Tuesday, November 10, 2009

Ayah Mertuaku..

Di luar negara, seorang isteri bekas presiden dilantik sebagai Setiausaha Negara. Tidak ada orang mempertikaikannya. Tidak ada orang tuduh dia menggunakan 'cable' suaminya untuk mendapat jawatan tersebut.

Di Malaysia, menjadi menantu orang kenamaan, terutamanya jika orang kenamaan tersebut adalah pemimpin parti politik, kehidupannya akan menjadi semakin rumit. Mungkin tidak seindah seperti yang mungkin dia idamkan.

Keadaan akan menjadi semakin rumit jika jodoh dia adalah anak Perdana Menteri atau menteri dari UMNO.

Khairi Jamaluddin, bukan sahaja dikecam oleh parti pembangkang malah dia turut menjadi bahan cacian ahli UMNO sendiri. Sebabnya ialah kerana dia menantu Pak Lah. Kesilapan sedikit, akan membawa malapetaka besar bukan sahaja kepadanya secara individu malah kepada parti yang bapa mertuanya terajui.

Tetapi menantu/anak pemimpin dari komponan BN yang lain, nampaknya lebih bernasib baik. Begitu juga dengan anak dan menantu pemimpin pembangkang.

Menantu Nik Aziz telah menjadi Pengarah Urusan syarikat milik kerajaan negeri sejak sekian lama. Anak Sammy Vellu juga menjadi orang nombor satu syarikat milik MIC. Anak dan isteri Anwar Ibrahim menjadi orang penting dalam parti PKR.

Jika bukan kerana penyiasatan SPRM terhadap syarikat milik kerajaan Kelantan itu, rasanya ramai termasuk ahli PAS sendiri yang tidak tahu bahawa menantu Nik Aziz adalah pengarah urusan syarikat berkenaan. Jika dia menantu orang UMNO, sudah pasti bapa mertuanya akan dituduh mengamalkan kronisme dan napotisme.

Jika Presiden UMNO mempunyai anak/menantu atau isteri dalam majlis tertinggi UMNO atau dilantik menjadi menteri kabinet, rasanya 'kiamat akan lebih cepat datang'.

Itulah keadilan dunia.

9 comments:

Musafir Kelana said...

orang politik ke (PAS,UMNO,PKR,DAP,MCA,MIC dll), ulama ke, presiden ke, CEO ke, Manager ke, Pengarah ke, Sultan ke..semua mereka ini mengamalkan kronisme..because why? sebab survival, kepercayaan dan keyakinan.
jika kita sebagai pemimpin, siapa yg hendak kita percaya utk diberikan amanah?
Isu memasukkan pengikut/penyokong dlm membantu merealisasikan agenda tidak boleh lari dan kena buat..jika tak...hancur dan kena tikam ikut belakanglah jika salah pilih pengikut/pembantu....


catatanhamba.blogspot.com

Anonymous said...

AM,

1.Haaa..haaa...aku gelak besar..mana-mana aku komen dalam blog sapa-sapa pun penilaian aku pada orang politik dan semua dari kita dalam masyarakat kita..'sama je 2x5' baik melayu,baik bukan melayu, baik UMNO baik PAS, baik pembangkang baik apapun semuanya sama je perangai 2x5..

2.2x5 AM..2x5..andaian aku AM pun 2x5 dan kita pun 2x5..haaa...haaa..semuanya kerana negara kita semakin maju,canggih dan moden yang menuntut kita bekerja keras,berusaha dan buat segala-galanya demi kehidupan didunia...

3.Yang membezakan kita adalah amalan untuk akhirat jee..yang Allah akan nilai..haaa..haaa..aku gelak...korang semua terutama dalam politik semua sama..menipu,kaki ampu,temberang,songlap,bodek,rasuah,salah guna kuasa dan blaaa..blaaa..nak nampak baik..sumbang sana,sumbang sini,jumpa rakyat salam,bagi bantuan,bagi itu,bagi ini biarnya semua orang suka dan sanjung..lepas tu senyap-senyap ikut belakang..songlap...haaaa..haaa

4.Aku dah biasa dah dengan masyarakat kita terutama orang politik..tapi kerana politik juga kita boleh hidup..jadi aku pun sokonglah juga..haaa..haaa

wasalam..t.kasih,

'anon tanpa nama' ikhtiar selagi bernyawa

AnakMerdeka said...

AM bersetuju dari satu sudut bahawa peratusan kepercayaan kita terhadap orang yang ada talian persaudaraan dengan kita, adalah lebih tinggi berbanding dengan orang yang baru kita kenal.

Memanglah pandangan kita semua akan pasti berbeza.

Cuma AM rasa, ada antara kita tak cukup adil.

Bila orang UMNO 'lebih percaya' anak atau menantu dia, kita (termasuk ahli UMNO sediri) akan kutuk kiri kanan depan belakang.

Tetapi jika perkara yang sama berlaku terhadap pemimpin pembangkang, kita akan 'komen dengan nada yang cukup bertimbang rasa'

Disitu lah bezanya antara 2x5 dengan 5x2.. :)

Anonymous said...

