Friday, November 6, 2009

Ulamak Bertelagah, Umat Islam Terus Keliru.

AM baru buat draf, untuk posting terbaru berkenaan pelan damai antara Dr Asri dengan Persatuan Peguan Syarie Malaysia (PGSM) dan 'penarikan balik' memorandum oleh PGSM yang dihantar kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. Rupa-rupanya belum sempat nak posting, keadaan telah menjadi semakin kelam kabut.

Dr Asri berkata Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip memungkiri janji untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung isu berkenaan.

Mohamad Isa mendakwa pula mendakwa Mohd Asri telah memungkiri perjanjian supaya kandungan pertemuan tertutup antara mereka yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz yang diadakan di ibu negara semalam tidak didedahkan kepada media.

Ini apa kes?
Mana lebih penting antara janji dengan manusia dengan janji kepada Allah? Mana lebih penting antara maruah diri dengan maruah agama?

Isunya bukanlah isu peribai antara Dr Asri dan Mohd Isa. Jadi mereka tidak boleh (jika jadi kenyataan) saling bermaafan begitu sahaja, apatah lagi jika majlis bermaaf-mafan itu, merupakan satu arahan dari pihak atasan? Mereka mesti terlebih dahulu menjelaskan kepada umat Islam, tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Siapa yang nak tanggung kekeliruan rakyat, perselisihan pendapat yang menyemarakkan lagi perpecahan dan umat Islam bagaikan tiada lagi petunjuk dan tempat mengadu disebabkan para ulamak berebut-rebut untuk menunjukkan kuasa dan menjadi paparan di muka hadapan akhbar harian?

Tidak cukup dengan ulamak politik yang sering membuatkan umat islam keliru, ulamak-ulamak yang boleh diharapkan untuk menjadi tempat rujukan dan mengadu nasib pula bercakaran. Sampai bila polemik ini akan berterusan?

Bukankah Allah telah menerangkan dengan jelas bahawa jika berlaku pertelagahan, maka hendaklah kita kembali kepada al-quran? Siapa peduli?

9 comments:

Cetusan said...

as-salam..(komen pertama)

Rakyat kerdil dan marhain melihat sikap suka berbalah melalui media masa adalah sikap ANGKUH dan ego.

Insan yang mencari keruh dan menambah kuah dengan memberi kecaman bukannya menasihati supaya bermaafan di meja rundingan. Menampakkan HIPOkrit periuk nasi.

sifat riak dan keringnya sifat pemaaf, sunnah Rasul, pakai serban kawin dll diikuti, bab membuka keburukan orang lain tolak tepi.

jika tak dapat menjiwai sifat pemaaf 100%, RASUL maksum yang
" apabila diberi makan racun masih boleh memaafkan musuhnya"

apakah tiada nilai seperempat dari sifat pemaaf itu dianuti?
kita hanya ikut sunnah pakai serban.

Semakin ramai Mufti/insan yang menyahut seolah2 memburukkan keadaan bukannya menjernihkan

Pahang, Perak dan Sarawak setakat ini memberi komen, kita tunggu negeri2 lain.

selamat berbalah di medan akhbar.

AnakMerdeka said...

Sebab itu kadang-kala AM terfikir seolah-olah macam agama Islam ni baru nak dipraktikkan di Malaysia.

Kang nasir said...

perbalahan kerana taksub pada fahaman politik.
bila berbicara dgn emosi,
akal tolak tepi,
maka bicara tanpa arti.

Cetusan said...

Kang,

menghabiskan masa dalam cawan, banyk kes yang tertunggak, kes club malam, Ibu tunggal anak yatim yang masih tertangguh.

alangkah baik beri masa memujuk kehidupan ramai warga Islam yang menerokai penghibur malam. di disco,remaja2 di pusat membeli belah dll lembah klang.

RAMAi, berbanding mengejar kesalahan/kesilapan seorang.

Memang AKUR tauliah hak negeri. itu fakta kena akui/hormat.

AnakMerdeka said...

Bagaimanakah pula dengan istilah, BUDIBICARA? Sudah hilangkah istilah itu dalam kamus hidup mereka?

Musafir Kelana said...

manusia-manusia ini(ulama dan umara) lebih mementingkan kepentingan diri daripada mementingkan kepentingan ummah

catatanhamba.blogspot.com

AnakMerdeka said...

Bagaiman jika majoriti orang yang mengaku ulama dan umara itu bersikap mementingkan kepentingan diri daripada mementingkan kepentingan ummah?

Bukankah ummah yang cetek pengetahuan agamanya akan mudah terpesong akidahnya akibat perbuatan ulamak dan umara tersebut?

Musafir Kelana said...

itulah punca kerosakan ummah

ulama,umara'(pemimpin politik) dan rakyat harus bergabung tenaga utk membaiki dan membuat perubahan

AnakMerdeka said...

Itu yang sebaik-baiknya.

SAHABAT-SAHABAT AM