Tuesday, November 17, 2009

Pilihanraya Dan Integreti Wakil Rakyat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan agar pilihanraya kecil diadakan di DUN Kota Seputeh, setelah sebelum itu membuat keputusan bahawa kerusi DUN itu telah kosong.

Pada peringkat ini, nampaknya parti pembangkang telah menang 1-0 ke atas BN/UMNO. Kerana itu yang mereka suka. Pilihanraya kecil.

Dalam sehari dua ini, SPR pastinya akan membuat rayuan, kerana ada klausa di bawah perlembagaan negeri mengatakan 'ketidak hadiran sebanyak dua kali berturut-turut', dalam persidangan DUN, boleh menyebabkan ahli kehilangan kerusi. Sebaliknya dikatakan, Datuk Abu Hassan Sarif tidak hadir dua kali tetapi bukan berturutan. Bila melihat dari sudut ini, kemungkinan SPR akan memenangi rayuan tersebut.

Apapun, itu adalah proses perundangan. Semua pihak harus menerima apa juga keputusan.

Tetapi selepas dari ini, UMNO seharusnya membuat, penilaian bukan sahaja rekod jenayah dan yang berkaitan, sebaliknya kena juga buat penilaian tentang rekod integreti individu yang akan dicalonkan untuk menjadi bakal yang berhormat.

Kita tahu ramai ADUN tidak mempunyai pendidikan tinggi, tetapi janganlah perangai masa di sekolah yang suka ponteng kelas (mungkin) dibawa hingga setelah bergelar YB. Ada juga yang berpendidikan tinggi, tetapi kerana terlalu syok melihat pesta pilihanraya, sanggup meletakkan jawatan agar pilihanraya kecil dapat diadakan semula.

Datuk Abu Hassan Sarif mungkin tidak berasa terlalu bersalah, kerana ramai lagi wakil rakyat (termasuk dari pembangkang) yang mungkin lebih teruk dari beliau. Cuma beliau tidak bernasib baik kerana berada di negeri Kedah. Sendiri faham sudah.

SPR tentunya tidak sedikitpun mempunyai masalah untuk mengadakan pilihanraya demi pilihanraya. Tetapi kita kena ingat, pilihanraya kecil bukan sahaja menyusahkan rakyat, yang terpaksa sekali lagi beratur panjang (tidak termasuk yang terpaksa mengambil cuti) semata-mata untuk mengundi orang yang akhirnya tidak boleh menjadi wakil untuk mereka.

Pilihanraya kecil juga menggunakan perbelanjaan yang tinggi. Duit kerajaan adalah duit rakyat. Janganlah kerana sikap segelintir wakil rakyat, pilihanraya terpaksa diadakan sekali lagi, dan lagi dan lagi.

Selepas ini Datuk Abu Hassan Sarif mungkin berfikir, kerana kurangnya integreti dalam dirinya, semua orang dapat susah.

6 comments:

warisan ksl said...

PAKATAN PEMBANGKANG KALAU BERHUJAH TERUTAMANYA KALAU DSAI MACAM MALAIKAT.DIA AJE YANG BETUL ORANG LAIN SEMUA SALAH.DIA CAKAP UMNO PARTI RASUAH.TAPI BILA AKU TENGOK DAN KAJI; IANYA CAKAP-CAKAP POLITIK AJE.AGAKNYA DIA NI TAK SABAR-SABAR NAK JADI PM.CUBA KORANG TENGOK PEPATAH NI:

Kalau UMNO depa panggil Rasuah,
Kalau PAS depa panggil sedekah,
Kalau DAP depa panggil hadiah,
Lebih teruk kalau PKR depa panggil ini semua konspirasi peringkat tertinggi.....!!!
Kalau aku aku panggil depa ini semuanya gila kuasa.....

Jadi kesimpulannya:
Paku Dulang
Paku Serpih
Kata Orang
Dia yang lebih


KALAU KITA MELIHAT DARI SEJARAH PILIHANRAYA SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE 12 TERDAPAT BANYAK PILIHANRAYA KECIL BANYAK BERLAKU DARIPADA SEBELUM INI. DARI KISAH KERANA KEMATIAN,LETAK JAWATAN ATAU DIARAH LEPAS JAWATAN DAN YANG TERBARU DILUCUTKAN JAWATAN WAKIL RAKYAT.ADA PULAK DIGANTUNG DARIPADA MENGHADIRI SIDANG DUN.macam-macam hal.....

