Posting ini bukanlah untuk mengajar ilmu tasauf DAN juga BUKAN untuk menyuruh orang mengengkarinya.
Apa yang hendak AM perkatakan ialah, tentang ketaksuban segelintir orang mempelajari ilmu tasauf dan ketaksuban mereka kepada golongan yang mempelajar/mengajar ilmu tasauf sahingga mewujudkan seolah-olah satu jurang antara mereka dengan penganut agama yang sama, tetapi tidak mempelajari ilmu tersebut.
Istilah "tasauf", sering di tafsir dengan bermacam-macam erti. Berasal dari tiga huruf Arab, sha, wau dan fa. Banyak pendapat tentang alasan asalnya dari sha wa fa. Ada yang berpendapat, kata itu berasal dari shafa yang berarti kesucian. Menurut pendapat lain kata itu berasal dari kata kerja bahasa Arab safwe yang berarti orang-orang yang terpilih.
Imam Ghazali menyebut tentang Ilmu Tasauf sebagai,
"Ilmu Tasauf itu selain dari bersangkut dengan Ilmu 'Aqli ia juga bersangkut dengan Ilmu Syari'i. Gabungan dua bahagian ilmu inilah yang melahirkan Ilmu Tasauf. Dengan kata lain Paduan "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" dan "Ilmu Hasil Daripada Amalan" itulah dinamakan "ILMU TASAUF" Tetapi asal Ilmu Tasauf ini lebih jauh lagi perbincangannya yang melibatkan ilmu yang khas yang melahirkan hal-ehwal ilmu mereka yang tidak akan ditemui oleh mereka yang tidak mengikuti disiplin pengajiannya."
Kesimpulannya, ilmu tasauf adalah peringkt/tahap kedua dalam amalan agama. Ilmu Syarie/Syariat yang kita amalkan sekarang ini juga adalah amalan yang diterima oleh Allah.
Seperti yang AM perkatakan dari awal, posting ini bukan bertujuan untuk mengajar atau menafikan ilmu tasauf. (diulangi, bukan untuk mengajar atau menafikan)
Apa yang AM ingin perkatakan ialah, JANGAN sampai ada antara kita menyalah gunakan KELEBIHAN yang dikurniakan oleh Allah. JANGAN gunakan harta untuk menghukum orang miskin, pangkat untuk menghukum orang bawahan, atau ilmu untuk menghukum orang jahil.
AM selalu menggunakan istilah, BENDA YANG BAIK HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN CARA YANG BETUL.
Ada segelintir manusia (orang melayu) yang menggunakan kelebihan mempunyai ilmu tasauf untuk sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum dan memandang rendah golongan yang tidak setaraf dengan mereka. Lebih dari itu, mereka mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai, malah ilmu tersebut digunakan dipentas-pentas politik bertujuan untuk mencari pengaruh dan bukan digunakan untuk mendidik masyarakat. "Akulah orang alim maka percayalah aku".
Banyak ungkapan-ungkapan orang-orang yang (kononnya) mempelajari tasauf, boleh mengelirukan masyarakat yang rata-rata tidak 'sampai' lagi 'ke makam' itu.
AM pernah diberitahu, bahawa kita boleh menikahi seseorang tanpa perlu akad nikah, cukup sekadar 'nikah batin'. Jika mereka membicarakan soal nikah batin itu dikalangan yang juga mempelajari ilmu tasauf, mungkin lain maksudnya. Tetapi bayangkan jika ungkapan itu didengar dan dikuti oleh remaja? Nikah batin tanpa perlu akad nikah.
Yang terbaru, Mursyidul Am PAS memberitahu bahawa ada orang mengambil seliparnya untuk mendapat berkat. AM berbahas panjang dengan orang yang katanya tahu tentang ilmu tasauf dan katanya lagi 'berkat' itu perlu ditafsir mengikut cara tasauf. Lalu sekali lagi AM ingin bertanya, bagaimana jika ungkapan 'ada berkat dari selipar' itu didengar dan dikuti oleh remaja yang cetek ilmu agamanya? Lalu diapun berhujah "kalau begitu, maka belajarlah ilmu tasauf".
