Wednesday, November 4, 2009

Keluhan Hati Rakyat Marhaen.


Di bawah ini AM copy, tulisan dari blog Pro Anwar Ibrahim yang merasakan sokongan mereka selama ini terhadap perjuangan reformasi seperti tidak dihargai. AM terpaksa delete nama penulisnya kerana AM tidak mintak izin darinya untuk copy n paste tulisannya. Sama-sama lah baca dan fahami rintihannya. Mungkin ramai lagi refomis diluar sana yang merasai apa yang penulis ini rasai. (AM cuma tukar nama dia menjadi 'XXX'. Dari segi ejaan dan penggunaan huruf besar dan kecil itu adalah tulisan asal sipenulis.)

"Di era Reformasi sehingga ke pembebasan DSAI boleh di katakan banyak pemimpin sudah tentu kenal XXX ( bukan nak megah tetapi kenyataan ) XXX yang menjaga makan minum di rumah DSAI setiap hari khamis malam jumaat selama hampir 5 tahun. XXX yang menjadi pengiring setiausaha agong pertama en anuar tahir , XXX yang menjadi pengiring ketua penerangan keadilan pertama en roslan kassim , bohonglah kalau orang reformasi , orang keadilan dari mula tak kenal XXX. BULLSHIT.

Tetapi itu semua waktu DSAI tak ada di luar, tapi itu semua waktu mereka tiada jawatan adun atau ahli parlimen sekadar jawatan dalam parti yang mula-mula tidak di minati oleh sesiapa pun. parti yang di himpit berbagai masaalah dek perbuatan UMNO Celaka dan pemimpinya.

tetapi sekarang mereka sudah ada jawatan adun , ahli parlimen , exco kerajaan negeri . peduli apa dengan orang reformasi , peduli apa orang bawahan , peduli apa rakyat marhaen , peduli apa XXX. biasalah kan sekarang tak memerlukan lagi apa-apa termasuk DSAI sendiri. pemimpin lebih suka menjaga orang yang di
sekeliling , orang yg mengipas ponggong , orang yang pandai membodek macam BADRUL sial itu.

Tapi contoh sekarang ten chua kena ,dah berjalan surat-surat minta tandatangan dan sokongan untuk tien chua. kenapa cari orang bawah , kenapa cari orang reformasi , kenapa cari penyokong dulu. dah susah cari orang bawahan."

AM nasihatkan penyokong remofmasi yang lain cepat-cepatlah sedar. Cepat-cepatlah jaga dari mimpi. Tidak ada apa yang boleh diharapkan dari pempimpin-pemimpin tertinggi PKR yang sedang bertarung dengan masalah dalaman mreka. Rakyat marhean hanya dipergunakan oleh pemimpin yang gila kuasa. Rakyat marhaen hanya titi untuk pemimpin mereka melintas onak dan duri.

Tak nak sedara-sedar lagi?

10 comments:

DPR said...

tau tak pa...DPR & AM sudah..kamu bila lagi?

Musafir Kelana said...

rintihan ahli/penyokong yang tiada tarbiyah/pendidikan yang mantap dan tiada matlamat dan hala tuju yang jelas dalam perjuangan

catatanhamba.blogspot.com

rosnanie said...

ujang dah tukar nama ek?

AnakMerdeka said...

Rasanya nama Ujang yg sebenar bukanlah Ujang, tetapi AM kenal 'Ujang' dah kenal Ujang sejak zaman sekolah lagi. Bermaksud Ujang dah terlibat dalam kartun sudah terlalu lama. Tak begitu Ujang?

Ke Ujang lain ni? :)

rosnanie said...

salam
AM, ujang yang DPR tu la, kan dulu dia guna nama ujang, ingatkan nama timangan dia ujang, hehe, alih2 hari ni dah tukar nama lain

rosnanie said...

tak de apa AM, saje je tanya sebab teringat dulu al-fakir tersilap taip nama ujang, jadi kujang, tu yang buat saya ingat DPR dulu guna nama ujang

AnakMerdeka said...

hehe nasib baik tak jadi kejang huhu..

Sebenarnya AM sendiri musykil sekarang ni. Adakah Ujang ini pelukis kartun dalam GilaGila dan majalah Ujang dulu tu. Kalau ya, kenapa pulak dia masih muda, sedangkan masa tu AM bersekolah lagi.

Takut-takut banyak sangat ujang dalam ni...hehehe

Jang ooo jang..tolong jwb sikit.

DPR said...

haha,tetiba saya menjadi bahan komen saudara ku pembloger (bukan goblog ya) sekalian..

1. Salam kak Ros & AM,DPR ialah ujang,saya tukar menjadi DPR (Di Pintu Raksi), ambil sempena nama blog saya...lagi pun DPR bunyinya macam PKR (Parti Keramat Rakyat)...harap DSAI tertengok, dapat la ngejas bertanding wakil rakyat tempat DPR..

2. tak da kena mengena pertukaran ini dengan saudara kita al fakir salah eja nama saya menjadi kujang..saya pun ingat nak juga kondem nama dia jadi...tapi tak baik..

3 kepada AM,ese tak dok kono mengeno'ei dongan si katunis ujang tu..ese orang pahang,si ujang tu orang minang,n9...pape pun thanks kepada kak ros & AM kerana bertanya.DPR sayang kalian,termasuk al fakir..(yang mano tak botu ese hontam yo).

AnakMerdeka said...

Betoah ko Jang, mati mati dan ingat ko Ujang kartunis tu...hehehe

DPR said...

hehe,maafkan ese buat AM keliru...tapi sobona'eh atok ese yang boi namo'ei kek ese sojak kocik laie...nak suh lukih orghag lidi boleh yoo..

SAHABAT-SAHABAT AM