Thursday, November 19, 2009

Masalah MCA Memberi Bebanan Kepada UMNO

Timbalan Perdana Menteri memberitahu bahawa UMNO terpaksa mengambil alih peranan MCA untuk membantu masyarakat cina, jika MCA terus bergolak. Bermaksud UMNO bukan sahaja terpaksa bekerja keras untuk memenangi hati orang melayu, kini bertambah lagi beban untuk menarik masyarakat cina untuk terus menyokong BN (UMNO?)

Nampaknya, ketika MCA sering menolak campur tangan pihak lain untuk menolong menyelesaikan masalah dalaman mereka, rupa-rupanya mereka meninggalkan beban masalah itu, untuk dipikul oleh 'pihak lain'.

Agak lucu, bila dalam keadaan parti yang tidak setabil dan menghadapi gelora, Datuk Seri Ong Tee Kiat masih lagi 'berkokok' untuk terus menggunakan kuasa yang ada pada presiden untuk memecat orang yang dia tidak suka.

Tee Kiat telah menggunakan kuasanya sebagai Presiden mengikut Artikel 46 perlembagaan parti untuk melucutkan sembilan ahli CC daripada Majlis Presiden, termasuk Ketua Pemuda MCA Pusat dan Ketua Wanita MCA Pusat.

AM tak pasti samada MCA berlainan dengan UMNO atau PAS atau PKR yang memerlukan sokongan golongan muda dan wanita masing-masing untuk terus kuat. Dengan pemecatan ketua pemuda dan ketua wanita dari CC, bermaksud MCA akan menghadapi laluan berikutnya tanpa sokongan pemuda dan wanita mereka (sekurang-kurangnya sehingga masalah ini selesai).

Sejauh mana MCA akan terus dapat menjadi parti terbesar masyarakat cina, bergantung sepenuhnya bagaimana MCA menangani masalah dalaman mereka. Tanpa ada masalahpun, MCA sebenarnya hanya didominasi oleh golongan petengahan umur dan vateran. Anak-anak muda cina sudah mula cenderung kepada DAP dan PKR.

Masalah dalam MCA yang sebenar, adalah Ong Tee Kiat sendiri. Bukan ketua pemudanya atau ketua wanitanya. Jalan penyelesaian yang paling baik ialah dengan Ong Tee Kiat meletak jawatan sebagai Presiden dan membiarkan pemilihan parti yang baru diadakan.

Janganlah kerana hendak meneruskan cengkamannya dalam MCA, Ong Tee Kiat memancung seorang demi seorang pihak yang tidak bersetuju dengannya yang akhirnya menghancurkan terus parti MCA.

6 comments:

zhafrie said...

some people say, mca is relevant no more..another "makkal sakthi" maybe? huhu

AnakMerdeka said...

Dulu parti Gerakan asalnya sebuah parti pembangkang yang menyertai BN selepas berjaya merampas Pulau Pinang.

Jangan lepas ini DAP pulak sertai BN sudahlah..:)

Oh tidakkk....

warisan ksl said...

