Wednesday, November 11, 2009

Barakah dari Selipar Nik Aziz..Erkk..

Dalam Sinar Harian hari ini, Nik Aziz kata, jika letak di bawah, seliparnya pasti akan hilang. Bukan dicuri, tetapi diambil oleh orang yang ingin mendapat keberkatan.

“Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan curi tapi nak ambil berkat. Selipar saya di rumah saya tak boleh letak bawah, letak habis tak dok (hilang),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.

AM tidak mahu menuduh Nik Aziz mengamalkan ajaran sesat. Tetapi AM tahu, ramai yang tahu bahawa mempercayai sesuatu benda itu sebagai hikmah dan boleh memberi keberkatan, adalah kurafat. Berdosa besar.

Nik Aziz tahu. Tetapi dia lebih suka mengambil sikap untuk memberitahu umum bahawa ramai sangat orang yang berminat dengan seliparnya 'untuk ambil berkat' (selain ramai orang yang sanggup keluar belanja hantar Tok Guru pergi Mekkah)

Nik Aziz diketahui umum, selalu mengadakan kuliah agama, termasuk kuliah mingguannya. AM terfikir juga, pernah kah dia memberitahu tentang orang islam tidak boleh mempercayai 'benda' sebagai ada hikmah tertentu. Pernah atau tidak beliau memberitahu jemaah untuk meninggalkan perbuatan yang dikutuk itu.

Dua persoalan timbul.

Jika benar dia tidak membetulkan perbutan syirik yang berlaku, maka sudah tentu dia berdosa. Yang keduanya, jika benar dia sudah melarang, sejauh mana pula keberkesanan kuliah Nik Aziz selama ini?

AM teringin sangat nak tengok muka orang yang terlalu taksub dengan Nik Aziz sehingga mencari keberkatan dari selipar tok guru merangkap Mursyidul Am PAS itu.

Please, kalau boleh AM tak mahu baca komen yang mengatakan dalam al-quran ada kata "selipar boleh mendatangkan keberkatan"

20 comments:

Anonymous said...

Sebab itulah kadang-kadang kita kena dengar aliran pemikiran muda (contoh: yang dikatakan Wahabbi).Haha.Usik-usik je ye.

Musafir Kelana said...

kesian-kesian ko...

AnakMerdeka said...

Zafrie, setakat sekarang AM tidak berani nak komen tentang fahaman Wahabbi. Nak habiskan baca buku berkenaan Wahabi, sedikit je lagi nak habis. :)

Sang Guna said...

klu ikut budaya melayu selipar tu suwey, ada logiknya benda letak kat kaki pg pegang ambik buat apa.
Ajaran mana pulak selipar boleh buat berkat ni?.

Kerajaan langit dah terlokop, kerajaan mana pulak lepas ni, Wallahualam.

AnakMerdeka said...

AM nak cakap kesian gak macam alfakir cakap, tetapi tak pasti nak kesian kat siapa. Kepada ahli PAS atau kepada peminat selipar Nik Aziz...

Musafir Kelana said...

Tapi dari segi moral, lebih tepat lagi dalam kes selipar Nik Aziz, dia adalah penceramah agama terkenal. Tiap minggu dia adakan kuliah. Dalam 21 tahun memerintah, tidak pernahkah dia selitkan ajaran berkenaan kurafat? Apa sebenarnya yang dia ceramahkan?

..AMBIK CUTI DAN P DENGAR SENDIRI APA YANG DIAJAR...LAMA SUDAH SAYA SURUH...

AM tidak menuduh (kerana mungkin wartawan tidak menulis dengan tepat) tetapi kalau betul dia kata "dia bukan curi, tetapi nak ambil berkat", nadanya seperti riak.
....TIDAK MENUDUH CUMA KATA SAJE KAN?

Tidak ada sedikitpun gambaran perasaan marah, kalaupun bukan kerana selipar kena curi, tetapi sebab orang percaya seliparnya boleh bawa berkat.

...NAK BISING JUGAK KE BENDA BEGITU?

AM-AM-AM....kesian kat kaulah

AnakMerdeka said...

Al-fakir, kenalah bising, tak kan nak diam perkara yang melibatkan akidah? Bukan AM dan bukan alfakir yang patut bising, sebaliknya Nik Aziz kena bising, kena tegur dan kena marah orang yang lakukannya.

Mentang-mentang ia dilakukan oleh orang PAS, maka kita harus jangan bising-bising?

Dia kata, orang nak ambil berkat atas seliparnya. Alfakir tak jelas lagi ke apa maksudnya?

