Friday, November 6, 2009

Blogers Tabur Fitnah.

Xavier pertahan tindakan. Itulah tajuk dalam Sinar Harian hari ini, mengulas tentang ADUN Sri Andalas yang mempertahankan dirinya yang dikecam oleh blogers (pro kerajaan).

"Saya memang memasuki masjid tersebut kerana dijemput masyarakat disana, memandangkan saya ADUN kawasan itu. Saya hanya bagi ucapan alu-aluan. Janganlah hendak menabur fitnah. Takkanlah di dalam masjid saya hendak berceramah" kata Xavier.

YB Xavier, yang orang pertikaikan ialah kebiadaban pemimpin PAS yang membenarkan kamu memasuki masjid. Orang tak sebutpun pasal kamu berceramah. Kalau berceramah lagilah salah. Janganlah cakap buat ucapan alu-aluan, kerana yang biasa buat ucapan alu-aluan dalam sesuatu majlis ialah wakil penganjur, bukan tetamu kehormat.

Kami pun tak marah kamu, kerana kami tahu kamu jahil tentang hukum hakam agama islam. Yang kami pertikai ialah para cerdik pandai dan alim ulamak yang bersepah-sepah dalam PAS tu, kenapa mereka tak terfikir sebelum berbuat sesuatu.

Kalau nak sedia karpet marah ke, nak kalungkan bunga kat tengkuk ke, nak arak dengan bunga manggar dan kompang, hatta nak junjung kamu atas kepala sekalipun, silakan tetapi buatlah ditempat lain selain masjid. Apa guna dewan-dewan orang ramai yang telah diambil alih oleh pakatan pembangkang? Atau kalau tak hendak buat dikawasan lapang, buatlah diluar kawasan masjid, kenapa mesti di dalam masjid?

12 comments:

Unknown said...

AM, Masjid Negara terbuka kepada semua orang tanpa mengira agama. Cuma mereka wajib menutup aurat.

AnakMerdeka said...

Bro Mazidul, thanks kerana sudi komen.

Semua masjid terbuka untuk semua, tetapi bukan diruang sembahyang. Di masjid putra jaya dan beberapa masjid besar, disediakan tudung untuk pelancong asing yang datang melawat. Tetapi mereka tidak akan dibenarkan memasuki ruang sembahyang.

Jika mungkin ada yang dibenarkan masuk sampai kedalam (setahu AM tidak ada) mungkin ada pengawasan dan tujuannya ialah untuk 'melihat' bukan sebagai tetamu yang dijemput dan diberi mic untuk berucap.

Itu yang sedang diperkatakan.

zan said...

Rasanya kena semak balik samada ada dalil atau nas yang tidak membolehkan orang kafir (bukan islam) daripada memasuki masjid, ruang solat didalam masjid dan berucap didalam masjid.

Yang sedia maklum didalam dunia ni ada 2 tempat saja yang diharamkan orang kafir untuk memijaknya, apatah lagi berucap didalamnya iaitu di makkatul-mukarramah dan kawasan sekitarnya dan juga madinah al-munawwarah dan kawasan sekitarnya. Pasal tu jugalah kedua-dua kota ini diberi nama tanah haram.

Musafir Kelana said...

AM-AM, sampai bila ko nak faham ye...masih tak faham-faham lagi...sibuk lagi dengan isu yang kecil dan remeh temeh..yang diri sendiri masih jahil dengan nas dan dalil....kitab

masjid PUTRAJAYA DAH JADI MODEL..

DPR said...

tak pernah dibuat orang kat m'sia ni,orang bukan islam masuk masjid,pegang mic,bagi ucapan...dah saudara kita dari PAS kata benda remeh..diorang amik remeh jela...yang ke pelik,yang kepala alang tukang jemput tu..tau dah si xavier tu kristian..bagi ucapan la kat luar...tak pun mana2 dewan...habis cerita...kalau orang UMNO jemput bukan islam masuk masjid bagi ucapan ni memang gegak gempita la kena sembur dengan saudara kita dari PAS...

AnakMerdeka said...

Bro Ujang,

itulah perbezaan antara orang yang menilai sesuatu dari sudut hukum berserta maruah dan moral dengan yang menilainya dari sudut politik.

Blog anak2merdeka wujud sebab sebelum ini majoriti blog politik ditulis oleh rata-ratanya pihak yang menentang kerajaan, yang sering menggunakan dalil untuk mempertahankan hujah dan bukan digunakan untuk mempertahankan hukum.

Ramai rakyat biasa (yang tak belajar ilmu tasauf) terpesong dengan hujah-hujah berdasarkan dalil yang berbelit-belit. Jadi anak2merdeka akan berusaha untuk sama-sama 'menyerikan' perbahasan, berpandukan fakta dan hukum yang tepat tetapi mudah difahami.

alfakir kata, kenapa AM sibuk dengan perkara kecil yang remeh temeh. Sebenarnya, perkara kecil dan remeh temeh inilah yang biasanya menjadi duri dalam daging.

