepada media.

Ini apa kes?
Mana lebih penting antara janji dengan manusia dengan janji kepada Allah? Mana lebih penting antara maruah diri dengan maruah agama?

Isunya bukanlah isu peribai antara Dr Asri dan Mohd Isa. Jadi mereka tidak boleh (jika jadi kenyataan) saling bermaafan begitu sahaja, apatah lagi jika majlis bermaaf-mafan itu, merupakan satu arahan dari pihak atasan? Mereka mesti terlebih dahulu menjelaskan kepada umat Islam, tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Siapa yang nak tanggung kekeliruan rakyat, perselisihan pendapat yang menyemarakkan lagi perpecahan dan umat Islam bagaikan tiada lagi petunjuk dan tempat mengadu disebabkan para ulamak berebut-rebut untuk menunjukkan kuasa dan menjadi paparan di muka hadapan akhbar harian?

Tidak cukup dengan ulamak politik yang sering membuatkan umat islam keliru, ulamak-ulamak yang boleh diharapkan untuk menjadi tempat rujukan dan mengadu nasib pula bercakaran. Sampai bila polemik ini akan berterusan?

Bukankah Allah telah menerangkan dengan jelas bahawa jika berlaku pertelagahan, maka hendaklah kita kembali kepada al-quran? Siapa peduli?

Blogers Tabur Fitnah.

Xavier pertahan tindakan. Itulah tajuk dalam Sinar Harian hari ini, mengulas tentang ADUN Sri Andalas yang mempertahankan dirinya yang dikecam oleh blogers (pro kerajaan).

"Saya memang memasuki masjid tersebut kerana dijemput masyarakat disana, memandangkan saya ADUN kawasan itu. Saya hanya bagi ucapan alu-aluan. Janganlah hendak menabur fitnah. Takkanlah di dalam masjid saya hendak berceramah" kata Xavier.

YB Xavier, yang orang pertikaikan ialah kebiadaban pemimpin PAS yang membenarkan kamu memasuki masjid. Orang tak sebutpun pasal kamu berceramah. Kalau berceramah lagilah salah. Janganlah cakap buat ucapan alu-aluan, kerana yang biasa buat ucapan alu-aluan dalam sesuatu majlis ialah wakil penganjur, bukan tetamu kehormat.

Kami pun tak marah kamu, kerana kami tahu kamu jahil tentang hukum hakam agama islam. Yang kami pertikai ialah para cerdik pandai dan alim ulamak yang bersepah-sepah dalam PAS tu, kenapa mereka tak terfikir sebelum berbuat sesuatu.

Kalau nak sedia karpet marah ke, nak kalungkan bunga kat tengkuk ke, nak arak dengan bunga manggar dan kompang, hatta nak junjung kamu atas kepala sekalipun, silakan tetapi buatlah ditempat lain selain masjid. Apa guna dewan-dewan orang ramai yang telah diambil alih oleh pakatan pembangkang? Atau kalau tak hendak buat dikawasan lapang, buatlah diluar kawasan masjid, kenapa mesti di dalam masjid?

Sejauh Mana UMNO Masih Kuat?


Semasa pilihanraya ke-12 yang lalu, UMNO bukan sahaja kehilangan banyak kerusi Parlimen dan DUN, malah UMNO kehilangan Perak (dapat kembali) Kedah dan Selangor, disamping gagal menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.

Baik orang PAS/PKR mahupun orang UMNO sendiri, mengakui bahawa UMNO sedang berada dalam keadaan yang sungguh kritikal. Mengharapkan talian hayat untuk terus hidup. Malah ada yang menanti saat kematian UMNO kerana mereka sudah bersedia untuk mengkafankan UMNO dan mengkebumikannya.

Tetapi bila membaca tulisan Raja Petra, kaki batu api yang penakut (tidak berani bertanggung jawab atas tulisannya) AM bertambah yakin bahawa sebenarnya UMNO bukan sahaja bertambah kuat, malah lebih kuat dari sebelum pilihanraya.

