Tuesday, November 24, 2009

Kebetulan Atau Memang Takdir?

Kebetulan atau takdir, kesemuanaya adalah atas kuasa tuhan. Cuma kita kena faham bahawa Tuhan tidak menjadikan sesuatu tanpa bersebab.

Mula-mula (walaupun bukan permulaan) Anwar Ibrahim merencanakan bahawa pada 16hb September 2008 ada ahli Parlimen dari BN akan melompat parti dan menyertai Pakatan Pembangkang yang akan membolehkan Pakatan Pembangkang membentuk kerajaan dan merampas Putrajaya. Tetapi yang berlaku ialah, tiga ADUN dari pakatan pembangkang telah menyertai BN di Perak sehingga mengakibatkan BN merampas semula Kerajaan Perak dari tangan pembangkang.

AM tidak mahu mengaitkannya dengan soal moral (ada yang mengatakan rampasan kuasa itu adalah tidak sah) Walau apa juga perancangan kita, Allah juga merancang. Dan akhirnya rancangan Allah yang akan menjadi kenyataan. Tanpa keizinanNya, tidak mungkin BN boleh merampas Perak dari tangan Pakakatan Pembangkang.

Sebelum dari itu Pak Lah telah dikutuk, bukan sahaja oleh pembangkang malah oleh ahli UMNO sendiri kerana dikatakan memberi keistimewaan kepada menantunya Khairy Jamaluddin. Ada yang kata, keputusan Pak Lah adalah keputusan Khairy. Pak Lah membuat keputusan atas nasihat anak menantunya itu. Kemuncak dari itu, BN/UMNO telah ditolak oleh rakyat hingga hampir-hampir tumpas ditangan pembangkang.

Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba kutukan kepada Pak Lah itu, kini menimpa Nik Aziz. Selama lapan tahun menantunya menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan, tiba-tiba pendedahan demi pendedahan oleh orang PAS sendiri, menyebabkan imej Nik Aziz jatuh teruk. Nik Aziz bernasib baik, kerana cepat menerima nasihat dari pemimpin PAS yang lain. Akhirnya menantunya diminta berhenti dari jawatan CEO.

Rasanya cerita itu tidak akan berakhir dengan pemecatan menantu Nik Aziz itu. Banyak lagi cerita-cerita yang rakyat tidak tahu sebelum ini, akan terdedah.

Adakah ini juga adalah kebetulan?

Walaupun AM bukan ahli PAS dan tahu PAS adalah adalah parti politik, yang sama dengan parti-parti politik yang lain, AM sama sekali tidak menjangka PAS akan menghadapi 'saat sukar' seperti apa yang berlaku sekarang.

Selama ini UMNO digambarkan sebagai parti yang mengejar kemewahan, sentiada berebut jawatan, tetapi situasi itu telah jelas dan nyata, berlaku juga didalam PAS.

Kita jarang melihat 'hukuman cash' dari Allah, kecuali jika di Mekah dimana kekuasaan Allah boleh dilihat dengan jelas didepan mata.

Dalam kes-kes tertentu ada orang menunaikan sembahyang hajat, memohon agar Allah turunkan bencana kepada golongan yang tidak sehaluan dengan mereka. Ada orang menggunakan berbagai cara untuk menjatuhkan orang lain. Semuanya belum berhasil.

Allah benci kepada makhluknya yang melampau-lampau. Seseungguhnya apa yang berlaku kebelakangan ini, menunjukkan Allah boleh menjatuhkan hukuman serta merta kepada makhluknya jika Dia kehendaki. Apapun mungkin ada yang ingin mengatakannya sebagai kebetulan dan bukan sebagai balasan tuhan.

7 comments:

warisan ksl said...

Paku Dulang
Paku Serpih
Pembangkang kata kat orang
Rupa-rupanya dia yang lebih

Kesian....Biarkan....
Si Luncai TERJUN DENGAN LABUNYA....

Unknown said...

AM, komen sikit.

Mana-mana parti sekalipun kalau cuba mengkayakan ahli keluarga, rakan dan taulan, pasti akan terbongkar sikap buruk itu.

Saya setuju, sebelum ini UMNO dikatakan parti mementingkan kroni, rupanya PAS juga tidak kurang hebatnya bergiat dalam hal sama.

Bezanya, di antara nampak atau tidak sahaja. Apabila dicuit sedikit, terkeluar semua. Itu belum lagi diperincikan 'irregularities' dibangkitkan sebelum ini.

Saya tidak berminat menjadi 'player' but of course I would love to see what will happen next.

Jeng! Jeng! Jeng! (mesti ada kelompok sukar tidur malam)

AnakMerdeka said...

