Friday, December 11, 2009

Antara Dua Darjat


Dipemikiran orang Malaysia, kedudukan itu amat penting, tanpa mengira siapa yang menilai dan meletakkan seseorang di kedudukan itu.

Dulu masa zaman sekolah, kita sering ditanya, nombor berapa yang kita perolehi semasa peperiksaan.

Lalu selalunya pujian akan diberi kepada orang yang mendapat nombor satu, dua dan tiga. Orang yang mendapat nombor belasan dan puluhan akan dianggap bodoh.

Malangnya kita terlupa nak tanya, nombor satu daripada jumlah keseluruhan. Jika dibandingkan, nombor satu dari 20 orang murid dan kelas yang kurang cerdik dengan nombor 10 dari keseluruhan 40 orang murid di kelas pintar, rasanya yang nombor 10 itu patut diberi pujian.

Serupa juga dengan gelaran 'datuk' yang diperoleh oleh seseorang. Ada orang kata, ada gelaran datuk dari negeri-negeri tertentu sangat mudah diperolehi. Malah ada yang kata, ianya boleh dibeli. Ini bermaksud setiap datuk yang ada di Malaysia ini tidak mempunyai taraf yang sama.

AM secara peribadi tidak sedikitpun merasa kita patut cemburu bila Anwar mendapat kedudukan itu. Yang lebih penting kita kena fikir ialah, siapa yang memberi gelaran itu dan meletakkan dia ditaraf itu? Cuma belek-belek antara penerima anugerah itu, adakah antaranya pemikir-pemikir islam dari Mesir dan lain-lain negara Timur Tengah? Atau mungkinkah ada penerima gelaran itu yang pernah menerima hadiah nobel keamanan yang memang diiktiraf oleh dunia?

Sebenarnya, yang cuba dipasakkan dipemikiran orang Melayu sekarang ialah, Anwar sememangnya seorang yang tida tolok bandingnya. Anwar adalah seorang pekikir agung. Anwar adalah pemimpin masa hadapan. Anwarlah satu-satunya orang yang paling layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Persoalannya, benarkah begitu?

4 comments:

DPR said...

Mungkin ada muslihat dan agenda tertentu dari pihak tertentu.Sedangkan dari hari ke hari ramai sudah rakyat Malaysia tahu siapa itu Anwar.

AnakMerdeka said...

AM teringat semasa persidangan EPAC yang diadakan di Kuala Lumpur sedikit masa dahulu.

El Gore, Naib Presiden Amarika ketika itu memberi pengiktirafan kepada para demostrasi jalanan, walaupun ketika itu dia adalah tetamu negara.

Sepatutnya dia tidak boleh komen apa-apa. Tetapi kerana keinginannya yang membuak-buak untuk menyokong Anwar, dia sanggup menyokong demostrasi jalanan.

Orang species El Gore itulah yang sebenarnya meletakkan Anwar di kedudukan itu (antara pemikir terbaik dunia)

aminlandak said...

kebanyakan org malayu ni bila da fanatik dia tak ikut je..
tak pikir mana baik mana brukk..bagi dia org yang dia sokong tuh tsuma betull...
n kita ni mudah terima apa saja..tp tak berpikir...

Anonymous said...

sekali lagi sy jemput u all tgk blog sy...

http://pasjawab.blogspot.com/

SAHABAT-SAHABAT AM