Ramai orang suka bercakap dan mendengar cakap orang (dan terus percaya tanpa memberi peluang kepada otak untuk berfikir sejenak). Adakalanya cakap-cakap itu lebih cenderung pada mengumpat. Apatah lagi jika ianya bertebaran menjadi khabar angin dan seterusnya menjadi fitnah.
Untuk melunakkan lagi cerita, ianya akan ditokoh tambah seperti cerita penglipur lara yang diperkembangkan dari mulut ke mulut. Tanpa siasatan dan tiada bukti tentang kesahihan, maka dengar cakap tersebar luas. Di penghujung cerita baru kita tahu bahawa cakap-cakap itu hanya berupa fitnah (malangnya kita tidak tahu, bilakah penghujung cerita itu) Itupun jika ada penghujungnya.
Mudah sekali kita mencipta dosa daripada perbuatan mengumpat dan memfitnah.
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa dan janganlah kamu mengintip (mencari-cari kesalahan dan keaiban orang), dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)
Ramai yang tahu hukum, malangnya ramai juga yang tidak cakna tentang hukum, menyebabkan ramai yang tergelincir. Mereka (tanpa disedari) turut sama menyebar fitnah. Menurut kamus Dewan, fitnah bermaksud tuduhan (khabar. kisah dll) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau mengaibkan seseorang.
Fitnah telah berlaku sejak zaman berzaman. Di zaman Nabi Yusuf, seorang wanita bernama Zulaikha (yang mahu menutup perbuatannya), telah membuat fitnah dengan mempengaruhi perempuan-perempuan lain dan memburukkan nama Nabi Yusuf yang tidak berdosa. Dia ingin membuat cerita bahawa Nabi Yusuf lebih jahat darinya dan dalam masa yang sama, masyarakat akan melupakan kesalahan yang dia (Zulaikha) lakukan.
Ustaz yang mengajar agama di masjid selalu mengingatkan bahawa, memfitnah hukumnya lebih berat daripada membunuh orang. Perlu diingat, jika membunuh, hanya individu (pembunuh) tersebut sahaja yang patut dihukum tetapi memfitnah melibatkan orang lain yang lebih ramai jumlahnya. Malah dosa memfitnah merupakan antara dosa yang paling sukar terhapus. Selagi orang yang kita fitnah tidak memaafkannya, maka dosa itu akan tetap kekal. Bagaimanakah jika orang yang kita fitnah itu 'pergi' dulu sebelum kita?
Mereka (penyebar fitnah) mesti mempunyai alasan tersendiri. Malangnya kita (rakyat bawahan) sering kecundang untuk hendak membuat pertimbangan. Kadang kala kita tidak boleh membezakan yang mana satu benar dan yang mana satu fitnah. Lantas perkara benar dan batil bercampur gaul.
Internet merupakan tempat yang paling mudah, paling berkesan dan paling banyak orang menabur fitnah (kerana kita tidak tahu status kebenarannya).
Yang menariknya, ramai yang memperkatakan tentang sesuatu isu (cerita), mendengarnya dari pihak lain (juga tanpa bukti - hanya sekadar teori yang agak meyakinkan) kemudian dengan sewenang-wenangnya membuat satu cerita, dengan gubahan ayat yang tersusun indah, untuk meyakinkan pihak lain bahawa tuduhan mereka itu adalah tuduhan yang benar.
Sampai bila kita harus hidup begini?
9 comments:
salam saudara AM
Anda meminta kita semua umat Islam menghentikan sikap suka memfitnah. Alhamdulillah, itu saranan yang sangat baik. dan paling utama, saudara sendiri perlu hentikan sikap suka memfitnah dan menghentam TGNA. pergi lah berguru dgn nya, anda akan terus jatuh hati
Anonymous,
cuma cut and paste kenyataan AM yang anonymous maksudkan memfitnah dan menghentam TGNA.
memuji lebih baik daripada mengutuk.....riyak' itu adalah amalan hati dia dengan Allah....tak payah sibuk diri utk mengetahuinya.
keluarkan fakta dan kesalahan tapi jgn nama "direct" kerana ia menjatuhkan maruah seseorang...
Ingatlah pesanan rasulullah saw yang bermaksud:
"siapa yang menutup keaiban saudaranya maka dipandang mashyar kelak Allah akan menutup aibnya" (hadis nabi)
AM akan cut and paste tulisan anonymous itu bila AM membuat komen dalam blog-blog anti kerajaan yang menghina pemimpin-pemipin kerajaan. Mudah-mudahan mereka akan mendapat petunjuk dari apa yang anonymous tulis itu.