Raja Petra yang katanya mempunyai pandangan yang cukup bernas untuk dipercayai oleh panglima-panglima besar parti pembangkang, memberitahu bahawa sebenarnya dia telah tahu bahawa Perak akan jatuh semula ke tangan UMNO, dua minggu sebelum Pakatan Pembangkang digulingkan.

"Dua minggu sebelum kerajaan Pakatan di Perak jatuh, saya menyarankan kepada mereka supaya mengadap Sultan Perak dan meminta agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya diadakan.

Malah saya memberitahu tentang hal ini kepada Anwar Ibrahim. Katanya, kebimbangan saya tidak berasas kerana beliau telah bercakap dengan Lim Kit Siang. Menurutnya, Kit Siang telah meyakinkannya bahawa masalah berkenaan Hee telah diselesaikan dan bahawa segalanya elok-elok belaka"

Walaupun suaranya cukup kuat, tetapi rupa-rupanya belum cukup kuat untuk mengarahkan orang orang poitik untuk mengikut cakapnya.

Katanya lagi,

"Selain itu, saya juga ada menulis tentang lain-lain hal yang perlu diwaspadai Pakatan Rakyat. Pada masa ini, memanglah Pakatan Rakyat menguasai majoriti kerusi dalam DUN Selangor. Tetapi ini tidak bermakna bahawa mereka menguasai kerajaan Selangor.

Sebenarnya, ramai di kalangan staf agensi dan jabatan kerajaan negeri merupakan hubaya UMNO. Mana tidaknya… mereka sebenarnya ditempatkan di situ dan dapat naik pangkat disebabkan hubungan mereka dengan UMNO. Jadi, sementara Pakatan Rakyat menguasai ‘kepala’ kerajaan Selangor, mereka takkan dapat mengawal ‘badannya’. Nampaknya, apabila kepala ke kiri, badan pula ke kanan, dan sebaliknya.

Perkara pertama yang Khir Toyo lakukan apabila Selangor jatuh ke tangan pembangkang (selain menghapuskan segala bukti kesalahan) adalah mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat. Inilah yang mereka lakukan... saban hari… saban minggu. Maka terjadilah peristiwa yang tidak diduga, seperti isu bir, penangkapan bekas mufti Perlis, perobohan kuil dan lain-lain lagi"

Kalau begitulah keadaannya, maka terbukti bukan sahaja UMNO terlalu kuat untuk dihapuskan malah ADUN-ADUN Pakatan Pembangkang langsung tidak layak bergelar pemimpin, kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengekang penguasaan UMNO walaupun ketika mereka mempunyai kuasa untuk berbuat apa sahaja.

Mereka boleh memecat sesiapa sahaja yang menjadi duri dalam daging dalam pentadbiran mereka. Kuat sangatkah UMNO? Jika tidak mampu berbuat apa-apa, lebih baik pemimpin pakatan pembangkang menjadi penulis blog sahaja.

Lalu, apa lagi kata Raja Petra?

"Inilah taktik mereka bagi menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor - dengan mewujudkan ketidakpuasan hati dengan melakukan banyak perkara yang 'tidak popular', semata-mata kerana ingin menyusahkan rakyat. Akibatnya, para pengundi naik muak dengan pembangkang dan akhirnya, mereka menolak pembangkang. Inilah yang berlaku di Terengganu pada tahun 2004. Pembangkang hanya dapat menguasai kerajaan Terengganu selama lima tahun.

Saya sudah mengingatkan Ronnie Liu tentang hal ini. Sebenarnya, portfolio EXCO Ronnie Liu adalah portfolio yang paling sukar dan paling menimbulkan kontroversi. Ini kerana ia melibatkan majlis tempatan dan sebagainya. Nah, inilah lubuk pelbagai masalah.

