Saturday, August 1, 2009

Sedarlah Cepat Wahai Bangsaku...

Anasir luar memang menunggu masa. Mereka memang tak suka jika kita maju dan bersatu. Sebab itu mereka menggunakan orang-orang yang bijak berhujah, memperdayakan masyarakat untuk bertindak mengikut acuan mereka.

Kita yang terlalu taksub dengan pemimpin, ditambah dengan sikap cepat marah dan melatah bertindak mengikut emosi.

Jika difikirkan, apa bahayanya ISA kepada kita? Kenapa berbuah bas digunakan untuk mengangkut rakyat dari Terengganu untuk datang ke Kuala Lumpur untuk berdemostrasi? Apakah yang ISA telah buat kepada rakyat miskin itu? Mengapa kita beria mahu ISA dihapuskan?

ISA hanya berbahaya kepada puak pelampau. ISA hanya bahaya kepada orang yang boleh mengancam keselamatan negara. ISA bahaya kepada orang yang mampu memecah belahkan masyarakat. Orang atau golongan yang akan dengan mudah ditangkap di bawah ISA adalah seperti Al-Maunah, Al-Arqam, pemimpin politik yang extrim, dan individu yang boleh mengugat keselamatan negara.

ISA tidak bahaya kepada masyarakat umum. ISA tidak bahaya kepada petani dan rakyat bawahan. Jadi kenapa masyarakat umum yang lebih ramai bersemangat untuk berdemostrasi? Adakah mereka rasa mereka akan ditangkap di bawah ISA pada bila-bila masa? Jika ya, apakah sebabnya?

Sebenarnya mereka tidak sedar, mereka telah diperalatkan oleh orang-orang tertentu.

4 comments:

Anonymous said...

ramai yg tak tau pon ISA tu ape.. tau sebut aje.. ramai yg join nk ilangkan boring.. dorang tu takleh duk secara aman..

sumpah seranah org dalam jem, yg bawak bini nk beranak pegi sepital kene jem taim tu cemana?

akai?? manaaaaa

jasadbeku said...
This comment has been removed by the author.
jasadbeku said...

x kena dekat saudara mara kamu,kamu bisa la bersuara dan berpendapat mcm tu,kawan....fikir jika kamu sdiri yg terkena tanpa soal bicara k.

aku setuju isa diteruskan demi keselamatan negara,tapi jgnlah utk kepentingan politik..

jasadbeku said...

ISA hanya berbahaya kepada puak pelampau. ISA hanya bahaya kepada orang yang boleh mengancam keselamatan negara. ISA bahaya kepada orang yang mampu memecah belahkan masyarakat. Orang atau golongan yang akan dengan mudah ditangkap di bawah ISA adalah seperti Al-Maunah, Al-Arqam, pemimpin politik yang extrim, dan individu yang boleh mengugat keselamatan negara.



_"mana tahu niiiii....main sedut fakta ni..habistu penulis blog pun berbahaya ke? cth,raja petra. mereka hanya mengeluarkan isi fikiran dan pendapat..so mana kekebesan bersuara hak asasi manusia? ermmmmm mederka sungguh tanah melayu kini.

SAHABAT-SAHABAT AM