Ada ahli UMNO sendiri, kadang kala 'malu' mengaku sebagai ahli UMNO kerana perbuatan segelintir pemimpin UMNO.

Malah ada yang tanpa berfikir panjang, mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan menyokong parti pembangkang tanpa mengambil kira bantuan yang diperolehi dari pemimpin-pemimipin UMNO terdahulu.

Secara jujur, rasanya kita tidak perlu menafikan bulat-bulat tuduhan, bahawa ada pemimpin UMNO mengamalkan kronisme dan nepotisme. Tetapi kena juga terima hakikat bahawa, benda ini juga berlaku di dalam PAS.

Benda memang berlaku. Tetapi percayalah, dalam setandan pisang memang ada yang busuk. Yang busuk itulah yang kita perlu buang, bukannya keseluruh tandan itu.

Pihak sebelah sana sering mengatakan keseluruhan pemimpun UMNO melakukan kronisme, napotisme dan rasuah. Maka UMNO itu perlu ditolak. UMNO dilebal sebagai sesuatu yang menjijikkan.

Dalam masa yang sama, kita tidak pernah terdengar tuduhan seperti itu dilemparkan oleh ahli UMNO terhadap pemimpin PAS.

Apa yang berlaku sekarang (penyelewangan dan kronisme/napotisme) sebenarnya didedahkan oleh ahli PAS sendiri.

AM tidak mintak muka penyokong PAS menjadi biru atau merah setelah mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, cuma AM minta mulai sekarang, marilah berfikir secara lebih terbuka.

Perbuatan terkutuk itu bukan menjadi dasar UMNO mahupun PAS. Cuma ada dikalangan pemimpin PAS dan UMNO yang melakukannya.

Jadi, tak perlulah tuduh menuduh. Takut nanti aib lebih besar akan menimpa orang yang suka menuduh.

warisan ksl said...

Salam!Bagi pendapat aku,aku rasa dah banyak kali menceritakan benda ini.Bagi aku masalah besar orang melayu adalah mengenai sikap.Tak kira la kalau diandaikan PAKATAN RAKYAT(pakatan pembangkang) yang memerintah malaysia ni.Kalau namanya orang melayu dan masih tak ubah sikap buruk maka isu-isu yang diwar-warkan seperti isu koronisme,rasuah(makan komisen atas projek) dan sebagainya yang kononnya sering berlaku dalam kerajaan BN tetap berlaku juga.Contohnya banyak isu yang terjadi didalam pakatan pembangkang baru-baru ni.Kalau TAK SILAP SAYA Saudara anonymous berkata mereka ni semuanya 2x5 dan 5x2 tak boleh diharap.Kalau tak percaya pergi siasat Projek-projek Majlis Perbandaran yang dibawah pemerintahan kerajaan pembangkang siapa yang dapat projek?dI SITU KITA AKAN TAHU PERKARA BURUK TERSEBUT TETAP BERLAKU...
Kalau nak tahu lebih lanjut pergi siasat sendiri.Baru tahu kesahihannya...(PERKATAAN 5%,10% DAH JADI SINONIM pada orang melayu.Bukan semua tapi majoritinya memang macam tu.....

Anonymous said...

AM,

1.haaa...haaa...aku gelak besar lagi..memang itulah dasar dan budaya kita AM..aku rasa sampai kiamat kot budaya kita ni tak kira UMNo ka,PAS ka,PR ka, DAP ka semuanya sama 2x5..5x2..

2.AM pernah cerita pasal budaya..nilah budaya kita semenjak kita lahir bahkan budaya ini bermula semenjak sebelum dan selepas merdeka..tapi semakin kemuncak lepas merdeka..haaa..haaa..kita-kita anak merdeka..merdeka, maju,kaya hebat,pesat, aman, damai dan segala-galanya kepesetan duniawi yang kita semua akan kejar bersama-sama,bersaing bersama-sama,saling menjatuhkan,saling memfitnah..dan macam-macam lah..kalo kita lagi maju tahun 2020 aku rasa memang negara kita lagi macam-macam karenah..silap-silap memang negara kita jadi milik orang.

3.AM..dalam politik, dalam bisnes, dalam kerajaan..haaa..haaa..pun sama lah..cuba semak dalam agensi kerajaan (dalaman atau inter agensi) ada banyak sedaramara,pertalian anak beranak,sepupu sepapat..apa jua yang boleh memberi peluang kerjaya,peluang kerja,pangkat,harta dan sebagainya semua nya kita kejar,kita pakat tolong-tolong sama...kita boloooooot...kita boloooott..

