Tuesday, November 3, 2009

Banyak Betul Silap Mata Di Selangor...


Berita terbaru, Datuk Seri Chua Soi Lek telah mendapat kembali jawatannya sebagai Timbalan Presiden MCA setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan MCA untuk berbuat demikian.

Bagaimana nasib Tiong Lai yang baru dilantik ke jawatan tersebut beberapa minggu yang lepas. Adakah bermaksud MCA kini mempunyai dua orang timbalan presiden?

Hendak dijadikan cerita, Tiong Lai yang baru dilantik sebagai Timbalan Presiden, turut sama mendesak Ong Tee Kiat agar menghormati keputusan EGM MCA yang lepas (bermaksud suruh Tee Kiat letak jawatan la tu).

Pusing sana pusing sini, nampaknya Tee Kiat tak selamat juga. Kini seteru utamanya yang dia hendak sangat dilupuskan, rupa-rupanya kebali berkuasa.

Itu cerita MCA.


Di Selangor lagi hebat silap matanya. Dr Asri (walau apa juga tuduhannya) telah ditahan oleh pihak berkuasa JAIS, semasa 'mengajar agama' disebuah rumah banglow di Hulu Kelang.

Maka berebut-rebutlah umat membuat kenyataan, mengatakan kalau nak kira tak ada tauliah, ibubapa yang mendidik anak-anak juga tak ada tauliah. Mereka lupa, bahawa akad nikah antara sibapa dan ibu, adalah merupakan watikah, tauliah untuk mendidik anak-anak.

Tetapi bila di bawa ke mahkamah keesokan harinya, tiada pertuduhan dibacakan terhadap beliau. Katanya, baru nak disiasat. Harab pihak yang menyiasat, dapat siasat sama, siapa yang bagi tauliah kepada seorang exco Selangor beragama hindu berucap dalam masjid.


Nampaknya ketika seorang yang bergelar ulamak dan juga bekas mufti, dituduh mengajar agama tanpa tauliah, seorang exco hindu diberi peluang 'bersyarah' di masjid. Setahu AM, dimana-mana, orang bukan islam hanya dibenarkan masuk sekadar diluar kawasan dewan sembahyang. Tetapi yang ini, siap berucap dan para 'makmum' tunduk khusuk mendengar.

Silap mata ketiga, juga di Selangor.

Dua tiga hari lepas, semasa menonton laporan sidang parlimen, tetiba mata AM terpandang kepada seorang ahli Parlimen ini. Jarang benar nampak dia (mungkin kerana kita tak berpeluang menonton keseluruhan perbahasan dalam parlimen - tetapi biasanya jika orang itu selalu ambil bahagian berbahas, mesti orang boleh nampak wajah dia). Kalau tak salah soalan dia adalah kepada menteri pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri. AM dah lupa apa yang ditanyakan.

Rupa-rupanya kerana dia mula 'aktif' dalam parlimen, nasib dia menjadi buruk. Orang kata, kalau seseorang itu buat perkara pelik, yang tak pernah dilakukan sebelum ini, dia mungkin 'buag tabiat'. Dia yang AM maksudkan ialah Datuk Abdul Rahman Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam. Hari ini dia didakwa menerima rasuah berjumlah lebih RM80,000 semasa menjadi ADUN (zaman pemerintahan BN).

Sekarang ini orang yang suka makan 'ikan besar', sepatutnya merasa puas kerana banyak ikan besar dah kena tangkap. Dulu orang tuduh kerajaan buat pendakwaan terpilih. Hanya ikan bilis yang kena, tetapi sekarang terbukti, Ahli Parlimen BN juga tidak akan terlepas bebas. Hari ini sahaja enam orang (dari BN dan PR) dihadapkan ke mahkamah atas berbagai kesalahan.

16 comments:

DPR said...

aik..sudah masuk dalam pigang mickropon?...mana al-fakir..boleh komen?

Musafir Kelana said...

dia ceramah agama ke?jika ada tolong hantar..apa yg isi dia ceramah...

AnakMerdeka said...

Kenapa al-fakir? Kalau ceramah agama, apa yang al-fakir boleh lakukan untuk menghalangnya?

AM rasa sejak hari itu al-fakir seolah-olah macam baru pulang dari perantauan, tidak tahu perkembangan yang berlaku dalam negara.

Bila AM tulis tentang pemimpin PAS yang kata, pangkah PAS masuk syurga, dan tuduh ahli UMNO sebagai ahli neraka, al-fakir seolah-olah macam terkejut besar. Betulkah tidak pernah dengar atau saja-saja buat tak tahu?