Sebenarnya alfakir kena kasihan kat diri sendiri dan ahli PAS yang lain. Jangan taksub dengan makhluk Allah.

AM cuma harap tak ada orang yang menyimpan serban, selipar, kopiah dan jubah Nik Aziz selepas dia meninggal dunia nanti atas alasan untuk mendapat berkat dan petunjuk.

Musafir Kelana said...

Al-fakir, kenalah bising, tak kan nak diam perkara yang melibatkan akidah?
.........TAK MELIBATKAN AKIDAH..FAHAM BETUL-BETUL. JGN JADIKAN ISU


Dia kata, orang nak ambil berkat atas seliparnya. Alfakir tak jelas lagi ke apa maksudnya?

..KAMU BELUM FAHAM APA ITU KEBERKATAN JIKA BELUM MASUK KEDALAM ILMU KEROHANIAN..ILMU AKAL DAN KEJASADAN KAMU BOLEH BAHAS...

Sebenarnya alfakir kena kasihan kat diri sendiri dan ahli PAS yang lain. Jangan taksub dengan makhluk Allah.

..AKU HANYA HAMBA ALLAH. TIADA TAKSUB KEPADA SIAPA2.IKUT DENGAN ILMU BUKAN DENGAN NAFSU

AM cuma harap tak ada orang yang menyimpan serban, selipar, kopiah dan jubah Nik Aziz selepas dia meninggal dunia nanti atas alasan untuk mendapat berkat dan petunjuk.

..SAYA ULANG...KAMU BELUM FAHAM APA ITU BERKAT...KENA MASUK BELAJAR ILMU "TAREKAH" DAN "TASAUF" PULAK. ilmu YANG NI KENA CARI GURU YANG SALSILAHNYA MESTI SAMPAI KE RASULULLAH SAW. bukan ilmu baca kitab. ILMU INI, ILMU ROH YANG ADA DALAM JASAD KAMU ITU "MENGEMBARA" DAN "MAKRIFAT" DENGAN ALLAH SUATU MASA DAHULU DI ALAM RUH....

AnakMerdeka said...

AM dah pernah tanya hari tu, berapa ramai rakyat malaysia yang tahu ilmu tarikat dan tasauf? Ada dalam blog ini yang mempunyai ilmu tasauf? Jika ada, sila reply.

AM rasa dalam seratus orang, tak mungkin ada seorang yang belajar ilmu tasauf dan tarikat. AM antaranya.

AM juga ada kata, benda baik mesti dilakukan dengan cara yang betul.

Kalau benar Nik Aziz atau alfakir nak bercerita tentang ilmu tasauf, buka pondok pengajian dan panggil orang belajar. Bukan bercerita atas pentas politik, dengan media dan dalam blog.

Nak tunjuk "akulah tahu segala-gala hukum Allah, yang lain suma bodoh.."

Yang AM perkatakan ialah, rakyat keliru. Rakyat yang tak faham tasauf dan tarikat jadi kebingungan bila Nik Aziz keluarkan kenyataan yang (kononnya) berlandaskan hukum tarikat dan tasauf.

Jangan tunjuk pandai kalau ilmu baru dihujung jari. Kalau tak kerana 'rezki' dapat belajar lebih tinggi, Nik Aziz dulunya hanya Cikgu Tadika KEMAS je. Bila ilmu semakin tinggi, bersyukurlah.

Kena ingat sama, diakhirat nanti kita ditanya "bagaimana kamu menggunakan ilmu yang kamu miliki", Allah tak tanyapun "ILMU APA YANG KAMU ADA".

Setinggi manapun Ilmu, kalau tak tahu menggunakannya tak ada faedahpun. Semakin memecah belahkan masyarakat adalah.

Anonymous said...

al fakir nie kena tukar nama la jadi al kafir..baru betul..silap2 die nie la yang ambik selipar nik ajis tuh lepas tu pujo buat minta nombo ekor..gara2 taksub gila babas, syadid syadid...take beeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrr!!
---ore KELANTAN

Musafir Kelana said...

KOMEN UTK AM:
AM dah pernah tanya hari tu, berapa ramai rakyat malaysia yang tahu ilmu tarikat dan tasauf? Ada dalam blog ini yang mempunyai ilmu tasauf? Jika ada, sila reply.

..MEREKA BANYAK YG BELAJAR TAPI TIDAK MAHU MENGHEBAHKAN MEREKA BELAJAR

AM rasa dalam seratus orang, tak mungkin ada seorang yang belajar ilmu tasauf dan tarikat. AM antaranya.

