Sunday, November 29, 2009

Antara Dua Doa

Jika dibandingkan dengan Nik Aziz, AM sebenarnya tidak layak langsung untuk berbicara soal agama. Nik Aziz terlalu tinggi ilmu agamya. Dia juga pasti tahu bahawa Nabi Muhammad saw tidak pernah berdoa agar Allah menurunkan kecelakaan kepada musuh-musuh baginda.

Setiap kali bila sesuatu perkara berlaku ke atasnya, Nik Aziz akan samakan dirinya dengan Nabi Muhammad S.A.W. Bila dia kena kritik (dia kata kena fitnah) cepat-cepat dia kata, Nabi Muhammad dulu pun teruk kena fitnah.

Yang menghairankan, kenapa Nik Aziz tidak ikut cara Nabi Muhammad berdoa untuk kesejahteraan musuh baginda? Kenapa Nik Aziz sanggup menyuruh pengikutnya berdoa agar dijatuhkan bencana kepada orang lain?

AM sedikitpun tidak hairan dengan apa yang berlaku. Yang mungkin boleh membuatkan AM terkejut beruk ialah kalau tiba-tiba Nik Aziz mengajak rakyat agar bersatu padu, hormat menghormati dan saling berdoa untuk kesejahteraan saudara seagama yang lain.

Sebenarnya telah banyak sembahyang hajat dan doa dibaca oleh pemimpin PAS agar dijatuhakn bencana kepada pemimpin-pemimpin kerajaan. Dulu masa Anwar Ibrahim dipecat, diadakan sembahyang hajat agar Allah menurunkan bencana kepada Dr Mahathir. Keberkenanannya, hanya Allah yang mengetahui.

Memang benar, "Allah akan menunaikan apa sahaja yang diminta oleh hambanyanya".

Tetapi ianya tidak bermaksud kita boleh, dengan sesuka hati dan sesedap rasa meminta dijatuhkan bencana kepada orang lain. Bukan itu yang diajar oleh agama.

AM juga nak tahu, apakah faktor yang menentukan 'kemakbulan' doa seseorang. Dari laporan, diberitakan Nik Aziz meminta rakyat berdoa agar Allah membuka pintu hati Datuk Seri Najib, untuk menganugerahkan royalti minyak kepada Kelantan. Jika tidak, dia minta rakyat berdoa agar diturunkan bencana kepada Najib.

Apa yang AM faham, perkataan "jika tidak" itu memberi maksud, 'jika doa untuk membuka pintu hati Datuk Seri Najib tidak termakbul'.

Jika doa membuka pintu hati Najib boleh dimakbulkan, mengapa perlu ada doa kedua memohon didatangkan bencana?

Jika dia merasakan doa untuk membuka pintu hati tidak akan dimakbulkan oleh Allah swt, apa pula yang menyebabkan dia begitu yakin bahawa doa mendatangkan bencana 'pasti' akan termakbul?

Jika selama ini pengikut fanatik Nik Aziz marah bila ada orang 'mengaibkan' nama tok guru itu, sekarang mereka harus tahu bahawa Nik Aziz sebenarnya telah mengaibkan namanya sendiri sebagai pemimpin dan tokok agama yang dihormati.

13 comments:

tin kosong said...

Jika selama ini pengikut fanatik Nik Aziz marah bila ada orang 'mengaibkan' nama tok guru itu, sekarang mereka harus tahu bahawa Nik Aziz sebenarnya telah mengaibkan namanya sendiri sebagai pemimpin dan tokok agama yang dihormati.

suratkhabar tajaan BN DAN blog-blog pro BN mengaibkannya!!!!!???????

AnakMerdeka said...

Akhbar Harakah dan blog-blog pro PAS juga menyiarkan berita yang sama.

Adakah bermaksud Harakah dan penyokong PAS juga mengaibkan nama Tok Guru?

tanpa nama said...

akhbar harakah.blog pro PAS atau blog pro TGN tidak mengaibkan tetapi menyokong serta mengukuhkan kedudukan beliau...bukan mengaibkan dengan mengulas melebihi daripada kenyataan sebenar...!!!!!!???????????

ahzab said...

Orang yang taksub sudah tidak dapat melihat kebenaran walaupun kebenaran ada di depan mata.

Anonymous said...