4.kalo dalam bisnes..cina-cina pun sama..rasuah..pun sama...salah guna kuasa pun sama...dalam apa lagi AM..politik usah cerita dah falsafahnya pun kotor baik ada pegangan Agama kuat ke atau tidak asalkan untuk dunia..emmm..sama-samalah kita rebut..

5.AM..cuba kaji ada tak isu-isu macam ni berlaku dalam kerjaya Ulamak bebas..penceramah bebas..ada tak diorang angkat sedara mara,anak beranak,sepupu sepapat berebut jadi imam,jadi bilal,jadi tahfiz,jadi ustaz-ustazah,jadi tukang sembelih bertauliah (sembelih ayam,lembu kambing), jadi pendakwah bebas,penceramah bebas serta motivator dan lain-lain kearah yang memebawa kebaikan dunia serta akhirat..

6.kalaulah budaya ni pun wujud..maka itu lebih baik kerana ramailah pelapis..aku takut makin maju kita makin tak ramai yang berebut nak jadi tokoh-tokoh tu..kalo ada nak jadi tokoh tu pun semuanya kerana gaji dan elaun kerajaan...kalo jadi tokoh bebas, tanpa gaji kerajaan nanti cepat pulak kena tangkap..sebab cakap lepas..kalo nak lepas..kenalah ada orang dalam ke,kabel dengan pak menteri or paling hebat ada kabel peguam negara..sebab kalo ada kes boleh tolong-tolong cover...

7.Budaya AM..budaya kita semua cina,melayu,india..2x5..5x2..semua politik,semua bidang bisnes...semua masyarakat kita...termasuk lah AM sekali kot..cuba renung2x kan kebelakang kita..haaa..haaa..Aku pun dah biasa tolong sedara mara,adik beradik..sepupu sepapat..nak pastikan hidup didunia ni kita sama-sama berjaya..

8.Hai..budaya..budaya AM....

wasalam..t.kasih

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa

aaa said...

Salam!apa kita boleh buat untuk menangani perkara ini?Tak kan kita nak dilabel sebagai satu bangsa yang malas,tidak bertanggungjawab dan sebagainya.Kita orang melayu.apa patut kita buat untuk mengatasi perkara ini.Budaya ketamadunan bangsa melayu sudah sampai kepenghujungnya ke...Adakah ini tanda-tanda awal kita akan dijajah kembali.Ada ramai bijak pandai melayu,profesional,semua ulama terkenal mahupun bebas atau tidak semuanya hasil daripada DEB; aku tengok rata-rata pandai bercakap tapi dari segi perlaksanaannya hancur...kalau orang minang cakap Burak(sembang) ajo lobih....
Pasal apa banyak kes-kes rasuah di pejabat penguatkuasa berlaku mungkin kerana majoriti orang melayu berkerja disitu.Adakah semuanya penyokong kerajaan.Jawapannya tidak...Yang penting biarlah aku seru rakan-rakan kalau nak ubah biarlah kita ubah melalui diri kita masing-masing......

Anonymous said...

warisan ksl,

1.Aku setuju dan aku tambah sikit jika nak selamat pengaruh dunia ni kita tinggal kat mekkah/madinah je, siang berniaga, petang ke malam amal ibadat..tak payah beli kereta,tak payah beli rumah besar,tak payah hantar anak2x sekolah hebat2x, tak payah tukar baju selalu, tak payah makan hebat-hebat,semuanya tak payah..yang penting berniaga untuk makan,sedekah,pakai baju sikit,anak2x dan keluarga sikit, hantar anak mengaji je, jalan kaki atau naik unta je kalo nak kemana2x...haaa...haaa..itu jalan paling selamat atau untuk kita ni duduk dalam hutan/gua kita bertapa sampai mati..dah tentu tak kemaruk pasal harta dunia ni..

2.Aku tengok ulamak2x pun kereta serta rumah pun hebat-hebat..isteri2x hebat-hebat, anak2x pun hebat-hebat..makan gaji je boleh leh senang kan..ada tak yang gaji hebat tapi sederhana???pendakwah tablig mungkin sebahagian daripada orang yang tak fikir sangat hal dunia, Al-Arqam kejar dua2x dunia dan akhirat..yang nyatanya ramai dari kita yang sama-sama kejar dunia...untuk kejar dunia kita buat lah apa yang patut untuk diri kita,keluarga dan sanak saudara..untuk jaminan akhirat kita carilah pahala dan kurangkan dosa..itu jelah jalannya..

wasalam..t.kasih..

'anon tanpa nama'-ikhtiar selagi bernyawa

SAHABAT-SAHABAT AM