Wednesday, November 4, 2009

Taubat Sekejap Je?

Posting ini tidak ada kena mengena dengan politik, tetapi mungkin berguna kepada semua orang termasuk ahli politik.

Ini kisah artis yang berubah 360 darjah setelah pulang dari mengerjakan haji/umrah.

Dulu ada seorang artis tu bukan main lagi bertudung labuh setelah berkahwin dengan 'ustaz' yang asalnya juga adalah seorang artis. Seperti biasa, sejuk mata memandang. Tidak kurang juga yang mengucap syukur kerana bukan dia sahaja, tetapi ibunya (juga seorang artis) juga kelihatan berubah dengan memakai tuduhg labuh.

Tetapi tidak lama selepas itu (selepas bercerai) dia bukan sahaja membuka semula tudungnya, malah membiarkan ibunya tinggal bersendirian sehingga dia (ibunya)menemui ajal. Tanpa pembelaan dari anak-anak. Sehinggakan peralatan rumah dan bayar sewa rumah dibiayai oleh rakan-rakan artis yang lain. Lebih menyedihkan, setelah dia bercerai dengan suami, ibunya juga turut membuka tuduhg labuh dan hanya memakai anak tudung.

Kemudian timbul pula cerita seorang artis/pengacara yang baru pulang dari mengerjakan umrah. Katanya dia menangis depan kaabah, memohon keampunan atas segala dosa-dosanya selama ini. Sebelum ini dia memamg terkenal dengan mulut leser. Kalau mengutuk orang memang tahap maksimum. Setelah pulang dari mekah, dia kata ingin meninggalkan dunia artis. Cuma bersedia untuk berkerja di sebalik tabir. Tetapi tak berapa bulan selepas itu, dia kembali ligat seperti mula-mula sebelum pergi mekah. Ceritanya macam sama dengan seorang artis Singapura yang seorang tu. Selepas pulang dari Mekah dia kata nak berhenti menyanyi, tetapi rasanya tak sampai setahun dia dah menyanyi semula atas pentas. Cuma alhamdulillah, dia berpakaian sopan ketika menyanyi.

Sekarang ini ada lagi seorang. Baru pulang dari umrah dan bila kena interview, sama seperti artis yang tiga orang tadi, menangis sehingga keluar air mata dan air hidung. Sedih. Katanya dia nak berubah. Nak tinggalkan dunia glamour yang dia harungi selama ini.

Hari ini dikhabarkan dia akan membuat buku 'Selamat Tinggal Dunia Nyah'. Dia memang lembut, tetapi tak tahulah samada dia nyah atau tidak, sehinggalah bila dia nak buat buku dengan tajuk itu, orang tahulah memang dia nyah.

Persoalannya berapa lamakah taubatnya itu? Takut nanti buku belum sempat dijual. Air zam-zam yang dibawa dari mekahpun belum lagi habis diminum, dia dah jadi seperti asal.

Itulah akibat jika taubat dibuat permainan. Agama seperti datang dan pergi. Hari ini bertaubat, esok sambung buat. Berapa ramai sebenarnya antara kita yang berperangai seperti artis-artis berkenaan?

9 comments:

al-fakir said...

Salam,
Setiap manusia diberi pilihan...sebagaimana firman Allah swt yg bermaksud:
"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. Asy Syams (8-10)

http://catatanhamba.blogspot.com
*ada latest posting nasihat untuk ulama dan ahli politik.

Ekeng A/L Etong said...

Taubat bukan hanya lafaz atau perbuatan fizikal. Taubat itu ada banyak jenisnya. Kita harus belajar bagaimana cara untuk bertaubat sebenar-benarnya agar benar-benar mendapat keampunan Allah SWT.

AnakMerdeka said...

Bagi AM,yang paling penting kita jangan munafik. Nak tunjuk baik.

Bagus kalau dah bertaubat, tetapi tak perlu beria nak beritahu satu dunia.."aku menyesal, aku menyesal..Allah dah tunjukkan aku cahaya kebenaran"

Dalam masa yang sama, seolah-olah dia mempersendakan hukum agama. Apa tidaknya, bertaubat seolah-olah dibuat barang permainan.

rosnanie said...

tu yang jadi, sekejap bertudung sekejap buka. Nak cover malu sebab dah cakap nak bertudung, pakai la tudung walaupun macam tudung saji.

Apa pun kita sebagai sesama islam, tetap berdoa agar taubat mereka adalah yang sebenar2 taubat dan semoga kita juga akan sentiasa bertaubat daripada dosa2 yang telah kita lakukan

al-fakir said...

sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat...
Allah tidak bersifat seperti manusia yang jemu,bosan,dendam dan kecewa dengan perangai hamba-Nya. Kenalilah Allah...

catatanhamba.blogspot.com

AnakMerdeka said...

al-fakir, kita bukan mempersoalkan, apatah lagi mempertikaikan kekuasaan Allah.

AM bercerita tentang orang yang kononnya telah mendapat cahaya kebenaran dari Allah. Menangis tersedu sedan dan mengaku bertaubat. Tatapi tak lama selepas itu, kembali seperti asal.

Memanglah, seribu kali kita bertaubat, kemudaian buat dosa seribu kali lagi, Allah akan tetap mengampunkan dosa kita jika kita bertaubat kepadaNya.

Tetapi taubat dan ketaatan kita tidak perlu diheboh-hebohkan.

al-fakir said...

masalah heboh-heboh ni...biasalah glamour..dunia sekarang..mengejar glamour..tanpa glomour tak hidup kot....

AnakMerdeka said...

Itulah akibat kalau agama dicampur adukkan dengan glamour, dengan politik, dengan kuasa...dll

al-fakir said...

hidup beragama katakan..semua gerak diam dalam beragama...

SAHABAT-SAHABAT AM