AM,

1.Baca blog Dr.M? Pasal UMNO yang yang busuk hingga ke ususnya..Bukan Dr.M kata tapi bekas orang kanan dalam UMNO.Itu realiti dan memang skil Dr.M nak provok supaya UMNO segera bangkit.

2.AM..usahlah ko cerita masalah orang pembangkang ni..Ko patutnya bagi kejut pada puak-puak UMNO/BN ni supaya terjaga dari tidor.Plan la macam mana nak tarik sokongan supaya semua masyarakat kembali menyokong perjuangan UMNO/BN.

3.Blog Parpu dah start lantang bantai kaw-kaw puak-puak UMNO yang sedang tidor.AM tak kanlah masih lagi mencecer pasal karenah pembangkang tapi karenah puak sendiri terbiar tanpa siapa nak tegur,nak bagi kejut, nak bagi berdesing nak bagi jalan kerja dengan cepat, cekap bersih serta amanah.

4.Aku dah provok AM supaya lantang sikit bila bab cerita pasal UMNO ni..jangan sembunyi habuk bawah karpet.bagi bersih semua buang dalam tong sampah.Kalo boleh guna vakum..gunakanlah..

5.Korang UMNO kalo masih simpan orang rasuah,masih simpan peguam negara yang dah tak balance, masih simpan orang yang gil kuasa,gilan pangkat, gila harta serta wang..alamatlah..seperti kata DR.M..masa semakin suntuk untuk UMNO bangkit.

6.UMNO tak akan bangkit kalo masih cari kelemahan orang lain padahal kelemahan itu adalah kelemahan yang sama dialami UMNO.Sekarang tren perlu berubah bilamana rakyat hendakkan pejuang sejati..

7.kalo boleh buat demontrasi pasal pembangkang salah guna kuasa, UMNO juga perlu buat demontrasi bila kerajaan salah guna kuasa, ada unsur rasuah bila buat projek,membazir sana sini..spin rakyat sana sini..

8.Ada berani ke??ke masih nak bodek..nak jaga hati..nak cover line..banyak isu rakyat yang dibawah kerajaan pusat yang masih tak selesai..yang pi sibuk cari masalah pembangkang buat apa..biar pi lah pembangkang tu leka dengan kuasa yang dia ada..yang kita sibuk pi check and balance depa tu..eemmm..alamtlah..mereka sentiasa peka dan lambat lah UMNO akan dapat ambil kesempatan..kerana UMNO telah jadi check and balance untuk puak pembangkang..puak sendiri kucar kacir tak ada siapa yang nak tengok..

9.Tu yang Dr.M kata..semakin busuk hingga ke ususnya..pembangkang pulak makin aktif disepak terajang oleh UMNO/BN..maka banyaklah masterplan untuk menangkisnya sampai tahap mereka akan semakin dipercayai bila mereka dapat mengatasi segala sepak terajang UMNO/BN.

10.patutnya pengkhianat UMN yang didalam itu yang perlu disepak terajang,master-master dalam kerajaan yang memburu harta,wang serta pangkat tu juga disepak terajang..barulah rakyat yakin dengan kerajaan..menyokong perjuangan kerajaan melalui UMNO..ini sibuk pasal nik aziz,sibuk pasal husam musa,sibuk pasal lim guan eng..sibuk pasal Khalid,sibuk pasal lim kit siang,DSAI, Komunis dan lain-lain.

11.pasal rumah rakyat terbengkalai,bank2x cekik darah,peniaga kecil susah nak cari makan,hartanah dah dibolot cina, samua peluang niaga makin sempit di ratah cina..pak-pak menteri bolot peluang rakyat untuk kroni..pasal pengangkutan awam,pasal anak-anak sekolah..pasal banyaklah hal rakyat..

12. Bila hang nak bantai kaw..kaw??pernah panjat Kementerian pi sergah pegawai or pak menteri agar pikir pasal rakyat..jangan pikir pasal projek untuk kroni???kalo tu orang UMNo dah boleh buat..Gua respek dan percaya UMNo boleh bangkit..tapi kalo masih bodekkk..haaaa..haaa..naya lah UMNO..

wasalam..t.kasih

anon tanpa nama'-ikhtiar selagi bernyawa

AnakMerdeka said...

Anonymous,

Topik yang AM buka sekarang berkenaan dua doa.