Kalau mereka hendak mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat, mereka hanya perlu mengabaikan pembaikian jalan ataupun sengaja tidak mengutip sampah ataupun tidak menukar lampu jalan yang sudah terbakar ataupun tidak membaiki paip-paip air yang pecah. Buatlah yang ini saja pun dah cukup. Dah tentu rakyat naik bosan. Tak perlu buat perkara besar, pun. Cukupah sekadar mensabotaj benda-benda yang remeh, dan rakyat akan menendang kerajaan negeri ke tepi jalan. Itulah… apabila hanya ‘kepala’ yang dapat dikawal, bukannya susah sangat nak sabotaj kerajaan negeri Pakatan Rakyat."

Itu tektik basi Anwar. Mereka cerita untuk menutup kelemahan diri yang gagal untuk mentadbir.

Akhir sekali, inilah nasihat Raja Petra kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang, agar pisang tidak berbuah dua kali. Agar kejadian yang berlaku di Perak tidak akan berlaku lagi di Selangor.

"Pakatan Rakyat, berhati-hatilah. Kerajaan Selangor mungkin takkan bertahan lama. UMNO telah menetapkan Januari 2010 sebagai bulan di mana Selangor kembali menjadi miliknya. Kini, mereka sedang melakukan banyak perkara secara serentak bagi memastikan mereka berjaya. Ya, ketika kami mengingatkan kamu tentang Perak, kamu ketawa terkekeh-kekeh. Sekarang, kami ingin mengingatkan kamu tentang situasi di Selangor. Masih ingin ketawa? Kalau kamu kehilangan Selangor, saya akan kerjakan kamu cukup-cukup. Ingat, ini bukan ancaman kosong.k bagi memastikan mereka berjaya."

AM rasa kali ini, Pakatan Pembangkang bukan saja wajib percaya kepada nasihat Raja Petra, malah mereka mempunyai masa yang cukup lama (bukan dua minggu) untuk berbuat sesuatu.

Jika mereka tidak percaya, maka mereka boleh judikan nasib mereka sehingga tahun 2010 (sebulan lebih je lagi) dan jika perkara yang ditelek oleh Raja Petra tidak berlaku, maka satu-satunya yang mereka boleh lakukan ialah, jangan mempercayai langsung orang bernama Raja Petra.

Jika ramalan Raja Petra betul, maka memang benarlah UMNO adalah parti yang terlalu kuat untuk dikalahkan. Selepas ini tak perlulah mereka beria untuk merampas kerajaan pusat. Takut nanti tak sampai sebulan keajaan pusat kembali jatuh ke tangan UMNO/BN.

Wednesday, November 4, 2009

Keluhan Hati Rakyat Marhaen.


Di bawah ini AM copy, tulisan dari blog Pro Anwar Ibrahim yang merasakan sokongan mereka selama ini terhadap perjuangan reformasi seperti tidak dihargai. AM terpaksa delete nama penulisnya kerana AM tidak mintak izin darinya untuk copy n paste tulisannya. Sama-sama lah baca dan fahami rintihannya. Mungkin ramai lagi refomis diluar sana yang merasai apa yang penulis ini rasai. (AM cuma tukar nama dia menjadi 'XXX'. Dari segi ejaan dan penggunaan huruf besar dan kecil itu adalah tulisan asal sipenulis.)

"Di era Reformasi sehingga ke pembebasan DSAI boleh di katakan banyak pemimpin sudah tentu kenal XXX ( bukan nak megah tetapi kenyataan ) XXX yang menjaga makan minum di rumah DSAI setiap hari khamis malam jumaat selama hampir 5 tahun. XXX yang menjadi pengiring setiausaha agong pertama en anuar tahir , XXX yang menjadi pengiring ketua penerangan keadilan pertama en roslan kassim , bohonglah kalau orang reformasi , orang keadilan dari mula tak kenal XXX. BULLSHIT.

Tetapi itu semua waktu DSAI tak ada di luar, tapi itu semua waktu mereka tiada jawatan adun atau ahli parlimen sekadar jawatan dalam parti yang mula-mula tidak di minati oleh sesiapa pun. parti yang di himpit berbagai masaalah dek perbuatan UMNO Celaka dan pemimpinya.

tetapi sekarang mereka sudah ada jawatan adun , ahli parlimen , exco kerajaan negeri . peduli apa dengan orang reformasi , peduli apa orang bawahan , peduli apa rakyat marhaen , peduli apa XXX. biasalah kan sekarang tak memerlukan lagi apa-apa termasuk DSAI sendiri. pemimpin lebih suka menjaga orang yang di
sekeliling , orang yg mengipas ponggong , orang yang pandai membodek macam BADRUL sial itu.