..SO KENA BELAJAR BARULAH BOLEH MENGKRITIK PANDANGAN ORANG..KENA BLAJAR MENGHORMATI PANDANGAN ORANG

AM juga ada kata, benda baik mesti dilakukan dengan cara yang betul.

Kalau benar Nik Aziz atau alfakir nak bercerita tentang ilmu tasauf, buka pondok pengajian dan panggil orang belajar. Bukan bercerita atas pentas politik, dengan media dan dalam blog.

...DAKWAH BUKAN HANYA BERADA DIPONDOK...DAKWAH BERADA SEGENAP PENJURU KEHIDUPAN MANUSIA

Nak tunjuk "akulah tahu segala-gala hukum Allah, yang lain suma bodoh.."

...BERINGAT SEBELUM KENA DEMI KEIMANAN DAN KASIH SAYANG

Yang AM perkatakan ialah, rakyat keliru. Rakyat yang tak faham tasauf dan tarikat jadi kebingungan bila Nik Aziz keluarkan kenyataan yang (kononnya) berlandaskan hukum tarikat dan tasauf.

...INFO..HASIL MAKLUMAT YG SAYA DAPAT..TG NIK AZIZ TIDAK MENGAMBIL JALAN TAREKAT TETAPI BELAJAR ILMU TASAUF. 2 BENDA ITU BERBEZA...

Jangan tunjuk pandai kalau ilmu baru dihujung jari. Kalau tak kerana 'rezki' dapat belajar lebih tinggi, Nik Aziz dulunya hanya Cikgu Tadika KEMAS je. Bila ilmu semakin tinggi, bersyukurlah.

..BUANG SIKAP ANGKUH, BODOH SOMBONG BILA ORANG YANG ALIM ILMU MENEGUR. TEGURAN NABI KPD UMATNYA BUKAN NABI NAK TUNJUK DIA HEBAT. ARAP FAHAM

Kena ingat sama, diakhirat nanti kita ditanya "bagaimana kamu menggunakan ilmu yang kamu miliki", Allah tak tanyapun "ILMU APA YANG KAMU ADA".

..GUNA UTK BERAMAL DAN BERDAKWAH..BUKAN SIMPAN DALAM POKET

Setinggi manapun Ilmu, kalau tak tahu menggunakannya tak ada faedahpun. Semakin memecah belahkan masyarakat adalah.

...INILAH PERANGAI MANUSIA YANG MENJADIKAN HAWA NAFSU SEBAGAI TUHAN

KOMEN UTK ANON:
al fakir nie kena tukar nama la jadi al kafir..baru betul..silap2 die nie la yang ambik selipar nik ajis tuh lepas tu pujo buat minta nombo ekor..gara2 taksub gila babas, syadid syadid...take beeeeeeeeeeeeeeerrrrrrrrrrr!!
---ore KELANTAN

...TERIMA KASIH KERANA MENGKAFIRKAN SAYA..SEMOGA KAMU "SELAMAT"

catatanhamba.blogspot.com

AnakMerdeka said...

AM bukan nak bertelagah dengan alfakir. AM pun tak tahu berapa ramai yang baca entry ini.

Kepada yang membacanya, gunakan fikiran untuk menilai. AM tak boleh halang alfakir untuk terus meluahkan apa yang alfakir rasa betul.

Cuma AM rasa, jika benarlah ilmu tasauf itu menjadikan keadaan rakyat bertambah huru hara, berpecah belah dan saling bermusuhan, AM rela untuk tidak belajar ilmu tasauf. Kalau dosa, biarlah antara AM dengan Allah swt.

Yang penting AM tidak akan sama sekali percaya (walau dalam ilmu apa sekalipun) yang selipar boleh membawa berkat.

Tiada hadis nabi atau ayat quran yang menyuruh umat islam menggunakan selipar baginda untuk mendapat berkat. Inikan pula selipar Nik Aziz.

Jika blogers lain nak percaya, silakan.

Musafir Kelana said...

