Sunday, November 22, 2009

Cubaan Menghalang Kebenaran

Arahan mahkamah agar SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi pada waktu pejabat, telah mendatangkan berbagai reaksi.

Ada yang menganggap keputusan mahkamah itu adalah kejayaan kepada mereka, kerana merekalah yang membawa kes tersebut ke mahkamah dan menuntut agar SPRM hanya menjalankan siasatan diwaktu pejabat.

AM jadi keliru. Bukankah selama ini golongan berkenaan yang beria sangat menyuarakan tentang rasuah dan meminta SPRM telus dan tidak berkompromi? Bila SPRM kelihatan lebih aggresif, kenapa mereka pula yang rasa seperti panas punggung?

Adakah bila mereka mendesak agar rasuah dihapuskan dan pesalah rasuah disiasat dan didakwa di mahkamah, mereka hanya maksudkan golongan yang bukan dari golongan mereka?

Rasanya rakyat telah dapat 'baca' apa yang mereka mahukan. Mereka mahukan yang disiasat dan didakwa itu adalah pemimpin-pemimpin dari BN/UMNO sahaja. Mereka tidak menyangka bahawa sebenarnya orang yang berada dalam parti mereka juga melakukan perkara yang sama (kalaupun tidak lebih)

SPRM nampaknya telah membuktikan bahawa mereka tidak memilih bulu. Baik orang UMNO atau bukan, siasatan tetap dijalankan. Jika ada bukti maka pendakwaan tetap akan dijalankan.

Keputusan mahkamah itu menunjukkan ada cubaan untuk menghalang SPRM dari menjalankan tanggung-jawab untuk menghapuskan rasuah. Selain cuba memburuk-burkkan imej SPRM dalam kes kematian Boon Huah, nampaknya ada pihak-pihak tertentu menggunakan mahkamah untuk cuba melengah-lengahkan dangan menghadkan tugas-tugas SPRM

AM khuatir, nanti ada pulak pihak yang hendak didakwa akan menggunakan mahkamah sekali lagi untuk melengah-lengahkan pendakwaan atau tuduhan ke atasnya digugurkan.

Siapa sebenarnya yang cuba menghalang kebenaran dari ditegakkan?

4 comments:

hilbert said...

Salam AM,

bagi saya sudah tidak ada makna lagi SPRM dianggap sebagai satu badan bebas apabila ada lagi pihak yang menentu bentuk tindakkan yang boleh atau yang tidak boleh SPRM lakukan.

sebagai Suruhanjaya bebas SPRM sepatutnya tidak boleh ditentukan oleh pihak lain walau Mahakamah sekalipun untuk menentukan masa bila yang patut pihak SPRM menyoal siasat suspek atau pesalah.

AnakMerdeka said...

Itupun masih lagi orang mengatakan yang mahkamah dipengaruhi oleh pemimpin kerajaan, keputusan hakim adalah mengikut telunjuk parti pemerintah dan hakim telah dibeli.

Entahlah..

The Story Teller said...

Hallo Bro AM

Minta maaf bebanyak la, lama tak masuk menyibukkat sini

ada sikit busy, yang busynya sikit je... rehat nya yang banyak

ha ha ha ha

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk Bro AM dan Keluarga.

AnakMerdeka said...

Thanks alidyangon. Selamat hari raya gak. Kalau ada daging korban lebih tu hantar la kat sini :)

SAHABAT-SAHABAT AM