Tapi contoh sekarang ten chua kena ,dah berjalan surat-surat minta tandatangan dan sokongan untuk tien chua. kenapa cari orang bawah , kenapa cari orang reformasi , kenapa cari penyokong dulu. dah susah cari orang bawahan."

AM nasihatkan penyokong remofmasi yang lain cepat-cepatlah sedar. Cepat-cepatlah jaga dari mimpi. Tidak ada apa yang boleh diharapkan dari pempimpin-pemimpin tertinggi PKR yang sedang bertarung dengan masalah dalaman mreka. Rakyat marhean hanya dipergunakan oleh pemimpin yang gila kuasa. Rakyat marhaen hanya titi untuk pemimpin mereka melintas onak dan duri.

Tak nak sedara-sedar lagi?

Apa Ada Dalam Hati Anwar dan Wan Azizah?




Sekadar imaginasi... :)

Taubat Sekejap Je?

Posting ini tidak ada kena mengena dengan politik, tetapi mungkin berguna kepada semua orang termasuk ahli politik.

Ini kisah artis yang berubah 360 darjah setelah pulang dari mengerjakan haji/umrah.

Dulu ada seorang artis tu bukan main lagi bertudung labuh setelah berkahwin dengan 'ustaz' yang asalnya juga adalah seorang artis. Seperti biasa, sejuk mata memandang. Tidak kurang juga yang mengucap syukur kerana bukan dia sahaja, tetapi ibunya (juga seorang artis) juga kelihatan berubah dengan memakai tuduhg labuh.

Tetapi tidak lama selepas itu (selepas bercerai) dia bukan sahaja membuka semula tudungnya, malah membiarkan ibunya tinggal bersendirian sehingga dia (ibunya)menemui ajal. Tanpa pembelaan dari anak-anak. Sehinggakan peralatan rumah dan bayar sewa rumah dibiayai oleh rakan-rakan artis yang lain. Lebih menyedihkan, setelah dia bercerai dengan suami, ibunya juga turut membuka tuduhg labuh dan hanya memakai anak tudung.

Kemudian timbul pula cerita seorang artis/pengacara yang baru pulang dari mengerjakan umrah. Katanya dia menangis depan kaabah, memohon keampunan atas segala dosa-dosanya selama ini. Sebelum ini dia memamg terkenal dengan mulut leser. Kalau mengutuk orang memang tahap maksimum. Setelah pulang dari mekah, dia kata ingin meninggalkan dunia artis. Cuma bersedia untuk berkerja di sebalik tabir. Tetapi tak berapa bulan selepas itu, dia kembali ligat seperti mula-mula sebelum pergi mekah. Ceritanya macam sama dengan seorang artis Singapura yang seorang tu. Selepas pulang dari Mekah dia kata nak berhenti menyanyi, tetapi rasanya tak sampai setahun dia dah menyanyi semula atas pentas. Cuma alhamdulillah, dia berpakaian sopan ketika menyanyi.

Sekarang ini ada lagi seorang. Baru pulang dari umrah dan bila kena interview, sama seperti artis yang tiga orang tadi, menangis sehingga keluar air mata dan air hidung. Sedih. Katanya dia nak berubah. Nak tinggalkan dunia glamour yang dia harungi selama ini.

Hari ini dikhabarkan dia akan membuat buku 'Selamat Tinggal Dunia Nyah'. Dia memang lembut, tetapi tak tahulah samada dia nyah atau tidak, sehinggalah bila dia nak buat buku dengan tajuk itu, orang tahulah memang dia nyah.

