Monday, August 31, 2009

Apa Orang Indonesia Berkata Tentang Kita?

Sempena Hari Kemerdekaan ini AM nak nasihatkan diri sendiri dan seluruh rakyat Malaysia agar sayangilah negara kita, kerana kita sahaja yang boleh menjaga dan mempertahankan negara ini dari dijajah semula. Jangan kerana marah kita korbankan maruah negara dan tontonkan kepada orang luar siapakah kita sebenarnya. Bila baca blog luar negara, mereka tidak pernah memuji kita dan menggambarkan kebaikan yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sebaliknya cacian dan kejian belaka. Kenyataannya orang kita yang membuat onar. Demi fahaman politik sempit, ada antara kita yang sanggup membakar bendera Malaysia dan ditonton, tanpa ditegah oleh rakan-rakannya.


Memang kita akan marah jika orang luar menghina kita tetapi sebenarnya kita sendiri membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka menghina dan mengejek-ejek kita. Kita suka bergaduh sesama kita walaupun akibat perlanggaran kecil,

Kita tidak mempunyai sivik, membaca sambil memandu,

dan tidak mempunyai semangat setiakawan dan kesukanan. Kita tidak sanggup menerima kekalahan

Ada antara gambar tersebut telah disiarkan dalam media Malaysia, tetapi telah disiarkan dalam blog mereka dengan memberi keterangan yang sangat menyakitkan hati. Rakyat Malaysia digambarkan terlalu daif sehingga sanggup mencuri kasut di masjid,

Tidak bermoral hingga sanggup merosakkan harta awam.

Meletakkan kereta sesuka hati,




Lebih malang lagi, pemimpin negara kita juga mereka hina.

Untuk baca lebih lanjut dan nak rasa sakit hati, bacalah selanjutnya dihttp://rasasayange-malaysia.blogspot.com/ kemudian banding-badingkan apakah perbezaan antara sebahagian dari kita dengan orang asing tersebut.

5 comments:

hilbert said...

Salam Anak2merdeka, salam hari kebangsaan yang ke52...

Saya sedih melihat bendera kita Jalur Gemilang diperlakukan sedemikian.

Apa komen Pakatan Pembangkang terutamanya Anwar, Lim Kit Siang, Nik Aziz, Hadi Awang mengenai perbuatan orang Indonesia ini...apakah mereka tiada perasaan marah terhadap tindakan orang-orang Indon yang membakar bendera Kebangsaan Malaysia ?...

AnakMerdeka said...

Hilbert.. anda tersilap..

Sebenarnya yang membakar bendera Malaysia itu adalah RAKYAT MALAYSIA! rakyat kita! dan bukannyar rakyat Indonesia. Cuma mereka menyiarkan kembali gambar tersebut dalam blog mereka.

Itulah segelintir dari pengikut parti pembangkang yang kononnya memperjuangkan islam (PAS). Yang parti lain tu AM malas nak komen. Mereka itu jahil lagi menjahilkan.

Tetapi apa perasaan orang seperti Nik Aziz bila terpandang bendera Malaysia dibakar oleh penyokong mereka? Suka? Bangga? Rasa lebih patriotik?

hilbert said...

Salam,

Saya fikir itu perbuatan orang Indon, MAAF.

...bagaimana rakyat yang telah membakar bendera negara sendiri iaitu Malaysia boleh duduk lagi dalam negara ini..halau saja dia keluar, usir... mereka yang membuat perkara itu tidak boleh lagi dianggap sebagai rakyat Malaysia!

Kerajaan harus bertindak segera keatas pelaku itu.

hilbert said...

Salam sdra,

saya dah baca apa yang telah ditulis dalam blog indon itu http://rasasayange-malaysia.blogspot.com , betul-betul terlampau.

tapi jangan bimbang...mungkin blog itu akan dilumpuhkan.

harap sdra buangkan flag/bendera diatas navdar demi keselamatan blog sdra. caranya senang saja, pergi google, taip "buang flag" dan kena ikut arahan yang diberi.

apabila flag dah dibuang jika kita nak buat catatan baru kita harus masuk ke http://www.blogger.com/home , macam biasalah..kena sign in juga.

Anonymous said...

mmg org indon x sedar dek untung!

SAHABAT-SAHABAT AM