Friday, December 11, 2009

Apa Rasionalnya Menaikkan Harga Mas Kahwin?


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan bermula 1 Januari 2010, mas kahwin untuk wanita di negeri Selangor dinaikkan kepada RM300 setelah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara ini merupakan salah satu usaha menaikkan martabat wanita pada masa kini.

Nilai mas kahwin di Selangor pada masa ini ialah RM80 bagi perempuan yang belum berkahwin dan RM40 bagi yang berstatus janda.

Kalau martabat wanita boleh dinilai dengan mas kahwin, maka adakah wanita Johor hanya bernilai RM22.50? Bagaimana dengan mas kahwin 'senaskah al-quran'?

Hakikatnya AM rasa, martabat seseorang (lelaki dan perempuan) tidak boleh dinilai dengan jumlah wang.

Kadang-kala keputusan orang yang ada kuasa ini, memang melangkaui pemikiran orang kebanyakan. Rasanya tidak ada siapa yang berani menyatakan bahawa martabat wanita Selangor ketika ini ialah bernilai RM80.

Ada orang kata, dengan kenaikan nilai maskahwin boleh menyebabkan bertambahnya anak dara tua. AM fikir alasan itu tidak boleh diterima, kerana yang tak kahwin selama inipun, bukan kerana mas kahwin. Yang menjadi beban biasanya, ialah perbelanjaan kahwin (termasuk alasan belum dapat seru). Apapun, kenaikan mas kahwin yang tiba-tiba seperti itu, menampakkah JAIS tidak berfikir panjang sebelum melaksanakan sesuatu perkara.

Datuk Mohammed Khusrin Munawi kata lagi, perkara tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan beban untuk mengadakan kenduri kahwin.

Sejak bila agaknya duit mas kahwin digunakan untuk menampung perbelanjaan kenduri kahwin? Setahu AM mas kahwin adalah hak pengantin perempuan. Tidak ada sesiapa, termasuk suaminya yang boleh menggunakan duit mas kahwin itu.

Setelah berbagai isu diperkatakan tentang jabatan agama islam, AM pasti isu kenaikan maskahwin ini juga menjadi satu lagi isu yang akan terus diperkatakan. Sebenarnya, boleh sahaja menaikkan nilai mas kahwin, tetapi alasannya kenalah kukuh dan jumlahnya janganlah keterlaluan. Macam nak cari untung pulak.

4 comments:

Azrul Hisham said...

setuju dengan pandangan saudara... setahu saya mas kahwin atau mahar menjadi hak perempuan dan tidak digunakan untuk menampung perbelanjaan perkahwinan...kadang-kadang saya pun pelik dengan tindakan pihak JAIS ni...

lara_nur said...

pelik jugak... sebenarnya tak paham kenapa jais nak kena buat macam tu... alasan tak masuk akal lansung... yelah kalaulah mas kahwin bukan hak mutlak pengantin perempuan pun,dengan rm300 boleh ke mengurang kan beban untuk mengadakan kenduri kahwin? nonsense betol... orang melayu kalau kenduri kurang2 hantaran pun beribu2 tak masuk lagi walimahnya,upah itu upah ini...apa yang rm300 boleh dapat? upah mak andam pun tak lepas...lainla belanja yang perlu je...kenduri hidang bihun goreng je ha baru betol kurang beban ... itu pun tak ada kena mengena dengan jumlah maskawin...itu hak pengantin perempuan.pasangan kena masing2 la keluar belanja

baru reda isu tauliah kuar pulak yang ni

AnakMerdeka said...

Benda-benda macam inilah yang sepatutnya ada penyelarasan.

Kalaupun mereka (penguatkuasa agama) beranggapan mas kahwin boleh menaikan taraf wanita, maka taraf wanita satu Malaysia mestilah kena sama. Jadi mas kahwinpun kenalah sama. Kenapa ada yang rm22.50 dan ada yang rm300?

Adakah lepas ini wanita yang bernilai rm22.50 lebih cepat laku berbanding yang bernilai rm300?

Kita tunggu dan lihat.

DPR said...

Pendapat DPR, mas kahwin sememangnya tak sama di setiap negeri.macam di kelantan terengganu tak ditetapkan mas kahwin...kalau setakat mas kahwin rm300 tak boleh la ada lelaki sampai tak kahwin2 & seperti membebankan sangat.cumanya perkara yang penting untuk diperhalusi ialah penyelarasan mas kahwin di setiap negeri & HANTARAN!!! hantaran ni la yang memeningkkan setiap anak teruna yang ingin berkahwin. 10k serba berdiri la,20k serba satu la, 30k serba tergolek la la...benda2 adat ni lah kena kadar ke diri..pepatah ada mengatakan..ukur baju di badan sendiri...yang utamanya perkara wajib & mengharungi kehidupan alam rumah tangga selepas sah diijab kabulkan..apa maknanya hantaran 20 30k kalau terbeban hutang 10tahun personal loan? apa gunanya 5 6persalinan kalau perit hidup selepas kahwin?

SAHABAT-SAHABAT AM