Wednesday, August 12, 2009

Aduhai Nik Aziz

Dalam topik yang lepas AM tertanya-tanya kemana perginya Nik Aziz setelah hampir sebulan kes penghinaan terhadap islam oleh sekutu kuatnya DAP, diperkatakan.

Betul-betul sangkaan AM tepat. Dia dah keluarkan fatwa dia yang terbaru. Tak mengapa DAP hina islam sebab mereka bukan orang islam dan jahil tentang islam. Lalu AM nak tanya, apa peranan PAS dalam pakatan? Sebagai pak turut atau sebagai tunggul kayu mati? Tidak boleh kah tok guru dan ulamak dalam pas tegur atau nasihat pemimpin DAP yang celupar tu? Jika mereka tidak mahu mendengar nasihat, perlukah PAS terus bersekongkol dengan mereka?

Kemudian dia marah kerana orang sana sini kutuk batang tubuh Anwar Ibrahim. Bila agaknya Anwar call dia, tak pulak dia beritahu. Tapi itulah, dia marah orang sebab kata Anwar pengkhianat sebab itu bermaksud sentuh batang tubuh Anwar. Kalau nak tegur, tegurlah dasar PKR katanya. Bagaimana pulak ketika orang PAS dan Anwar kutuk batang tubuh pemimpin UMNO selama ini? Rasanya lebih banyak tuduhan-tuduhan bersifat peribadi dibuat terhadap pemimpin UMNO berbanding teguran terhadap dasar BN.

Itulah Nik Aziz, ulamak, tok guru, pemimpin agung dan entah apa lagi gelaran. Tetapi lidahnya sentiasa bercabang-cabang dan berbelit-belit.

1 comment:

Anonymous said...

aku sokong kenyataan nik aziz..cthnya isu hudud..aku rasa org islam sendiri yg perlekeh2 kan..cthnya mahathir n masyitah...adake ckp klau camtu ramaila rakyat msia yg kudong tgan...apa ke bodohnya diorg ni...bkan nk bg org bkn islam faham ttg islam lg takutkan depa dgn islam..klau org islam sndiri yg da hina islam camtu jgnlah harap org yg bukan islam nk sanjung islam..fikir2 kn la..

SAHABAT-SAHABAT AM