Rakyat bawahan menerima dan memahami penjelasan yang ringkas tapi boleh diterima. Kekalahan teruk UMNO semasa pilihanraya yang lalu juga disebabkan perkara remeh temeh tetapi telah di adun dengan begitu baik oleh pembangkang sehingga rakyat melupakan segala kebaikan pihak kerajaan.

Mula-mula Nik Aziz kata Allah mencarut. Bayangkan berapa ramai ahli PAS yang menerima kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah wahyu yang turun dari langit. Maka kita lihat, carut mencarut, maki memaki dan hina menghina, dijadikan santapan mulut ahli-ahli PAS diperingkat bawahan, yang dilebalkan sebagai calon-calon syurga.

Diketika pemimpin UMNO dan PAS boleh bersalaman dan minum semeja ketika waktu rihat di Parlimen, rakyat bawahan terus bertelagah dan bermasam muka dik kerana perbezaan faham politik.

Anak-anak muda menjadi keliru dan bertanya, "kenapa Nik Aziz kata ahli PAS akan masuk syurga sedangkan perbuatan mereka banyak yang memualkan".

Kemudian timbul isu pemimpin DAP menggunakan ayat-ayat suci al-quran (dengan tajwid yang tonggang terbalik) dan juga diresuti oleh pemimpin-pemimpin PAS. Rakyat bawahan sekali lagi keliru.

Semasa di sekolah, ustaz kata ayat suci alquran bukan sahaja tidak boleh dibaca oleh orang yang berhadas besar tetapi wajib dibaca dengan tajwid yang betul, tetapi sekarang ulamak PAS kata, tak kisah orang kafir baca ayat suci alquran.

Semasa di sekolah, ustaz kata masjid ialah tempat suci. Bukan sahaja orang yang berhadas diharamkan memasuki masjid, malah yang tidak berhadas juga sunat mengambil wudu' terlebih dahulu sebelum masuk masjid.

Tetapi sekarang ulamak PAS kata tak salah orang kafir masuk masjid.

OK lah, kita terima sahaja (kalau itu yang mereka hendak) orang kafir, hindu, kristian atau buddha, diharuskan masuk dan berucap dalam masjid. Tetapi, sebagai orang islam (yang sepatunya menjaga kecucian masjid) dimanakah moral dan maruah kita?

Jika mereka pun tak jemput kita berucap dalam gereja dan kuil, mengapa kita yang beria sangat?

Dan OK lah kita terima hukum orang kafir harus masuk masjid (kalau itu yang mereka hendak) dan atas kapasiti sebagai pemimpin, maka kita jemput dia untuk hadir ke majlis yang diadakan dalam masjid.

Maka atas dasar yang sama, bolehkah nanti kita jemput orang yang sama untuk merasmikan pembukaan surau dan masjid? Dalam al-quran tak katapun pembukaan surau dan masjid mesti dilakukan oleh Sultan. Tak gitu?

DPR said...

AM,

mudah,ringkas dan faham...:-)

Musafir Kelana said...

itulah perbezaan antara orang yang menilai sesuatu dari sudut hukum berserta maruah dan moral dengan yang menilainya dari sudut politik.
...org politik akan menilai dengan sudut politik...termasuk AM

Blog anak2merdeka wujud sebab sebelum ini majoriti blog politik ditulis oleh rata-ratanya pihak yang menentang kerajaan, yang sering menggunakan dalil untuk mempertahankan hujah dan bukan digunakan untuk mempertahankan hukum
...salah tu..tak semua...

banyak yg isu kecil yang dibesar....cthnya org politik seperti AM...

AnakMerdeka said...

alfakir, AM bukan ahli politik.

Gunakan fakta untuk mengukuhkan hujah. Tak perlu menggunakan emosi dan provokasi jika kita kehabisan hujah.

Berhujah untuk mencari penyelesaian, bukan nak cari siapa kalah dan siapa menang. Itu sahaja.

AnakMerdeka said...

alfakir, AM bukan ahli politik.

Gunakan fakta untuk mengukuhkan hujah. Tak perlu menggunakan emosi dan provokasi jika kita kehabisan hujah.

Berhujah untuk mencari penyelesaian, bukan nak cari siapa kalah dan siapa menang. Itu sahaja.

Musafir Kelana said...

alfakir, AM bukan ahli politik.
....
jika bukan AHLI kenapa cakap lebih hebat dari orang POLITIK?

AnakMerdeka said...

hebat sagat kah tulisan AM? I don't think so...:)

SAHABAT-SAHABAT AM