Berita Pertama: (Sumber Harian Metro)
KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.
Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.
Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.
Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.
Berita Kedua: (Sumber Blog Mazidul Akmal Sidik)
Pemilik kedai alat tulis, Lim Boon Chong, 34 tahun, dituduh menyiram air panas ke tangan amahnya pada jam 10 pagi, 1 November lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun, didenda dan disebat. Bagaimanapun suspek tidak mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan Hakim Yong Zarida Sazali dan diikat jamin RM6,000 sehingga sebutan semula kes, 1 Januari 2010.
Sekali baca, dua cerita tersebut tidak ada kena mengena langsung.
Untuk pengetahuan, gadis yang kena siram air panas itu, dikatakan berusia 15 tahun. Dalam usia semuda itu, dia telah merantau jauh dari negaranya, Indonesia untuk mencari rezki membantu ibubapanya yang miskin. Dia pasti tidak dapat menghidu bahaya yang sedang menanti takdirnya disini.
Gadis Malaysia yang berusia 14 tahun, kebiasaannya masih bersekolah dalam tingkatan dua. Suara-suara nakal dari lelaki dewasa, biasanya akan berkata "bulupun belum tumbuh lagi".
Nadanya kotor, tetapi itulah gambaran bahawa, lelaki dewasa (kebanyakannya) beranggapan gadis seusia 14 tahun adalah anak-anak kecil, 'yang tak tahu apa-apa'.
Sebenarnya bukan mereka (gadis kecil) itu 'yang tak tahu apa-apa'. Sebaliknya ramai dari kita yang 'tak tahu' dan ibubapa yang tak pernah ingin ambil tahu, bahawa anak-anak mereka sudah meningkat dewasa dan mengetahui banyak perkara yang kita semua tidak tahu (dan perlu mula untuk ambil tahu)
Adakah perisitiwa itu akan berakhir disini?
5 comments:
Firman Allah SWT :
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
(Ar-Rum : 41)
aiseyman...ex bf sy pon minta clash sebab nk couple ngan budak skolah...
frust..but then noticed....tuhan sayang saya :P
hmm...masa baca kat metro td memang terpikir
mcm mana lah emosi bapak budak tuh..
no komen lah tantang budak2 sekarang...makin menjadi2..
laki jahat
pempuan ni bodoh...
paham2 je lah perkataan ni...
Rentetan dari hal-hal begini, tu yang keluar anak-anak haram tu. Pastu bagi kat "AUNTIE CINA' tu. Yang berdosa tetap berdosa. Yang kaya saper?????
Letaklah sepuluh target, AM tetap terget kepada emak dan bapak gadis itu, sebagai pihak yang bersalah.
Jangan nak lepas tangan dengan menuduh pihak lain.
Kalau emak bapak didik anak dan jaga anak dengan betul, insyaAllah perkara sebegitu tidak akan berlaku.
Memanglah goadaan syaitan ada dimana-mana. Tetapi takkan mereka nak salahkan syaitan atas apa yang menimpa anak-anak mereka?
Post a Comment