Thursday, November 19, 2009

Wakil Rakyat Macam Budak Sekolah?

Mahadir Khalid, Ketua Pembangkang DUN Kedah merungut apabila semua wakil rakyat diwajibkan menandatangai buku kedatangan sebelum memasuki Dewan Undangan Negeri.

"Macam budak sekolah", katanya.

Selama ini memang perangai wakil bukan macam budak sekolah ke?

Mengikut penilaian AM, mereka sebenarnya (bukan semua) macam budak sekolah tadika. Atau mungkin budak sekolah dari "sekolah jenis kebangsaan"

Adakah mereka (sekurang-kurangnya) tahu apakah maksud 'wakil' dan peranan yang seharusnya dilakukan oleh wakil rakyat?

Jika meraka faham bahawa mereka dibayar gaji oleh rakyat untuk menjadi wakil kepada mereka (rakyat) untuk menyuarakan masalah dan ketidak puasan rakyat agar didengar oleh pihak kerajaan, mereka seharusnya menjalankan amanah itu dengan betul dan jujur.

Mereka bukan sahaja wajib hadir pada setiap kali sesi perbahasan (melainkan ada urusan rasmi yang lain)tetapi juga harus mengambil bahagian dalam perbahasan dan bukannya menganga mendengar orang lain bercakap. Lepas itu buat huru hara dan buat dewan persidangan seperti pasar borong. Terjerit sana terjerit sini, berdiri atas meja (dalam kes tertentu) dan tidak menghormati speaker. Adakah itu perbuatan lebih baik dari seorang budak sekolah?

Jika mereka kata kedudukan mereka lebih baik dari budak sekolah, maka buktikanlah dengan berperangai elok dan berdisiplin. Jangan eksyen je lebih.

Tindakan DUN Kedah menyediakan buku kedatangan itu harus dipuji. Malah kalau boleh, setiap kali mereka hendak keluar, pastikan mereka menandatangai buku tersebut berserta dengan masa keluar. Jangan nanti tandatangan borang kehadiran, tetapi lepas itu melepak ke cafe berjam-jam lamanya. Serupa juga tidak hadir.

21 comments:

rabbani said...

Salam,
Kalau wakil rakyat itu sedar hakikat sebenar pekerjaan mereka tentu mereka tidak akan berperangai lagi teruk dari budak sekolah dan yang paling utama mereka tentu tidak bazirkan wang rakyat untuk kepentingan peribadi mereka - buat banglo, beli kereta mewah, buat open house besar2an kalah company besar, shopping kt luar negara, dn mcm2 lg, tak larat nak tulis... adakah dgn gaji mereka tanpa sebarang perniagaan mereka mampu untuk joli sedemikian rupa

hilbert said...

salam AM.

kalau ditambah lagi, pasang juga mesin pengimbas jari(scan) bagi semua wakil rakyat...siapa yang tidak hadir dan siapa yang hadir...tak boleh tipu punya.

banyak wakil rakyat sekarang yang makan gaji buta...lihat saja ketika sidang dewan parlimen, semasa sessi dewan tiada tetapi melawat kawasan juga tidak ada.. haaa mana mereka pergi ke ?

AnakMerdeka said...

AM tidak berhasrat untuk menuduh orang (wakil rakyat). Sepatutnya dengan gaji/alaun wakil rakyat, mereka sememangnya tidak akan mampu berjoli sakan dan bermewah-mewah.

Tetapi dengan tenaga dan masa yang mereka korbankan untuk rakyat, adalah mustahil untuk kita biarkan wakil rakyat tinggal di rumah tarace atau flat murah serta naik kereta kancil.

Dari mana mereka dapat duit itu, agak sukar untuk kita pertikai. Jika mereka malakukan perkara yang salah, maka kita boleh buat laporan polis agar pihak polis siasat.

Jika dia terlepas dari hukuman dunia (jika melakukan perkara salah) maka dia akan berhadapan dengan hukum Allah swt.