AM,
1.ada pepatah 'sayang anak2x tangan-tangankan' 'sayang menantu disindirkan'.macam tulah kita..sepatutnya macam AM nilah bila sayang dengan bangsa,agama dan negara maka tak kira siapa baik UMNO baik PAS yang penting kita sebangsa,seagama dan senegara akan membetulkan mana-mana keadaan yang tak betul secara lantang sekiranya perlu. Kalo dalam UMNO tu sewajarnya AM bantai Kaw..kaw..(kalo dgn anak guna rotan)..manakala dengan PAS tu maka AM sindir-sindirlah atau nak lebih berani bantai kaw..kaw..juga..demi bangsa,agama dan negara.

2.Ini yang aku lihat ko banyak cover line dalam UMNO..tapi banyak nak bantai puak yang melawan ko..mana ko punya jati diri sebagai orang yang menyayangi agama,bangsa dan negara?

3.Anak-anak ko sendiri banyak buat salah ko setakat jentik jee..nak jerit takut,nak sergah takut,nak rotan takut,nak cubit takut..orang komplen anak ko siap cover lagi tak nak mengaku anak ko nakal..lepas tu tuduh anak orang lain pulak lebih nakal,kalo ada isu anak ko ko siap sorok nak tutup malu , nak tunjuk keluarga ko baik...(inilah budaya kita AM).

4.tapi bila bab anak orang lain peehhh..bukan main lagi itu salah,ini salah..tak betul sana..tak betul sini...sepatutnya kita kena jadi juara dalam membetulkan semua keadaan yang bercelaru dalam masyarakat kita,budaya politik kita,ekonomi kita, hubungan sosial kita..dLL

5.Jangan jadi penyokong yang membuta tuli...kalo tak kita jadi 2x5...5x2..haaa..haaa..itulah budaya kita..suka sorok masalah kita bawah karpet, masalah orang kita taburkan..baik dalam UMNO..baik dalam PAS..mahupun PKR..'spin' dan 'spin' 2x5,5x2..memang semakin rosak kita ni..

wasalam...t.kasih..'

anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa

AnakMerdeka said...

Sebenarnya tanggapan anon je yang rasa AM cover line. Rasanya dalam tuisan AM sebelum-sebelum ini, AM kutuk je perbuatan 'nakal' orang UMNO.

Cuma satu nak tanya anon, siapa sebenarnya yang mengamalkan sikap "suka sorok masalah kita bawah karpet, masalah orang kita taburkan"?

Siapa yang kutuk menantu orang, tetapi menantu sendiri diberi jawatan dalam syarikat milik kerajaan? Siapa yang tuduh orang lain mengamalkan napotisme tatapi sebenarnya dia yang sedang mengukuhkan kedudukan dengan melantik anak isteri sebagai orang kanan parti?

Musafir Kelana said...

tgk first komen saya kat atas kenapa dan mengapa...

iDAN said...

“Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan curi tapi nak ambil berkat. Selipar saya di rumah saya tak boleh letak bawah, letak habis tak dok (hilang),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.

Faham betu-betul ayat itu; TG Nik Aziz tak kata pun seliparnya boleh membawa berkat!, Tak ada kena mengena pun TG Nik Aziz bilang seliparnya memberi berkat.

Samalah kalau penagih dadah curi barangan kita, kita pun kata dia bukan curi dia nak beli dadah; bukan kita yang hisap dadah atau pengedar dadah pencuri itu yang hisap dadah melalui duit barangan yang dicurinya.

Pening!???!

AnakMerdeka said...

iDan,

senang je nak hilang pening.

Dari segi taknikal atau undang undang, tuan punya selipar atau tuan punya duit (yang kena curi oleh penagih dadah itu) tidak salah.

Tapi dari segi moral, lebih tepat lagi dalam kes selipar Nik Aziz, dia adalah penceramah agama terkenal. Tiap minggu dia adakan kuliah. Dalam 21 tahun memerintah, tidak pernahkah dia selitkan ajaran berkenaan kurafat? Apa sebenarnya yang dia ceramahkan?

AM tidak menuduh (kerana mungkin wartawan tidak menulis dengan tepat) tetapi kalau betul dia kata "dia bukan curi, tetapi nak ambil berkat", nadanya seperti riak.

Tidak ada sedikitpun gambaran perasaan marah, kalaupun bukan kerana selipar kena curi, tetapi sebab orang percaya seliparnya boleh bawa berkat.

Musafir Kelana said...

Tapi dari segi moral, lebih tepat lagi dalam kes selipar Nik Aziz, dia adalah penceramah agama terkenal. Tiap minggu dia adakan kuliah. Dalam 21 tahun memerintah, tidak pernahkah dia selitkan ajaran berkenaan kurafat? Apa sebenarnya yang dia ceramahkan?

..AMBIK CUTI DAN P DENGAR SENDIRI APA YANG DIAJAR...LAMA SUDAH SAYA SURUH...

AM tidak menuduh (kerana mungkin wartawan tidak menulis dengan tepat) tetapi kalau betul dia kata "dia bukan curi, tetapi nak ambil berkat", nadanya seperti riak.
....TIDAK MENUDUH CUMA KATA SAJE KAN?

Tidak ada sedikitpun gambaran perasaan marah, kalaupun bukan kerana selipar kena curi, tetapi sebab orang percaya seliparnya boleh bawa berkat.

...NAK BISING JUGAK KE BENDA BEGITU?

AM-AM-AM....

SAHABAT-SAHABAT AM