Persoalannya berapa lamakah taubatnya itu? Takut nanti buku belum sempat dijual. Air zam-zam yang dibawa dari mekahpun belum lagi habis diminum, dia dah jadi seperti asal.

Itulah akibat jika taubat dibuat permainan. Agama seperti datang dan pergi. Hari ini bertaubat, esok sambung buat. Berapa ramai sebenarnya antara kita yang berperangai seperti artis-artis berkenaan?

Tuesday, November 3, 2009

Banyak Betul Silap Mata Di Selangor...


Berita terbaru, Datuk Seri Chua Soi Lek telah mendapat kembali jawatannya sebagai Timbalan Presiden MCA setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan MCA untuk berbuat demikian.

Bagaimana nasib Tiong Lai yang baru dilantik ke jawatan tersebut beberapa minggu yang lepas. Adakah bermaksud MCA kini mempunyai dua orang timbalan presiden?

Hendak dijadikan cerita, Tiong Lai yang baru dilantik sebagai Timbalan Presiden, turut sama mendesak Ong Tee Kiat agar menghormati keputusan EGM MCA yang lepas (bermaksud suruh Tee Kiat letak jawatan la tu).

Pusing sana pusing sini, nampaknya Tee Kiat tak selamat juga. Kini seteru utamanya yang dia hendak sangat dilupuskan, rupa-rupanya kebali berkuasa.

Itu cerita MCA.


Di Selangor lagi hebat silap matanya. Dr Asri (walau apa juga tuduhannya) telah ditahan oleh pihak berkuasa JAIS, semasa 'mengajar agama' disebuah rumah banglow di Hulu Kelang.

Maka berebut-rebutlah umat membuat kenyataan, mengatakan kalau nak kira tak ada tauliah, ibubapa yang mendidik anak-anak juga tak ada tauliah. Mereka lupa, bahawa akad nikah antara sibapa dan ibu, adalah merupakan watikah, tauliah untuk mendidik anak-anak.

Tetapi bila di bawa ke mahkamah keesokan harinya, tiada pertuduhan dibacakan terhadap beliau. Katanya, baru nak disiasat. Harab pihak yang menyiasat, dapat siasat sama, siapa yang bagi tauliah kepada seorang exco Selangor beragama hindu berucap dalam masjid.


Nampaknya ketika seorang yang bergelar ulamak dan juga bekas mufti, dituduh mengajar agama tanpa tauliah, seorang exco hindu diberi peluang 'bersyarah' di masjid. Setahu AM, dimana-mana, orang bukan islam hanya dibenarkan masuk sekadar diluar kawasan dewan sembahyang. Tetapi yang ini, siap berucap dan para 'makmum' tunduk khusuk mendengar.

Silap mata ketiga, juga di Selangor.

Dua tiga hari lepas, semasa menonton laporan sidang parlimen, tetiba mata AM terpandang kepada seorang ahli Parlimen ini. Jarang benar nampak dia (mungkin kerana kita tak berpeluang menonton keseluruhan perbahasan dalam parlimen - tetapi biasanya jika orang itu selalu ambil bahagian berbahas, mesti orang boleh nampak wajah dia). Kalau tak salah soalan dia adalah kepada menteri pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri. AM dah lupa apa yang ditanyakan.

Rupa-rupanya kerana dia mula 'aktif' dalam parlimen, nasib dia menjadi buruk. Orang kata, kalau seseorang itu buat perkara pelik, yang tak pernah dilakukan sebelum ini, dia mungkin 'buag tabiat'. Dia yang AM maksudkan ialah Datuk Abdul Rahman Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam. Hari ini dia didakwa menerima rasuah berjumlah lebih RM80,000 semasa menjadi ADUN (zaman pemerintahan BN).

Sekarang ini orang yang suka makan 'ikan besar', sepatutnya merasa puas kerana banyak ikan besar dah kena tangkap. Dulu orang tuduh kerajaan buat pendakwaan terpilih. Hanya ikan bilis yang kena, tetapi sekarang terbukti, Ahli Parlimen BN juga tidak akan terlepas bebas. Hari ini sahaja enam orang (dari BN dan PR) dihadapkan ke mahkamah atas berbagai kesalahan.

