Sana sini, terutama dalam blog-blog pro DSAI orang memperkatakan kononnya ada konsprasi untuk menjatuhkan DSAI seperti tahun 1998. Mereka anggap ini semua konsprasi pihak tertentu ketika DSAI diambang menjadi PM. Ada yang kata ini adalah wayang bahagian kedua yang bahagian pertamanya ditayangkan pada tahun 1998. Orang yang menjadi teraju utama cerita ini ialah Ketua Polis Negara, Datuk Musa Hassan dan Peguam Negara Ghani Patail, selain Datuk Najib dan Rosmah.
Mereka mengatakan bahawa polis Malaysia bersekongkol dengan pemimpin BN. Mereka kata lagi, polis telah diperalatkan untuk memenuhi kehendak pemimpin-pemimpin tertentu. Maka dicananglah cerita kononnya orang tertentu telah memperalatkan anggota polis untuk membunuh Altantunya. Dan dari situ lah timbul konsprasi menjatuhkan DSAI kerana dikatakan DSAI sedang dalam proses mejelaskan kepada masyarakat tentang rahsia yang dia ketahui.
Begitu rendahnya moral anggota polis Malaysia sehingga sanggup mengadaikan profision kepolisian yang sepatutnya bertanggung jawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat. Yang peliknya, orang yang dituduh menggunakan polis untuk membunuh orang Mongolia bernama Altantunya itu tidak pula boleh menggunakan kuasanya untuk mengarah polis menutup kes itu dari pengetahuan orang ramai. Kerana sampai hari ini, dua pegawai polis masih lagi didakwa di mahkamah.
Dari dulu lagi memang mereka tidak percaya polis. Mereka tuduh polis macam-macam. Yang peliknya mereka masih pergi ke balai polis untuk buat aduan setiap kali timbul sesuatu isu. Ada dua perkara aku nak tanya. Pertama, kalau tak percaya polis, kepada siapakah kita hendak percaya? Keduanya, kalau tak percaya yang polis akan buat kerja secara adil, kenapa harus ke balai polis buat laporan bila timbul sesuatu kes?
Pun begitu, aku beranggapan memang ada ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Kita tak lupa tentang bagaimana DSAI di tumbuk oleh KP ketika itu ketika beliau dalam tahanan. Luka ditangan boleh sembuh, tetapi parutnya tetap kelihatan. Lebih teruk lagi jika luka perasaan, tidak nampak luka, tetapi bisanya kekal berpanjangan.
Oleh itu, sesuatu harus dilakukan agar reputasi polis dapat diperbaiki. Memang sukar kalau hendak minta semua org percaya kepada kita, tetapi percayalah kalau kita buat yang terbaik, lama kelamaan kebenaran tetap akan kelihatan.
Dalam kes DSAI ini, aku memang tak percaya adanya konsprasi. Oleh itu pihak polis mesti mejalankan siasatan dengan rapi, dan akhirnya nanti jika ada kes untuk dibawak ke mahkamah, pastikan tidak akan ada ruang untuk orang ramai memperkatakan sesuatu. Kes-kes seperti tarikh dan tempat yang terpaksa diubah beberapa kali ketika perbicaraan tahun 1998 itu diharap tidak akan berulang lagi.
Dalam dunia ini, kalau kita buat baik hari ini, belum tentu esok org akan ingat lagi, tetapi bila sekali kita buat silap, hingga keakhir hayat org akan sebut.
1 comment:
salam mafiakl..
polis tetap polis. MACAM MANA NAK SETTLE NIE. AWAK SALAH NIE.? mungkin hampir rakyat pernah mendengar ungkapan yang sering dikeluarkan oleh mulut2 polis. tetapi saya tidak menyalahkan mereka 100%. iyelah kerja susah, banyak tanggungjawab. gaji kecil. terpaksa lah cari "kerja luar". jika dilihat,memang lah PR selalu munbuat laporan polis tetapi tidak pernah siasatan di buat. contoh kes video lingam. Memang saya kurang percayakan polis tetapi kita terpaksa melaporkan kepada polis kerana jika tidak melaporkan kita juga bersalah kerana tidak melaporkan kepada polis jika berlaku kesalahan..
sudah lah kita tunggu dan lihat.
Post a Comment