AM berpendapat walau apa juga bentuk ceramahnya (apatah lagi kalau ceramah politik) bukan tempatnya orang bukan Islam berceramah dalam ruang sembahyang masjid.

Kenapa masih nak menegakkan lagi benang yang basah?

Jika benar berilmu, buktikanlah dengan bersikap jujur. Jangan menghukum, hanya jika orang yang melakukan kesalahan itu bukan dari group kita.

Setahu AM, orang islam yang berhadas (tidak suci), seperti perempuan yang sedang dalam haid, diharamkan memasuki masjid.

Bagaimana dengan orang yang terang-terang tidak beragama islam (yang pada dasarnya tidak suci) dibenarkan memasuki masjid dan memberi ucapan? Atas kebenaran siapa?

Al fakir tanya, benarkah ceramah agama? Kalau begitu bagaimana pula tanggapan al-fakir terhadap pemimpin DAP yang menggunakan ayat suci al-quran ketika berceramah politik, tanpa ditegur atau dihalang oleh pemimpin PAS?

Musafir Kelana said...

Saya nk tahu juga isinya...bukan orangnya...tempat masjid tu kenapa orang bukan Islam tak boleh masuk plak..bukan dia "kencing" kt dlm tu...manalah tahu..suatu masa nanti depa dapat hidayah...insyaAllah...

Jika benar berilmu, buktikanlah dengan bersikap jujur. Jangan menghukum, hanya jika orang yang melakukan kesalahan itu bukan dari group kita. ''sila ke blog saya...sape yg kena kritik dan nasihat...catatanhamba.blogspot.com

pasal haid orang pompuan:

Hukum Berada Di Dalam Masjid

Hukum berada di dalam masjid bagi perempuan haidh sama seperti hukum membaca al-Quran iaitu ulama’ yang mengatakan haram mereka berdalilkan dalil yang lemah dan qias kepada hukum hadas besar.

Imam Malik, al-Thauri, Ibnu Rahaweh dan Ibnu Mas’ud berpendapat bahawa haram bagi perempuan haidh berada di dalam masjid.

Dalil yang mengatakan haram berada di dalam masjid adalah:

1. Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Abu Daud daripada Aisyah r.a.: “Aku tidak halalkan masjid bagi orang yang berhadas besar dan perempuan yang haidh.”

2. Qias orang yang berhadas besar yang diambil dari firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci…” (An-Nisa: 43)

Walau pun begitu Imam Nawawi mengatakan bahawa hadis di atas tidak mempunyai sanad yang kuat. Begitulah juga ulasan ulama’ mazhab Hanafi berkenaan hadis ini (al-Niyabah Jilid 1 ms 636).

Para ulama’ yang mengatakan haram berada di dalam masjid bagi perempuan haidh bagaimana pun mengharuskan mereka lalu di dalam masjid untuk sesuatu tujuan.

Ibnu Qudamah berkata: “Harus melintas di dalam masjid untuk sesuatu keperluan seperti mengambil sesuatu atau menghantar sesuatu atau kerana memang itu adalah laluan orang ramai.”

Al-Thauri dan Ishak berkata: “Tidak boleh lalu di dalam masjid kecuali jika terpaksa tetapi dia hendaklah bertayammum dahulu.”

Ini juga adalah pendapat Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Ibnu al-Musayyib, al-Hasan, Imam Malik dan Imam Syafie.

Di antara dalil pengecualian ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Ambilkan aku khumrah (sejenis sejadah).” Aisyah r.a. berkata: “Tetapi aku berada dalam keadaan haidh.” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Darah haidh kamu bukan berada di tangan kamu.” (Al-Mughni Jilid 1 ms 166).

Dengan itu kami simpulkan bahawa hukum duduk di dalam masjid bagi perempuan haidh untuk mendengar pengajian dan sebagainya adalah harus selagi mana wujudnya keperluan dan maslahah syarieyyah serta terjamin tidak mengotorkan masjid.

Al fakir tanya, benarkah ceramah agama? Kalau begitu bagaimana pula tanggapan al-fakir terhadap pemimpin DAP yang menggunakan ayat suci al-quran ketika berceramah politik, tanpa ditegur atau dihalang oleh pemimpin PAS?

wah..itu satu perkembangan terbaru ....org bukan ISLAM dah mula belajar baca Quran..lama-lama insyAllah..dapatlah hidayah tu...tolonglah doa sekali ye....

