Sunday, November 8, 2009

Bai'ah Dalam PAS

Datuk Seri Haji Hadi Awang, Presiden PAS dalam ucapannya semasa seminar khas PAS semalam berkata, tidak ada amalan bai'ah dalam PAS seperti yang dilaporkan.

Isunya timbul bila ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat pengakuan bahawa adanya amalan bai'ah dalam PAS iaitu semua wakil calon diminta mengangkat sumpah (lebih kurang sumpah lahat juga gamaknya) iaitu tercerailah isteri mereka (calon)dengan talak tiga, jika mereka melompat parti setelah memenangi pilihanraya.

Kita tidak tahu siapa yang berbohong.

Tetapi bila ramai pemimpin PAS mengakuinya dan Ketua Dewan Muslimat PAS juga mempertahankan/menyokong amalan bai'ah, maka seolah-olah memang wujud amalan bai'ah dan sebenarnya Hadi Awang yang menipu. Terserahlah kepada persepsi masing-masing untuk membuat penilaian.

Apapun secara peribadi AM rasa amalan tersebut (bersumpah) memang berlaku dalam PAS.

Dulu bila orang memperkatakan tentang kesetiaan pemimpin PAS yang tidak seperti pemimpin BN dan PKR yang suka melompat-lompat parti, teori AM ialah, ahli PAS telah dididik sejak muda untuk taat kepada pemimpun dan perjuangan parti. Kesetiaan itu menebal sehinggalah setelah menjadi pemimpin. Sabab itu kita lihat terlalu jarang (mungkin tidak pernah berlaku) pemimpin PAS keluar parti dan menjadi anggota bebas atau melompat ke parti lain.

Pendedahan Khalid Samad itu menjawab segala kemuskilan kita selama ini. AM tidak tahu menilai dari sudut agama kerana AM bukan pakar agama, tetapi dari segi moral AM rasa dengan memperjudikan rumah tangga (isteri) disebabkan kuasa, samalah juga nilainya dengan mempertaruhkan isteri oleh kaki judi yang pernah kita tonton di dalam filem. "Ambil isteri aku, hutang kira selesai"..Nauzubillahiminzalik...

9 comments:

Anonymous said...

Bila agama letak kat lutut, macam tu lah. Tapi pelik kan, kenapa MB Khalid yang bersuara?;)

AnakMerdeka said...

Zhafrie, bukan Khalid Ibrahim tetapi Khalid Samad...Dua orang yang berbeza, nama sama tetapi ayah lain-lain.

Musafir Kelana said...

tak betul tuduhan tu...fitnah lg...sampai jatuh talak dengan isteri bila langgar baiah...

AnakMerdeka said...

Apa maksud alfakir bila sebut 'fitnah'?

Ini diakui sendiri oleh kebanyakan ADUN dan Ahli Parlimen PAS dan disokong oleh Dewan Muslimat PAS.

Semalam dalam blog MP Kulim, Ustaz Zulkiflee juga mengesahkan tentang wujudnya bai'ah dalam PAS.

Apa yang fitnah?

Mungkin sebab alfakir merasakan pemimpin PAS setaraf wali, sebab itu tak terfikir dalam fikiran alfakir yang mereka sanggup berbuat sesuatu yang tak boleh diterima oleh akal, semata-mata kerana politik.

Musafir Kelana said...

ada baiah betul tp jika baiah TALAK 3 ISTERI-TAK BETUL. presiden pas sendiri suruh siasat siapa yang SESAT buat hukum baiah semacam tu....

fikir-fikirkanlah...

AnakMerdeka said...

AM dari dulu tetap dengan pendirian, baik orang UMNO mahupun PAS, memang ada yag nakal, memang ada yang 'samdol' dan memang ada yang lebih sudu dari kuah.

Tetapi advantage tetap berpihak kepada orang UMNO sebab, selama ini PAS melebalkan dirinya sebagai parti Islam dan pemimpin mereka siang malam bercakap tentang hukum. Jadi bila mereka 'faul' seperti itu, dengan mudah orang UMNO mendapat 'free kick'.

Jika benar PAS pusat tidak mengeluarkan arahan, kenapa PAS negeri boleh suka-suka beri arahan kepada calon mereka untuk buat bai'ah seperti itu?

Ingatlah, ikatan suami isteri adalah ikatan yang halal dan diberkati oleh Allah. Kenapa hanya kerana politik duniawi, kita sanggup mempertaruhkan ikatan itu?

Musafir Kelana said...

bukan mudah utk menjaga amanah..ahli/murid/pengikut adalah amanah.....

AnakMerdeka said...

Kalau tahu pengikut itu adalah amanah, maka jagalah amanah itu dan tunjukkan jalan kehidupan yang betul dan benar serta diredai Allah.

Kalau tak mampu memikul amanah, berikan kepada orang yang lebih mampu.

Musafir Kelana said...

mereka mendidik dan mentarbiyah dalam ruang lingkup kemampuan...HIDAYAH ADALAH MILIK ALLAH SWT...
NAMUN KERJA MENDIDIK KENA TERUS BERJALAN....

SAHABAT-SAHABAT AM