Perkara yang AM bangkitkan dalam posting ini ialah sikap segelintir wakil rakyat yang bersikap seperti budak sekolah (meminjam kata-kata Mahadir Khalid).

Kalaupun mereka berada dalam kelompok wakil rakyat yang tidak rasuah, tidak mengamalkan kronisme, tidak meminta komesyen dari projek yang mereka luluskan, TETAPI dalam masa yang sama tidak juga menjalankan tanggung-jawab yang telah diamanahkan oleh rakyat, tidak ada ertinya juga.

Ada dosa yang kita perlu 'berhadapan' dengan Allah swt untuk meminta ampun, tetapi ada juga dosa kita sesama manusia yang tidak akan diampunkan oleh Allah Taala selagi kita tidak meminta ampun dari mereka (termasuk yang kita tuduh tanpa memrsertakan bukti).
Itu Fakta.

Wallahualam Bissawab.

AnakMerdeka said...

hilbert,

mungkin mereka pergi ke 'cawangan' satu lagi :)

Anonymous said...

AM; good posting kali ini...tidak mengutuk peribadi seseorang...general...baru betul cara menegur...

rabbani said...

salam AM, AM kata tak patut jika kita biarkan wakil rakyat pakai keta kancil, duduk rumah teres? Jika itu kemampuan mereka, maka itu yang patut mereka tonjolkan. Jika asalnya mereka hanya mempunyai sebiuah kereta kancil, ttp kmdn tukar kepada wira, persona, waja atau mana2 yang murah, sesuai dgn kemampuan, tiada siapa boleh pertikaikan. Ni tidak, asal kancil, tup2 tukar BMW, lg hebat porsce... wah wah wah, dari mana cekau duit? Dulu rumah teres 1500sqft jer, sekarang banglo 24 juta, aper cite? Bukan nak menuduh mereka rasuah, saya pun takde sebut mereka makan rasuah tp ikut logiknya, boleh ok sendiri

Anonymous said...

betul-betul..(kata ipin&upin) rabbani...
Tuhan bg mata, akal dan telinga...boleh nilai sape yang ada duit dan sape tak dok duit...fizikal pun dh blh tahu...rumah, kereta, pakaian, cara hidup.....
tirulah cara hidup nik aziz yg sentiasa zuhud....19 thn menjadi MB, rumah "tang tu" jugok....

AnakMerdeka said...

Anonymous 8:53, AM tidak pernah mengutuk peribadi orang samada pemimpin BN atau pemimpin pembangkang. Yang mungkin ada AM lakukan ialah mengutuk perbuatan mereka.

rabani, 'mempertikaikan' kenapa tiba-tiba seseorang jadai kaya 'mungkin' boleh. Yang AM rasa tak boleh ialah 'menuduh'. Kalau rabani rajin, mungkin boleh siasat.

Untuk tidak sama-sama mendapat dosa, AM rasa yang paling penting ialah kita pastikan samada mereka menjalankan tanggung-jawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka. Kerana itu peranan wakil rakyat yang sebenar.

Bab tiba-tiba mereka (atau sesiapa sahaja) menjadi kaya, kenapa kita harus peningkan kepala untuk memikirkannya?

Tetapi semua itu terserah kepada individu masing-masing. Bagi AM, AM gembira melihat orang lain kaya. Kalau dia makan rasuah atau apa juga salah laku jenayah, biar dia jawab dengan pihak bertanggung jawab dan Allah swt.

Kalau kita ada bukti, terus sahaja buat laporan polis. Jika tidak, takut kita juga akan berdosa kerana bersubahat.

Anonymous said...

AM menulis:
Anonymous 8:53, AM tidak pernah mengutuk peribadi orang samada pemimpin BN atau pemimpin pembangkang. Yang mungkin ada AM lakukan ialah mengutuk perbuatan mereka.

why u nk menafikan lagi?nama orang tu terang-terang tertera dan ditulis....itu namanya kutuk/kritik direct namanya tu...jika kutuk perbuatan....tak perlu tulis nama si anu atau si anu....