Aku nak pesan jangan undang Bala.....Negara dari aman,tiada bencana yang teruk-teruk melanda Malaysia selama ini dek kerana disebabkan masing berebut-rebut nak memerintah nanti Allah murka dan Allah akan turunkan bala kat kita semua.

Kepada Speaker Dun,wakil rakyat dan semua mereka-mereka yang terlibat fikir-fikirkanlah jangan asyik nak main politik dan memanipulasikan undang-undang.Ada perjuangan yang lebih besar seperti masalah sosial,pengangguran,kejatuhan ekonomi,kadar jenayah yang tinggi dan bermacam-macam lagi yang harus difikirkan.Tak guna juga" menang sorak bangsa dan agama tergadai."

Jangan anak,cucu-cicit kita kelak bila baca buku sejarah dia kata sebab kejatuhan bangsa melayu dan agama islam dan sebabnegara dijajah oleh orang asing mereka tengok adalah si polan bin si polan.Apabila ditanya siapa yang jual negara mereka jawab juga si polan bin si polan.
Maka renung-renungkan lah kata-kata aku ini.......

Anonymous said...

AM & warisan KSL,

1.Cuba siasat sama kes-kes lampau isu bukit cerakah (U10),Isu projek bukit Botak, isu PKFZ, isu-isu projek bermasalah lain.Tolong 'songket' tak kira siapa baik orang kerajaan,Orang politik UMNO atau pembangkang..sebab mereka ni semua sama je penyamun..tolong yaa..

2.Jangan lantang sebelah pihak je..bantai kaw-kaw sama tak kira sapa terutama penyamun dalam UMNO kerana mereka lah punca kepada kejelikan rakyat.Rakyat memang faham kerja pembangkang adalah membangkang..tapi jika tak ada pembangkang aku rasa lagi membesar penyangak dan penyamun dalam UMNO ni.yag kena 'spin' rakyat biasa yang tak faham apa-apa.

3.Kes-kes besar tu sebenarnya pasti ada pelbagai latarbelakang dan memang boleh dikelaskan sebagai OSA.Sebab apa OSA sebab politik.Jadi tolong sama-sama jangan aniaya rakyat sebab nak majukan negara kita..tu pasal tanah kat selangor selama BN memerintah habis diratah oleh keparat Cina dan kroni.

4.Dalam kes pemerintahan PKR ni, mungkin boleh jadi sama je 2x5 jika BN pun masih mimpi yang sama..terutama kalo ada orang yang mempunyai blog macam AM tapi masih takut lantang bersuara..Aku masih tunggu AM dan sahabat-sahabat lain terutama yang pejuang sejati UMNO/BN bagi mengembalikan kepercayaan rakyat pada parti tersebut dengan membela masalah rakyat,berjuang memperbaki maruah yang dicalar oleh segelintir puak-puak BN/UMNO yang keparat mengaut untung/laba dari perut bumi tanpa memikirkan masalah rakyat..ramai yang macam ni tapi puak-puak UMNO masih tutup mulut..

5.Mungkin boleh tanya YB King Sing (Apa projek besar yang dia buat sekarang?banyak ke sumbangan $$$ dia kepada parti BN/UMNO/MCA-silap-silap DAP pun dia sumbang kot).Boleh siasat sama dengan kroni-kroni lain...

6.Hakikatnya bukan integriti datang sidang DUn je kita nak lantang..bab-bab penyamun pun kita kena lantang terutama penyamun kolar biru/penyamun kolar putih (BN/UMNO) dan penyamun kolar putih hijau/merah/biru muda (PAS,DAP,PKR)..pusing depan belakang kiri kanan 2x5...5x2...

7.Sebab itu falsafah mengatakan politik itu jijik dan kotor..tapi dengan politik jugalah kita nak mentadbir negara..jadi bagi rakyat biasa ni hidup dalam terpaksa dalam penjelajahan demokrasi yang risikonya pasti mungkin menjadikan negara ini bukan lagi negara Melayu-Negara Islam..BUmi serta alam juga berubah inikan pula manusia dan sistemnya..kerosakan juga disebabkan tangan-tangan kita sendiri atas mengejar kemajuan duniawi..

