Wednesday, August 12, 2009

Take beer...Sebut betul-betul TAKBIR..

Dari dulu bila mendengar ceramah pemimpin PAS tidak lekang dari mulut mereka ayat-ayat suci al-quran dan hadis nabi. Malah ada kawan yang kata, kalau dengar ceramah PAS macam kita dengar ceramah agama. Dapat pahala juga. AM tidak dapat menafikan kerana pada zaman reformasi dulu, AM pernah mendengar ceramah Tok Guru Nik Aziz, yang ketika itu meminta ibubapa menunaikan sembahyang hajat bagi mendoakan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Tapi itu dulu.

AM sungguh pasti dan cukup yakin, ada berpuluh-puluh pemimpin PAS dan sebahagian pemimpin PKR yang tahu akan salah laku, salah budi pekerti, salah ikut nasihat dan macam-macam salah lagi yang berada dalam Pakatan Pembangkang sekarang. Dimanakah mereka?

Malah YB Zul, MP Kulim Bandar Baru dalam blongnya hari-hari menceritakan tentang kesongsangan yang dilakukan oleh pentadbiran pembangkang khususnya di Selangor.

Semacam ada satu kuasa ghaib yang menghalang pemimpin atau lebih tepat lagi, ulamak dan tok guru dalam PAS dari bersuara. Satu-satunya pemimpin PAS yang kelihatan lantang ialah Dr Hassan Ali.

AM sungguh pasti dan cukup yakin juga, ulamak-ulamak dan tok guru tahu dan faham bahawa bukan sahaja melakukan, tetapi jika tidak mencegah, juga boleh diumpamakan sebagai bersubahat. Adakah mereka sanggup dipersalahkan oleh pengikut dan penyokong mereka nanti di akhirat kerana tidak menunjukkan jalan yang benar dan menghalang kemungkaran? Adakah mereka tidak tahu hukum bersubahat dalam islam?

AM selalu menyatakan, dalam UMNO bukan semuanya perfect. Ramai juga yang haprak (meminjam kata Tun Dr Mahathir) tetapi dalam soal yang melibatkan bangsa melayu dan agama islam, rasanya belum pernah pemimpin UMNO tunduk dengan desakan pemimpin MCA dan MIC sepertimana tunduknya PAS kepada arahan DAP.

Setelah hampir sebulan isu ini dibincangkan, AM belum ternampak atau terdengar komen-komen dari Tok Guru Nik Aziz ataupun Haji Hadi Awang. Dimanakah mereka? Adakah mereka sedang membelek-belak kitab untuk mencari hukum (atau sedang berkira-kira untuk mengeluarkan satu lagi fatwa yang boleh dijadikan panduan oleh pengikut-pengikutnya?)

1 comment:

Anonymous said...

aku sokong kenyataan nik aziz..cthnya isu hudud..aku rasa org islam sendiri yg perlekeh2 kan..cthnya mahathir n masyitah...adake ckp klau camtu ramaila rakyat msia yg kudong tgan...apa ke bodohnya diorg ni...bkan nk bg org bkn islam faham ttg islam lg takutkan depa dgn islam..klau org islam sndiri yg da hina islam camtu jgnlah harap org yg bukan islam nk sanjung islam..fikir2 kn la..

SAHABAT-SAHABAT AM