Sabotaj Atau Memang Itu Kenyataannya?

Kisah Dr Asri lagi.

Macam-macam tanggapan dibuat atas penahanan bekas mufti Perlis itu. Bagi AM, sebenarnya ini memberi maksud pegawai-pegawai kerajaan (tak kiralah pegawai dibawah kerajaan BN atau kerajaan yang diperintak PKR) masih keliru dengan tugas dan amanah diberikan. Macam orang mengigau, tidak tahu apa yang dicakap dan dilakukanmya sendiri.

Apapun AM tertarik dengan fahaman orang politik, terutamanya pempimpin muda PAS Al Tantawi, Nasarudin Hassan yang AM petik dari Paradigma.com

[Nasrudin juga hairan dengan penahanan malam tadi kerana selepas Kerajaan Selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat, kebebasan para penceramah dan pendakwah agama sudah banyak berubah berbanding sebelum Mac 2008.

Bahkan, katanya, beliau sendiri pernah dihubungi JAIS yang telah menjemput beliau agar menghadiri sesi temu duga bagi mendapatkan tauliah.

Oleh itu, Nasrudin nyata tidak dapat menyembunyikan kebimbangan betapa kemungkinan wujud tindakan sabotaj dari unsur-unsur sekitar JAIS terhadap kerajaan negeri dan Exco Agama negeri]

AM tak mahu ulas tentang tanggapan 'sabotaj' itu, sebaliknya AM tertarik untuk memperkatakan tentang "kebebasan penceramah dan pendakwah agama sudah banyak berubah berbanding sebelum Mac 2008"

Sekarang baru tahu kan? Kalau dulu masa BN yang perintah, mereka berceramah siang dan malam, tanpa mengira hujang dan taufan, ceramah tetap ceramah. Lawan tetap lawan.

Setelah diberi kuasa oleh rakyat, mereka masih mengigau. Mereka tak tahu yang mereka adalah pemerintah dan bukannya pembangkang lagi. Malangnya tindakan mereka dan mentaliti mereka masih seperti sebuah parti pembangkang. Mereka teruskan berceramah dan berpolitik. Siang dan malam.

Kalau dulu jika tidak diberi permit oleh pihak polis, mereka tuduh polis anjing kerajaan. Malah banyak ceramah yang mereka adakan tanpa mendapat permit. Polis hanya tutup mata, asalkan tidak berlaku kekecohan tak mengapalah.

Sekarang kata Al Tantawi, kebebasan pendakwah dan penceramah malah semakin sukar dibawah kerajaan mereka, sedangkan sepatutnya mereka boleh menjadi 'raja segala raja'. Kalau dah orang JAIS pun orang meraka, mana mungkin ada sabotaj? Lainlah jika sabotaj dari kalangan mereka sendiri.

Monday, November 2, 2009

Dr Asri Yang Glamour...


Semua orang tahu, bekas mufti Perlis itu sering menjadi bahan berita, kerana selalu menegur parti-parti politik, tidak kira UMNO mahupun PAS. Sampai sekarang pun belau banyak menulis di akhbar kedua-dua parti politik tersebut.

Dari pihak UMNO, ada yang berkata Dr Asri lebih cenderung kepada PAS, manakala di pihak PAS pula, mereka kata Dr Asri pro UMNO.

Pada pilihanraya yang lalu, kedua-dua parti orang melayu ini ada mempelawa Dr Asri untuk menjadi calon mereka.

Baru-baru ini Datuk Haron Taib, memberitahu dia ada bertandang ke rumah Dr Asri dan antara tujuannya ialah mempelawa Dr Asri untuk menyertai PAS.

Semalam juga Persatuan Peguam Syarie Malaysia mengakui apa yang diperkatakan oleh Dr Asri bahawa NGO itu telah menghantar memorandum kepada Agong kerana membantah perlantikan (yang belum lagi dibuat) Dr Asri sebagai YDP Yayasan Dakwah Islamaiah Malaysia (YADIM), oleh kerajaan Malaysia.