AM rasa, jika benarlah ilmu tasauf itu menjadikan keadaan rakyat bertambah huru hara, berpecah belah dan saling bermusuhan, AM rela untuk tidak belajar ilmu tasauf. Kalau dosa, biarlah antara AM dengan Allah swt.
...AM PLEASE..PERGI BELAJAR ILMU TASAUF (WAJIB) BUKAN BELAJAR ILMU BARAKAH SELIPAR YE...SIKIT SAYA BUKA PASAL ILMU TASAUF NI..ILMU INI ADALAH ILMU HATI DAN PERASAAN..JIKA SOLAT KITA TIADA TASAUF (MAKAM IHSAN-KHUSYUK/TIDAK LALAI DAN TIDAK KHAYAL) MAKA APA NILAI SOLAT KITA?
Imam al-Ghazali menyatakan dalam kitab beliau ‘Jawahir al-Quran’ : “Bahawasanya ilmu tariqah dan suluk yang dinamakan dengan ilmu tasawuf itu adalah lebih tinggi dan lebih mulia daripada ilmu fiqh dan ilmu kalam, dan yang lebih tinggi daripada semuanya itu adalah ilmu makrifat yang dinamakan juga ilmu hakikat”.
Oleh yang demikian, Imam Malik rahimahuLlah pernah berkata :
“Barangsiapa yang menuntut ilmu tasawuf dan tiada mengetahui ilmu fiqh yang fardhu ‘ain, maka sesungguhnya jadi zindiqlah dia, dan barangsiapa yang menuntut ilmu fiqh tapi dia tidak menuntut ilmu tasawuf, maka sesungguhnya jadi fasiqlah dia dan barang siapa yang menghimpunkan kedua-duanya maka jadilah dia ulama yang muhaqqiq yang mengenal Allah, dan merekalah yang bernama ulama sufi yang menghimpunkan antara syariat, tariqah dan hakikat.”

nak detail lagi...AM BG ALAMAT EMAIL AM, SAYA NAK FORWARD APA ITU TASAUF DAN APA ITU TAREKAT...dan KEPENTINGANNYA BELAJAR....

Yang penting AM tidak akan sama sekali percaya (walau dalam ilmu apa sekalipun) yang selipar boleh membawa berkat.

..SOALANNYA SEKARANG IALAH APA ITU KEBERKATAN?BOLEH TAK AM HURAIKAN APA ITU BERKAT/BARAKAH?

Tiada hadis nabi atau ayat quran yang menyuruh umat islam menggunakan selipar baginda untuk mendapat berkat. Inikan pula selipar Nik Aziz.

..MEMANG TIADA NAMUN..AM JGN CEPAT MENGHUKUM SEBAGAIMANA SEBAHAGIAN PEMIMPIN/ULAMA DLM PAS (YG SUKA MENGHUKUM) KERANA KITA TIDAK NAMPAK DENGAN MATA KEPALA SENDIRI SIAPA YANG AMBIL SELIPAR TU DAN PENCURI TU BUAT APA....

AnakMerdeka said...

Look, isunya ialah "ambil berkat dari selipar". Itu yang Nik Aziz kata. Dan itu yang AM pertikaikan.

Tidak timbul soal meuduh (atau syak) seperti kata alfakir, KITA TIDAK NAMPAK DENGAN MATA KEPALA SENDIRI SIAPA YANG AMBIL SELIPAR TU DAN PENCURI TU BUAT APA....

Kalau dah tujuannya lain, pasti ceritanya juga lain. Ceritanya sekarang ialah Nik Aziz kata ada orang ambil seliparnya untuk ambil berkat. DAN alfakir kata, 'berkat' yang dimaksudkan itu bukan seperti yang AM andaikan.

Persoalan sekarang, benarkah dalam pelajaran tasauf (atau fahaman alfakir sendiri) bahawa ada istilah "mengambil berkat dari selipar"? Sila jawab yang itu.

Tak perlu beritahu hukum mempelajari ilmu tasauf. Yang AM nak tahu, benarkah ada disuruh (digalakkan) mengambil berkat (walau dengan apa juga tafsirannya) dari selipar?

Cuba alfakir jelaskan (seminimum yang mungkin tetapi jelas) maksud yang tesirat dalam 'berkat' (dari pandangan ilmu tasauf) DAN 'keberkatan dari selipar' (juga dari pandangan ilmu tasauf).

Jika alfakir boleh jelaskan, then AM akan terus berhujah dengan alfakir. Jika tidak ada penjelasan (walaupun sedikit) AM tidak akan melayan lagi komen alfakir selepas ini.

Musafir Kelana said...

AM,
saya takkan ulas isu ilmu tasauf sebab Am tidak berminat ingin tahu.

AM:isunya ialah "ambil berkat dari selipar". Itu yang Nik Aziz kata. Dan itu yang AM pertikaikan.

...soalan saya tidak terjawab lagi sebelum saya menjawab...BERKAT TU APA?

AnakMerdeka said...