AnakMerdeka said...

Anonymous 11:48, AM tak nak sebut sangat pasal individu kerana ada yang tak suka AM kutuk peribadi orang.

Tetapi sebab anonymous sebut nama Nik Aziz, AM kena sebut juga.

Jangan sangka Nik Aziz miskin. Dia pergi haji hampir setiap tahun. Orang miskin nak pergi umrah sekali sehumur hidup pun tak mampu.

Jangan cerita pasal orang sponser, kerana kalau tak sponserpun dia mampu pergi Mekah setiap tahun. Itu yang dia kata.

Tengok kereta rasmi dia, Mercedez sedangkan kerjaan menggalakkan wakil rakyat guna perdana sebagai kereta rasmi. Memang betul itu kereta kerajaan. Tetapi bagaimana dengan 'selera' dia? Tidak bolehkah dipertikaikan?

Apapun, kesimpulannya yang AM hendak bahaskan ialah peranan wakil rakyat dan tanggung-jawab mereka kepada pengundi. Sudahkah dilaksanakan. Itu sahaja. Bukan tentang kekayaan mereka.

Anonymous said...

AM..kutuk lain,memuji lain...
puji sebut nama orang tak salah..tp kutuk guna orang tu yang SALAH.

CUBA TGK POSTING2 TERDAHULU AM, NAMA SAPE YANG SELALU DISEBUT,DIHINA, DI KRITIK DAN DIBERI PUBLISITI MURAHAN?
takkan nak delete kot posting lama2 tu..tap baguslah jika delete..tak banyak dapat dosa free..letak nama umum/samaran/si anu.....

i hope u understand what i'm talking......

warisan ksl said...

Salam kepada AM dan rakan-rakan.Isu wakil rakyat berkhidmat dengan baik atau tidak bergantung kepada individu wakil rakyat tersebut dan tidak kiralah dari sebelah kerajaan BN atau pun dari pembangkang.Kalau matlamat mereka untuk memajukan rakyat tidak kira apa bangsapun aku menganugerahkan kepada mereka "negarawan" tetapi kepada mana-mana wakil rakyat yang tidak berkhidmat dengan baik selepas dipilih oleh rakyat aku gelarkan mereka ini "pengkhianat" patut dihina apabila berjumpa....

Sebelum aku nak sentuh tentang wakil rakyat ni aku nak beritahu kat korang dan sama-sama kita siasat :
1.gaji dan elaun wakil rakyat dalam sebulan berapa?
-kita dah dengar rungutan daripada wakil rakyat terutamanya pembangkang bahawa gaji mereka tak cukup.
2.apakah jawatan atau peniagaan mereka sebelum menjadi wakil rakyat.
-ada yang dah berjaya dalam perniagaan sebelum jadi wakil rakyat.saya sebut ni untuk khusus dikedua-dua belah pihak.
3.Diorang berjaya dalam perniagaan atau kerjaya siapa yang bagi peluang?Adakah mendapat projek dengan jalan betul atau "kautim"
4.rumah besar tu dia beli tunai atau pinjaman dekat bank.
5.Kereta mewah tu beli cara pinjaman bank atau beli tunai.(kalau kereta boleh chek dengan rekod tukang tarik kereta.cuba minta tolong kat diorang)
6.Dasar setiap kerajaan negeri tidak sama dan berbeza.
-Kalau exco kerajaan negeri tidak kira la diperintah oleh BN atau pembangkang kalau majoriti bersetuju untuk memakai kereta mercedes atau kereta tempatan.Suka hati diorang la nak pakai atau tidak.IKUT cara pentadbiran negeri masing-masing la...Kalau untuk meningkatkan imej pemimpin bagi aku bagus la...(marketing strategi kot)
7.last kali aku nak tanya kalau kita duduk di tempat tu kalau majoriti exco suruh kita pakai kereta yang disediakan maka kita nak pakai atau tidak.Pasal keistimewaan ini memang diberi kepada setiap wakil rakyat.