AnakMerdeka said...

al-fakir, soal samada orang kafir akan masuk islam, itu persoalan lain.

Yang AM dok pertikaikan, kenapa ada orang membenarkan orang kafir masuk dalam masjid, ketika dia masih kafir (tidak suci dari hadas besar)

Bab esok lusa dia masuk islam itu soal lain. Ketika itu dia telah diajar bersuci. Maka tiada bezanya dia (ketika itu)dengan orang islam yang bersuci.

Sedangkan orang islam disunatkan mengambil wudu' sebelum masuk masjid walaupun ketika itu tidak ada hadas besar.

AM bukan memperkatakan soal perempuan datang bulan. Yang AM tulis pasal perempuan haid itu, hanyalah contoh, untuk memberitahu bagaimana islam melarang orang yang 'kotor' dari memasuki masjid.

Tiga suku dari komen al-fakir bercerita pasal perempuan haid, sedangkan topiknya kenapa orang kafir dibenarkan berceramah dalam masjid (tak kiralah ceramah agama ke, ceramah politik ke, cermah ekonomi ke, ceramah pertanian ke..)

Adakah alfakir hendak kata itu juga adalah ajaran tasauf, seperti komen "Allah mencarut maka kita juga dibenarkan mencarut"?

Pandangan al-fakir, "asalkan tidak kencing dalam masjid maka kita boleh benarkan orang kafir masuk dan berceramah dalam masjid" itu, AM harap hanya pandangan peribadi al-fakir dan tidak diajar kepada pengikut al-fakir.

Satu lagi, berkenaan orang DAP membaca ayat alquran itu, mereka bukan BELAJAR al-quran, sebaliknya MENGGUNAKAN ayat-ayat suci al-quran untuk kepentingan politik.

Musafir Kelana said...

al-fakir, soal samada orang kafir akan masuk islam, itu persoalan lain.
..bagus dibincannkan...

Yang AM dok pertikaikan, kenapa ada orang membenarkan orang kafir masuk dalam masjid, ketika dia masih kafir (tidak suci dari hadas besar)
..tak payah pertikai..sebab itu semua politik punya pasal...

Bab esok lusa dia masuk islam itu soal lain. Ketika itu dia telah diajar bersuci. Maka tiada bezanya dia (ketika itu)dengan orang islam yang bersuci.
...ada beza.....

Sedangkan orang islam disunatkan mengambil wudu' sebelum masuk masjid walaupun ketika itu tidak ada hadas besar.

...disunatkan ambil wuduk......tak de tak dosa..

AM bukan memperkatakan soal perempuan datang bulan. Yang AM tulis pasal perempuan haid itu, hanyalah contoh, untuk memberitahu bagaimana islam melarang orang yang 'kotor' dari memasuki masjid.

...saya juga bt bandingan seperti AM

Tiga suku dari komen al-fakir bercerita pasal perempuan haid, sedangkan topiknya kenapa orang kafir dibenarkan berceramah dalam masjid (tak kiralah ceramah agama ke, ceramah politik ke, cermah ekonomi ke, ceramah pertanian ke..)
...tak salah..selagi menjaga adab

Adakah alfakir hendak kata itu juga adalah ajaran tasauf, seperti komen "Allah mencarut maka kita juga dibenarkan mencarut"?
...otak kamu belum sampai lagi untuk mengenal apa itu tasauf...saya tak boleh ulas...tapi ucapan "Tuhan mencarut itu seeloknya tidak diucapkan didepan orang awam" ini akan memberi fitnah kerana belum sampai tahap orang awam itu memahami kedalaman maksud tersebut."

Pandangan al-fakir, "asalkan tidak kencing dalam masjid maka kita boleh benarkan orang kafir masuk dan berceramah dalam masjid" itu, AM harap hanya pandangan peribadi al-fakir dan tidak diajar kepada pengikut al-fakir.
..selagi tiada nas dan dalil syarie utk menghalangnya...

Satu lagi, berkenaan orang DAP membaca ayat alquran itu, mereka bukan BELAJAR al-quran, sebaliknya MENGGUNAKAN ayat-ayat suci al-quran untuk kepentingan politik.

....Orang politik,ulama',org adekemik,pensyarah,pelajar PHD,MAster menjadikan apa sahaja kitab sebagai dalil dan hujah utk buat thesis,utk berhujah atau berdebat, buat buku dll...
Isu DAP itu bukan dia pijak Quran...just "baca"...