Sorry AM tak komen perkara lain dari topik.

bulan said...

siapa kata rasulullah dulu tidak pernah mendoakan kecelakaan orang lain, pi kaji sejarah balik dan AM akan dapat hadis mana yang menyebutkan yang rasulullah juga pernha berdoa ketika teruk dianiaya

Anonymous said...

AM,

1.Memanglah topik ko tu topik pasal doa.Pasal doa2x ni terutama pasal doA NIK AZIZ tak akan merubah UMNO.

2.Aku cuma provok ko supaya lepas ni topik membela kepentingan rakyat.bukan asyik cerita nik aziz,lim guan eng,nizar pengkhianat,lim kit siang, DAP,PKR PAS dan lain-lain..

3.Ha tu sekarang isu pasal parking di putrajaya nak kena caj.Aku orang gov. tak boleh lantang sangat tapi orang mcm ko boleh lah tolong perjuangkan.Dah lah kita nak berurusan dengan kementerian di putrajaya jauh,banyak lalu tol pastu parking nak bayar lagi.

4.Belum lagi cerita susah payAH cari pejabat,turun naik pejabat pastu pegawai yang nak jumpa sibuk,ambil masa lama..untuk satu urusan je siksa dengan masa serta kos.

5.Kalo orang yang tak mahir dengan IT lagi payah tak tahu nak guna khidmat online..dalam hal ni aku tak taulah apa pendirian pejuang2x UMNO???masih nak bodek ke??

6.Kalo ko pejuang bagi pihak UMNO serta kerajaan tolonglah usahakan..caj parking ni bukanlah isu besar sangat bagi aku..tapi jika nak tunjuk kita UMNO pejuang rakyat..inilah masanya ambil berat masalah rakyat..tak dapat banyak..dapat kurang pun jadilah..

7.Sory..off topik lagi..bukan apa..aku nak bagi tau beza antara berjuang untuk rakyat dengan berjuang untuk puak2x parti yang disokong tambah pulak bila nak bodek serta ampu..berjuang hanya nak musnahkan parti lain demi menaikan parti sendiri..aleh.aleh..rakyat yang kena spin..baik UMNO baik pembangkang sama 2x5..5x2..lari mulut harimau..masuk mulut buaya..rakyat juga yang tertipu..

wasalam..t.kasih..

'anon tanpa nama'-ikhtiar selagi bernyawa

tin kosong said...

jelas dan mantop. terdiam dan terkedu si AM ni....

AnakMerdeka said...

Pasal provoke tu AM tak makan provoke.

Lagipun permintaan anonymous agar AM turut hentam pemimpin UMNO, AM dah jawab dalam posting yang lepas. Pergi check semula (kalau rajin).

Bila AM jawab, anonymous pulak menghilang (entah baca ke tidak apa yang AM tulis). Dan bila AM hentam pemimpin UMNO, tak nampak pulak bayang anonymous. Sebab itu AM malas nak layan komen-komen murah seperti anonymous tulis tu.

Jika anonymous harap AM akan mengutuk pemimpin UMNO (PAS) tanpa asas dan tanpa bukti, sekali lagi AM minta maaf. Anak2merdeka dibuat bukan untuk menghentam orang tanpa usul periksa dan menabur fitnah.

AM dah kata (dalam jawapan yang lepas) kalau anonymous ada bukti tentang salah laku pemimpun UMNO, tetapi tak sampai hati untuk dedahkan, maka serahkan pada AM agar AM dedahkan dalam blog ini.

Dan lagi, kalau nak cari blog macam tu (siang malam hentam orang), ada berpuluh atau beratus lagi dalam internet. Kalau tak jumpa, beritahu AM. Nanti AM beritahu address dia.

lara nur said...

AM mantapkan iman jangan layan sangat provok murahan camtu...ramai lagi yang menyokong anda di belakang

AnakMerdeka said...