'anon tanpa nama'

Anonymous said...

sambungan,

8.Siapa nak dipertanggungjawabkan AM? kita lah sama-sama bertanggungjawab yang penting bukan menyokong membuta tuli,sorok masalah puak-puak sendiri bawah karpet, masalah orang dibelasah kaw-kaw...jadilah pejuang yang ideal menentang kerakusan tangan-tangan ajaib yang berselindung disebalik tabir politik disegenap penjuru..bukannya pilih bulu..jika pembangkang itu telah difahami sebagai hanya cakap sahaja pandai tapi tindakan pun sama tak betul..maka usaha kita adalah membetulkan orang-orang kita yang tak betul..bukanya mmebiarkan orang-orang kita membuat tak betul tapi sibuk membetulkan pembangkang yang kita dah tahu mereka pun tak betul..mkasud nya 'spin' lah...haaaa...haaaa..

9.Kalo orang kampung warung kopi mungkin dia percaya bila kita 'spin' tapi bagi orang yang ada pengalaman, tahap pendidikan tinggi, ruang maklumat pelbagai..maka apa yang kita 'spin' menjadi lebih buruk dan kurang dipandang orang.

10.Aku suka blog name anak2x merdeka tapi cara pemikiran AM tak kelihatan seperti anak2x yang merdeka.masih terkongkong didalam kepongpong berduri politikal yang taksub/sempit.

11.politik terbuka adalah politikal yang bebas seperti mana kata YB Ibrahim Ali..sebab tu dia suka duduk parti Bebas..sebab tu dia suka bantai kiri-kanan..sebab tu juga dia lebih dipercayai..orang seperti dialah yang akan mengekalkan ciri-ciri pemimpin melayu sejati walaupun terhimpit..jika hanya ada beberapa kerat sahaja pemimpin seperti Ibrahim Ali,Zulkifli Nordin dan lain-lain maka memang betulah tak lama negara ini menjadi milik orang..baik dibawah UMNo mahupun dibawah PR..sebab ramai diantaranya 2x5...5x2..tiada yang sejati,tulus,mulus,halus..yang ramainya adalah..fulus maaa..


wasalam..t.kasih

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa

AnakMerdeka said...

Terimakasih warisan ksl dan anonymous (wah panjang lebar nampak, siap ada sambungan)

AM suka cara pemikiran positif anonymous.

Perlu diingat, blog anak2merdeka baru setahun jagung. Dan lagi, AM menulis (berseorangan) berpandukan bukti depan mata dan pengalaman peribadi. Bukan berlandaskan 'dengar cakap orang', apatah lagi untuk menghentam mana-mana pihak secara semberono. Itu fitnah namanya.

Kalau anonymous ada bukti tentang penyelewengan UMNO/BN tetapi tak 'samapi hati' untuk dedahkan, berikan bukti itu kepada AM, biar AM bancuh kaw-kaw (kalau itu yang anonymous mahukan).

Apa yang AM tulis tentang pembangkangpun bukan tuduhan salahlaku mereka. Salahlaku mereka (jika ada) biar mereka jawab dengan pihak yang bertanggung-jawab.

Sebaliknya apa yang AM tulis ialah, sikap dan kenyataan-kenyataan mereka yang semua orang sudah sedia maklum. AM cuma mengolah mengikut citarasa AM.

Politik adalah pertembungan pesepsi antara dua pihak. Masing-masing berusaha untuk mendedahkan keburukan pihak yang satu lagi.

Betullah kata Anonymous, mereka semua 2x5. Siapa yang berjaya menonjolkan dan mendedahkan kelemahan/keburukan pihak yang satu lagi, dialah yang menang.

Tetapi, disamping kita bersetuju bahawa semua ahli politik adalah sama (2x5), kita juga diberi peluang untuk berfikir, menilai dan memilih salah satu 'yang terbaik antara yang buruk' itu.

Anonymous said...

BETUL AM! HEBAT AM!
CERDIK AM!INTELEK AM!
JOM SOKONG AM! ANGKAT DIA JADI PEMIMPIN POLITIK!JADI PRESIDEN!
HIDUP AM!

AnakMerdeka said...

Bila masuk kali ketiga, walau siapapun akan tahu, niat dan maksud tersirat. AM rasa Anonymous tidak dialu-alukan untuk membaca apa yang AM tulis.

Ada beratus-ratus tulisan yang memuji dan mengagung-agungkan Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Kit Siang. Rasanya itu bacaan yang paling sesuai untuk Anonymous (alfakir)

Penat jari tu, menaip..

SAHABAT-SAHABAT AM