Lewat malam tadi 1hb Nov, tiba-tiba beliau ditahan atas tuduhan mengajar agama tanpa 'tauliah' (?) disebuah banglow di Hulu Kelang.

Pagi ini beliau dihadapkan dimahkamah, tetapi berita terkini yang AM dengar, pertuduhan tersebut ditangguhkan.

Menteri di Jabatan Perdanan Menteri, Beg Jen Datuk Jamil Khair Baharom dalam kenyataannya berharap, Kerajaan Selangor menyiasat perkara ini, kerana JAIS adalah di bawah bidang kuasa keranaan negeri. Beliau juga merasa pelik kerana jika ada pertuduhan, kenapa tuduhan tersebut ditangguhkan.

AM nak tambah, kalau tak ada kes, kenapa dia ditahan?

Kita sama-sama tunggu apa pula komen Hassan Ali, exco yang bertanggung jawab dalam hal ehwal agama islam negeri Selangor.

Yang pasti sehari dua ini cerita Dr Asri akan tetap menjadi cerita sensasi. Mengalahkan artis pulak Dr Asri ni kan..:)

Sunday, November 1, 2009

Sejauh Manakah Perpaduan Itu Penting?

Ramai antara kita rasanya tidak benar-benar faham tentang maksud dan cara kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Hadi Awang itu hendak dilaksanakan. Ada yang beranggapan bahawa cadangan itu bermaksud, UMNO dan PAS akan bergabung untuk membentuk kerajaan campuran. Tidak kurang juga yang mentafsirkannya seperti PAS akan menyertai BN, PAS dibubar dan ahlinya menyertai UMNO dan berbagi-bagai lagi tafsiran. Lebih menarik lagi, ada antara penyokong kedua parti yang mula saling menuduh, siap dulu yang mencetuskan isu kerjaan perpaduan ini.

Sebenarnya jika diteliti secara halus, perpaduan antara kerajaan dan pembangkang telah wujud sejak sekian lama, tetapi dalam peratusan yang sangat kecil dan dilaksanakan secara bersendirian dan bukannya melibatkan parti.

Dulu-dulu kita sering melihat Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP (sekarang Presiden) hadir ke rumah terbuka Hari Raya Pedana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Muhammad. Itu adalah salah satu perpaduan yang ditunjukkan oleh pemimpin politik tersebut. Secara tidak langsung rakyat bawahan akan turut bersikap rasional. Tun Mahathir sendiri, pada satu ketika pernah mengarahkan halikopter tentera digunakan untuk membawa jenazah Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor yang meninggal di HUKM, Kuala Lumpur untuk di bawak ke kampungnya di Kedah. Adakah Tun Mahathir mendapat apa-apa kredit politik kerana tindakannya itu? Tidak. Tetapi itulah contoh bahawa bukan setiap masa pertimbangan politik harus digunakan. Bukan sepanjang masa kita perlu berpolitik.

Di Parlimen misalnya, jika ada usul-usul melibatkan kemanusiaan sejagat, seperti mengutuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Bosnia oleh tentera Serbia, seluruh MP termasuk dari pembangkang turut sama memberi sokongan. Itu juga adalah contoh perpaduan.

Tetapi sejak kebelakangan ini, rakyat telah diajar untuk bermusuhan dan membenci orang-orang yang tidak 'satu bendera' dengan mereka. Rakyat telah ditanam dengan sikap marah dan benci yang membuak-buak terhadap kerajaan. Setiap tindakan kerajaan akan dichop sebagai salah. Kerajaan yang telah wujud sejak 52 ini dituduh tidak efesyen, rasuah, tidak islamik dan sebagainya. Bila sikap benci yang meluap-luap telah tertanam dalam sanubari rakyat, maka mudahlah golongan berkenaan mengejar cita-cita politiknya.