Aku nak cerita pada tahun 1998 lepas aku balik demontrasi r"reformasi".datuk aku umurnya ketika itu 80 tahun tegur aku.Dia cakap korang orang muda tak pernah rasa kesusahan seperti yang kami rasa sebelum merdeka dulu.Aku terkedu apabila datuk aku bercakap sedemikian.Maka beliau menunjukkan kepada aku peha beliau dimana sebelah kiri parut kesan ditikam benet jepun dan di sebelah peha kanan pula dia menunjukkan parut kesan tembakan yang ditembak oleh komunis.
Mulai hari itu pandangan aku terhadap politik mula berubah.Aku menyertai UMNO tujuannya adalah UNTUK MENGETAHUI benarkah Parti yang aku kutuk dan benci ini benar-benar begitu atau sebaliknya.Maka aku dapat membuat kesimpulan:
1.bukan semua orang UMNO itu rasuah dan jahat.UMNO itu tidak bersalah yang bersalah adalah segelintir pemimpin dan ahlinya sahaja.Masih ramai ahlinya yang mahukan pembaharuan keatas UMNO.
2.Dasar kerajaan selama ini adalah baik cuma dari segi pelaksanaannya ada kekurangan.Kerana yang melaksanakan dasr-dasar dan seterusnya membuat keputusan atas dasar adalah Penjawat-penjawat Awam seperti KSU,Ketua Pengarah dan semua golongan dari bawah hingga keatas.Kita sedia maklum semua penjawat awam ini bukan semua menyokong kerajaan.Tapi yang sama diantara mereka ini adalah sikap orang melayu iaitu sentiasa memandang enteng dan sentiasa memyalahkan orang lain dan tidak mahu bertaggungjawab atas tugas dan amanah yang diberikan.Kita boleh lihat ada dikalangan pemimpin-pemimpin pembangkang dahulunya adalah daripada penjawat awam.Kebanyak dariMereka ni dahulunya bukannya dari golongan keluaga kaya.Mana datangnya kekayaan mereka...tidak mahu menuduh tapi kalau difikirkan kalau setakat gaji penjawat awam kekayaan tidak akan begitu.
2.Kerajaan banyak bAgi peluang kepada orang melayu cuma apabila kerajaan:
a.bagi tanah jual kat orang lain
b.bagi projek alibabakan kat bangsa asing
c.bagi pinjaman perniagaan seperti mara,tekun dan sebagainya tak bayar.
d.bagi peluang berkerja di sektor awam sesetengah tu makan rasuah,kerja malas dan tak efisien.
Jadi siapa yang hendak dipersalahkan......
Kepada Anonymous atau Al Fakir janganlah kita terlalu emosi dalam membincangkan satu isu.Kita cuba mencari kata penyelesaian.Pandangan saudara tu betul tapi janganlah sampai "marahkan nyamuk kelambu dibakar".Isu-isu yang saudara sebutkan itu saya pernah satu ketika mempersoalkan tapi akhirnya aku dapat merumuskan:
1.Isu setinggan bukit botak selayang.
-DAH TAHU DUDUK DISITU SEKIAN LAMA KENAPA TAK MOHON TANAH TOL kat pejabat tanah gombak.Kampung-kampung bersebelahan seperti Kg Laksamana,Kg Nakhoda,Kg Sg Kertas.kG Bendahara semuanya dapat geran.
kerajaan bagai juga pampasan dan rumah PPR.
2.Isu PKFZ kita bagi peluang SPRM menyiasat Chan koy Choi dan Datin Pang dan yang lain-lain.Keputusan mahkamah belum lagi kita dah buat keputusan mendahului mahkamah.
Satu lagi perkara kalau kerajaan dan pembangkang 2x5 dan 5x2 aje rasuah habis sapa yang layak memerintah DAP KE...?
Sesungguhnya KAMI DIWARISAN KSL tidak berseorang masih ramai didalam parti yang berjuang untuk membetulkan mana yang bengkok.Masuk dan baca blog kami immsa.blogspot.com.Kami jadikan Blog Anak Merdeka sebagai panduan dan penanda aras dalam membincangkan sesuatu isu.
Bayangkan kalau semua yang mempunyai kesedaran seperti AM,Al Fakir dan ramai lagi berjuang dalam UMNO maka,golongan seperti kita akan jadi majoriti dan akhirnya kita dapat menghalau semua pemimpin-pemimpin yang tidak betul.Bayangkanlah...
Jadi bagi aku kenanglah pepatah yang aku cipta ini:

Sejarah harus dikenang,
Warisan harus dikekalkan,
pepecahan harus dielakkan,
pencapaian harus ditingkatkan,
Sikap harus diubah,
barulah tamaddun Melayu akan dapat dikembangkan.

Sekian,Wassalam

AnakMerdeka said...

warisan ksl, AM mengalami apa yang warisan ksl alami. Pengalaman demostrasi dan kesedaran selepas dari itu.

shamshul anuar said...

