Friday, November 27, 2009

Yang Dituntut dan Yang Boleh Dituntut, Berbeza

AM tidak nampak dengan jelas apakah yang menyebabkan Parti Pembangkang beria sangat hendak tubuhkan Kaukus Parlimen bagi menuntut royalti minyak.

Kerajaan pusat mengatakan bahawa Kelantan memang tidak layak menerima royalti minyak. Manakala Kelantan pula merasakan mereka berhak untuk mendapatkannya.

Sedikit masa dahulu kerajaan Kelantan dikatakan ingin membawa isu tuntutan ini ke mahkamah, tetapi sampai sekarang tidak nampak lagi ada tanda-tanda yang isu berkenaan akan berpanjangan hingga ke mahkamah. Mengapa mereka tidak meneruskan hasrat itu jika cukup yakin akan menang?

Jika dilihat dari kecenderungan pihak pembangkang yang sering membawa apa juga isu ke mahkamah, AM tidak nampak kenapa isu melibatkan royalti minyak ini tidak boleh diselesaikan di mahkamah. Melainkan mereka memang sudah tahu bahawa kebenaran bukan berada dipihak mereka.

Perlantikan Ahli Parlimen BN, Ku Li (jika dipersetujui) sebagai pengerusi Kaukus ini juga menimbulkan tanda tanya. Semua orang tahu bahawa Anwar telah dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor. Kenapa dalam masa yang sama, dia tidak dilantik menjadi presiden Kaukus? Bukankah dia merupakan orang yang cukub berwibawa? Kenapa mesti cari wakil dari BN sebagai pengerusi?

Tindakan Tan Seri Muhyiddin Yasin menasihati Ku Li agar berfikir dua kali sebelum menerima jawatan tersebut, sebenarnya hanya sebagai menghormati prinsip BN yang tidak akan bersekongkol dengan parti pembangkang. Tidak timbul soal takut kemenangan akan berpihak kepada Kelantan kerana duit hasil dari petroleum bukan hak peribadi Muhyiddin atau Najib.

Secara peribadi AM merasakan, jika royalti minyak itu memang hak Kelantan, tidak ada sebab mengapa kerajaan persekutuan menghalangnya. Tambahan pula dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau lebih menitik beratkan keutamaan rakyat. AM rasa perkara pertama yang akan diumumkan oleh Najib setelah dilantik menjadi PM ialah, mengembalikan 'hak kerajaan Kelantan' itu. Tindakan berkonfrantasi dengan kerajaan Negeri bukanlah satu tindakan yang bijak.

Persoalannya benarkah royalti minyak itu memang hak kerajaan Kelantan? AM rasakan, bukan setakat Ku Li, ramai lagi orang-orang penting semasa penubuhan Petronas dulu yang masih hidup dan boleh diminta pandangan (jika masih tidak percaya dengan apa yang dijelaskan oleh kerajaan persekutuan)

Kita tidak mahu raktorik menjadi budaya ahli-ahli politik Malaysia. Kaukus bukanlah sebuah mahkamah yang boleh mengarahkan kerajaan berbuat sesuatu. Kalaupun nanti, kaukus mendapati royalti minyak itu adalah hak Kelantan, tetapi kerajaan persekutuan tetap bertegas dengan pendirian bahawa Kelantan tidak berhak, apa yang mereka boleh lakukan?

Sebaliknya jika kaukus itu mendapati kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut royalti minyak dari kerajaan persekutuan, bolehkah mereka (pembangkang) akur dengan keputusan itu? Tidakkah nanti timbul pula sangkaan bahawa Ku Li telah 'diarahkan' untuk menutup mulut?

Jangan menuntut perkara yang bukan hak kita. Sebelum menuntut, pastikan dahulu samada perkara yang dituntut itu sebenar-benarnya adalah hak mereka atau sengaja mahu menimbulkan rasa benci rakyat Kelantan terhadap kerajaan pusat.

4 comments:

udanggalah said...

Salam perkenalan AM ..Mereka tu tak pandai tadbir negeri,macamana nak pertingkat ekonomi,yang mereka tahu nak cari duit segera macam royalti minyak, sebab tu balak jadi sasaran keuntungan...

rabbani said...

salam,
benarkah rakyat kelantan tidak berhak ke atas minyak di situ. Ok, katakan sekarang minyak berada di negeri selain daripada pembangkang spt negeri sembilan, johor dll, dan kerajaan negeri ingin meminta royalti,adakah jawapan yang sama akan diberikan? Kerajaan negeri kelantan buka meminta hak sepenuhnya tetapi cuma meminta royalti! Adakah AM faham apa itu royalti? Kelantan cuma meminta sebahagian kecil daripada pendapatan sebagai saguhati kerana minyak berada dalam kawasan/jajahan kelantan. BUkan meminta semua hasil pendapatan kerana kelantan juga tahu itu adalah hasil kerajaan Malaysia bukan hak kelantan sepenuhnya, tetapi cukuplah sekadar memberikan saguhati kerana tempat asalnya itu.

AnakMerdeka said...

Rabbani,

Sebenarnya AM sendiri tidak tahu situasi sebenar berkenaan isu royalti itu.

AM tak kata tak boleh.

Apa yang AM kata, benarkah Kelantan berhak mendapatkan royalti itu. (Posting AM berbentuk persoalan - bukan kenyataan atau tuduhan)

Seperti yang pernah dikatakan oleh menteri, sesebuah negeri itu berhak untuk mendapatkan royalti minyak, sekiranya minyak yang dihasilkan berada dalam lingkungan 3 batu notika dari pantai negeri berkenaan.

Jika benar kedudukan minyak itu berada dalam lingkungan 3 batu notika, Kelantan memang berhak.

AM tidak nampak sedikitpun alasan, kenapa kerajaan persekutuan tidak memberikan royalti itu, jika sebenar-benarnya Kelantan berhak untuk mendapatkannya.

Jika 'keenganan itu' hanya disebabkan Kelantan diperintah oleh PAS, AM rasa kerajaan persekutuan memang 'mencari nahas'.

Oleh sebab itu secara peribadi AM berpendapat, memang Kelantan tidak berhak untuk mendapat royalti.

'Keenganan' kerajaan Kelantan membawa isu tersebut ke mahkamah, seolah-olah telah menerangkan maksud segala-galanya.

Kaukus hanyalah raktorik.

warisan ksl said...

SALAM!AKU RASA SEBELUM KITA NAK MEMPERBINCANGKAN ISU WANG IHSAN ATAU WANG ROYALTI NI LEBIH BAIK KORANG SEMUA CARI BUKU AKTA KANUN TANAH NEGARA DENGAN BUKU AKTA PETROLEUM NEGARA.BARU BOLEH BINCANG.MEMBINCANGKAN PERKARA NI KENA ADA FAKTA KERANA IANYA TERIKAT DENGAN PERATURAN.KALAU TAK JADI SIA-SIA DAN MENJADI PERSEPSI YANG ENTAH APA-APA.....

SAHABAT-SAHABAT AM