Dalam kita membicarakan soal fahaman wahabi AM rasa kita harus juga membicarakan tentang orang-orang yang berbicara menggunakan ilmu tasauf mereka.
Kedua-duanya tidak sesat (selagi tidak menyekutukan Allah), cuma AM khuatir ada segelintir orang yang teringin sangat untuk mempelajari fahaman wahabi atau ilmu tasauf telah tersasar dari landasan dik kerana ketaksuban mereka untuk menjadi lebih pandai dari orang lain. Bukan belajar untuk mendapat keredaan Ilahi.
Ilmu Tasauf tidak salah. Yang AM takut, pengamalnya yang salah. Belum habis mengaji tetapi sudah rasa diri terlalu hebat dan merasa orang lain terlalu jahil.
Ilmu Tasauf tidak salah. Yang AM takut, pengamalnya telah tersalah tafsir tentang apa yang diajar, lalu dia menyampaikannya pula kepada orang lain. Akhirnya semua jadi tunggang langgang.
AM ingin menasihatkan orang yang ingin belajar ilmu tasauf, buatlah dulu amalan-amalan wajib yang tersurat. Lakukan terlebih dahulu amalan-amalan seperti yang termaktub di dalam rukun Islam.
Bertatihlah berjalan setapak demi setapak sebelum berhasrat untuk menjadi pelari pecut.
4 comments:
AM memang hebat......
syukur kami..semua yang belajar tasauf semunya bodoh,jahil,hina dan tidak mempunyai apa-apa....
Teruskan..dgan sifat "annaniyah" kamu insyaAllah kamu akan "selamat"....
selepas ini tiada komen lagi daripada saya kerana saya bodoh,jahil,hina dan tidak mempunyai apa-apa....
tersilap membuka ilmu...namun..mudah-mudahan suatu masa nanti pemilik blog terbuka hati untuk mencari solat yang khusyuk, hati yang tidak keras, jiwa yang ingin belajar perkara yang lebih dalam....
catatanhamba.blogspot.com
terlupa nak info,
jika hati sudah terbuka utk mengetahui itu semua lawatilah blog saya catatanhamba.blogspot.com then carilah seorang guru..yang boleh mendidik nafsu anda.....agar nafsu anda khusyuk dalam semua ibadat dan insyaAllah sama-sama kita selamat di alam kekal abadi. amin
dari:hamba Allah yang yang fakir lagi jahil...
Rasanya AM dah komen tulisan alfakir beberapa hari yang lepas, tetapi kenapa tak keluar?
Tak mengapa, biar AM komen sekali lagi.
AM tidak pernah menghina atau menganggap orang yang mempunyai ilmu tasauf sebagai bodoh dan jahil. Sila baca betul-betul tulisan AM.
Dua perkara yang AM tekankan.
Pertama, orang yang mempunyai ilmu tasauf tidak boleh bercakap berpandukan apa yang dipelajari dari ilmu tasauf kepada orang-orang yang tidak mempelajarinya.
Dikhuatiri, maksud yang hendak disampakan tidak kesampaian, malah masyarakat akan memahami dari persepsi yang salah. Akhirnya mereka akan keliru dan sesat.
Keduanya, ahli agama tidak seharusnya berada di atas pentas politik dan menggunakan agama itu untuk mencari pengaruh (kerana itu yang ahli politik mahukan)
Ahli agama sepatutnya beperanan lebih besar dari sebagai ahli politik. Mereka sepatutnya menegur dan mendidik masyarakat tanpa ada 'muslihat' yang tersembunyi.
Sememangnya saudara al-fakir pakar putarbelit.kebanyakan komen dan hujah saudara al-fakir tak matang,sebahagiannya sekadar 'copy-paste' , nampak meyakinkan tapi hakikatnya saudara al-fakir ketandusan idea lantas berselindung dsebalik dalil 'copy-paste' yg panjang berjela tanpa usaha penerangan jelas lebih malang lagi hampir keseluruhan nya mengelirukan serta lari dari topik perbincangan.
Post a Comment