Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Apakah erti pengorbanan kepada kita?

4 comments:

Anonymous said...

INILAH DIA PENGORBANAN NABI YANG PERLU DIIKUTI

Setiap nafas yang keluar dari diri Nabi SAW adalah nafas kasih
sayang. Baginda sanggup meninggalkan segala kemewahan
dan keamanan yang dikecapinya. Baginda turun ke tengah masyarakat untuk memberi peringatan, disebabkan kasih sayangnya kepada mereka. Baginda bersungguh-sungguh menyebarkan kasih sayang, dan tiada perkara yang paling bernilai yang melambangkan kasih sayang Baginda kepada manusia, melainkan mengeluarkan manusia dari kejahilan kepada keilmuan, mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dan memberi keselamatan kepada manusia di dunia dan akhirat. Sesungguhnya, tidak terbalas kasih sayang Rasulullah SAW kepada kita. Tanpa dakwah Baginda, kita hari ini mungkin penyembah matahari, bulan, api, pohon-pohon kayu dan batu-batu.

Lihatlah sirah yang mencatatkan seribu satu kisah mengenai sifat kasih sayang Rasulullah SAW. Baginda memaafkan kaum Thaif yang memaki dan melontarkan batu sehingga kakinya mengalirkan darah yang mulia. Baginda memaafkan kaum Quraisy Mekah yang menghalaunya dari tempat kelahirannya dan rumahnya yang mempunyai beribu kenangan dengan Siti Khadijah. Tiada apa-apa kesalahan yang dilakukannya, melainkan kerana Baginda menyayangi kaumnya agar tidak tersesat dengan syaitan dan dunia. Umatnya tiada dapat menilai kasih sayang Baginda sehingga sanggup melakukan perkara yang melukakan hatinya.

Rasulullah SAW juga dipulau sehingga terpaksa mengikat batu diperut kerana kelaparan. Walaupun isteri tersayangnya meninggal dunia, Baginda tetap istiqamah, perjuangan demi kasih sayang mesti diteruskan. Kalau kita meninjau setiap bukit yang didaki oleh Baginda, kita akan terfikir betapa beratnya dugaan fizikal yang diharungi oleh Baginda.

Dalam usia yang menjangkau lima puluhan, Baginda terpaksa naik ke bukit demi bukit, bersembunyi di celah-celah batu dan gua untuk menyelamatkan dakwahnya demi untuk disebarkan kepada manusia. Manusia mana lagi yang lebih patut kita sayangi melebihi Baginda? Pengorbanan Baginda tidak akan sanggup dilakukan oleh sesiapapun di dunia ini demi memastikan kita umatnya tidak jahil, tidak buta dan tidak sengsara di dunia dan akhirat. Bahkan, akhir kalamnya disudahi dengan menyebut “ummati, ummati, ummati…” menggambarkan betapa mendalamnya kasih sayang dan kecintaan Rasulullah SAW terhadap umatnya.

Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda SAW.

aminlandak said...

am, slamat ari raya aji lah..kalu ader daging tuh bawak2 lah kat klate..post tak per..heheh....

DPR said...

salam aidiladha AM...khas buatmu dar DPR.

AnakMerdeka said...

Terima kasih Anonymous, terima kasih Ujang.

Dakwat-merah, tak leh nak hantar sbb klate banjir. Posmen tok leh nok gi...hehe

SAHABAT-SAHABAT AM