Kesimpulan AM, baik alfakir atau pemimpin PAS memang pakar putar belit. Itu sahaja.

Mereka lebih suka bersoal jawab dari terus memberi penerangan agar orang yang mendengar hujahnya boleh faham apa yang hendak disampaikan.

Apa tujuannya, hanya yang empunyai diri dan Allah juga yang tahu.

Baiklah, dari pemahaman AM berkat itu dari istilah arab iaitu barakah. Bermaksud mendapat kerahmatan Allah dari sesuatu yang dilakukan (yang dituntut).

Sebagai contoh, sembahyang berjemaah mendapat 1000 kali ganda pahala dari sembahyang bersendirian. Bermaksudnya 1000 kali ganda pahala itu adalah barakahnya kepada sembahyang berjemaah.

Begitu juga kegiatan lain, contohnya membaca doa makan sebelum makan (walaupun hukumnya sunat). Kita juga boleh hanya membaca bissmilah. Tetapi untuk mendapat keberkatan dari rezki yang kita makan itu, disunatkan membaca doa.

Contoh yang lain, mencari rezki yang halal untuk menyara makan dan minum anak isteri. Itu juga bertujuan untuk mendapat keberkatan. Kita boleh juga memberi makan anak isteri dengan wang judi (misalnya) dan mereka tetap kenyang, tetapi kita tidak mendapat keberkatan dari makanan itu (selain dari dosa).

OK AM dah jawab. Jika salah tolong betulkan.

Selepas dari itu, sila jelaskan 'berkat' dari pemahaman alfakir (atau dari bidang tasauf), serta kaitannya mendapat 'berkat dari selipar Nik Aziz'

Anonymous said...

Salam, Alhamdulillah, AM dapat beri penerangan yg jelas kpd Alfakir yang nampak macam taqbur atas pengetahuannya tentang tasauf. Agaknya ilmu yg dia pelajari itu tidak diperolehi ketingkat keimanan kerana takbur dan riak.

rosnanie said...

salam
bersoal jawab itu adalah lebih baik krn ia akan mewujudkan budaya berfikir.

ibarat seorang guru di sekolah, jika kaedah mengajar yang digunakan adalah secara memberi semata2 dan pelajar bulat2 menerima, pelajar2 hanya menjadi seperti mesin2 penerima. Bila exam, jawab apa yang guru ajar semata2, jika diberi soalan2 lain daripada yang diajar, yang memerlukan mereka berfikir sendiri, sudah tentu mereka akan terpinga2

jika seorang guru melatih pelajar untuk berfikir sendiri- salah satu caranya dgn bersoaljawab, pelajar2 akan menjadi lebih bijak kerana dalam masa yg sama, mereka memahami melalui konsep. Jd w'bagaimana sekalipun soalannya, sebarang persoalan boleh dijawab dgn mudah

AnakMerdeka said...

Betul Rosnanie, itulah sebenarnya tujauan kita wujudkan blog iaitu untuk berbincang dan bertukar pendapat.

TETAPI

Setiap pendapat mesti disertakan dengan fakta (dalil). Bukan setakat untuk melepaskan perasaan atau menunjuk pandai. Apatah lagi kalau bertujuan untuk menabur fitnah dan memaki hamun pihak yang tidak 'sekapal' dengan kita.

Setiap isu memang ada pro dan kontra. AM secara peribadi tidak boleh menerima sebarang kenyataan yang tidak ada fakta dan bukti.

Bila AM 'lawan', bukan bermaksud AM tidak boleh terima pandangan orang lain, tetapi AM lawan kerana apa yang dikatakan oleh orang itu tidak berlandaskan fakta.

Cakap ikut sedap mulut...

lara_nur said...

Syabas AM atas hujah2 anda,benar2 membuka mata dan minda,dan sudah pasti memanfaatkan.terimakasih juga pada al-fakir,si lawan hujah anda,tapi sayang hujahnya2 terlalu dangkal dan lebih kepada hujah budak2 skolah,tak matang dan mengelirukan. menampak kan seolah saudara al-fakir kononnya tinggi ilmu namun rupa2nya di kulit sahaja.isinya?kosong...

saya y serba daif ilmu ni pun boleh faham dan nampak sejelasnya y mana benar dan y mana sekadar putarbelit.semoga ada lebih ramai muslim seperti saudara AM.teruskan apa y anda rasa benar dan wajar.saya antara y berpuluh,beratos,dan mungkin beribu y akan sentiasa menyokong anda.wassalam.

SAHABAT-SAHABAT AM