Musafir Kelana said...

HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID
Soalan :
Apakah hukumnya orang-orang bukan beragama Islam memasuki masjid? Jika dibolehkan, apakah tatacara dan adab-adab bagi membolehkan mereka masuk ke dalam masjid untuk tujuan melawat dan menyaksikan kawasan dalam masjid?
Jawapan :
Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah swt di dalam surah at-Taubah : 28
Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram.
Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.
Ini berdasarkan hadith Baginda saw yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda saw orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318 )
Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.
Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ( yang bermaksud ) :
“Rasulullah saw telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang ( tawanan ) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. ( HR al-Bukhari )
Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.
Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.
Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

(dari buku himpunan fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam )

Musafir Kelana said...

Hukum orang kafir membaca al-Quran

Pengarang kitab فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن Dr Ahmad Salim menyebut dalam kitabnya seperti berikut:


Terdapat dua pendapat dalam perkara ini:


Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah dari orang yang berjunub. Ini adalah mazhab Hambali.


Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.


Ini adalah mazhab Syafie. Pengarang kitab حاشية البجيرمي mensyaratkan supaya orang kafir tersebut diharap untuk masuk Islam. (habis kalam Dr Ahmad)


Apabila dilihat dalam kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie saya menemui seperti berikut:


Imam Ramli dalam kitabnya نهاية المحتاج berkata:


“Orang kafir tidak ditegah untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.”


Pengarang kitab مغني المحتاج Imam Muhammad as-Syarbini telah berkata:


“ Perkara kedua yang dilarang bagi orang berjunub adalah membaca al-Quran bagi orang muslim. Adapun orang kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi.”


Al-Bujairimi berkata dalam kitabnya حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب :


“Tidak ditegah orang kafir berjunub untuk duduk di mesjid dan membaca al-Quran. Adapun orang kafir yang berhaid dan bernifas dilarang membaca Quran dan duduk di masjid.”


Kalau kita lihat, sebab kepada tidak ditegah orang kafir yang berjunub membaca al-Quran dan duduk di masjid adalah sebab yang sama iaitu mereka tidak percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran. Pengharusan orang kafir adalah berdasarkan hadis yang mana Nabi saw telah menahan orang-orang musyrikin di masjid. Hukum orang kafir telah saya sebut dalam artikel yang lepas. Boleh cari dalam arkib.


Rujukan: فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن oleh Dr Ahmad Salim, نهاية المحتاج oleh Imam Ramli, مغني المحتاج oleh Imam Muhammad as-Syarbini dan حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب oleh al-Bujairimi. Sekali lagi sy mengucapkan terima kasih kepada mereka yg menyumbang untuk beli kitab2 rujukan. Dipersilakan siapa yg ingin meyumbang lagi. Banyak lagi kitab diperlukan.

berbeza pendapat ini harus kita hormati..jgn dicaci..sepertimana yang saya jelaskan dlm blog saya...jangan jadikan isu yang remeh temeh sebagai punca persengketaan kita...
KEIMANAN DAN KASIH SAYANG....

AnakMerdeka said...

Sebelum AM komen tulisan al-fakir, AM mintak alfakir fahami betul-betul setiap patah perkataan yang AM tulis.

Jika (dibaca, jika) AM sedang berdebat dengan orang kafir tentang hukum memasuki masjid atau membaca ayat suci alquran, maka hujah yang alfakir berikan itu, memang terlalu tepat.

Tetapi apa yang AM pertikaikan ialah, (baca betul-betul) apakah peranan ulamak-ulamak dalam PAS untuk mempertahankan kesucian masjid dan kecucian ayat-ayat alquran dari 'diceroboh' oleh orang-orang kafir berkenaan?

Patutlah selama ini pengikut PAS mudah terpesong. Rupa-rupanya kepintaran orang seperti al-fakir yang menggunakan terlalu banyak dalil semata-mata untuk mempertahankah hujah dan bukan mempertahankan hukum.

Al fakir menggunakan fakta,

"orang kafir tidak percaya kepada kehormatan masjid dan al-quran" maka harus bagi mereka memasuki masjid dan membaca al-quran.

Betul, mereka juga boleh membakar, sepak, duduk atasnya, malah kencing atas al-quran, atas sebab mereka 'tidak mempercayai kehormatan al-quran'.

Sesungguhnya hukum agama islam hanyalah untuk orang islam. Bagi orang kafir, letaklah apa sahaja hukum, tidak membawa apa-apa erti kepadanya. Mereka tidak tahu apa itu dosa dan pahala. Mereka tidak tahu membezakan antara yang haram dan yang harus.