Walau bagaimanapun AM mungkin tak sempat untuk membalas komen-komen yang mengutuk, menghina, mencerca dan mengaibkan bekas pemimpin kerajaan seperti Tun Dr Mahathir, dengan segala macam tulisan dan lukisan. Walaupun Tun telah bersara, dia tetap menjadi sasaran kutukan dan kejian dari penyokong pembangkang.
Anonymous mesti rasional. Bezakan antara menghina dan mengaibkan seseorang dengan mengulas atau mengkritik apa yang orang itu perkatakan. Itu bukan dinamakan menghina apatah lagi mengaibkan.
Sebagai contoh, bila AM (atau sesiapa sahaja) mengulas atau tidak bersetuju dengan kenyataan TGNA berkenaan kenyataannya "tuhan mencarut, maka kitapun boleh mencarut" adakah AM dianggap sebagai mengaibkan dan menghina TGNA?
Jika AM tidak bersetuju dengan kenyataan TGNA bahawa "menyokong UMNO masuk neraka dan menyokong PAS pasti masuk syurga" adakah itu boleh dianggap sebagai menghina dan mengaibkan TGNA?
Jika AM mempertikaikan kenapa TGNA tidak menegur atau memarahi orang yang menganggap seliparnya boleh memberi 'berkat' adakah AM dianggap mengina dan mengaibkan TGNA?
Dia adalah pemimpin yang disanjung oleh puluhan ribu/ratusan ribu umat Islam. Jika perbuatan riaknya itu boleh menjadikan seluruh penyokongnya juga terpesong akidah, adakah perlu kita berdiam diri dan hanya menganggap itu adalah "antara dia dengan Allah", sedangkan kita tahu itu salah?
Kenapa seolah-olah Nik Aziz tidak boleh disentuh sedangkan dalam masa yang sama penyokong pembangkang menghina, mengutuk dan memfitnah pemimpin-pemimpin UMNO siang dan malam tanpa belas ihsan?
Pergi ke laman web jamilkucing.blogspt.com (hanya satu contoh) dan baca bagaimana dia menghina dan mengaibkan orang-orang melayu dan pemimpin-pemimpin kerajaan.
Jangan sesekali menghalalkan perbuatan keji jika ianya dilakukan oleh puak kita, sedangkan puak lain tidak boleh bercakap sepatah pun tentang pemimpin-pemimpin yang kita puja.
Jika Anonymous rasakan TGNA betul, maka berhujahlah dengan AM dengan hujah-hujah yang bernas dan berfakta. Jika tidak, jangan suruh AM berhenti dari mengkritik.
Ingatlah pesanan rasulullah saw yang bermaksud:
"siapa yang menutup keaiban saudaranya maka dipandang mashyar kelak Allah akan menutup aibnya" (hadis nabi)
SAMADA ORANG PAS,UMNO,PKR (YG ISLAM), TERMASUK AM....SEMUANYA TAK BOLEH...MENHINA DAN MEMBUKA AIB ORANG.
FAHAM!5x2,2x5
KITA NI,BERKAWAN DENGAN LEMBU/BINATANG "LEBIH BAIK"..TAK KATA KT ORANG, TAK HINA ORANG, TAK MEMPERLEKEHKAN ORANG...TAK SIBUK CARI KESALAHAN ORANG DENGAN MENGAIBKAN ORANG..(ULANGBALIK)..JELASKAN FAKTA/HUJAH SIFAT TIDAK ELOK SESEORANG PEMIMPIN TU TANPA MEMBERI NAMA "DIRECT". TAK FHM KE AYAT TU?
AM sarankan anonymous pergi ke blog anti kerajaan, dan 'sekolahkan' mereka terlebih dahulu.
Jika anonymous panas hati baca apa yang AM tulis, berihatlah sementara dari memasuki blog anak2merdeka.
Jika perbuatan menyebut nama orang itu berdosa, biar AM tanggung dosa itu. Titik.
Kerana AM yakin, AM tidak memfitnah.
mudah dikritik konon....poorahh
Sempena hari raya korban ini, AM berkorbanlah dengan mengaku kalah pada Anonymous :)
Cuma lepas ini, walau di blog mana sekalipun, kita pakat-pakatlah komen apa yang penulis blog itu perkatakan. Jangan komen tentang tuan empunya blog.
Apapun Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua.
bagus bagus...bagus.
Ini blog bagus. Ini blog Umat muhammad yang terbuka dan tertera petunjuk tuhan.
Datang dan lawatilah blog kami,
http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com
Post a Comment