Thursday, November 12, 2009

Pemimpin UMNO Bahagian Masih Mimpi...

AM pernah sebut sebelum ini dan nak sebut sekali lagi. Biarlah kalau rakan-rakan UMNO nak kata nada AM seperti nada pembangkang. Biarlah pembangkang juga tahu apa yang berlaku dalam UMNO.

Dalam pemilihan yang lalu, ramai pemimpin-pemimpin baru dalam UMNO telah berjaya mengalahkan ketua-ketua UMNO Bahagian yang lama. Dengan cara apa mereka boleh menang, kita tak nak sebut, sebab kerana antaranya telahpun diketahui umum.

Ada orang yang 'terlalu positif' bila berbicara tentang kemenangan ketua-ketua bahagian yang baru. Mereka kata, mungkin kalau tidak kerana politik wang, terlalu sukar untuk menjatuhkan ketua bahagian yang lama. Sebabnya ketua bahagian yang lama telah mengutkan empayar kekuasaannya sejak sekian lama. Pemuda, wanita dan puteri semua menyebelahi ketua bahagian, walaupun ketua bahagian tidak buat kerja. Jadi kata mereka, kalau tak main 'pengelat' (kata orang Johor) susah nak jatuhkan ketua bahagian.

Jadi, fikir punya fikir, AM rasa ada juga logiknya (walaupun bukan merestuinya).

Itu dulu. Cerita tahun lepas. Sebelum perlembagaan UMNO dipinda. Kita terimalah hakikat bahawa memang politik wang berlaku sebelum ini. Tetapi selepas ini (harap-harap) ianya tidak akan berlaku lagi.

Rakyat (ahli UMNO) akan menilai orang yang berwibawa untuk menjadi ketua dan bukannya siapa yang ada duit banyak.

Kenyataannya, apa yang berlaku kini masih terdapat 'group' dalam kepimpinan bahagian dan cawangan. Masih ada yang tidak boleh terima hakikat bahawa mereka telah kalah. Ada ketua-ketua cawangan masih lagi bertuankan ketua bahagian lama dan sebahagiannya bertuankan ketua yang baru.

Lebih teruk lagi jika ada ketua bahagian yang telah digantung jawatan (sebab politik wang). Maka jawatan ketua bahagian akan dipangku oleh timbalan ketua bahagian. Lalu terbentuklah tiga kumpualan besar. Group ketua bahagian lama, group ketua bahagian yang digantung dan group pemangku ketua bahagian.

Apa sebenarnya yang mereka cari semasa menawarkan diri untuk menjadi ketua? Projek? Projek apa yang dicari kalau kerajaan negeri pun jatuh kepada parti pembangkang? Atau berangan nak jadi calon pilihanraya? Nak jadi calon apa, kalau nantinya hanya orang dalam group mereka sahaja yang memangkah sedangkan ahli yang menyokong group yang lain, memberi undi kepada parti pembangkang?

AM harap pemimpin UMNO Bahagian kena capat-cepat muasabah diri. Cepat-cepat berubah. Dan cepat-cepat mulakan kerja. Jangan sampai nanti mereka bukan sahaja kena maki dengan parti pembangkang, tetapi turut juga dimaki hamun oleh ahli UMNO sendiri.

Sebenarnya dalam beribu orang ahli UMNO dalam sesuatu bahagian, hanya dua tiga orang hamlau yang ada, tetapi 'kehamlauan' mereka itu akan menyebabkan keseluruhan nama baik UMNO tercemar.

Jangan berdondang sayang melihat krisis dalaman PAS dan PKR. Jangan berjoget lambak melihat ahli-ahli PAS sudah mula mual dengan pemimpin mereka yang cakap berbelit-belit. Tetapi renung-renung juga takut-takut ada ahli-ahli UMNO peringkat bawahan yang akan menanam mereka hidup-hidup.

Jangan fikir, ahli peringkat bawahan tidak perhati apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin bahagian.

7 comments:

Anonymous said...

AM, saya harap sangat entri ini dibaca oleh ramai orang.harap sangat-sangat. good one, tabik!

AnakMerdeka said...

AM ada sebab untuk marah dengan segelintir orang UMNO yang tidak sedar-sedar ini.

Kalau mereka itu budak kecil, hendak je rasanya hantukkan kepala masing-masing ke dinding.

Masalahnya semua dah tua bangka. Dah beruban atas bawah.

aaa said...

