Sunday, November 22, 2009

Penantian Cheng Peng Yang Tak Sudah

Nampaknya tidak habis-habis orang bercerita tentang Cheng Peng dan nampaknya tidak jemu-jemu orang yang ingin melihat Cheng Peng balik ke 'tanah airnya' berusaha agar hasrat Cheng Peng itu menjadi kenyataan.

Majoriti orang yang lahir selepas merdeka, rasanya tidak pernah nampak wajah Cheng Peng atau tahu selok belok dan latar belakang perjuangannya (melainkan melalui buku sejarah). Orang Setiawan Perak pun rasanya tidak tahu kampung sebenar Cheng Peng apatah lagi menjadi jiran kepada Cheng Peng.

AM tidak pasti kenapa ada golongan yang beria sangat membantu orang yang telah mengetuai Parti Komunis Malaya, yang telah membunuh ribuan orang yang tidak berdosa untuk 'kembali' ke Malaysia. Sedangkan yang empunya diripun tidak dapat membuktikan yang dia adalah rakyat Malaysia. Sijil kelahirannya tidak dapat diberikan semasa permohonannya itu dibawa ke mahkamah.

AM tidak rasa kerajaan ada perasaan 'dendam peribadi' dengan Cheng Peng. Dan harap juga orang yang beria sangat untuk membawa Cheng Peng kembali (termasuk orang melayu) berfikir banyak kali. Tidak ada satupun sumbangan Cheng Peng kepada rakyat malaysia.

Sekurang-kurangnya kes Cheng Peng boleh dijadikan peringatan kepada orang yang benci sangat kepada Negara Malaysia ini dan merasakan negara lain lebih bagus dari Malaysia. Bila nyawa sudah dipenghujung, baru teringat manisnya bumi sendiri.

Sebagai insan, 'mungkin' kita boleh maafkan kesalahannya, tetapi jangan sesekali kita biarkan 'luka lama berdarah kembali'. AM rasa bukan sahaja jasadnya, malah abu mayatnya juga tidak harus dibenarkan menjejakkan 'kakinya' ke bumi bertuah ini. Dikhuatiri nanti ada yang membuat tugu peringatan dan 'tempat sembahyang' di atas kubur Cheng Peng.

Sebaiknya kita tutup terus buku berkenaan Cheng Peng. Biar lah dia mati dan bersemadi 'dengan aman' di tempat dia berada sekarang. Jangan sesekali kita biarkan anak bangsa kita menjadikan Cheng Peng sebagai wira yang harus diingati. Satu hari nanti jika (ditakdirkan) DAP memerintah negara, kita tidak hendak lihat hari kematian Cheng Peng dijadikan sebagai cuti umum.

4 comments:

DPR said...

Jangan dijolok sarang tebuan! kelak hancur badan binasa keturunan!

warisan ksl said...

PETIKAN LAGI SURAT BALAS DARIPADA CHEN PING KEPADA TUNKU ABDUL RAHMAN PADA TANGGAL 9DISEMBER 1957
Pada kali ini,Chen Ping telah menunjukkan sikap yang keras dan sombong iaitu:

Tanggal 9 Disember 1957
Yang Berhormat Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu

Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa saya bersedia mengutus saudara Rashid Maidin dan saudara ChenTian sebagai wakil pihak kami untuk mengadakan rundingan pendahuluan dengan wakil pihak Tunku.
Seperti yang saya sebutkan dalam surat saya tanggal 12 October,1957 bahawa rundingan pendahuluan ini adalah bermaksud melicinkan tercapainya persetujuan yang adil dan menasabah dalam perundingan kita bagi menamatkan peperangan dan melaksanakan keamanan di dalam tanahair kita ini maka jelaslah ini lansung tidak kena mengena dengan apa yang disebut penyerahan diri itu.
Umum mengetahui bahawa tujuan perjuangan bersenjata yang dilancarkan oleh Parti kami itu adalah untuk mengusir kaum colonial dan untuk memperjuangkan kemerdekaan Malaya maka tidaklah bermaksud menganggap kerajan Persekutuan yang dipilih dengan pihak kami lansung tidak terdapat persoalan menyerah diri.
Kerajaan Perikatan pun telah berjanji kepada rakyat hendak menamatkan darurat,maka Kerajaan Perikatan patutlah ikhlas menamatkan peperangan sebagaimana Parti kami patut mencapai persetujuan yang adil dan menasabah dengan pihak kami bersendikan prinsip penghentian perang dengan tidak bersyarat malah bukanlah mengeluarkan omongan-omongan menyerah diri yang tidak berpatutan.
Mengeluarkan omongan-omongan menyerah diri yang lansung tidak berpatutan itu sama sekali tidak beralasan.Ini semata-mata menunjukkan ketidak keikhlasan bagi menamatkan peperangan dan bagi mencapai persetujuan yang adil dan menasabah dengan pihak kami maka silalah aturkan haribulan dan tempatnya supaya wakil pihak kami dapat menghadiri rundingan pendahuluan itu.
Sekian wassalam.
Yang Benar

Chen Ping
Setiausaha Agung
Parti Komunis Malaya

Jawapan Tunku mudah iaitu beliau tidak akan berunding lagi dan memberi tempoh sehingga 30April 1958 untuk menyerah diri.Jika tidak perang akan dilancarkan terhadap mereka kerana tujuan PKM MINTA DIIKTIRAF ADALAH UNTUK MENYEBARKAN FAHAMAN KOMUNIS DIKALANGAN RAKYAT PADA MASA TERSEBUT.

KESIMPULAN

Wahai orang melayu sedarlah jangan biarkan segelintir golongan Melayu yang tidak mengenag sejarah untuk membawa Chen Ping ke Negara kita.Ini kerana sudah terlalu besar pergorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu,nenek moyang kita untuk mencapai kemerdekaan.Mereka membawa perkara(luka lama berdarah kembali) ini kembali bukan untuk kemakmuran dan keamanan Negara tetapi tidak lain hanya retorik politik,pangkat dan kepentingan diri sendiri.

Maka renung-renunglah…”janganlah kaduk naik junjung.Ayam Menag sorak tapi kampong tergadai “

AnakMerdeka said...

Harap generasi selepas merdeka dapat memahami tentang bahaya ideologi komunisme.

Membenarkan Cheng Peng balik ke Malaysia, samalah dengan cuba-cuba nak merasa racun. Bila dah mati, tak ada benda yang harus disesalkan.

Anonymous said...

setuju, tak wajar.

SAHABAT-SAHABAT AM