Kalau tak percaya cuba tanya kat Ketua Pemuda PAS.Dia beli kereta besar tu DENGAN CARA TUNAI ATAU HUTANG BANK.KALAU TUNAI BANYAKNYA DUIT.KALAU HUTANG BANK BUKAN KE NAMANYA RIBA....

Aku bukan apa, aku takut dapat dosa kering pasal tuduh yang bukan-bukan.Kita tuduh wakil rakyat tu dan wakil rakyat ni ada rumah besar dan mewah,kereta mewah dan besar rupa-rupa pinjam dengan bank dan bayar bulan-bulan ataupunrupa-rupanya kereta yang diorang pakai tu bukan milik diorang dan rupanya milik kerajaan negeri atau milik kerajaaan pusat.Kang naya...

hARI AKU TAK NAK TULIS PANJANG-PANJANG.KITA SAMA-SAMA FIKIR DAN SIASAT.....

SEKIAN,WASSALAM

AnakMerdeka said...

Pertamanya AM nak ulas tulisan anonymous 4:23.

Mengutuk dan memuji memang tidak sama, tetapi kena ingat kalau memuji keterlaluan juga boleh menyebabkan yang dipuji akan menjadi riak.

Apapun, mengutuk dengan memfitnah memang jauh bezanya. Dan hukumnya juga tidak sama.

AM 'mengutuk' orang kerana kesalahan (pada tafsiran AM) yang dia lakukan dengan jelas - samada perbuatan atau percakapan.

Sebaliknya (bukan hendak membela diri), AM tidak pernah memfitnah sesiapa. Fitnah adalah 'tuduhan' tanpa bersertakan bukti. Malah AM selalu ingatkan kawan-kawan (dari UMNO mahupun PAS/PKR) agar jangan memfitnah.

Banyak nama orang yang telah AM sebut dalam postin-posting sebelum ini dan AM tak pernah delete. Cuba baca sekali lagi (kalau rajin).

Rasanya kalau anonymous hendak berhujah tentang fitnah, tulislah di bawah posting AM yang terbaru, berkenaan fitnah dan mengumpat.

warisan ksl, AM tidak ada bantahan terhadap apa yang warisan ksl tulis :)

Anonymous said...

salam

warisan ksl, anda mempersoalkan adakah mereka membeli kereta secara ansuran atau cash, tetapi pernah sesiapa persoalkan berapa biji yang dibeli oleh mereka? pernah tak sesiapa persoalkan jika dibeli dgn ansuran bank, adakah bank boleh approve jika 2 3 kereta dibeli pada satu2 masa? dan persoalan paling penting untuk apa kereta sampai hampir sepuluh biji kat rumah?

AnakMerdeka said...

Anonymus 11:15,

Siapa kita dan untuk apa kita perlu siasat hingga kenapa bank boleh approve 2 3 buah kereta dan kenapa orang itu beli kereta sampai dua tiga buah?

Cuba lihat disebelah kiri kanan rumah anonymous, berapa ramai orang yang mempunyai lebih dari sebuah kereta.

Kenapa harus peningkan kepala dan dan membengkakkan hati anonymous mempersoalkan jumlah kereta, jenama kereta, pekakas rumah, jenama baju dan jam (contohnya) apa yang mereka makan, berapa kali sehari mereka makan dsb.

Isu pokok kita ialah, membincangkan samada wakil rakyat menjalankan tanggung jawab dan amanah yang diserahkan kepada mereka. Samada mereka menghadirikan diri semasa sidang DUN/Parlimen, samda mereka turun padang melawat kawasan dan sebagainya. Itu yang perlu kita bahaskan.

Kalau betul-betul berminat sangat hendak tahu, anonymous boleh pergi ke JPJ (bayar rm10) dan dapatkan detail tentang kereta itu. Siapa punya nama dan samada bayar cash atau hutang. Tolong check sekali, kereta yang terlalu banyak dirumah Hassan Ali itu kepunyaan siapa.