Sebaliknya, (sila baca posting asal), kenapa orang-orang PAS (yang jelas dan nyata mempercayai kehormatan masjid dan alquran - dan selalu berbicara tentang hukum) membiarkan orang kafir memasuki masjid dan membaca ayat-ayat suci alquran sesuka hati mereka?.

Yang alfakir cerita panjang lebar pasal sikafir itu buat apa?

DPR said...

tak boleh ke bagi ucapan kat tempat lain?tak pun wakil dari xavier (yang islam) tu tolong sampaikkan ke kepada jemaah masjid tu...penting sangat ke ucapan xavier tu sampai nak bawa ke dalam masjid...ilmu sangat ke?...kalau dia berucap menyentuh isu politik memang jelas telah melanggar titah Sultan...kalau dia berucap ceramah agama,tak pasti la ceramah agama Islam ataupun kristian...eh,banyak lagi la tempat nak bagi ucapan..kat tempat paking kereta di luar masjid pe salahnya...pasang je kanopi..berucaplah sepuas hati..

Musafir Kelana said...

sebagai ahli politik dia menyampaikan sedikit information pasal apa yang berlaku dalam kerajaan tu...

dalil/ hujah yg saya kemukakan hendak menunjukkan kpd kamu bahawa banyaknya perkara khilafiyah yg berlaku dalam agama kita. tapi khilafiah ini bukan menyebabkan persoalan AKIDAH...jika masalah akidah sudah pasti...seluruh ulama di seluruh DUNIA MENGUTUK TINDAKAN TERSEBUT.
faham betul2.
jgn jadikan ISU yang memecahbelahkan umat Islam.

catatanhamba.blogspot.com

DPR said...

tempat lain kan banyak...dari menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak baik buat saja di tempat lain seperti dewan orang ramai.rasanya xsesuai langsung (boleh jadi tak masuk akal) orang bukan islam memberi ceramah politik di dalam masjid..tu bagi pendapat DPR la...tak da niat DPR nak pecah belahkan ummah...cuma DPR tidak boleh terima orang bukan islam berceramah politik dalam masjid sedangkan bumi Allah ni punya la luas.

AnakMerdeka said...

Ujang, itu yang yang AM dok hairankan. Kerana politik, pemimpin PAS lupa pasal hukum hakam.

AM hormati ketaksuban AJK masjid berkenaan yang mungkin sayang sangat kepada Xavier, tetapi hormatilah agama dah kesucian masjid.

al-fakir, AM tahu alfakir hebat. Tetapi tidak perlu pusing-pusingkan hujah senhingga orang sukar memahaminya.

Dalam islam, hukum hakam adalah jelas. Yang haram dan yang wajib juga jelas. Jangan berdolak dalik dengan khilafiyah sehingga rakyat jadi keliru.

Kalau salah (haram) katakan salah walaupun yang lakukannya adalah ibubapa kita sendiri. AM sedikitpun tak salahkan sikafir itu memasuki masjid, kerana dia jahil dan "tidak percaya kepada penghormatan" masjid.

Yang AM pertikaikan kenapa ulamak dalam PAS tak tegur?

Itu yang AM nak sampaikan.

Musafir Kelana said...

isu ni sila baca malaysiakini..http://www.malaysiakini.com/news/116809

tujuan saya bukan utk mempertahankan PAS tapi nak cerita bahwa..semua benda dijadikan isu politik dan modal utk menghentam orang baik UMNO atau PAS...dijadikan modal utk menjatuhkan lawan. KEROSAKAN AKHLAK DAN KERUNTUHAN MORAL ANAK-ANAK DAN PEMIMPIN MASYARAKAT TIDAK diberi penekanan dan fokus.

sila ke catatanhamba.blogspot.com utk keterangan lanjut....

DPR said...

benda tak betul xpa tegur..benda simple je..orang bukan islam masuk masjid "memberi kata-kata aluan"...macam DPR kata tadi..dah tiada ruang lain ke?..senang & mudah..buat aje la ucapan di tempat lain.

Musafir Kelana said...

Oleh kerana wakil rakyat kawasan itu ialah bukan Islam, so dia kena rai jugalah pemimpin tersebut. Majlis masa tu adalah majlis berbuka puasa dan speaker dan stage hnya berada di dlm dewan..nak buat mcmana?

SAHABAT-SAHABAT AM