Sebab itu bila Hadi Awang mengusulkan cadangan kerajaan perpaduan, golongan yang merasakan cara ini akan merugikan pembangkang, bilamana rakyat telah kembali berfikir secara rasional, maka cepat-cepat bertindak agar cadangan Haji Hadi itu janagan sampai jadi kenyataan. Jika ianya dilaksanakan, pembangkang akan kelihatan seperti kembali lemah. Sebab itu ada yang menentang dan tidak kurang pula yang berbelah bagi.

Sebenarnya, pembangkang yang kuat memang diperlukan dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia. Peranan pembangkang ialah untuk mengimbangi kerajaan, agar tidak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan kuasa yang akan merugikan rakyat. Dalam masa yang sama, sesuatu perkara atau dasar yang boleh memberi kebaikan kepada rakyat seharusnya disokong juga oleh pembangkang. Kerana itulah nawaitu sebenar untuk menjadi ahli politik dan pemimpin. Untuk membantu rakyat dan memastikan rakyat dapat hidup makmur dan harmoni. Adakah pemimpin politik yang mempunyai niat lain selain untuk membantu rakyat? Jika ada, mari kita sama-sama nyahkan mereka dari pentas politik.

AM ingin mengaitkan cerita ini dengan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang, iaitu saranan untuk mewujudkan sekolah satu aliran. Walaupun sebelum ini ramai pemimpin politik telah menyuarakan desakan, tetapi yang terbaru saranan itu telah diutarakan oleh Prof Khoo Kay Kim (sorry kalau salah eja nama dia). Dia seorang yang berbangsa cina, yang ingin melihat perpaduan antara kaum dipupuk seawal sekolah rendah lagi. Malah rasanya ramai orang-orang cina dan india, terutamanya golongan vateran, merasa amat perlu untuk kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran, jika benar-benar ingin mewujudkan perpaduan kaum. Perlu diingat, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang masih mengekalkan sekolah mengikut bahasa ibunda. Nasib baik kita hanya mempunyai tiga bangsa utama. Bayangkan jika Malaysia mempunyai rakyat Arab, Pakistan, Pertugis dan lain-lain yang hampir sama ramai. Berapa banyak sekolah jenis kebangsaan yang harus didirikan?

Prof Khoo pastinya tidak memandang isu ini dari sudut politik, semasa menyuarakan pendapatnya. Malangnya ramai antara pemimpin kaum, terutamanya yang berbangsa India dan Cina, menganggapnya sebagai satu usaha untuk menghapuskan bahasa ibunda kaum mereka. Mereka pastinya, memandang isu ini dari sudut politik sempit masing-masing.

Hendak tidak handak, kerajaan terpaksa berhadapan dengan cemuhan dan tuduhan seolah-olahnya takut dengan tekanan kaum Cina dan India hanya kerana inginkan sokongan politik dari kaum-kaum berkenaan. Hakikatnya, seperti kata Datuk Seri Najib, apa guna dilaksanakan sekolah satu aliran, jika perpaduan yang dicari, tetapi persengkitaan yang kita dapat. AM bersetuju, kerana "perkara yang baik hendaklah dilakukan dengan cara yang betul"

Berbalik kepada perpaduan yang disarankan oleh Hadi Awang itu, AM berpendapat dalam situasi seperti inilah sepatutnya PAS memberikan sokongan. Malah jika dibentangkan di Parlimenpun, jika ahli Parlimen PAS menyokong, ditambah dengan ahli Parlimen UMNO, pasti jumlah akan lebih ramai dari yang menentang, kerana kita tahu, ramai dari MP dari parti-parti komponen BN selain MCA, MIC dan Gerakan, pasti juga akan memberi sokongan. Sekurang-kurangnya rakyat boleh tahu sejauh mana PAS memang sebuah parti politik yang lebih mementingkan kebajikan rakyat dari kepentingan peribadi.

Selagi pempimpin-pemimpin politik terus memandang sesuatu isu dari sudut politik yang sempit, maka selagi itulah rakyat akan terus menjadi mangsa. Tidak perlulah lagi sebut pasal perpaduan dan lupakanlah hajat untuk membela rakyat.

SAHABAT-SAHABAT AM