Anonymous said...

hahaha... motto "Try to be profesional. Sanggup dikritik dan bersedia untuk mengkritik"

"bersedia untuk mengkritik" you're to much on that

"Sanggup dikritik" really not relevan to you

warisan ksl said...

Salam!Betul ke semua wakil rakyat beli kereta 2,3 biji pada satu-satu masa....
Buktinya mana?
Saudara Anonymous kerja Bank atau finance ke?
Tahu ke prosedur nak sewa beli kenderaan?

Kalau gaji wakil rakyat adun atau parlimen campur dengan bermacam-macam elaun seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan iaitu keistimewaan yang harus diperolehi oleh setiap wakil rakyat dun tidak kira daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.Rasanya cukup untuk bank meluluskan permohonan pinjaman ke atas mereka.Kita tak perlu cemburu dengan mereka.Kalau rasa-rasa nak jadi wakil rakyat dan nak dapat semua keistimewaan tu bertanding la dalam pilihanraya nanti,Tak kisah la bertanding mana-mana partipun....

“Banyak perkara ingin disentuh ,tetapi dasarnya adalah tahap pemikiran orang Melayu atau mentaliti orang Melayu.Sekali lagi Melayu mudah lupa.Dalam banyak hal kita sebenarnya tidak tahu punca ilmu dan isu yang di perkatakan.”

Aku bukan nak puji diri aku sendiri pasal aku tak cakap kat orang yang aku ni memperjuangkan islam total.Tapi aku terapkan dalam diri aku dan keluarga aku dulu.Contoh:Aku beli kereta tunai,beli rumah dan tanah tunai(rumah tak siap lagi tengah buat),semua barang aku beli tunai aku tak pernah berhutang.Pasal apa aku tahu pinjaman bank tu riba jadi aku tak pinjam.

Tak macam setengah orang lain sebut tentang perjuangan islam tapi pada masa yang sama dia sendiri bergelumang dengan riba dan macam-macam hal lagi.
"pasal apa?Kat kubur dan akhirat nanti Allah tanya atas perbuatan kita sendiri kat dunia"Kalau baik maka syurgalah tempatnya kalau buruk,neraka la tempatnya...."

Nak tahu bagaimana aku boleh bayar tunai semua benda tersebut?
Aku ada MBA,Degree,Diploma tapi lama aku tak dapt kerja.Tapi aku tak salahkan kerajaan.Jadi aku ubah sikap dari harapkan makan gaji kepada berniaga.aKU pinjam TEKUN buat modal berniaga(dah habis bayar pun tak sampai setahun)
Syukur!aku berjaya! tak la terlampau kaya tapi boleh la nak hidup....
Kesimpulan kat sini aku nak beritahu"Jangan kita suka salahkan orang lain.Kalau tak berjaya mesti ada sebab.Kalau tak bekerja cuba rebut peluang meniaga..baru la dikatakan melayu yang berani menongkat arus.Jangan jadi melayu yang bercakap besar tapi tiada isinya.(Tong kosong)
Aku teringat waktu kecil dulu aku selalu dengar lagu rakyat Bangau oi Bangau.Saudara pun tahu lagi ni.Cerita lagu ni macam ni
Bangau hoi Bangau kenapa engkau kurus
Jawab Bangau:Macam mana aku tak kurus Ikan
tak mahu timbul
Ikan hoi Ikan kenapa kau tak mahu timbul
Jawab Ikan:Macam mana aku tak timbul
rumput panjang sangat
sampai la lagu kepada hujan turun
Hujan hoi Hujan kenapa engkau turun
Jawab hujan:macam mana aku tak turun
katak panggil aku
Katak hoi katak kenapa engkau panggil
hujan,
Jawab Katak: macam mana aku tak
panggil hujan,ular nak makan aku
Ular hoi ular kenapa kau nak makan
katak
Jawab Ular:macam mana aku tak makan katak,memang katak tu makanan aku.Bayangkan kalau ular jawab sebab
perut dia lapar,lepas tu tanya pulak
kat perut sampai sudah kita tak jumpa keputusan....

