Friday, August 14, 2009

Hebatnya Anwar Ibrahim.

Memang telah diduga, Anwar Ibrahim akan menjawab tuduhan bahawa dia pengkhianat bangsa dengan membuat tuduhan kembali kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN.

Orang maksudkan dia pengkhianat bangsa kerana dia memperjuangkan kesamarataan, dia menentang DEB dan dialah tali barut kepada tindakan biadap Hindraf dan GMI yang mengajak bangsa melayu berteriak di jalan-jalan raya. Lalu dia membuat tuduhan yang sama, pemimpin UMNO rasuah. Dia bangkitkan isu Bukit Tinggi dan isu Genting Highland. Dia bangkitkan isu Ananda Krishan yang kaya raya.

Dalam Harakah Anwar berkata:

"Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang masyhur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?,"

Dia cakap dia menteri kewangan selama 8 tahun. Dia cakap ada orang ambil komesyen RM60 bilion. Siapa yang dia maksudkan itu? Apa yang dia buat selama 8 tahun sebagai menteri kewangan? Apa yang dia buat kepada hasil balak di Sabah dan Sarawak selama 8 tahun dia jadi menteri kewangan?

Terfikir juga, bagaimanakah agaknya jika ketika Anwar mencadangkan Malaysia meminjam wang dari IMF pada tahun 1998, perdana mentari Malaysia ketika itu adalah Nik Aziz dan bukannya Dr Mahathir? Di manakah agaknya kita sekarang ini? Ditakdirkan kuasa tuhan menyebelahinya, dia tidak dipecat dari UMNO dan berjaya menjadi perdana menteri. Apa agaknya yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini? Apakah tidak ada lagi PAS? Adakah DAP tinggal jadi sejarah?

3 comments:

Anonymous said...

anwar brahim..

bengong punya org!
gila nk jd PM.
syukur dia jatuh!
khaak...ptuiii

Anonymous said...

sukatilah nak cakap apa pun.


kau pun tuduh bukannya ada bukti. dengar jugak cakap orang

labu2!

DPR said...

Jangan sesekali memburukkan Yang Mulia Datuk Seri Anwar kerana tak dak sapa pun akan percaya.Beliau mantan TPM,mantan Menteri Kewangan,mantan timbalan presiden UMNO dan mantan bagi segala mantan2yang ada.Beliau pemidato yang hebat.Susuknya sangat lemah lembut dari pelbagai sisi dan setiap yang melihat pasti terpesona.Tak da guna mencerca beliau kerana lagi kuat mencerca lagi susut undi pilihanraya kecil..buat kerja,beramal soleh,rendah diri ok dah nak jadi Yang Berhormat...

SAHABAT-SAHABAT AM