AM!aku setuju dengan komen kau ni....aku nal share sikit pengalaman aku dalam UMNO.Klau diikutkan hati dah lama aku keluar daripada UMNO.Tapi bila aku tengok datuk,mak dan bapak aku danperbezaan diantara zaman sebelum merdeka,dan ketika tahun 60an,70an dan 80an tu yang aku bertahan.Aku lebih suka kenali diri aku dengan group aku kat bahagian sebagai aktivis parti UMNO.Kami tegur tak kira siapa.Samada Pemimpin di bahagian dan exco dia nak terima itu perkara lain.Kadang-kadang kami lanyak tepat-tepat tapi mesti berlandasrkan fakta.Tak dapat tempat kat bahagian pun takpa.Asalkan anak cucit aku kelak tahu parti UMNO parti keramatyang memperjuangkan kemerdekaan dan bangsa Melayu.Baru-baru ni aku ada pergi kursus BTN bahagian atas arahan PM.Kat situ baru aku dapat tengok perangai sebenar AJK dan pemimpin bahagian aku.bUKAN SEMUA tapi ada segelintir tu masih berlagak yang paling teruk semangat tak kuat.kena tegur dengan fasisilator dan jurulatih merekamarah dan terasa.Konon-kononnya diorang yang terbaik tetapi sebenarnya hampeh...Tapi aku tengok ramai juga yang bersemangat dan mahupunkan perubahan dalam UMNO seperti yang dilaungkan oleh PM.Jadi kesimpulannya Insaya Allah UMNO akan berubah.Kepada pemimpin-pemimpin yang tak buat kerja siap sedialah berehat lama pada pemilihan akan datang.Kalau tak mahu berehat kena berubah Insya Allah....

DPR said...

Bersatu,Bersetia,Berkhidmat...

AnakMerdeka said...

Terimakasih ksl kerana berkongsi pengalaman.

Sikap "tak apa" yang selalu diamalkan oleh ahli UMNO peringkat bawahan, tidak boleh digunakan lagi. Sikap "makan hati berulam jantung" memikirkan karenah pemimpin peringkat bahagian, kena buang jauh-jauh.

Kalau boleh, sekarang masanya kita kena makan berulamkan kepala orang. Kepala AJK Bahagian/AJK Pemuda Bahagian.

Warisan ksl bernasib baik kerana ada jatidiri yang tinggi dan semangat yang kuat dan terus bersama UMNO. Sebaliknya AM telah merasa gas pemedih mata, semasa sama-sama dalam gerakan reformasi.

Sebab itu AM pandang sebelah mata je blogers yang kononnya penyokong kuat Anwar Ibrahim, tetapi tak pernahpun rasa azab (untuk menyelamatkan Anwar)

AM bernasib baik kerana cepat sedar untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata.

Berbalik kepada AJK UMNO Bahagian, tak kiralah yang dah tua berkedut dan yang masih (macam) muda. Sebenarnya umur 20an hingga 30an, bukan muda lagi. Sepatutnya dah boleh berfikir. Malangnya mereka juga berfikir, tetapi berfikir macam mana nak besarkan tembolok.

Parti pembangkang kutuk dan hina UMNO. Sebenarnya yang hina itu adalah segelintir orang yang masuk UMNO tetapi jadi 'kerbau' yang membawa lumpur, merosakkan nama baik UMNO. Bila kena tendang dari UMNO, mereka sertai parti pembangkang dan belagak macam 'dewa'.

Oleh sebab itu, ahli-ahli parti peringkat bawahan kena pastikan siapa yang sepatutnya menjadi AJK Bahagian / Pemuda Bahagian.

Jangan pilih orang yang 'tersengeh-sengeh' jumpa ahli semasa ada pemilihan, minta sokongan, tetapi selepas itu, orang bawah sengeh kat dia, dia buat tak kenal.

Lepas itu buat perangai di bahagian. Berpuak-puak dan kumpul kekuatan untuk pastikan kedudukannya tetap kekal semasa pemilihan akan datang. Kerja langsung tak buat.

Orang-orang macam ini sepatutnya dikenakan hukuman yang keras oleh ahli, jika UMNO kalah dalam pilihanraya.

Dulu_umno said...

umno perjuangan yag sia-sia.Dalam umno kalau nak cari habuan dunia memang mudah dapat.Tapi kalau nak cari bahagian akhirat memang sukar.Kalau adapun hanya sekerat.Tetapi amat berat.kebanyakannya nampak tak ada berkat.oleh itu hati mudah karat,sukar nak nampak yang mana dunia dan yang mana akhirat....

AnakMerdeka said...

Itu adalah sebilangan orang yang kecewa. Dalam PAS pun ada orang kecewa.

Mungkin dulu_umno antara orang yang kecewa itu.

SAHABAT-SAHABAT AM