Sebab tu Dato Seri Najib Tun Razak
dalam ucapannya"Menakhodakan zaman" dia cakap kita sebagai orang Melayu demi mencapai matlamat,yang paling penting kita mesti mengenal pasti kelemahan dan kekuatan..Kelemahan perlu dibaiki manakala kekuatan sedia ada perlu dikukuhkan dan dimantapkan.Jika kita tidak terus melakukan proses ini,orang melayu akan dilihat sebagai satu kaum yang terus-terusan berada dalam PENAFIAN.(Seperti lagu rakyat di atas).Usaha pembaharuan ini amat menuntut kita untuk menggilap semula idealisme perjuangan.

Sekian,Wassalam

AnakMerdeka said...

AM pelik (dan gelihati).

Nampaknya lebih ramai yang berdebat untuk mempertikaikan 'kewibawaan' AM, dan bukannya tentang topik yang AM perkatakan dalam posting.

Adakah kerana AM 'pukul keliling' dengan mengkritik orang UMNO dan Pembangkang?

Atau ada yang rasa macam AM tunjuk bagus? Sebenarnya tidak. AM pun sama gak macam korang. Orang biasa dan pemerhati. Dan suka menulis.

Tumpukan kepada isu yang dibahaskan, bukan siapa yang membahaskannya.

Orang yang mengajar agamapun bukan lahir-lahir terus jadi ustaz. Dulu-dulupun mereka pernah muda dan pernah nakal.

Orang yang menegur tentang kesalahan orang lain, tidak semestinya tidak pernah buat salah.

Presiden KASIH (kalau tak silah) untuk bekas penagih dadah itu juga asalnya adalah seorang penagih dadah. Adakah dia tidak layak menasihati anak-anak muda dari menjauhi najis dadah?

Yang AM maksudkan 'Profesional' itu ialah, dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan tanpa mengira dimana kedudukan kita.

Jangan kerana kita ahli UMNO maka segala yang orang UMNO lakukan, betul belaka dan kerana kita ahli PAS maka segala yang pemimpin PAS lakukan tidak pernah salah.

Jadi AM harap lepas ini AM hanya berbahas dan berdebat berkenaan isu yang diperkatakan, dan bukan berkenaan diri AM.

Apapun terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi membaca tulisan AM.

Anonymous said...

AM menulis:
AM 'mengutuk' orang kerana kesalahan (pada tafsiran AM) yang dia lakukan dengan jelas - samada perbuatan atau percakapan.

WALAUPUN BETUL KEJAHATAN MEREKA ITU, TETAP AM TIDAK BOLEH MENYEBUT NAMA...BERIKAN NAMA SANDARAN/GANTIAN....PEMBACA BOLEH NILAI SENDIRI.....

saya menegur BENDA tidak baik...takut fitnah jika tidak betul...fahami betul2...

INGAT MOTO AM:
Try to be profesional. Sanggup dikritik dan bersedia untuk mengkritik

AnakMerdeka said...

Dosa sangatkah menyebut nama orang jika kita pasti itu bukan fitnah dan tidak bermaksud untuk mengaibkannya?

Dosa sangatkah menyebut nama Nik Aziz jika memang AM pasti dia yang mengeluarkan kenyataan yang AM komen itu?

Kenapa perlu beri nama gantian jika memang dia yang AM maksudkan?

Kita kena faham niat kita. Bila kita mengkritik, kita kena sebut siapa yang kita kritik. Lainlah jika kita mengkritik secara umum.

Walau bagaimanapun, jika itu merupakan 'nasihat' anonymous kepada AM, insyaAllah AM akan pertimbangkan.

Cuma AM harap ianya bukanlah kerana anonymous terlalu taksub kepadanya dan tidak mahu namanya disebut-sebut dan dikritik.

Anonymous said...

Ingatlah pesanan rasulullah saw yang bermaksud:
"siapa yang menutup keaiban saudaranya maka dipandang mashyar kelak Allah akan menutup aibnya" (hadis nabi)

SAHABAT-SAHABAT AM