Tuesday, December 22, 2009
Bukan Menghina...
Selama ini setiap kali berceramah, nama Yusuf Al-Qadhrawi hampir tidak boleh lekang dari mulut Anwar Ibrahim.
Dalam isu sumpah lahanat, Anwar Ibrahim memberatahu dunia bahawa Yusuf Al-Qadhrawi telah melarangnya bersumpah seperti yang dilakukan oleh Saiful. Seolah-olah penasihat Anwar Ibrahaim adalah ulamak besar. Ulamak-ulamak di Malaysia ini seolah-olah tak ada kelas. Paling tidak, apa yang hendak dikatakan ialah, seolah-olah dia begitu rapat dengan ulamak terkenal itu.
Baru-baru ini Yusuf Al-Qadhrawi hadir ke Malaysia. Antara aturcara lawatannya ialah mengadakan ceramah Maal Hijrah di Masjid Negeri Shah Alam. AM tak pasti samada acara itu adalah acara rasmi kerajaan negeri atau aktiviti Masjid Negeri berkenaan.
Apapun apa yang ingin AM perkatakan ialah, kenapa Anwar tidak duduk berhampiran dengan 'rakan karibnya' itu? Dari gambar yang disiarkan, menampakkan Anwar duduk di celah-celah jemaah yang lain, sehingga terpaksa 'memanjangkan leher' untuk melihat Yusuf Al-Qadhrawi berceramah. Bukan di saf pertama dan bukan di sebelah Yusuf Al-Qadhrawi.
Sebelum itu, dalam blog-blog dah heboh bahawa Anwar Ibrahim akan memberikan ucapan alu-aluan. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk menggambarkan kepada masyarakat bahawa walau dalam keadaan apa sekalipun, hubungan ulamak tersohor ini dengan Anwar Ibrahim tetap akrab. Maksudnya kawan-kawan Anwar Ibrahim adalah ulamak besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ok la tuh.....nak dengar ceramah dan menginsafi diri ....orang kuat UMNO siapa wakilnya....?????aku pergi tak nampak sekor pon...ko pergi ke AM?
Anonymous, AM pasti yang ramai hadir malam tu memang nak dengar ceramah, tetapi benarkah Anwar Ibrahim datang untuk dengar ceramah dan menginsafi diri?
Kalau betul Alhamdulillah. Mungkin Anwar sudah insaf sekarang.
Tetapi bukankah apa dilaung-launkan oleh pemimpin dan ahli pembangkang sebelum itu (dalam blog), seolah-olah untuk menunjukkan betapa 'akrabnya' Anwar dengan Yusuf Al-Qadhrawi?
Seolah-olah Anwar pun 'satu line' dengan Yusuf Al-Qardhrawi.
Post a Comment