Saudara warisan ksl,

Saya setuju benar dengan ulasan saudara. Ramai orang Melayu menghadapi penyakit kronik yang saya rasa pelik iaitu suka melecehkan bangsa sendiri.

Cara orang melayu mencela UMNO menyebabkan saya tertanya-tanya. Teruk sangatkah UMNO? Teruk sangatkan satu parti yang amat berjasa pada orang Melayu.

Kerana kuasa politik uMNOlah yang buat ramai anak Melayu dapat belajar di USA, Eropah, Jepun, australia. Bapa mertua saya adalah bekas pelombonh bijih di Puchong satu ketika dulu. Tanpa biasiswa kerajaan, tak mungkin isteri saya dapat belajar di Canada.

Ayah saya sendiri adalah seorang kerani di Jabatan ukur. Saya tahu tak mungkin dia dapat biayai pengajian saya di USA.

Orang Melayu suka cakap ikut perasaan. UMNO dituduh rasis. Betulkah. Kalau UMNO rasis, mana mungkin MCA menang 15 kawasan Parlimen dalam 2008. Kerana hampir semua kawasan yang dimenangi adalah majoriti Melayu.

Tiada negara didunia yang beri kerakyatan lebih 1 juta dalam sehari( August 31 1957)melainkan Malaysia. Ini satu rekod dunia.

Tiada negara yang sanggup benarkan orang bukan bumiputera dirikan sekolah berasingan kecuali Malaysia. Tiada bangsa yang sanggup beri kawasan Melayu kepada wakil bukan Melayu.

Jika UMNO rasis, pada 1957 UMNO boleh istihar pada dunia yang negeri ini Negeri Melayu. UMNO boleh buat begitu kerana pada 1957hampir 70% kawasan Parlimen dipegang oleh UMNO.

Kerana kasih dan sayang pada bangsa, anak Melayu dihantar keluar negeri. Berani saya cakap, tanpa UMNO, tak adalah jurutera atau doktor dari bangsa Melayu.

Ya. UMNO pun ada salah. Memanglah. Nama pun manusia. Namun jasanya terlalu banyak.

UMNO tak perkauman. Memang tugasnya jaga orang Melayu. takkan nak harap DAP yang misi utamanya hanya menjahanamkan UMNO.

Ramai Melayu terlupa bahawa cita-cita DAP yang hakiki untuk menguasai politik untuk sekian lama terhalang HANYA kerana ada satu parti yang menjaga Melayu iaitu UMNO.

Budak Melayu yang baru keluar universiti bukan tak bijak. Mereka hanya mentah dalam percaturn kehidupan kerana mereka masih muda. Mereka tidak berpengalaman.

Jadi bila ada munafik atau fasik yang menuduh UMNO perkauman, mereka mudah terpercaya. Mereka bukan bodoh. Hanya tiada pengalaman kehidupan.

Orang yang lebih berumur akan cepat membaca bahawa mulut manis kadang-kadang membawa racun. Pengalaman dapat membezakan.

Saya melawat Melaka bulan Julai lepas. Sempat saya melihat sebuah muzium Samudera( berbentuk kapal perang portugis).

Ianya dirasmikan oleh PM ketika itu, Tun Dr Mahathir. Ada satu ayat yang amat bermakna untuk orang Melayu. "Bila hilang kuasa politik, maka hilanglah segalanya".

Fikirlah. Insaflah . Sedarlah wahai Melayu ketika kuasa masih berada ditangan. Apalah gunanya menyesal bila kuasa sudah hilang. Apalah gunanya berfikir ketika Yang DiPertuan Agung terpaksa melantik PM dari kalangan orang yang tidak menerima Allah swt sebagai Tuhan yang esa.

Sedarlah wahai Melayu

AnakMerdeka said...

Mudah-mudahan ramai yang membaca tulisan Shamsul..

SAHABAT-SAHABAT AM