Terima kasih lara_nur... comelnyeeerr kucing..:)

warisan ksl said...

salam!aku dah lama dengar pemimpin pembangkang mengatakan UMNO tu parti rasuah.memerintah negara dengan cara macam bapak diorang punya.Sampai aku tengok beria-ria TGN BERDOA SAMPAI MACAM TU.Tapi aku tak nak komen pasal TGN pasal orang pembangkang cakap dia ada keramat la dan macam-macam lagi.Cuma aku nak flash back kembali "SIAPA YANG MENGGELAR MAHATHIR DULU SEBAGAI FIRAUN(MAHAFIRAUN) BUKAN KE PEMBANGKANG.Sebab diorang cakap Mahathir nak perintah Malaysia sampai mati.Tetapi akhirnya Mahathir lepaskan juga jawatan PM.aKU RASA UMUR TGN dengan Tun Mahathir tak jauh berbeza.Jadi siapa yang sekarang ni yang masih memerintah Kelantan.Bukan ke TGN?Aku teringat ustaz mengajar dan ceramah dimasjid(Ustaz PAS juga yang cakap) dia cakap Kalau seseorang itu menuduh perkara yang tidak betul ke atas orang lain maka perkara tersebut akan berbalik kembali kepada diri si penuduh tersebut.Tapi bagi aku, tak pa kita tahu siapa yang hendak terus memerintah walaupun umur dah lanjut dan senja.Biarkan......... Si LUncai terjun dengan Labunya.....
Bagi aku setiap tuduhan yang dibuat mestilah ada bukti.Kalau pemimpin UMNO rasuah beritahu siapa orangnya.Buat laporan Polis,SPRM panggil press luar negara ke,apa2 aje la untuk buat kenyataan.Panggil peguam untuk saman.Fikirkan sahaja apa sahaja sumber yang boleh.Kalau boleh minta bantuan negara asing seperti Australia(oops Anwar baru sebut),Amerika ke tak kisah la asalkan semua pemimpin UMNO yang dikatakan rasuah,pecah amanah boleh didakwa dan dijatuhkan.Mana tahu DENGAN MEMINTA BANTUAN ASING menyebabkan doa TGN boleh makbul.Jangan tahu bercakap sahaja tapi bila suruh kemukakan bukti habuk pun tiada.Dari tahun 1997 hingga sekarang Berkotak-kotak dokumen rasuah pemimpin-pemimpin UMNO yang Anwar war-warkan satu habuk pun tiada.Yang kelakarnya Ketua Pemuda DAP punyalah bodoh buat sidang akhbar mendesak SPRM menyiasat dan mendakwa siapa yang meluluskan tender pembaikan kerosakan kereta secara terus dari tahun 1994 hingga 1998 yang mana BIL membaiki kerosakan mencecah satu kereta kerajaan adalah RM18,000 bagi satu kereta.Tapi apabila dikeluarkan fakta yang menjadi menteri kewangan pada ketika itu adalah DSAI maka dia terdiam.Ini dikatakan akibat suka membangkang hingga buta sejarah,buta fakta dan akhirnya malu diri sendiri.
Aku TABIK KAT PM...
Beliau berkata "Sebab tu Dato Seri Najib Tun Razak
dalam ucapannya"Mengnakhodakan zaman" pada Perhimpunan UMNO BARU-BARU NI dia cakap kita sebagai ahli umno
"demi mencapai matlamat yang paling penting kita mesti mengenal pasti kelemahan dan kekuatan..Kelemahan perlu dibaiki manakala kekuatan sedia ada perlu dikukuhkan dan dimantapkan.Jika UMNO tidak terus melakukan proses ini,UMNO akan dilihat sebagai sebuah parti yang terus-terusan berada dalam PENAFIAN.Usaha pembaharuan ini amat menuntut kita untuk menggilap semula idealisme perjuangan."

Jadi UMNO berani mengakui kesilapan dan mula menghantar bermula daripada pemimpin tetinggi,pemimpin bahagian,cawangan dan seterusnya ahli-ahli ke kursus Biro Tata Negara(BTN.Tujuan untuk mengenal pasti kesalahan dan menaikan semangat dan nilai diri berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan kontrak sosial selama ini.
Kenapa Pembangkang takut dengan BTN.Ini kerana seperti juga dengan kerajaan bukan semua penjawat awam itu penyokong kerajaan dan bukan juga penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan negeri dibawah pembangkang itu menyokong pembangkan.Tapi yang nyata Kerajaan BN tidak pernahpun menyekat penjawat-penjawat awam yang bekerja dengan mereka untuk menghadiri ceramah atau kursus yang dianjurkan pembangkang.Tapi yang nyata Kerajaan pembangkang sanggup mengharamkan penjawatnya menghadiri kursus BTN.
Jadi seperti kata Nabil"Lu pikir la sendiri..."

SAHABAT-SAHABAT AM